30 October 2013

Riang Ria Lunch Hour

Assalamualaikum

Hui haiiii... :) tak tau nape la kan hari ni semacam ceria berbunga jep hati. nape ntah.. aku sendiri pon tak tau why is kenapalah. tapi rasa macaammmm... emm... feeling good. ok la tu kan. alhamdulillah..

Semalam lunch hour kua ngan geng makan. macam biasa la kan. me, kak leen bebeh + na bebeh. sweet of us. bahaha.. asalnya na tanak pegi sesama sebab katanya nak balik umah. sekali, ehhhh... ada jugak dia sekali ngan kak leen gedek gedek ke my opis. ehehe.. hoyeeeehhh!! itu suda bagus. dia tergoda nak folo sebab gitau nak pegi makan kat Restoren Slera Cik Siti. bahahaha..

On the way nak ke tempat makan-makan tu, adeik manes na ni pi la kuakan tepon dia. cam biasa dia luuurrrvvvveee la sangat sangat bergambar kan.. sekali... hamek kau.. cer tengok hasilnya kat bawah nih ha.. sepraissss.. seprais la sangat kenn..

haaa!!! ni dia...
dan lagiiiiiii...

Bahahaha.. asalnya dia nak amik gambar dia sorang je. eh. tetiba kak leen yang kat belakang pon nak join jugak.. haaaaa... tak bole jadi nih. ai pon nak jugakkkk... tak aciii.. siap cek jalan clear dulu, then ai is join jugak. bahaha.. sesambil tengah drive tu. time benti kat trafic light merah tu idop la pulak berhuha huha bergambo kennn.. haissshhhh.. happy us. ahahaha...

ala baba ais krim

Sesambil tunggu order sampai, dorang pi amik ni dulu.. eskem ala-ala yang baba eskem tu. yang ada jual kat rantau panjang. yang ni pon sedap eskemnya. perisa kelapa. pastu bahan-bahan campuran hiasan tu pilih sendiri nak letak apakah. me macam biasa, order nasi tepanyaki. :)

nasi tepanyaki
Ermmm.. tetiba blur tak tau nak cite apa lagi dah. sebab bikin entri ni sambung-sambung sebelum dan sesudah makan tengahari. errrr... ok la. dah. tu je. tata.

07 October 2013

Berdimsum lagiiiii...

Assalamualaikum..

Yeeeeee... saya muncul lagi..gitu... saya lagi. auwwww... kih kih.. aneh kan. lamaaaaaaa tak apdate blog, tetiba bila dah apdate ni telebih rajin pulak kan. kah kah. actually ai is ngantok ni. simptom orang bangun awal semacam tak berapa nak recharge sangat kan. +pose. = alasan. kah kah..

Okeh. back to the topic. berdimsum lagi. kali ni pegi ramai-ramai pulak. baru la bestttt.. bole huha huha sket. ni idok. sopaaaaaaaaannnn jep kalo pegi berdua ken. ngeeee.. ni al kisah macam dua minggu lepas kot. kalau tak silap la kan. pegi berenam dengan opismate sumenya. bersama cik boss juga. haaaa... dah bawak cik boss ni dah kira lesen besar dah kan. ehehe.. tapi idok le menyalahguna sangat pon.. tapi sempat lagi singgah soping shawl 2helai kat shopping mall sebelah. ekeke.

dapnya kelihatan tengok time-time ni. uhuhu

pau itu sedappp!!

cik boss belah kiri, then bakal pengantin side kanan.
Menggugat betul tengok gegambar ni time ni. adeiiiii... pencuci mulut takde pulak gambonyo. actually gambar-gambar ni pon dorang yang amik. aku downdlod je dari fesbuk dorang. kan mudah.. tapi yang tang makanan je tu aku jugak yang tukang snapnya. guna tepon kak leen. ehehe.. yang lelain non ado pulak dalam gambar. napekah ek?? aku tak amik kot. ahahaha... tapi time kitorang pegi ni tadok pulak pebret aku ngan kak leen. yang macam ada krim yang best kat atasnya tu.. dap dap.. pastu bertambah few menu. pastu sume kekenyangan. bahahaha.. time ni dah tade dah nak ber'ayu' bagai ha. kui kui kui.. dah. tu je. tata.

Lepaking at late Haza Bistro

Assalamualaikum..

Kemoning uollss.. ehehehe. kali pertama nih update blog pepagi gini nih. ni pon dah siap tetido tido dah aku depan leptop. akakkaa.. nape arini agak awal lagi aku dah online?? sebabnya pagi tadi bangun sahur. kih kih. posa dalam bulan Zulhijjah. eceeeeehhh.. jangan tertipu oke. bukan pose sunat. aku ni baru nak pose ganti. ehehehe.. selow selow kayuh la ken..

Nampakkah tajuk itu? opkos la kennn.. napekah tajuknya begitu?? sebabnya kedai makan yang bernama Haza Bistro tu dah tak valid lagi pon. dah ditutup urusan perniagaannya. kenapa?? ai is tak tau. kedainya cantik.. interior ok. nice. makanan not bad.. tapi... xtau la. ada la tu pape yang kita tak tau ye dak. biarkan je. abaikan je. alkisahnya adalah, malam tadi sebelum off leptop, sesaje jep aku belek-belek balik tengok gambar-gambar lama yang ada dalam simpanan memori leptop ni. then ada la gambar time pegi lepak-lepak kat haza tu with my kazen and akak dia punya adik ipar.. pastu gambar tu tak penah share lagi kat blog ni. sooooo... jommm... kah kah...

me with adik ipar akak kepada kazen aku yang pegi skali ni, skang ni tengah takleh nak recall lagi nama dia. ha. dah ingat. Nana. ehehe.
ni kekdahnya nak tunjuk betapa bezanya saiz minuman kitorang. yang paling tinggi tu kazen aku punya. aku yang paling cinonet tu. dalam cawan comei jep. ahaha

haaa... yang ni aku pon tak paham nape aku bole tak puas ati nak tikam cawan cinonet tu..
hah. ni sudu pulak. cer bezakan tahap kepanjangan sudu belah kanan ngan belah kiri yang aku pegang tu. wakaka.. juga masih topik sama. rasa tak puas ati yang dibuat buat. kah kah
Okeh. dah. tu je. nak kena pegi siap-siap gi keje pulak. papa dah buka pintu cek aku dah bangun belom. kah kah.. lalalalalalalala...

** Segala gambar adalah hasil rompakan dari my kazen suatu ketika dulu. keh keh keh.. **


06 October 2013

Mentor

Assalamualaikum..

Hui haiii.. long time no see..  ngeee.. actually ada je. tak gi mana pon. just lately i'm working on something. once dat 'something' dah start, aku pasti akan war-warkan di blog kesayangan ni. ehehe.. minggu lalu aku ke Kuala Lumpur bersama kawan tempat keje ni. menghadiri satu program yang sangat mengujakan. program Dr. Azizan Osman. yeup. the famous and amazing ohsem person. tajuk programnya Intensif Jutawan Industri. program itu sangat ohsem. full of positive aura from the mentor himself, Jerry the hensem guy, and few other millionaire. feel great dan kagum bila dengar perkongsian pengalaman dan kepakaran mereka yang berlandaskan minat atau passion dorang. sungguh kagum dan terdetik dalam hati, 'i wanna be just like them'. insyaallah. yang penting kena ada fast action then barulah akan ada fast result. tapi so far action tu tak berapa nak fast sangat la. tengah berusaha ke arah itu. caiyoooookkkkkk!!! and i have another blog too. nanti aku kongsi k. 

Few days back aku ada menghadiri satu program juga anjuran Richworks. Smart Investor Talk. juga best. dan mentornya juga adalah seorang jutawan. Haji Mohd Asri. bila dah haji kat depan tu macam dah tua bebenau jep ek. kih kih. idok le. dia muda lagi. baru berusia 37 tahun. so, dalam tempoh beberapa bulan ni, aku akan berusaha yang terbaek untuk mengubah kehidupan yang sedia ada. wish luck ye darlss.. insyaallah. :) tata. nak kena balik nganto adik balik asrama dia kat Machang pulak jakg. :)

22 August 2013

Berdimsum di Tengahari

Assalamualaikum...

Masih lagi suasana hari raya.. yaaaa... itu harus sebulan. suasana raya kali ni adalah di opis pulak. sana sini setiap unit, setiap jabatan akan adakan majlis jamuan hari raya. ai is soooo sukaaaaa.. ehehe.. makaaaaannnn la kennnn.. arini dah last day keje untuk minggu ni ken. soooo.. arini je ada 3jemputan makan-makan. 1 kat opis. baru je lepas pegi jap tadi. alhamdulillah.. dah kenyang. ai is makan soto nasi impit, nasi dagang, fruit cocktail, buah manggis sbijik, beskut raya 2 ketul dan fruit salad.. senyum lebor ai. ahahah. tapiiii... ai tadok le makan sepinggan atau semangkuk penuh ye. cukop le merasa sikit-sikit setiap satu tu. :D selera macam hapa ntah. bahaha... pastu jumpa kawan sekolah dulu. elle da gojes. then amik gambo ngan dia dua ketul. aloloooo.. suwit sangat sempat begambar sambil pegang mangkuk kennn. ahaha... petang nanti pulak 1 jemputan lagi kat umah mertua bapak sedara. kenduri kesyukuran + arwah/tahlil. then malam beriang ria bersama geng sekolah ai dolu-dolu merangkap geng lepak dan makan-makan sekarang. gituuuu...

Okeh. as usual ai is owes la melencong dulu sebelum gerak geri ke topik utama kenn.. ahaha.. nak wat cemana. dah owes la asik gitu je jadinya ken.. hik hik.. selasa aitu aku pegi lunch kat renai ngan opismate. dah lama yang amat asik tangguh je nak gi makan kat sana. tujuannya adalahhhhhhhh...... dimsum. kat dynasty restoren. ngeh ngeh ngeh... jommmmzzz...

ini table setting haku nyer.. :) macam sekuntum bunga jep yang merah itu. homeiiii...

hamek kau.. sampai dua teko, dua orang makan. satu teko sorang. ish ishhhh... yang nampak besor tuu... bukan saiznya besar oke. just sebab lagi dekat ngan aku, maka gitu la nampaknya. saiznya adalah sama je oke. aku punya teh bunga kekwa. kawan ai, kak leen punya adalah teh jasmin. aku kurang suka yang jasmin itu, maka jadi la begitu kisahnya. sorang satu teko.

antara menunya... yang goreng-goreng.... dan kukus...

ini yang kukus-kukus sume... healthy sangat lunch we all dat day.. hik hik.. yolah sangat.. sampai sekak perut makan. bahaha... apakan daya pewut kami tak dapek nak tampung banyak-banyak. rugi je bawak kami ni gi makan kat hotel. hukkk...

pau & goreng-goreng nama apa ntah. dua-dua sedap. tapi yang goreng-goreng ni adalah pebret me + kak leen for dat day.. dap.

aku suka yang ni jugak. kat tengah tu macam lauk gitu dibaluti ala-ala megi. dap. yang ni je pon yang aku mintak topap. sebab kami tak mampu nak makan banyak-banyak walau bole makan semahunya sebanyak mana pon yang nak. haiiihhh la.

Syukur alhamdulillah. kenyang yang amat kami berdua berdimsum di tengahari itu. lalalalala.. siap benyanyi riang. melampau sangat kennn.. pastu pegi pasaraya billion kat sebelah. niatnya nak cari shawl yang rega RM10 je tapi cantek yang amat. sebab tengok kawan kitorang pakai time pegi sini. jumpa dia dulu jap sebelum makan. tapi hampa. pusing punya round, tak jugak jumpa. uhuhuhuhuhu... dah abis kot. ok la. tu je. eh.. tapi, sebelum tu, if nak merasa makan dimsum ni yang buffet punya, which mean that korang bole pilih sendiri dan amik sendiri nak makan apakah... silalah pegi hari jumaat ye. start dari jam 10 pagi until 1 petang ke 2 petang gitu. hari biasa 12 tengahari hingga 2 petang. isnin non ado. itu je pon info yang aku tau. actually dah lama pon ada disediakan dimsum ni kat tempat ni, kami je yang baru nak try. (aku pegi ni masuk kali kedua. 1st time dulu pegi ngan kazen aku. ada je entri aku pegi makan-makan tu kalo tak silap. kurang rajin pulak nak mencari. bahahha.. )

Ok. dah. tu je. tata. ;)


15 August 2013

Bulan Syawal

Assalamualaikum..

Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua yang singgah kat blog ai yang tak seberapa nih ha. sempena bulan Syawal dan sempena tempoh merai kemenangan umat Islam berpuasa ini, saya menyusun sepuluh jari (walau kome2 xnampak ai susun cukop sepuluh jari ke idop pon kan..) mohon maaf andai ada sebarang salah silap atau ada terguris perasaan sesapa dengan penulisan (taipan) saya kat blog ni. kekadang tak sedar yang hasil nukilan diri sendiri ni ada buat sesapa terasa atau terguris hati dengan kata-kata saya di alam maya ni. walau tade niat langsung pon ke arah yang sebegitu. maafkan ye.. takut nanti tak tertanggung pulak saya di alam yang berikutnya nanti.

:) dalam minggu pertama bekerja selepas cuti berhari raya ni, haruslah mood bekerja nak kena kumpol balik kenn. feeling raya tu masih hebat lagi dalam diri kenn (padahal mood cuti.keh keh keh). wohohohoooo.. begaya sangat.. hasilnya adalah... new blog header... eh. tade la new sangat pon. sebab sebelom ni tade blog header langsung pun kan. hikkk.. niat nak kasi letak blog header tu dah lama ada. tapi tahap kerajinan nak buat tu baru muncul. then ada la ia sekarang ni. :) gambar-gambar raya belom trasfer lagi. kih kih.. tak tau la bila tu. charger leptop pon tak jugak beli lagi. aduh duh.. tapi syukur alhamdulillah murah rezeki dalam bulan syawal ni. ada je orang jemput makan-makan menjamu selera. alhamdulillah.. sukeeeeeee aje bila tang makan ni kenn. hikk. ok la. tu je. bai :)


22 July 2013

Teatree Relaxing Mask

Assalamualaikum..

Hari ni sudah masuk hari ke 13 kite semua berpuasa. syukur alhamdulillah. tetaip hari pon cukup makan minum pakai sume. walau tetiap minggu pun adik aku tepon mintak masukkan wiwit ke akaun dia. syukur alhamdulillah. masih tetap boleh soping moping bersama mama + akak + anak sedara aku si tenit (grup jenjalan yang wajib ada dalam list skarang ni adalah si tecit qistina). haaaa.. sebut tang masukkan wiwit ke akaun adik aku tu. syarat terbaru bank islam skarang ni kena ada baki sekurang-kurangnya 50hengget dalam akaun untuk membolehkan pengeluaran wang melalui mesin atm dilakukan dengan jayanya. uhuhuhu.. kinapeeeeeee??? now aku pon akan terefect jua dikala kekeringan tanpa duga di hujung bulan. huk huk.. tujuan cite tang baki akaun utk pengeluaran wang itu adalah, cian le kat sesape yang biasanya akan gunakan sume duit dalam akaun tu tetiap bulan kecuali beberapa ringgit atau singgit je yang akan ditinggalkan dalam akaun tu. yang lelain, sapu bersih. me pon xpaham tujuan pembaharuan itu. dah la wiwit ptptn pon guna bank tu kan. pastu haruslah student kan yang guna akaun baink itu kan. anyone yang tau sila terangkan kat saya yang tak tau ni pelissss.. gitu. terang-terang aku malas nak cari sendiri kan kah kah kah.

okeh. back to the topik. hari khamis lepas aku ada cite dah terima bungkusan mask yang dioder online tu kan. kesahnya pada hari jumaat malam yang agak santai aitu, aku pon kasi terai la tepek kat muka yang perisa teatree relaxing mask tu. perisaaa??? bole gitu?? hentam sajo la ek. lepas dah bersihkan muka. lap-lap sket. dah segar, kasi tepek toner sket. then aku buka plastik mask tu. comel je packaging pon. hui lah. very the lembab gitu. ada air-air lebih-lebih lagi dalam paket tu. amik, buka hati-hati, then kasi tepek kat muka. bila jejak je mask sheet tu kat kulit muka, eeeemmmm... sejukkkkkkkk jeeeee... bestttt.. pasti ada rasa pedih-pedih manja ala-ala cucuk ngan hujung jarum yang paling halus gitu.. xsakit pon. rasa pedih-pedih tu pon kejap je. pastu tinggal feeling rasa sejuk yang best jep. pastu aku lepak-lepak santai kat katil sambil baca majalah libur. majalah jenjalan tu.. kih kih.. lepas lebih kurang 30 minit gitu aku tanggalkan mask sheet tu. wow!!! very lah moisture je muka ai.. very the segar jep feeling. tegang jep rasa kulit muka. pastu kasi pap pap pap tepuk manja sket kulit muka ai ngan jari, dah. siap. mask sheet tu dah bole buang. abis madu sepah dibuang la kenn.. maap.. namun jasamu dikenang. tak perlu cuci pon. pastu bole pegi tutup lampu, then bantai tido sampai ke pagi. bangun esoknya (time nak sahur) rasa besttttt je kulit muka. segar jep. gitu.. so, hasilnya adalah memuaskan. cik jerjer (jerawat) yang tengah membesar pon terbantut pertumbuhannya. dah tak sakit dan mula mengecut. hebat.... beria jep cite macam ditaja jep kan. sesungguhnya thedak ye.. ok. dah. tu je. ai is nak balik. tata. :)


18 July 2013

Mask

Assalamualaikum...

:D sy munchol lagiii.. sebabnya adalah kerana ini.

tadaaaa... yeaaaaahhhhh!!! ini sy punye bersama kak leen.. :)

3 sumeeeee... :) ini sy punyeeeeee... sajeeeeeee...
ehehe... orang lain dah lama da dok pakai benda alah ni. tapi aku baru nak try. tapiiiii... lagi mau kecoh ek. kih kih. beli ni kat instagram sape ek. ai is xtau. sebab opismate yang uruskan segala urusan nak beli benda alah ni. kami sesama baru nak try. kih kih. 3 sumenya. teatree, aquaringer yang utk moisture kalo tak silap. dan collagen. ngeh ngeh ngeh.. xsabar nak try. lalalallaa.. dah. tu je. bai.


Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah aku masih di beri peluang olehNya untuk merasa bulan Ramadhan yang mulia ni.  dalam banyak-banyak, aku memang paling sula bulan pose nih ha. lebih tenang, lebih relax, lebih banyak masa bersama keluarga. paling best, dapat makan semeja bersama-sama keluarga dan solat terawih sama-sama. sebab famili aku tade la sangat selalu makan semeja sama-sama. ada je yang xcukop. actually dalam bulan puasa ni tetap jugak tak cukop semua ahli keluarga juga pon. dah namanya abang-abang dan akak aku dah kawen, dah ada keluarga sendiri dan menetap kat umah masing-masing. so sesapa yang ada kat umah je la. mama papa, aku. biasanya adik aku nina pon antara yang selalu ada kat umah. tapi kali ni sebab dia dah masuk belajar kat uitm machang sana, non ado la dia dapat bersama macam biasa time berbuka kecuali time dia balik umah hari minggu je. tapi.... kali ni tetap meriah jugak kat umah walau adik aku kat asrama sekarang. sebabnyaaaaaaa... akak aku dan anak dia Qistina bebeh balik berpuasa kat umah sepanjang tempoh bulan puasa ni. yeay!!! meriah umah ada budak kecik tu. actually dorang balik sini sebulan ni pon sebab brother in law kerap out station. so sebab kesiankan qis dan mama dia je kat umah, abang ipar aku nganto dorang balik kampung sebelum pose aitu. so sweeeeetttt.. then ada jugak adik aku milia yang dah abis asasi kat puncak alam sana tu. tapi dia pon tade la everyday jugak buka pose sama-sama. sebab dia keje part time sesambil tunggu nak sambung belajar bulan 9 nanti. syukur alhamdulillah. actually aku dah tepikir beberapa bulan sebelum pose aitu yang akan hanya ada aku dan mama je la kat meja makan time berbuka bila adik-adik aku belajar, tade kat umah. then papa pon balik bebuka lewat sket sebab berniaga kat pasar ramadhan. kat depan umah arwah nenek je pon. tapi ok la. thennnnnnn, sebelum pose aitu akak aku gitau akan balik pose kat umah. sukeeeeeeeee... walau tak lengkap, tapi tade la 3orang je kat meja makan kan. :)

huiiiiiihhhhh la. bole tahan panjang jugak mukadimah aku tang bulan ramadhan ni ek. ehehe. bila dah bulan pose ni, agenda wajib orang pompuan adalahhhhhhhh.... godek-godek tenet cari resipi. kah kah kah. tu kalau idok ke pasar ramadhan la kennn. macam famili aku, sangat jarang beli lauk kat luar. sebabnya mama masak super sedap berbanding dengan yang ada kat luar sana. tapi sesekali ada jugak la kua beli pape yang rasa nak makan kan. kalau bulan pose ni, biasanya kueh je la pon kalau kerap beli. especially kueh buatan akak siam/thai yang agak berhampiran jugak la dengan umah. memang puas ati la sume kueh yang ada kat situ. kepada sesapa yang menetap kat area kota bharu, gerai kueh akak tu adalah betul-betul kat depan kedai makan keng som tu. dekat cabang empat trafic light nak ke wakaf mek zainab then ke taman tengku anis tu. kompem akan repeat beli lagi la. ngeh ngeh ngeh...

okeh. berbalik tang godek-godek resipi kat tenet tadi. al kisahnya aku baru lepas pegi meninjau ninjau kat blog akak-akak yang superb tang masak memasak nih ha. huiiiilah. time-time pose ni jugak le nak seksa diri tengok segala makanan enak tu kan. antara blog yang aku paling suka jenguk dan rujuk resipi dorang adalah aunty nani rostam,  blog home sweet home & blog masammanis. memang tetiba feeling nak balik umah try masak or baking membaking lah. pastu tengok pulak resipi kek yang mudah-mudah, kuih-kuih raya yang simple-simple.. nyummmmsssss.. antara yang aku penah try dan best adalah resipi kek batik chewy duwey aunty nani rostam. siap trima tempahan dari kawan aku lagi. syukur alhamdulillah.. bahan dan cara membuatnya pon mudah sangat. tenkiu aunty utk resipi kek yang super simple dan sedap tu. :) tapi ada jugak kawan opis aku yang tak berkesempatan nak try lagi kek tu sebab time rajin aku nak wat tu sangat la jarang muncholnya. kah kah.

hari ni dah masuk hari ke sembilan kite sume berpuasa. insyaallah dapat teruskan hingga raya nanti. for ladies, opkos la ada time break nya kenn.. keh keh. seb baek tahun ni aku tak kena macam tahun lepas, awal dan akhir bulan pose. hukk. xdapat solat sunat raya aidilfitri. tahun ni, insyaallah dapat pegi kalo tade aral dan dengan izinNya. sukeeeee.. tapi, dalam kemeriahan yang dirasai dalam bulan puasa ni, keluarga beliau saya diuji oleh Yang Maha Esa. suami kak long telah dijemput kembali oleh penciptanya lebih kurang 4.40 pagi tadi dan akan dikebumikan selepas solat Zohor. innalillahiwainnailaihirojiun. semoga dipermudahkan segalanya oleh Yang Maha Pencipta untuk arwah. al Fatihah untuk abe din. semoga dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan tenang di sana. semoga kak long tabah dan diberikan kekuatan olehNya untuk menghadapi dan melalui dugaan ini. sesungguh hanya Dia lah yang menentukan segalanya. kurniakanlah kepada mereka kesabaran, ketabahan, kekuatan dan ketaqwaan Ya Allah. amin..


26 June 2013

Sekelilingku

Assalamualaikum.

Hoi haiiii... sungguh lama rasanya tak update my dear blog neh ha. aitu untuk tempoh yang agaaaaaakkkkk lamaaaaa... ai is tade bahan. then bila dah ada bahan, ai is so tak sempat nak hapdate. kih kih. charger leptop ai kat umah pulak suda la kioks memandangkan wayarnya udah terputus. hukkkk... bahana adik ai yang sungguh perihatin menggunakannya. rasa nak geget2 je tinge adik ai tau. sebab dah banyak kali remind dia tapi tetap lah malang tade bau. hukkkk.. menci ai.. kalo murah je benda alah tu oke la jugak.. hukkkk lagi.

Beberapa hari lepas aku terima dua berita gumbira. walaupun salah satu berita tu kawan aku tak tersengaja gitau. hahaha.. mau berahsia ek. berita baek pon mau sorok dariku ye. wohohoo.. salah sorang my bestie suda pregnant. 2bulan kalau tak silap aku usia kandungannya. very hepi for her. take a very extra care of yourself ye bebeh. lagi satu berita gumbira, juga kawanku walaupun tak la rapat sangat. dia adalah saudara baru yang berasal dari Sepanyol. tapi dia datang menetap kat kelantan ni untuk tempoh setahun. salah satu sebabnya mungkin adalah untuk mendalami agama Islam. alhamdulillah. he's getting married. waaaaahhhh... dengan gadis surabaya pulak tu. what a surprise.. tapi tak pasti lagi bilakah. tak sabar tak sabar tak sabar. hikhik. konon gaya sebutan lisa surihani dalam cite istanbul aku datang la kenn. bahaha... sukeeeee.. 2 good news. and another good news jugak, anak kawan aku si Zaqlul Asheeq yang kiut dan makin noti dah berusia setahun ari ni. sungguh pantas masa berlalu.. and we gonna celebrate this very young boy's birthday malam khamis nanti. yeay!! bole bekumpol geng cik gayah. bahaha..

Actually dalam seminggu dua yang lalu aku ke Kota Kinabalu, Sabah. bercuti bersama parents dan sorang bff aku. best!! insyaallah nanti repeat lagi pegi sana. storinya nanti aku punya banyak time lapang dan ada kerajinan ye. ehehe.. dah. tu je. kasi sapu-sapu habuk sket. hikkk.. ai is nak balik kije sudeh. tata. nak balik wat kek pulak. semalam wat kad. ai is tak sangka somel gak kad yang aku wat. bahaha.. gambonya?? nanti ai kasi transfer dari kawan ai yang mintak tolong buatkan kad itu ye. tata lagi. :)


28 May 2013

Secret Agent Miss Oh

Assalamualaikum..

Sesambil layan feeling dengar lagu ... sejujurnya.. ku tak bisa. hidup tanpa ada kamu aku gila. seandainya, kamu bisa... ai is tak hafal lirik. ehehe. suka dengar lagu tu sejak tengok cite tajuk apa ntah. yang drama bersiri tu. tajuk lagunya pon aku tak tau. bahaha..

Ermmm.. baru lepas jenguk blog adik 'ke ai. hamboi hamboiiiii.. kemain lagi dia ek. lomantik abes begambonya ha. good sign of them. so, can assume that both of them very hepi together. ok la tu. sila la cepatkan majlisnya ya.. tapi kalo langkah bendul tu sendiri mau hengat oke. ;P

Me as usual suka melencong dari tajuk kan. ehehe. actually nak cite pasal cite korea yang aku tengok sebelum ni. sekarang ni dah tukar cite baru dah. tapi asiklah aku tertido time dok nonton cite baru tu. yang baru tayang dan yang tengah aku tonton lately tu la. tak search pulak cite tu yang tahun bila. tapi cite Secret Agent Miss Oh ni tahun 2010 punya. memula tengok cite ni aku macam 'alamak.. cite apakah ni??? macam cite jaman tak brapa nak baru jep..'. tapi bila dah lama-lama tengok. ermmm.. macam best jugak. sebab ada unsur komedi and a lil bit romantik. tapi memang santai jep la tengok. yang lagi bestnya, cite ni adalah hepi ending. ai is so like. tak gemo la cite sad ending. bole pengaruh emosi jadi tak best. hikk.. ober pulak ek.

Secret Agent Miss Oh atau juga dikenali sebagai My Country Calls
Cite ni ada 4 watak utama. paling utama opkos la watak Oh Hana, nama sebenar Lee Soo Kyung. anggota polis yang suka amik kesempatan kalo berkaitan ngan duit. noty ni. ngan along yang kasi pinjam duit tu pon dia kawan. pon kena pow ngan dia jugak kekadang. Oh Hana ni duk berdua ngan mak dia je. ayah dia dh meninggal kot. dalam cite ni la. ai is lopa exactly stori. bahaha.. 

Miss Oh Hana. dalam unipom kejenya. muka sebek jep ek. hik
Al kisahnya, dia ni ditinggalkan kekasihnya time dia lamar dat guy kat sebuah tempat makan. siap men piano nyanyi2 lagi dia. tapi dia nyanyi stok tak best punya la. sukati dia je. then mak dia ni mudah terpengaruh dengan segala hal. especially bab duit dan kecantikan. then one day mak dia ni pegi la satu tempat ngan kawan dia nak beli satu produk. tempat tu pulak kepunyaan sindiket dadah yang tengah jadi aim NIA. apakah nama penuh NIA tu ai tak tau. tak cari pulak. semacam skuad nakotik la kot. tak pon ala-ala CIA ke FBI ke.. ai is really tak tau. sebab kemalasan diri nak gugel ken. hik. pastu nak jadikan cite, time NIA tu dok siap sedia nak serbu, si Oh Hana ni pegi sana cari mak dia sebab mak dia akan gunakan duit simpanan dorang utk repair umah untuk beli produk kecantikan tu. miss oh ni pon gitau la sorang geng kumpulan sindiket tu yang polis tengah kepung tempat tu. walhal dia tak tau pape pon. pom pam pom pam... dia ditawarkan join NIA ni untuk setelkan kes berkaitan kumpulan sindeket dadah tu. sebab banyak sangat yang kebetulannya dia spoilkan rancangan pasukan NIA tu. jadi la secret agent. keje kat galeri si encem Han Do Hoon si perasan bagus + encem yang disyaki terlibat ngan sindiket dadah tu.

si encem Han Do Hoon. nama sebenar dia Ryu Jin. aummm..
antara scene Oh Hana ni bekerja ngan si encem perasan. ni time episod bape ntah. ai is lopa
Sepanjang si oh hana ni nyamar, si encem matang Go Jin Hyuk yang banyak kaber dia, jaga dia. amik tahu tang mak si oh hana ni. sebab dia janji nak jaga oh hana ngan mak dia sepanjang tempoh penyamaran tu.

si matang encem Go Jin Hyuk. nama sebenar, Kim Sang Kyung.

sweetnya oh hana ni
Dalam tempoh dok keje nyamar tu, si oh hana ni jatuh hati kat si encem matang ni. dorang saling falling moling. then akhirnya luahkan jugak. bahaha. dalam masa yang sama, bekas kekasih si matang encem ni yang lead penyiasatan tu. pon luahkan nape dia tinggalkan si matang encem ni selama 3 tahun. pulak dah. tapi hati suda thedak goyah. totap dia mau si oh hana neh ha. time sama jugak si encem prasan tu pon sukakan oh hana jugak. bahahaha.. so sweet. ai like.

bekas kekasih si matang encem. Choi Eunso or nama sebenarnya Horan.
bekerja kat galeri. dok dengar arahan.

part of the story. nyaris kantoi penyamaran. si perasan encem bagus pegi umah penyamaran oh hana. si matang encem tifu jadi sepupu si miss oh.
so sweettt.. encem + encem. nyomel bajet tak bersalah tengah-tengah.
Time gambar kat atas tu si encem bajet bagus ada syak sesuatu tang si manis ni. dia ingatkan ayah dia yang hantar oh hana siasat dia. ehehe. sengaja dia kasi mabukkan si oh hana ni di siang hari. seb baek si licik oh hana ni bijak jugak nyamar bajet mabuk. bahaha. kena tifuuuu.. pom pam pom pam. si bajet encem perasan insaf jugak hasil pengaruh positif dari oh hana yang owes berterus terang tang realiti hidup yang lebih positip. miss oh happily with si matang encem. nak tau da whole stori, kasi tengok sendiri ek. bahaha.

part of final episod cite ni.
tadaaaa... all of them.
time pelancaran cite ni la kot. suweeeettt.. tapi sila abaikan si cekci itu oke. ai dah kasi blurrkn sket da.
si encem bajet bagus senyem pelesu. hukk.. tapi tetap nyomell
aloloooo.. si noty wit si siyes. omey omey..
hah!! present to youuu.. Secret Agent Miss Oh. lalalalalala..
Pssstt.. actually ai is lopa watak penyamaran si oh hana ni. hikk.. moral of the story, jangan cepat melatah terus kasi bikin kesimpulan sendiri atau buat tanggapan sendiri tanpa siasat atau bertanya dulu cite sebenarnya. setiap yang jahat atau buruk thedak semestinya lahir dari dalam diri individu itu sendiri. there was possibility yang dia terpaksa, or ditipu or anything that lead them to da bad side of them or the story. pape pon, respect the elder. respect our parents. dengarlah dan ikutlah nasihat mereka. they only want the best for their child. lain orang, lain cara didikan, lain cara penyelesaian dan penerimaan. tapi tujuannya hanya satu, mahu yang terbaek untuk anaknya or insan yang disayangi. tamat.


27 May 2013

Schollmate Wedding

Assalamualaikum..

Hoi haiiii.. :D ai is soooooooo bored today okey. diammmmmm... melepakkkkk je malas-malas kat kerusi opis. sesekali bagun amik air. minum. pastu gi toilet. wat keje sket. ngadap monitor lagi. taip-taip sket. pastu ulang-ulang sume tu. siyes tak kua gi jenjalan kat mana-mana pon melepasi pintu opis aku ni sejak masuk keje pagi tadi. bahahaha.. gila lah. now baru perasan. sikalang tunggu time jep nak balik. actually dah pon time balik. abis taip entri ni ai blah lah. ehehe..

Sabtu lepas me got two wedding invitation. dua-dua kawan sekolah dulu. tapi pegi satu jep. sebab yang lagi satu tu tak sure tempatnya katne. tade peta. sebab tak dapat kad jempotan. yang lagi satu yang aku pegi tu dapat kad jempotan dan tempatnya amat mudah nak cari. sebab wat kat dewan kenn. pegi ke wedding itu bersama adik aku (nina), lec & son, ruzai & niece. so nice.. kalau qistina ada pon kompem nak ikot aku jugak kan. tahniah to my fren, Suria & hubby. moga berkekalan bahagia bersama hingga ke jannah. insyaallah. amin..

okeh. now jom tgk gambonya pulak. sume aku amik dari fesbuk si photographer of that day. hikhik.. sebagai kenangan jumpa kengkawan lama jaman skolah dulu kan. so sweeeettt.. :)

guest book area
we ollss.. reramai.
kami. sume ni kengkawan skolah aku dulu. kecuali pantin lelaki. hik.
gaya bebas. bahaha. chumelll.. aku dah gaya nak jadi patong ke apakah??
finally.. the pantins.. suria + farhan. :)

Itu saje. ai is soooooo... lah kurang tahap rajin yang ketara update blog kenn.. ni pon kasi tempek direct gambo dari jurugambar jep. tade edit2 tambahan pon. hik. even crop pon malash. ehehe.. ok bai.

## actually tengah cari info about kota kinabalu & kundasang. anyone yang penah becuti kat sana and got best info, pls share wif me ek. pelisssss... :) ##


09 May 2013

Word

Assalamualaikum..

Waaaahhhh... windu nak update blog. tapi kenot. lack of time pulak lately. kemain konon macam sebok bebeno la ek. akaka. yang sebok tu satu hal. pastu tambah ngan line brodben pon asik lah slow jep time aku guna kat umah kan. so otomatik jadi malash lah. 

PRU13 baru je berlalu. tapi masih lagi hangat diperkatakan sana sini. ermmm. bout that no komen lah sebab aku macam tak tau sangat sebab xbrapa nak tengok berita kat tv, then surat khabar pon belek-belek takde perasaan gitu je. terserlah amat tahap kurang kerajinan tu ken. hik.

Time mengundi aitu famili akak ngan abang aku balik. opkos untuk tunaikan tanggungjawab as malaysian citizen la ken.. and me.. adalah 1st time mengundi this year. akaka. why baru 1st time setelah  di usia ai yang sweet muwit ini?? ahaa.. itu biarlah rahsia. lallalallala.. em. sampai hari ni ada lagi kaler biru ni kat jari aku. adeh la. yang xbestnya, kat tempat mengundi aku aitu petugasnya macam xberapa nak mesra alam. tade pun guide kena pegi kat mana dulu follow the flow. tade sediakan tisu. then anggota rela yang bertugas pon tade la membantu sangat. kede senyum pun ye. haih lah. enuf la bout dat ken. xbest.

Al kisahnya rentetan dari dorang balik mengundi tu, meriah jep la umah. riuh rendah ngan anak-anak sedara. bekumpul la dorang sepupu sepapat kenn.. hikhik.. yang paling menyerlah kaki kecoh opkos la si kenit yang bole tahan garang, si Qistina dan Afrina yang bole tahan aktif. tahap aktif Aniq yang biasa kat carta teratas kat umah tokma dah dirampas afrina. ahahhaa.. so sweet of them. pastu tetiap hari ngajak gi taman. tapi bila sampai time, cuaca semacam mendung jep. pastu me owes la tido petang time dorang kat umah aitu. sebabnya dah mengerah tenaga gi jenjalan time pagi ke petang ken. windu lak kecoh-kecoh kat umah. ahaha. lots of things nak share, tapi macam tade masa sangat lately. insyaallah bila ada time nanti ai kasi tepek entri lagi. ekeke.

Actually tujuan utama adalah ini..

Certain time we regret bout da words dat we said. although it's true and there's nothing wrong to let it out. although it's hurt. but there is also words dat we regret we never say although our heart screaming badly inside wanna say it out loud.

haihhh.. apakah?? maapkan lah atas keteraburan itu. my english skill pon dah ke laut. lalalallalalalalaaaaaa... tata. sambung membanting idea.


29 April 2013

Keroncong Untuk Ai

Assalamualaikum..

Huhaii.. menghampiri lunch hour.. grrrrrrr... oke. ai is so lapar.. hukkk... okeh. oleh sebab itu, ai nak kongsi ini..

nasi kerabu goreng
lagi... view lain pulak
Errrrr... dapnya kelihatan.. time time ni kan. harus lah. nak jugak jugak letak dua keping gambo walau benda alah nya adalah sama. ahaha. ni menu makan tengahari aku semalam. best jugak rasanya. reganya adalah RM5.00 oke la jugak. banyakkk.. tak abis sciput aku makan. hikk.. nasi kerabu goreng ni aku makan kat kedai makan depan opis ni jugak. Selera Cik Siti. pastuuuu.. ada ini lagi...

mangga.....
Ia adalah mango. 'buoh pauh' kata ore kelate. siyes besau woooo.. ekceli kawan opis aku yang bawak time pagi lagi. tapi tade la awal pagi sangat. sebelum time makan tengahari lagi. ni masih cite semalam lagi ye. cer tengok saiznya tu. dah macam lagi besau buah mangga tu lak dari kepala aku ken.. errrr.. sila abaikan orangan yang pandang atas dalam gambo tu. saje jep dorang nih. topik utama adalah buah mangga itu. ai is objek perbandingan sahaja. buah yang besau ni masih lagi dikategorikan sebagai mangga muda ye. buah ni kami makan 'colek' reramai. dap.. kalau yang masak punya.. emmmmm... emm.. mesti lagi best kan.. L. A. P. A. R..... nyaaaaaaaaaaa....


28 April 2013

Ke UiTM Machang

Assalamualaikum.

It's Sunday everyone. juga... lepas lunch hour. antara tempoh paling mencabar kat opis. agaga.. semalam, iaitu pada 27.04.13, me + mama ke UiTM Machang temani adikku menghadiri temuduga kat sana. course bawah Fakulti Seni Lukis & Seni Reka. katanya adik ai dorang offer Diploma Senilukis dan Senireka (Tekstil). tapi tak tau lagi la cemana keputusan muktamadnya kan. kena menunggu dan menanti jawapannya nanti lah kan. adik aku actually mau amik fesyen. tapi orang tu cakap takut nanti adik aku kenot catch up pulak. grafik jua. so dia suggest amik je tekstil dulu. memana je la. janji dapat sambung blajo kan. nanti pandai-pandai la cemana. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan. perggghhh!! hamek kau. dah kua ayat skema gitu. pape pong ai wish her luck. sepanjang dok tunggu proses temuduga dia tu, aku + mama kemain lagi kebosanan. sempat la jugak mama aku minum 2gelas air. aku pulak 2botol. boring lagi gi beli kacang. laris yang amat jualan akak tu kan. sesambil tunggu tu aku siap maen lukis-lukis kat buku lagi. haisshh.. mimang lah. em. naseb baik bengkel pastri yang dijadualkan pada hari yang sama adik aku gi interview ni dibatalkan. phewww.. so dapat la aku join nanti dengan riang gumbiranya. alhamdulillah. (nyempat lagi selingan. ahaha..)

pemandangan depan aku
Gini lah gaya kekdahnya ha. dua lukisan kat dinding tu aku siap bole teliti lagi nape ada macam efek hujan gitu. memang konsep dia ke apakah. ropanya, konklusi yang dapat aku buat adalah, ia merupakan kesan hasil buangan burung-burung yang bertenggek kat atas bingkai lukisan tu. ahaaaaaa.. seee.. betapa begitu tahap kebusanan aku.

ruang menunggu
Ahaaaaa.. ni pulak pemandangannya belakang aku duk melangut menunggu tu ha. nampak tak kat bahagian penjuru bawah kanan tu. tudung bunga-bunga tecit tu. ahaaaaa.. geng menunggu ai di hari kejadian. sape lagi kan. our mom. hikhik.. gaya tido kat kerusi ala-ala time aku dan kengkawan tunggu turn presentation jaman diploma show dulu kat UiTM Melaka. ehehe. macam-macam gaya ada kat belakang tu kan. yee.. masing-masing cuba lakukan sebarang aktiviti yang bole. sebole mungkin nak juga wat sesuatu. bahaha. aktiviti aku?? ni la bahan buktinya. amik gambar-gambar ni la. pastu kejap-kejap bangun pegi beli air. pastu pegi toilet. kejap lagi bangun pegi beli kacang. kejap lagi pegi beli air lagi. kejap lagi lepas tu ke toilet. kejap cari nama yang bole aku koling2. tapi sume macam sebok bebeno pulak time tu kan.

view UiTM Machang dari tempat melepak ai
herrrmmmm... maap la. sume gambo pon gelap jep. hentam saje. itu je pon kualiti yang mampu tepon ai yang olskul ni berikan. ok la kan dari tade langsung. hikhik. sayang tau si tecit merah ni. banyak sangat berjasa. tunggu dan tunggu, bunyi azan Zuhur, kitorang baru gerak balik dari sini. sampai sana lebih kurang 8.45 pagi gitu. sweet sangat kan. tu pun siap pegi salah tempat intebiu sampai 2kali. bahaha. sengaja nak round2 mengimbas kenangan lama sesambil tu kenn. ahaha.. tapi siyes pegi salah tempat yang tidak disengajakan. lenguh gila satu badan petang semalam. uhuhu.. kemain lagi mengalahkan drive pegi korea ek. ahaha..

Relaks kejap kat umah petang ke time magrib. aku siap tetido tak sedar langsung lepas siap mandi sume. bajet nak landing manja-manja je kat katil dalam kul 5 lebih gitu. sekali... kul7 baru tejaga. tu pon sebab dengar bunyi tepon inche beliau koling2. ish ish.. kul 8 lebih kua lagi.. agenda mama pulak. moh la kite.

patin itam

hai ikan mikan...
Aha. next, aku ke Tesco. sebab mama nak beli ikan patin kat atas tu ha. ai just amik sushi + low fat milk HL. ada la lagi few things lagi yang mama beli. then straight away gi umah mak sedara pulak kat Taman Guru nuh ha. ada la sesi ceramah yang glamer musim sekarang ni ken.. sesambil makan-makan nasi lemak. alhamdulillah. kenyang ai. ceramah tu masuk sipi-sipi je kat telinga ai. mata pulak tengok tak tengok je kat kaca tv tu ha. sebab kazen aku layan bola. aku bila tengok game bola tu, harus lah tade perasaan langsung kan. bahaha.. almost 12am jugak lah baru sampai umah. hebat. sweet sangat. pastu bila dah landing, susah pulak nak tido ek. hukkk.. gitu la aku few nite ni. sukar sangat nak lelapkan mata. siap men lukis-lukis, tulis-tulis dulu sebelum tu. pape pon, wish only the best for everyone  around me. :)


25 April 2013

Burpp!! Alhamdulillah..

Assalamualaikum.

^_^ mood dah datang kan. rajin jep hapdate. ahaha.. kalau idok, maunya satu entri sebulan. kah kah kah.

the blurry kek kok. absolute choc.
tadaaaaaa... ai makan ini lunch hour tadi. actually not me only. us. aku dan kak leen. kan dah gitau. kami memang makan-makan mate. ahaha.. Na still non ado with us. dia pegi cari duit membanting tenaga. kami membanting tenaga abiskan duit. perghhh!! hebat sangat kan. kek ni... absolutely yummeh!! takleh menahan diri dari terus makan dan makan. kan kek leen bebeh. emmmmmmmmm... emm. :D

next menu. beef lasagna.
tadaaaaa... again. okeh. ini actually bukan dalam anganan kami. kami hanya angankan chicken cornish. masa sampai dah pegi usha kat bilik pameran kaca chic cornish tu. tinggal satu je. terus berdoa dalam ati kami dapat yang satu itu. then pegi la duduk. tunggu dorang amik oder. then.... masanya tiba. kami pon oder chicken cornish tanpa ragu lagi. and the answer issss.... "maaf cik. dah habis." grrrrrrr... chicken cornishhhhhh... bai bai... okeh. kami belek buku menu itu. then we decide to order this. sebab memasing dah makan nasi lemak pepagi tadi kan. kak leen banje. sebab dia tringin nak singgah beli kat tempat yang dia beli nasi lemak tu sebelom datang keje pagi tadi. bole ek gitu bebeh?? ehehe.. bole la. kenyang ai. alhamdulillah...

ngap!
gigih betul model jari genit ni kenn.. sweet kiut jep gitu kan. alolooo.. siap gitau. "nah amik gambar gini. kak leen pegang camni." manesssss sangat.. tenkiu kak leen bebeh.. bagi nampak efek cheese tu ken. :) sume gambar blurr je kan. sabar k. ai berusaha dapatkan hasil yang lebih baek nanti. insyaallah.. amin... hasil makan dua-dua menu ni, alhamdulillah.. kenyang. kami kongsi. sebab dua-dua dah makan nasi kan. pastu time dok tengah bayar kat kaunter muak yang amat rasa. hamek kau. 

pastu pi naik kat nirwana kat atas tu. ai mau beli milo untuk opis punya. ada la orang adabi buat promo sup ayam + sup daging segera. rasanya ok la jugak. bole beli la if perlu makanan segera gitu. bukak je tin tu. tuang dalam periuk, panaskan je. then hidangkan bersama daun bawang yang dipotong tu, bawang goreng, pastu perahkan sket ahsam limau. dah bole terus makan. mudah kennn.. pastu jalan lagi sket ada lagi promosi sambal apakah pulak ntah. yang brand adabi jugak. okeh. we surrender. kenot eat anymore. dah kenyang dan muak yang amat. tenkiu ye adik adabi. gitu. sebab dia keje ngan adabi kan. alhamdulillah. murah rezeki kami. itu je. nak gi lompat-lompat ilangkan muak. jari je la yang lompat pon kat atas keyboard neh ha. petang nanti baru ai lompat time kelas erobik. bahaha.. oke bai.