Assalamualaikum.. Kemonim. 😄
Alhamdulillah second day of twenty eighteen and I still update my blog. Bahaha.. Yuppp.. iolls sejenis yang masih lagi mengamalkan sesetengah benda yang di anggap sudah agak lama iaitu menabung. Yang mana menabung menggunakan tabung. It's fun hokeh. Lagi seronok bila tengok hasilnya. Rutin menabung itu juga seronok bila dengar duit syilling tu berdenting sesama kaum dorang kat dalam tabung tu. Ehehe.. Kalau yang tabung tengah kosong tu kuat je bunyinya. Makin banyak, makin seronok kedengaran. Ehehe.. Kalau zaman kecik kecik dulu ada tabung yang ada bunyian atau muzik. Sekali masukkan syiling, keluarlah bunyinya. Menjadikan diri rajin nak masukkan duit syiling bebanyak kan. Kadang tu masukkan duit lepas tu keluarkan balik. Lepas tu masukkan lagi. Sebab nak dengar muzik tu je pon. Ahaha.. Sampai la dah tade bunyi. Abis bateri. Ahaha.. Sapa sama dengan kita macam tu jugak sila sentuh hidung. Ahaha..
Iolls ada tiga tabung setakat ni. Semulajadi tamak kau.. takleh nak buat pape dah. Ahaha.. Tujuannya jadi tiga tu, satu tabung yang nilai RM5 sahaja. Satu tabung yang duit nilai RM1 sahaja. Dan lagi satu tabung yang untuk duit syiling 20 sen dan 50 sen. Yang RM5 tu untuk bawak pegi travel bila perlu. Macam untuk duit belanja la. Setiap kali ada duit RM5 iolls akan masukkan dalam tabung tu. Macam tu jugak dengan RM1 dan syiling. Tapi yang RM1 tu idok le dimasukkan semua duit singgit yang ada dalam beg duit. Ikot mood jugak la kiranya. Hahaha.. Bila sampai time kekeringan, tabung-tabung ini dijenguk la. Ahaha.. Sesetengah orang ada jugak yang menabung duit RM10 tau RM20. Itu lagi bagus. Tengok-tengok dah banyak ha duit dalam tabung tu.
Al kisahnya iolls bercerita pasal tabung ni sebab hari ni iolls pegi masukkan duit syiling yang disimpan tu kat bank. Senang saja, tak perlu bersusah payah kira satu persatu manually. Masukkan je semua syiling yang ada tu kat dalam mesin syiling tu.
Iolls gugel je ni. Sebab tadi tak amik gambar. 😁 |
Macam kat atas tu mesinnya. Iolls pegi kat Bank Islam tadi. Senang je. Pegi kat mesin tu, pilih bahasa, pastu isi nombor akaun, nombor telefon, pastu masukkan je duit dalam mesin tu. Zastttt.. terus dikiranya automatically. Tak perlu nak asingkan syiling 20 sen ke, 50 sen ke 10 sen ke. Masukkan je semua sekali harung. Nanti akan kua resit, dan duit tadi akan dimasukkan dalam akaun kita terus. Senang kan.
Ini hasil menabung yang di simpan tadi. Sebelum tuang kat mesin tu geng syiling tu ada separuh uncang hitam tu. |
Feeling amazing ke idop? Ahaha.. Bolehla tu kan.. Tetiba berkobar-kobar pulak rasanya nak menabung terus ni. Pegi kutip sume duit syiling kawan-kawan opis pon sodap kan. Duit korang duit aku jugak. Tolong kurangkan berat poket ngan beg duit korang je pon.. Bahaha.. Gituh kekdahnya. (jangan ikot sangat yang kesyaitonan nih ha. Hahaha).
Mari menabung.... |
For the info, bukan hanya kat Bank Islam je ada coin machine ni. Kat CIMB pon ada jugak. Sila pegi ke mana-mana bank yang berhampiran dengan anda ye.
Psssstttt... Cemana uolls punya hari pertama tahun baru semalam? Iolls ada kisah lucu. Kompem kena cubit singa nih kalau kawan iolls tau nih. Meh nak cite. Ahaha.. Kua tanduk nih wei. Semalam iolls keluar la dengan kawan iolls. Pegi minom, then lepak jap. Tengah pasang niat nak balik, tetiba keta dia bunyi macam semacam. Then dia pon cek la. Nak dijadikan cerita, korang rasa apakah??? Minyak keta abis kauuuuu... Tuan keta tak sedar. Nak marah ke nak gelak?? Iolls bantai gelak je sebab rasa ia sesuatu yang lucu. Sebab kawan iolls ni jenis yang macam kekadang ala-ala jaga standard sket. Yelaaaa..sebab katanya ramai orang kenal dia kan. Kihkih.. Lantak situ. Dia dah stress, iolls bantai gelak. Nasib baik la iolls bawak keta jugak. Tapi parking tempat lain sebab nak pegi satu keta je tempat weolls minom tu. Kekdahnya, panggil la grab. Nasib baik KB dah ada grab skarang ni uolls. So naik la grab ke tempat keta iolls. Dipendekkan cerita, pegi la shell, beli minyak situ. Tapau petrol kauuu.. Hahaa.. Kena beli empat tong petrol yang kat shell tu sebab ketanya tangki besor.. Empat tong bersamaan 30 hengget. Alhamdulillah adik yang keje kat shell tu pon baik hati. Dia yang tolong tuangkan minyak dalam tong tu. Kalau weolls yang tuang, kemungkinan minyak nak melimpah keluar tu sangat banyak. Hahaha.. Pastu adik tu tolong potongkan botol air sekali untuk dijadikan corong nak tuang minyak tu nanti. Setel kat stesen minyak tu, weolls pon pegi la kat tempat keta dia. Lalu mengisilah petrol manually ke dalam tangki minyak tu sambil gelak dengan jayanya. Opkos iolls wish happy new year time tu supaya kekal segar dalam ingatan kawan iolls tu nanti. Hahahaha.. Gila kentang main tuang-tuang minyak memalam. Kahkah.. Ok bai.. Nak sambung menyakat kawan iolls tu. Hadap la dia sampai muntah. Hahaha..
No comments:
Post a Comment