17 February 2012

Creme Brulee Cheese Cake

Assalamualaikum.

^_^ suda masuk hari Jumaat. yeay!! sok cuti. supposed sok join my fren, Sheq pegi pre-wedding shoot dorang. tapi tak dapat pegi. sebabnya, have to jadi driver adik2 aku macam biasa di hari jumaat. walaupun ketiadaan kete sendiri. kasi exchange ngan abang sulong aku. dia bawak gi terengganu. uhuhu.. pastu tambah lak ada undangan makan2 kat 2tempat sok pagi. 1 kenduri cukur jambul new baby kawan kat opis, lagi 1 maulud kat umah kawan adik aku yang dekat umah nih ha. umi dak tu mmg biasanya akan jemput kami satu famili kalau bikin makan2. bagusnya makcik.. saya suke.. ehehe.. memang dasar kuat makan ek aku ni.

Oke. cerita tentang makan. petang tadi sebelum balik keje aku singgah secret recipe si kedai makan merah itu. konon mau grab apple cheese slice la kan. skali......

ai nampak ini kat dalam lemari kek itu. comellllllll je kat dalam tu. banyak lagi pulak tu. tapi aku tahannnnnnnkan je diri dari beli banyak2. dengan pantas aku pilih yang ni. suh akak keje kat situ kasi bungkus satu. muahaha.. (gambar ni aku gugel je. dari blog someone kalo tak silap. cantik, sedap je dia snap gambo ni)  

YUMMEH!! waaaahhhh.. tanpa rasa bersalah langsung aku beryummeh bagai ek. ahahaha. cucuk ngan garfu, masukkan dalam mulut.... emmmmmmmmmmm.... eemmmmm... so nice. so delicious. sinfully delicious. bole gitu?? tapi yang ni memang pebret aku lah skarang nih. best. mau lak aku mmg gemau cheese kan. masuk je dalam kete, tanpa berlengah lagi aku makan kek ni. time2 tu jugak. tambah pewot lak dah mula rasa lapar kan. ahaha.. ntah pape. nekmat. pastu sambung makan kat umah. okeh. itu saje. slamat berholiday bagi orang2 yang thedak bekerja esok hari.. ai mau thedo skarang.. nunite.


15 February 2012

Kad Undangan

Assalamualaikum.

taraaaaaa... aku terima sekeping kad undangan.

Time makan tengahari kat opis tadi aku kua ngan Sheq/Rushaida. dia mengajak daku menziarahi Zura n hubby yang demam xbegerak geri kat umah. maksudnya dorang demam sangat banyak hari dan sangat thedak larat jua kekurangan kudrat yang amat. disebabkan jalan nak ke umah zura adalah sehala je ngan sheq jua melalui opisnya, lalu aku volunteer je la mau menjempot dia kat opis. sebelum tu singgah beli bihun sup + air kelapa muda. jua singgah beli buah limau untuk orang demam, juga singgah di 7e seketika mencari barang kiriman zura. bihun sup + air kelapa muda yang sejuk nyaman tu menu makan tengahari aku hari ni. takdenya menu diet macam tengahari semalam lagi dah. ahaha.. best wooo.. berbaloi-baloi. untuk kedua-duanya itu abis 4 hengget sahaja oke. banyak + kenyang + sedap = puas ati + perut kenyang. ahaha.. tapi aku ngan sheq je makan. zura n hubby takde selera nak makan. demam zura dah kurang. dah tak panas da badan dia. just sakit kepala je yang masih ada. waaahhh.. macam lirik lagu lak. then otw balik, sheq bagi kad undangan perkahwinan dia ni. kiut comel je. dia menjemput me n my partner. tapi my partner lum tentu free lagi di kala itu. idak ngape lah. kite tgk je la keadaannya cemana ketika itu nanti. sheq siap gitau awal2 wajibkan aku hadir di ketiga-tiga majlis. iaitu time akad nikah, kenduri pihak pompuan + kenduri pihak lelaki. waaahhh.. pastu siap request aku amik cuti time kenduri umah pompuan. wahaha.. ada elaun tak daling?? ehehe.. ai gurau je oke. insyaallah. kalau takde pape, akan aku usahakan berada di sana. tak sabar nak tunggu wedding sheq + yo. mesti sweet ni. yang bestnya bila jumpa sheq ni, kami kongsi kegilaan/minat yang sama. FAREEDA. iye. itu kegilaan kami sekarang ni. huaaaaa... kalau keluar sesama je asik la cakap tang tudung fareeda tu ha. ehehe. buat masa sekarang ni aku baru je ada 6helai koleksi tudung fareeda. insyaallah akan ditambah lagi. ehehe. koleksinya cantik2 oke. itu sajelah. sok gonna be agak sebok dengan workload yang menuntut kesabaran jua kepantasan. moga semuanya setel degan bergaya + jayanya. amin...

14 February 2012

Lunch Menu

Hallooooooo... ahahaha.. ok. short entry. ini adalah menu tengahari aku hari ni.

tadaaaa.. very da diet ke hapa?? ahahaa.. yogurt oke. berserta minuman yogurt. ngeh ngeh ngeh..

Disebabkan semalam aku dah bantai makan kek. jadi, hari ni buat2 tak nampak je bila lalu kat sebelah secret recipe si kedai makan merah itu. uhuhu.. abes.



Arisha Qistina

Assalamualaikum.

^_^ Empunya nama tu anak sdara aku. anak kepada akak aku. diorang skarang ni duk kat Kajang. kat umah dorang la aku selalu lepak time aku ke area sinun sesambil jenjalan jua soping moping. ehehe. dak kecik ni dah setahun lebih skarang. omel-omel je. kekadang noty jugak ni. aritu dia selamba jek pi campak tepon mama dia kat bawah. ikut tingkap. bole tak? siap bising lagi jiran kat bawah sinun sebab dia bajet jatuh kat atas kete dia. padahal jatuh kat atas atap jek pun. kecoh je lebih ek. dia tak tau pulak tu dak kicik jek yang membalingnya pon. henpon pulak tu. ahahaha. seb baek jangka hayat tepon tu panjang lagi. gelabah jap mama dia. lepas tu, syok pulak kot dia rasa. asik nak campak ke bawah je pape pun kat tangan dia. pandai ni. tecit2 dah noty ye. pastu aritu akak aku cite dak qis ni gigit baby yang sesama duk kat umah pengasuh dia. sebabnya baby tu kacau dia time dia tengah isap susu. bole tak? baby tu nak ajak awak kawan ngan dia je tau. bajet babay tu nak kongsi susu awak ke cayang? qis ni... nangis la baby tu. baru 6bulan je pon. apa la mak baby tu cakap. cian baby tu tau qis. len kali layan baby tu leklok oke. xbaek asik gigit2 orang. mangsa seterusnya mama dia. ahahahaha.. dia gigit kat peha time mama dia tengah masak. tu sebab mama dia asik lah dok masak pastu tak layan dia. eh. gitu pulak ek. abeh tu qis nak makan cemana kalau mama tak masak untuk qis kan. ish ish... tapi aku bantai gelak je bila mama dia cite. time mama dia cite dia gigit baby tu pon. sebab dia dah pandai noty skang. tapi not good oke cayang.

Lagi latest stori, dia dah pandai jerit2 pulak skarang ni. pulak. yang ni mama dia cite malam tadi. time mama dia tengah kat dapur, papa dia tengah santai2, dia relax je kat sofa layan tengok tv. tiba2 menjerit. kuat jugak la mama dia cakap. opkos la mama + papa dia tekejut. dengan pantas pegi kat dia. nak tau nape dia tejerit gitu?? sebabnya dia tengok kat tv tu tengah jerit. bole tak?? waaaahhhh.. dah pandai skang ek. kat mana la pulak dia blaja tejerit jerit nih. wat tekejut mama papa awak je tau. tapi time akak cite ni pon aku bantai gelak jugak. ahahahhaa. sebab bole imagine cemana papa ngan mama dia tekejut. ehehe.. cepat je kan budak2 ni belajar. perkembangan IQ dorang sungguh pantas. jadi, as an adult, we must behave ourself la bila depan dorang. dorang cepat ngikut tau. apa je yang kite wat. windu lah ngan dak ticit ni.

hik. sebab kualiti gambar sangat thedak bagus, i duotone kan. ehehe. ni time aku gi kl awal bulan februari aitu. malam aku sampai kat sana. actually dia dah tido time aku sampai kat umah. pastu saje je kacau dia sket. skali tejaga, blur2, terus senyum.. alala.. manisnya.... terus main2. tanak tdo. kul 3 pagi baru dia tdo. kata mamanya. aku dah bantai tdo dh time tu. soknya tak gi umah pengasuh dia. lepak kat umah je ngan aku n ita. kawan aku yang jempot kat kl sentral.

budak cibok. pegang jeli dia satu. rempah mama dia satu. time ni tengah beratur kat kaunter time pegi tesco mencari bahan2 memasak.

tengok. sebok kan dia. rajin betul punggah bebarang letak kat atas kaunter. dia relax jap tengok je kat kaunter tu. pastu dia amik balik. masukkan dalam troli balik. ehehe

dah nak balik. masih lagi duk dalam troli. ehehehe.. tapi ada jugak time dia nak turun bejalan sendiri time kat dalam tesco tu.

cakk!! deyamnya diaaaaa.. nanti kita jumpa lagi hujung bulan ni oke.

taraaaaaa... qis melayan peminat kat depan pintu. waaahh.. siap sarung kasut aunty lagi ye. pastu aku pakaikan sekup kepala kat dia. dah jadi ala2 datuk ct. ekekeke.

Windulah kletah dak kicik ni. pastu dia suka main jam tangan aku. sebab ada nyala2 lampu. ahahahaha.. lucu oke jam aku ni gitu. sebabnya time beli tu taktau pun jam tu bole nyala lampu kaler2. patot la siap ada discount lagi time beli tu. muahaha.. tau pun sebab terkelip kelip time kat dalam kete di malam hari. akaka. bertukarrrrr... ok. bye.


13 February 2012

Nasi ayam Hainan

Hye.. saya muncul lagi hari ini. ehehe. telebih rajin lak ek. sempena adik aku dapat gaji pertama dia keje sambilan sesambil tunggu result spm skarang ni aitu, dia telah bermurah hati blanja kami sume makan2 di Restoran Nasi Ayam Hainan. betul ke gitu ek namanya. ingat2 lupa lak. belasah jek la ek. bak kata akak aku, kalau dah namanya orang banje, iaitu makan free, apa pun sedap. ehehehe.. rasanya oke la. mungkin memang gitu kot rasanya nasi ayam hainan ni ek. nasinya ada rasa halia gitu. supnya biasa2 je. ayamnya aitu roasted dah abis, jadi aku pilih kukus nyer je la. keseluruhannya, bole la. mungkin tak brapa nak kena dengan selera aku kot. tapi sangat murah oke. pakej 1set nasi ayam + air sirap hanya RM4.90. sebab tu lah kot ramai je orang pegi makan kat kedai makan tu. lagipun rasanya not bad lah jugak. aku suka mi kicap kat sini. very da chinese je rasa. tetiba feeling2 korea pun ada. gegara terpengaruh tengok dalam cite korea diorang makan mi kicap. nampak macam best je. tapi mmg rasa mi kicap dia tu bole tahan gak la. tu ikut selera tekak aku la kan. harga makanan kat sini yang lain2nya pun ok la. berbaloi. hagak2 takmo abis banyak time rasa nak makan kat luar tu, singgah je kat sini. set nasi ayam + air sirap tak sampai pun 5hengget kan. ehehe..

set nasi ayam. kat ayamnya ada sayur taugeh sket. supnya kosong je. tambah perasa je kot. sambal cilinya ok la.

air sirap yang termasuk dalam set nasi ayam kat atas tu.

bubur nasi. ni adik aku yang bongsu punya. ok la jugak rasanya. semuanya oke je aku kan. dah memang stok suka makan kan. ehehe.

ngapekah tu pa? tak sempat nak kunyah ayam terus tertelan ke? ngeh ngeh ngeh.. kijam je anaknya ek. apa lah yang mama aku dok komplen tu.

adik bongsu ai menikmati bubur nasinya. tepon menten je kat sebelah ek.

adik aku yang banje kami makan pada malam itu. peaceeeeee to you too lah.

kasi tempek lagi skali gambar dia. ehehe. bodek sket. nanti sudi2 la banje kami lagi ye.. ekeke.. banyak cantik kan. dah la dia keje part time sesambil tunggu result je. kijam lak aku. ekeke..

Asik cite pasal makan je aku hari ni kan. ehehe. nampak sangat kuat makan. muahaha.. bye.


Secret Recipe

Haluuuuu.. ada lagi. rajin pulak hari ni. kasi tempek dua entri lah. resepi rahsia. anyone??? ye. bahasa inggerisnya secret recipe. well known sebab keknya. dap. aku dah jadi semacam gila kek2 secret recipe ni lak lately. apa taknya. ada cawangan kedai merah ni buka kat depan opis aku. kopak la aku tetiap bulan kalau cenggini. adehhh... cawangan secret recipe kat area Kubang Kerian ni mula beroperasi pada hari Selasa minggu lepas kalau tak silap aku. Rabu esoknya tu baru aku perasan dorang dah mula beroperasi sesambil lalu depan kedai tu lepas makan pagi. waaahhhh.. pantas. tengahari tu jugak aku pegi merasa makan kek kat kedai tu. ahahhaa. besama kak Nani jua opismate. aku tak amik pulak gambar dekorasi cawangan sr baru ni. ai lopa oke. tambah pulak memori tepon dah full sebab banyak sangat gambar belum transfer time tu. kami gi makan kek je pun. sebab memasing masih lagi kenyang. saje menggatal nak jugak gi makan kek walau belum trasa lapar. ehehe.

ni kek yang aku makan. blueberry cheese. yummeh.

yang ni kek pilihan kak nani. chocolate indulgence. dap. tapi rasanya agak kureng sket pada hari kejadian. mungkin sebab kurang sejuk kot. lalu krimnya agak mencair.

Kalau ikutkan, pebret aku skarang ni creame brulee cheese cake. tapi time pegi tu takde pulak. time aku pegi nak belikan untuk kazen aku yang masuk wad keesokannya seb baek ada. kazen aku pun suka sama macam aku. bestttttt!! aku makan jugak sciput walau tujuan asalnya bawa untuk orang sakit. ahahaha.. kenot menolak oke. kalau ikutkan ati nak je makan 1slice tu sorang2. miahaha. pastu, hari ni aku pegi lagi. lunch hour tadi. kah kah. dengan tujuan nak beli dan makan creme brulee cheese cake chenta hati ai. namon hampa, takde pulak ko arini ek. ampeh. owes lah gitu. uhuhuu.. alih2 aku pun beli lah jugak yang choc walnut tu. best. tapi best lagi kek pojaan hatiku itu. abeh la aku kalau tetiap minggu gini ek.


Nasi sup

Assalamualaikum.

Hepi monday sume. ^_^ dalam lebih kurang tiga minggu lepas.. waaahhh.. gila lama cite. tiga minggu lepas??? muahaha.. fedulik. kan dah kata dah. banyak gila stori kan. tapi asik tekumpul dalam kepala jek. pastu gegambar sume asiklah terperap dalam folder gambar2 aku je. ehehe. insyaallah i'll try my best (kerajinan) oke. sambung balik.lebih kurang 3minggu lepas aku kua makan ngan kazen (kazen yang sama aku temani dia kat wad entri sebelum ni). aku takde idea pun nak gi makan katne time kua tu. then dia suggest gi makan nasi sup kat tepi sungai kelantan tu. nama kedai tu aku tak perasan pulak nama apakah. yang pastinya bersebelahan dengan bangunan LIDO jaman dedulu yang dah pun dirobohkan. yang ada hanyalah bangunan lot parking bertingkat betul2 kat depan kedai tu. berhampiran dengan hotel Grand River View. sesape orang kelantan tu mungkin tau la kot kedai ni. sebab kedai makan ni bole tahan femes jugak la dengan menu nasi supnya tu. well, seperti yang di war-warkan, memang sedap. tapi tak pasti pulak aku yang mana satukah yang sedapnya. supnya kah? ayam bakarnya kah? daging bakarnya kah? atau sambal belacannya kah? atau kesemua kombinasi itu kah yang membuatkannya rasa sodap kah? ahaha.. tapi daging bakar kat situ memang sodap. mungkin kena rasanya dengan sos yang disiram kat atas daging tu. tapi sciput je. reganya aku tak pasti. sebabnya kazen aku yang banje makan aritu. ehehe. alhamdulillah. tenkiu so much ye bebeh. jom tengok gegambar itu.

sup. satu untuk aku. satu untuk kau. eh. satu kazen aku punyalah.

ayam bakarnya yang sodap. mungkin sebab sos tu pun sodap jugak kot. itu memang membantu kesedapan rasanya.

nasinya. besama sayur taugeh sciput. banyak oke. sebab aku dah makan sarapan nasi jua. itu pasal rasa banyak. konon takmo makan la pi sini sebab dah makan kan. tapi makan separuh pinggan jugak la. aku paksa rela kazen aku amik sket. ahaha. tapi kalo belum makan lagi, oke je sepinggan nasi ni. entah2 tak cukup pulak ek. miahaha..

kazenku yang telah bermurah hati banje daku makan nasi sup berserta lauk pauk yang sodap. best. yang sebelah kiri paling depan tu la daging bakarnya. besttt!! dalam tanak aku amik gambar dia time ni sempat pulak pose ngan senyum ek. ahaha..

Kepada sesape yang gemar menikmati nasi sup tu bole la berkunjung ke kedai makan ni. dap. kalau ikut selera aku la kan. selera makan korang ai taktau. tapi belum cuba, taktau kan. selamat mencuba lah ye.


12 February 2012

Misi a.k.a. nurse

Assalamualaikum.

Hye. i'm back. banyak sangat stori nak share. tapi ansur-ansur la ek. al maklum la sebab lama tak update kan. ehehehe.. start with the latest one la ek. kisah time cuti semalam. hari Sabtu semalam pepagi lagi aku dah kua umah. macam kua pegi keje lak rasa time kua dari umah tu. ehehe. atas permintaan mak sedara, aku pegi temani sepupu yang kena stay kat wad beberapa hari. kat hospital pakar perdana, kota bharu. sangat dekat dengan stadium. depan gerai cendol pulut tapai yang aku suka sangat berulang pegi makan kat sana dulu. as usual, kami memang la tak reti dok diam kan. sampai je kat bilik dia, nak expect apa lagi kan. opkos la my kazen tengah bebaring. kata sakit kan. dia demam panas. sebab tonsil dia membesar. lepak jap, borak sket2, abiskan sarapan orang sakit (kuey teow goreng + 3 ketul ayam tecit + 1 ekor udang saiz sederhana). tengok nurse kasi cucuk ubat beberapa kali. adehhhh!! banyak oke nurse tu masukkan ubat. sebab dose ditambah. aku tanak sakit. takmo kena cucuk2. takottttt!!! lepas kazen aku kena cucuk ubat yang pelbagai tu, dia telelap jap. kejap sangat. pastu dia tejaga sebab bunyi aku tutup tong sampah. saya tak bersalah. dia memang susah nak tido pon oke. lepas tu ubat2 tu dah bagi efek baek punya. kazen aku dah rasa segar/sehat sket, dia bangun duduk2 kat sofa. borak2 ngan aku sambil dia melayan fesbuk. dia suda pasang niat nak turun makan roti bakar kat cafe. muahaha.. lepas tanya nurse, then nurse tu kata no poblem. bole je. takde pantang jua. weeeehuuuuu!!! pantas kami turun makan2 kat cafe yang kat bawah tu. kat dalam hospital tu jgk la. dan kami makan ini. gambar yang kat bawah ni.

telur masak separuh. eh. ke telur separuh masak ek? mana2 la. dap.

Masaknya elok je. masak serata lah kiranya. kami makan roti bakar + telur ini. kononnya takut telebih kenyang, nak makan sebiji jek. 1set ada 2biji. aku makan satu, kazen aku makan satu. roti bakar 3set oke. muahaha.. tak hengatnya. then dah siap makan, alamakk!! macam sedap plk telur separuh masak kat cafe tu ha. tanpa segan, terus bangun order lagi 1set. akakakaka.. sume adalah 4ekor ayam kami makan pada pagi itu. ahaha. dasat betul. dua2 minum teh 'o'. bezanya aku minum yang suam, my kazen minum yang sejuk. sesambil tunggu kawan kazen aku datang, kami sambung lepak situ. tapi sebab lambat sangat, naik je ke wad balik. sebab my kazen dapat call dari wad. pesakit hilang ek. akakaka. lepak kat bilik jap, nurse masuk nak bawa gi jumpa doktor. aku folo aje lah. sebab kazen aku ni cepat sangat nebes. temankan dia. sesambil dok tunggu tu la kawan dia sampai. eberiting oke stakat ni. tapi kazen aku kena gak jalani operation tang tonsil dia membengkak + membesar. set date nya adalah 27 hb nanti. waaaahhh.. tu kompem dia berdebar + nebes nak tunggu tarikh tu. ehehe. skang ni my kazen dah kat umah da. discharge kul 11 pagi tadi. aku lak punch card balik dari jadi nurse dah kul 3.30 lbh gitu. almost 4pm sampai umah. then kua lagi with my mom. pegi beli tupperware yang akak aku kirim, singgah KK home deko, terbeli mangkuk yang comel. terbeli oke. tapi sampai 4bijik lak aku amik. ahaha.. pastu memandangkan cuaca panas semalam, kami singgah makan cendol pulut tapai kat bawah pokok besar berhampiran umah. itu saje aktiviti di hari sabtu ai. bye.

28 January 2012

Freaky Friday

Assalamualaikum.

Hye all. cemanakah hari Jumaat anda2 sume? daku punya Jumaat kali ni bole tahan penat jugak la. takde la nak freaky sangat pon. saje jek tajuk nak gempak kan. ahaha. siyes penat. sebab non stop la jugak rasanya aktiviti hari ni. dari time bangun tido pagi tadi sampai le ke time sekarang ni. actually hari ni macam biasa lah hari minggu kat kota bharu kan. tapi macam tak terasa cuti sangat la melainkan tak masuk opis je. memandangkan hari Jumaat, lepas solat subuh harus nak jugak tido balik. ehehe. then bangun pun sebab adik aku kejutkan suh hantarkan dia gi keje. tepaksalah bangun jugak memandangkan tinggal aku sorang je kat umah yang bole drive pagi tadi. sesambil tu kena gi hantar adik aku lagi sorang gi sekolah. ada kelas tambahan. tambah jugak lagi aku ada temujanji bersama kazenku kat Taman Guru sana. janjinya kul 9.13am. ok la tu. ngam2 la sesambil nganto budak 2orang tu ha. my mom pun ikot skali. tapi just pegi lepak kat umah mak sdara kat Pintu Geng. kazen aku yang kecik pun ada jugak sorang join bersama. sebab dia bermalam kat umah. seharusnya bersarapan adalah kat umah mak sdara. sebab dia memang berniaga nasi pepagi hari. nyummm.. makan nasi berlaukkan ayam goreng+tumis pedas+kuah gulai ayam sket. ia adalah normal oke kalau makan nasi pepagi hari kat Kelantan ni. mungkin sebab itu lah kami penduduk Kelantan ni kus semangat. sihat walafiat je semua. ehehe..

Seperti yang dijanjikan, kua le daku besama kazenku. katanya mintak tolong untuk dapatkan testimoni dari aku tang satu produk. oke. so aku follow je la. it's about PB. Premium Beautiful. penah dengar kan?  bawah Hai-O. biasa dengar tak? lantak le biasa ke tak. sambung cite balik. tempat yang kami pegi tu kat Pasir Mas. pegi naik keta kawan kazen aku tu. thanks to her kami takyah sesusah drive. ehehe. ingatkan kejap je. bajet sebelum azan Zohor dah setel. skali, dah lepas azan Zohor pun lom jugak lagi setel. uhuhuu.. lama yang amat oke. tak suke. tang produk itu, oke jugak la. aku dah try tadi. tapi aku rasa rimas + asik rasa macam nak marah je. xtau lah ngapekah berperasaan gitu. mungkin sebab aku rasa agak tak selesa atau teramat rimas. aku memang xleh blah la kalau tang rasa tahap kerimasan yang amat. nanti aku jadi mudah marah kalau dah terlebih rimas. tambah kalau dah mula rasa berpeluh yang melekit lekit tu ha. huihhh lah. katanya just untuk dapatkan testimoni, tapi aku suda semacam kompius. hatiku berkata thedak untuk menjoinnya. mungkin tak kena dengan jiwa + cara aku kot. done with all da things, dalam kul 4ptg lebih sket baru le sampai kat umah mak sdara yang kat Pintu Geng tadi tu balik. sebab kete aku tinggal je kat sana. solat jap, then balik besama mama. sebelum tu singgah Tesco jap. mama membeli belah bebarang jap. kejap je pon. tapi terasa lama sebab badan dah mula rasa lemas+rimas+penat. sesambil temani mama soping, Sheq teman sekolahku aka geng lepakku tepon. ngajak berlepakan santai reramai bersama geng berkumpul lainnya (sheq, lec & zura with their hubby too of course). sebab kawan dorang dari Barcelona datang sini. Spanish. sebab mamat tu minat bola sepak Kelantan, lalu lokasi pertemuan kami sume adalah kat stadium Sultan Muhammad ke-4. memandangkan time dijanjikan adalah 5.30 ptg, maka haruslah aku terlambat atau dapat join dorang agak lewat. kompem lah kena anta mama balik umah dulu kan. tambah badan dah melekit dan rimas gila, harus lah bermandian jua bersolat dulu. sudahnya hampir 6.30 ptg jgk la baru aku sampai kat luar stadium tu. dorang dah habis tengok pasukan Kelantan berlatih. hampehhh!!! ai terlepas oke. tak sempat join dorang. mencikkkk!!

Kat perkarangan stadium sana, kat area luar tu ada wat Pesta Thai + pameran apakah ntah. maka berjumpa dan berkenalan la dengan mamat Spanish tu. Jordi Perez. tecit selamba je orangnya. aku takde lak gambar dorang. malas nak downlod kat fesbuk. ahaha. jumpa, layan tengok jersi bola pasukan Kelantan, then we all heading to guest house tempat mamat tu stay. kete tinggal je kat stadium tu. jadi penumpang kete zura. ahahhaa. sookaaa.. takyah drive. lepak2, minum + mkn beskut yang si Jordi tu hidangkan, borak2, dorang dapat souvenir dari Jordi, then gerak geri pulang dari sana. tinggal lah mamat tu lepak sorang2 kat guest house tu. sebab masing2 ada agenda malam ni. dia pon lom rest baru sampai petang semalam. lagipun 8 hari dia kat sini. lama jgk la kan. then me, zura, hubby zura & sheq menuju ke stadium blk. opkos la sebab kete kami tinggal kat sana kan. then lepak2 jenjalan kat pesta thai tu jap, singgah guest house Singgahan jap jumpa mama Farah (my bff), then balik.

Tapiiiiiiiii... yang bestnya, dapat souvenir dari Zura. dorang gi Bali aitu. now baru jumpa lepas dorang balik aitu, hari ni la baru dapat ole2 dari bali tu. sukeeeeeee... tenkiu so much zura bebeh. muah muah.

dapat ini... siap ada nama aku lagi kat plastik tu.. so sweet..

selipar itu adalah fridge magnet. sequin itu adalah coin purse. tapi bole je letak macam2. terpulang pada kreativiti. ewaaahhh.. tenkiu bebeh. very nice of you.

Kualiti gambar itu memang tidak seberapa sebab macam biasa, just guna tepon. malas nak guna dslr. ehehe. very tired day. tapi diakhiri dengan moment yang gumbira bersama teman-temanku. thanks gojess. dapat bergelak ketawa bersama tadi. sampai ketemu lagi esok hari. ehehe.. me pegi tengok bola???? esok?? adakah benar??? tengoklah cemana sok. baibai..

25 January 2012

Citin Hotel Masjid Jamek

Assalamualaikum.

Mulakan hari bekerja pada hari ini dengan merajinkan diri setelah bercuti CNY. actually entri ni ada dok terperap as draft entry hampir sbulan dah. ehehe. now baru edit and publish. di kala time makan tengahari time orang lain sebok dok cari tempat makan nak gi makan sebulan yang lepas, aku plk sebok dok online mengugel cari hotel yang best tapi murah + kat area yang mudah nak ke mana2 kat Kolumpo (KL aka Kuala Lumpur) sana ha. ahaha.. opkos i loooooveeee percutian bajet sambil soping. ahaha.. pastu ada la tejumpa satu hotel ni. hotel bajet la ni. macam menarik. kalau tengok kat websitenya la. tapi belum penah pegi lagi kan. so xtau la cemana. tempat ni baru lagi kalau tak silap aku. bole tahan jugak la. 3bintang kot kalau tak silap. harga promosinya tak sampai RM100 pun satu bilik oke. depends la bilik cemana yang dipilih tu. tapi valid sampai 31 Disember 2011 aitu je la. ehehe.. tapi ada lagi yang murah juga tak sampai RM100 satu bilik. early bird booking gitu. macam biasa la kalau kat hotel mana2 pon. kalau kat sini, dalam tempoh 30 hari sebelum penginapan, bole dapat less 10%, kalau 60 hari sebelum bole dapat less 15%. oke la tu kan dari takde langsung. jom view sama2.

ni peta lokasi hotel ni ye. dekat dengan putra lrt station oke. kalau tengok kat website citin hotel tu, katanya seminit je nak ke lrt station tu

ni Deluxe Queen punya bilik

Superior Twin or Queen

very simple



Menarik kan. banyak kaler putih. sukeeee. nampak bersih je. oke la kalau percutian bajet kan. nak pegi mana2 pun senang sebab dekat dengan lrt station. kalau guna public trasport la. oke. itu sahaja. bye. 


(** sume gegambar tu ai gugel aje. jua dari websitenya)


24 January 2012

BERSIH

Assalamualaikum.

Yeay!! seperti yang aku plan malam tadi, hari ini adalah sesi kemas2 bilik jua sesi mencuci bersih segala sepahan dan kotoran (kain baju yang belom cuci). oleh itu, itulah maksud tajuk bersih di atas. iaitu sesi membersih + mengemas segala benda alah yang perlu. ahaha. bole pulak gitu. bolehkan aje. bangun je pagi tadi, gosok gigi, cuci muka, tukar baju, terus gi anta adik aku gi keje. ahahaha.. kantoi... itu adalah kerana takde nak gi mana2 pun kan. lagipun memang dah niat nak berkemas jua sesi mencuci/membasuh. kalau dah mandi siap2 nanti malas pulak nak sentuh segala keje tu. ehehehe. alasan ek. tapi betol la tu. kemas apa je pun. lipat baju2 yang dah basuh yang bertimbun, pastu basuh segala baju yang juga bertimbun dalam bakul. ahaha. now semua tu dah setel. tinggal tunggu kering, then lipat masuk almari plk. dalam dok berkemas tu, siap sempat masak2 lagi tau. ehehe. opkos la sebab masak simple gile je kan. megi berkuah. ahaha. tu pun sebab nak abiskan sayur yang dah mula alami sesi kelayuan yang beli kat tesco minggu lepas. siap break makan lagi. ahaha. bila aku dah hagak rajin sket siap lipat2 simpan semua segala baju, sua, kecik, besar, masak2, kutip semua baju2 kotor, lalu adik aku pun bertanya. ngapekah rajin semacam. lalu aku menjawab "hari ini adalah..." oke aku tak perlu sambung. adik aku akan sambung sendiri. "hari rajin gila ba*#". ahaha. biasanya bila aku semacam termood baek punya buat segala keje ni, adik aku akan namakan hari kejadian itu sebagai hari aku rajin gila ba*#. hada ke patut ek. ish ish. itu sajo lah. saje je nak juga bagi ada entri hari ni kan. ok bye.


Happy Chinese New Year!!

Assalamualaikum.

Cuti timee!!! sukeeeee!!! ehehe.. Selamat tahun baru cina untuk semua kaum cina kat Malaysia dan semua yang menyambut perayaan ini. ai sokaaaa sebab cuti dua hari. best. my chinese new year day hari ini agak2 macam beraya jugak. hari cuti yang bole dikatakan terisi dengan segala aktiviti. yang pasti, yang mana besepah kat bilik aku ni tetaplah jugak tak jua terkemas ha. haih.. takpe. sok cuti lagi. insyaallah sok aku setelkan. ahaha. aktiviti hari ni stat dari aku bangun dari katil pagi tadi, sampai le ke malam, takde chance pun nak baring2 santai. waaahhhh.. konon macam sebok padat bebenar lah kan aktiviti aku. ahahaa. tengah dok baring2 malas kat katil pepagi tadi, dengar mama mula nak fire. katanya "kalau time malam beria ajak pegi TEMAN. bila dah pagi ni, humph. xleh nak pakai langsung". gitu la lebih kurang. sila translate ke bahasa klantan sendiri oke. ahaha.. TEMAN itu sebenarnya adalah pasar pagi. tempat tu bole tahan besar dan ada macam2 yang dijual. nama penuh bagi pasar TEMAN tu aku tak alert pulak apakah ia. nanti ai kasi siasat nanti. ehehe. dah dengar gitu, apa lagi, sila selamatkan diri... pantas aku bangun capai towel, menonong je gi mandi. aahahaha.. padan muka aku. itu permulaan hari aku.

Start dari bangun pagi, siap2, kua gi pasar teman tu dengan mama. aku takde beli pape pun. mood membeli belah takdo ha. ingat nak beli durian niat asal dari umah. tapi bila dah kat sana takde plk durian yang menarik hati. lalu, temani mama ajelah. memandangkan ada keje kat opis yang belom setel yang terpaksa gak aku setelkan walaupun taknak di hari cuti ni, tetap lah jgk buat sesampainya aku kat umah lepas ke pasar tu. gila rajin aku. sampai je umah terus capai leptop. gila ah. tu pun sebab nak cepat kan. haruslah. janji dalam lebih kurang kul 11 pagi nak pass kat kawan aku untuk dia pulak setelkan langkah seterusnya kan. tapi sempat jugak la sesambil tu tengok tv layan cite barbie tajuk apa ntah. sempat jgk sesambil tu makan nasi goreng sepinggan siap bertambah lagi sket. ahahaha. pastu dah kul 12 lebih kot kawan aku tu sms tnya dah setel tak. pantas le cakap belum kan. ahaha. sebab time tu tinggal lagi sket je nak kena edit. sikit tak sikit sangat la. dalam 4 page jgk la. ahaha. alih2 aku jugak yang kena sambung part yang sepatutnya kawan aku tu sambung setelkan. oke la. sebab dia ada keje kan. kena pi tolong kawan dia amik gambar kt kenduri kawen. sudahnya aku siapkan edit, then kena la jugak singgah opis kejap sebelum gi umah akak ipar aku untuk mencetak benda alah itu. amik masa setengah jam jgk la parents aku tunggu dalam kete. ehehe. maap. tepaksa. then bermula la episod makan2. mari berayaaaaaa... wahhh.. konon ek. ada lauk kambing. tapi kompem la aku tak makan. kurang gemar. sebab tak brapa nak kena dengan selera tekak aku. aku memang tak dapat nak terima rasa kambing tu. kalau amik pun sipi2 je. amik kuah ke sikit. tak pun amik umbuk kelapa ke yang ada skali dalam famili gulai kambing tu kan. ehehe.. tapi bagi yang gemar tu, syabas lah. bole la ajak aku gi makan kambing ni ha kalau korang mmg niat nak makan banyak sorang2 pastu stok nak aku amik kuahnya je kan. hoh. sunggoh bagus dan bergaya. sila jangan ajak aku oke. ahaha.

Done kat umah akak ipar aku, terus ke umah mak sdara aku pulak. ada jamuan hari jadi plk oke. ops. lupa. kat umah akak ipar aku tu wat makan2 sempena adik kepada akak ipar aku tu beniat/bernazar nak sembelih kambing kalau dia dapat keje. so, rezeki kami le dapa makan. terima kasih bebanyak ye.. seb baek ada jugak lauk lain tadi. ehehe. oke. sambung kisah gi umah mak sdara aku plk. singgah sana kejap, then papa ngajak pulang. actually hantar papa balik. sebab dia ada keje plk. oke. ai kan driver diri sendiri merangkap driver famili. sesambil tu memang dah janji ngan kawan aku nak jumpa pass keje yang belum setel tu kat dia plk. kononnya la kan. alih2, lepak umah jap sesambil tunggu kawan aku tu setel keje dia, then upenya kena pi sesama ngan dia kat kedai yang sepatutnya untuk finishing keje opis yang aku wat kat umah pagi tadi tu. al kisahnya, kami terlewat sket. kedai dah tutup. sudahnya tepon tuan kedai, then tinggalkan aje kat kedai sebelahnya bersama pesan dari tuan kedai yang kitorang nak gi tu. ahahaha.. apa lagi, bantai le makan ABC (air batu campur) pulak sesudah berlalu dari kedai yang dah tutup tu. niat asalnya nak makan cendol pulut tapai. tapi tak cukup bahan. itu pasal le makan abc je. sebab kat tempat tu cendol pulut tapainya yang sodap. done. nganto plk kawan aku tu ke destinasi tujuan dia plk. sesudah itu aku kembali pulak ke umah mak sdara aku tadi. sebab my mom jua adik aku masih di sana. dan aku pun belum sempat jamah/makan pape hidangan/makanan pun kat sana sebelum anta papa kat umah. ehehe. sesi makan kembali. makan mi kari. sedap. tapi amik sket je la. sebab dah bantai macam2 pun kan sebelum tu. tapi. wah. siap ada tapi plk tu. aku mmg awal2 dah sediakan space kat dalam perut ni untuk kek. akaka. sebab dah siap gitau kazen aku awal2 tolong simpankan choc cheese cake utk aku sket sebelum gerak geri dari sana sebelum tu. ahahaha.. pebret ai la kan kek2 ni ha. nak lak kek keju coklat itu. ahaha.. banyak oke kazen aku simpankan untuk aku. siap letak dalam peti sejuk. BEST!! ai lab yu lah my kazen nyuwa. ehehe.. her belated birthday kongsi ngan umi dia, pastu ada beberapa orang lagi + adik bongsu nyuwa, Shirah. shirah punya kek adalah angry bird. comel.

tadaaaa.. angry bird kaler merah. gong xi fa cai. eh. hepi besday la.

pandangan sisi sipi2 lak. ehehe.. dua keping ni je pun yang aku amik gambar sepanjang hari ni. gambar lain2 time birthday ni kena tunggu diorang upload kat fesbuk dulu. ehehe

Pandang atas je angry bird ni ha. ahaha. makan2, borak2, lepak2. kata ramai kan famili berkumpul. then baru gerak geri balik. tu pun sebab adik aku sakit telinga. tambah dengan macam rasa dah penat dan perlu pulang. tu pun dah lepas azan isyak baru gerak. tapi tak abis kat situ tau. lepak umah jap layan tengok cite cina yang storm apa ntah kat tv3 tu. best gak cite tu. then kena kua lagi. gi amik adik aku lagi sorang lak balik keje. dia wat partime sesambil tunggu result spm. then baru le bole rest... tu pun sambung tgk tv jgk. bersihkan diri, then tecongok depan leptop bikin entri ini. ehehehe.. itu sahaja. esok sesi kemas bilik pulak. insyaallah... tata.