26 July 2010

blub..bLub..Blub..

Hye dere.. waaahhh... kunun.. hampir dua minggu rasanya xhupdate nih.. actually ada jep ceritaan, namun agak not in mood la lately.. sometimes just can't control myself. my emotion especially.. uhuhu.. really. i hate when i'm in emo mood ni.. xsukeee.. xsuke... sgt sukar rasanya.. when u can't express wut u feel inside you.. n u can't even let yourself feel wut u are trully muly been through.. errgghhh.. denggg!! not my intention mau ngeluh-ngeluh kah hapakah. tp.. itulah.. lately ni mcm pemikiran kepala ala2 xbrapa nk positif jek.. ngapekah??? uhuhu .......................................................................................................................................................... olait..pengasingan emo in here. ahaha.. bole lk gitu ek? bole aje.. just xmo trus tenggelam dlm mood jua perasaan yg xbesh itu.. it's about DURIAN now.. weeeehuuuuu...
jari abg daku mengexpose di situ..aihh
yummyy!! akhirnya.. dapat gk aku merasa durian beshh!! syukur alhamdulillah.. ia adalah ketika minggu lepas.. hikhik.. ayat maunya skema ajep. ish ish.. startnya, ari apakah ek.. Selasa ke ari Rabu ntah. xigt. siangnya kt opis, my opismate bwk durian yg byk dr kampung dia. BESHHH!! kami mkn pulut durian reramai kt opis.. yummy yg amat. pulutnya dibawa oleh daku, namun dikukus oleh mama. mmg sgt besh. nekmat habis.. sukeeee... olait. itu kt opis. blk umah lk, upenya my mom pn beli droyan gk.. ahaaa.. lagii.. dan lagiii.. namun rasanya sdikit kureng. sbbnya papa pi pilih durian yg byk hari sudeh upenya.. idop ngapelah.. yg penting pada mlm hari itu gk abg daku yg sulung bwk blk durian yg mom mertua dia kasik.. kebun sdiri.. beshnyaaaa.. daku asik brangan jep mau dusun buah buahan sendiri.. pastu bikin umah tumpangan ka.. chalet ka.. pape yg sewaktu dgnnya la. beshhh!! droyan yg mom mertua abg daku bagi ni mmg sodaplah.. alhamdulillah.. syukuuurrrr yg amat.. sesungguhnya hanya Tuhan jua lah yg bg daku rasai segala nikmat ini.. segala rezeki itu.. bkn sikijap.. bkn mudah tawu utk daku merasa droyan besh nih.. sebelum tu asik xbenasib baek ajep each time kalo beli durian.. n now, i got it.. opss. lopa. hari sblm tu pn daku dh beli durian gk. 2biji. kt pasar mlm. ehehe.. actually smalam pn daku mkn durian jua kt opis. jua opismate yg bw dr kampongnya.. WanDin nyer droyann... beshh wooo.. yg kaler kuning gile ada.. yg besh jua lemak berkrim rasanya pn ada. yummyyy.. mmg i likeeee lah.. ehehe.. dh mmg pebret daku kn. nk wt cenggana. ekeke.. tenkiu WanDin.. kasi kami2 merasa durian yg sgt besh itu.. smpi ke hari ni pn ada lg besisa bau durian tu kt dlm opis nih. ahaha... namun time mkn pulut durian kt opis, jua time mkn durian yg besh smalam tu daku xdep tangkap gambo. sebabnya, bila dh nikmati durian yg sodap itu, maka lopa suda sgala perihal gambo jua kamera.. ahaha.. padahal dh lpk2 mkn dlm bilik simpanan sgala kamera tu.. hikhik.. sdikit kesengalan di situ.. ok lah.. seterusnya kt bwh itu adalah droyan yg di bawa blk oleh abg daku dr mom mertuanya.. tenkiu mek.. kasi itu durian.. sy sukeee yg amat.. smoga thn dpn berbuah dgn bertambah lebat jua bertambah lg sedap rasanya droyan mek jua WanDin. ehehe..

14 July 2010

Pagi --------->>> petang...

Syukurrrr alhamdulillah... murah rezeki yang amat hari ni. dari pagi, sampai la ke petang.. makanan jua mkn xbenti. actually benti gk. tp trasa mcm mmg byk gile ah mkn hari ni.. dh mcm mimang tetiap ari pn mkn byk lah kn. ekeke.. bisa betambah tembam mambam la kalo gini tetiap ari kn.. tp, as usual, rezeki usahlah penah ditolak. i mean, rezeki yg halal oke.. mimang besh lah.. sebelom tu, hari ni gk daku di intebiu utk pengesahan jawatan. YESSHHHH!!! insyaAllah kompem la daku.. yeah yeah... rezeki jua itu. alhamdulillah.. oke. back to da story. pepagi, menu awalnya adalah truffle ke apa nama ntah.. bwhnya kek gulung, atasnya mcm krim or kastad, yg paling atas jeli besama buah2 campor yg kt dlm tin tu ha. mimang beshh.. ni akak2 nursing kasik di pagi hari. temkiu yeee..
inilah ye menu pertama itu.. beshhhh...
ini jua..
biji nangka rebusss... kak Nun bwk..
Okeh. yg kt atas ni lk menu kedua. tp sblm tu daku mkn nasi tumpang. ekeke.. then seterusnya, menu last di petang hari kilija ini, terengggg... buah nangka.. nyum nyummmm... ianya adalah hasil tanaman c'Kamal, my opismate.. pengat nangka smlm pn dia gk yg bwk. moga2 bertambah murah rezeki la ye c'Kamal...
mimang besh oke.. maaanniisssssss... kalo tarok dalam locong bikin itu rumit pn sodap ni.. nyummm nyummmm lagi.. ehehe.. okeh.. itu ajelah kot stakat di petang hari sebelom pulang ni. ehehe... chiowwww... ( sila abaikan kualiti gambo yg idop seberapa itu.. daku kasi tembak guna tepon daku yg manja jua. manjeee keee?? muahaha... )

RUPA MANUSIA YANG DI HALAU DI PADANG MAHSYAR...

A'km to everyone.. entri kali ni memang berkisar tentang tajuk yg kt atas tu. actually i got bout this dari cikgu kelas time skolah rendah dulu kt facebook today. time aku darjah 2&3 Merah. ehehe.. cikgu Atiah.. my pebret teacher gk la ni. well, cikgu pn siap berpesan lg, sebar-sebarkanlah, kongsilah pengetahuan ni dgn kawan2 yg lain gk. so, here i come. aku nk kongsi sedikit info yg aku perolehi dr cikgu bersama kengkawan smua. smoga kita semua sentiasa berbuat baik sesama kita. dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa..
> Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.
> Ditukar rupa menjadi wajah babi.Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.
> Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.
> Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring).Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.
> Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal.Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.
> Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan...Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.
> Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan.Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.
> Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.
> Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas.Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.
----------------------------------------------------------------------------------------
Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia.Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.
Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan enghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pulapada hari ini kamu pun dilupakan."
Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kalimenganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku.Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."
Umat Islam sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju kePadang Mahsyar.Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.
Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluhkerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki,lutut, dada,leher mahupun sekadar bahagian muka saja.
Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan.Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.
Bgaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri. Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada.Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok)." –(surah An-Naml:83).
*BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM KALANGAN TERSEBUT........

13 July 2010

Makan-makan..

nyumm.. nyummm..
Alhamdulillah... murah rezeki. ptg ni c'Kamal, my opismate bwk pengat nangka atau ala2 bubur nangka. gitu la lbh kurang.. seingat aku la, ni la 1st time aku mkn pengat nangka ni ha.. rasanya.. oke. sedap. tambah lk xdek la manes sgt kn.. siap menambah aku mkn ha.. gegara percobaan pertama kali kn.. hikhik.. padahal dh mmg aku ni kuat mkn pon kn.. haiiihhh.. cobaaann.. tapi yg pastinya, rezeki usah di tolak.. ekeke.. cara mknya adalah lbh kurang mkn pengat pisang gk. letak pulut.. beshhh!!
dan lagi.. kualiti gambonya idaklah seberapa. karna daku hanya tembak guna tepon jep.. ngeh ngeh..

09 July 2010

Jumaat yang penuh berkat

Maha Suci Allah... sesungguhnya hanya Engkaulah yang Maha Berkuasa.. betapa kerdilnya aku ya Allah.. Last nite.. just dunno why. but i keep forcing my eyes to keep open.. dengan kehadiran leptop yg menemani, aku ttp berjaga walau dh terasa mengantuk dr awal on benda alah ni.. akhirnya mengalah jua. prepare to sleep.. as usual, i'll try to contact chenta hati before sleep.. tepon xdpt, lalu just leave him a msg.. almost 2am kalo xsilap. dpt panggilan tepon from him.. Masyaallah.. Innalillahiwainnailaihirojiun.. insan kesayangan beliau n famili dijemput Tuhan. penyeri keluarga. ratu jua permaisuri setiap keluarga.. his Ma. ya Allah.. semoga Engkau tabahkan hati2 ini.. Kau kuatkanlah semangat hati2 kerdil ini ya Allah.. semoga hati2 ini dikurniakan kesabaran yg tinggi.. kecekalan yg hakiki. semoga hati2 ini dikurniakan ketenangan.. kami redha dengan ketentuanMu ya Allah.. sesungguhnya semoga insan kesayangan kami ini, semoga roh insan yg kami sayangi ini peroleh ketenangan di sana. semoga rohnya sentiasa dirahmati dan diberkati olehMu ya Allah. jua ditempatkn di kalangan hamba2 Mu yg soleh dan solehah.. di kalangan org2 yg beriman..
Sesungguhnya, pergimu meninggalkn kesan di hati.. walau tidak terlalu akrab. walau jarang sekali bersua.. sudah tentu. kalau tidak silap perkiraanku, hanya 4kali.. tapi terasa bagai setiap hari berjumpa. cz almost everyday i heard bout u.. hati sudah lama meruntun, mau meluangkan masa bersama, ingin menemani jua berbual mesra. utk saling mengenali.. utk melayani keperluan sehari. namun tidak walau sekali direalisasi.. terkilan. sungguh.. masyaallah.. setiap pertemuan masih segar di ingatan. dengan kuasaMu, akhirnya aku berkunjung, menziarahi. namun utk pertama dan terakhir kali diziarahi.. di syurga duniawi. ya Allah, Kau tabahkanlah, kuatkanlah hati insan2 yg menyayangi insan istimewa ini. ya Allah.. sungguh, terasa bagai dia jua bonda di hati ini.. sesungguhnya Engkau lebih menyayangi ya Allah.. Ma, sy pn sayangkan mama jgk.. semoga hasrat ma, sama2 kami penuhi. InsyaAllah.. doakan kami.

07 July 2010

Sekadar mau berkongsi..

Good afternoon eberiwan(everyone).. ehehe.. kunun mcm ramai la kn yg singgah sini.. idak ngape lah walau feel sorang2 pn.. just mau bercerita jua berkongsi apa yg belaku kt diri ni jua pape yg mnarik bagi aku. hikhik.. olait. sebelum aku meneruskn ke sesi yg berkaitan dgn tajuk itu.. daku gumbira.. akhirnya leptop daku suda kembali ke pangkuan. ptg kelmarin. sukeeee.. free of charge. sbb masih lagi under warranty kn.. ehehe.. then adik aku yg rasmikn guna sekembalinya leppy itu.. inche mebi putih itu lk maseh lagi bulum kompiden diri ni utk derive sowang2.. hikkk.. apa la.. dan, inche mebi itu tiba di rumahku dgn kiut begayanya di bawa pulang oleh my big bro. on 01/07/2010.. YEAYYY!! hati bebunga riang ria la seharusnya kn.. akan daku beranikan diri.. tafkan hati, kuatkn smangat utk menakluk inche mebiku itu.. lalalalallalaa.. all da best utk diri aku. hakk.. bole ke gitu? enitim lah. Orait. now aku teruskan dengan niat jua tujuan asal entri ni. dapat dari perkongsian staf kt tmpt aku keje gk sebenarnya. dia kongsi kt email staf.. lalu daku lk panjangkan ke sini.. smoga dpt la dijadikan iktibar utk kita sume. yg baik dijadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan.. sama2 lah kita saling igt mengingati. namun kesahihan cerita ini, thedaklah dpt aku buktiknnya.. sebab daku pn copy dr tuan pengirim email itu jua. just aku rasakan menarik utk di kongsi bersama.. lalu, slamat meneruskn bacaan ye.. "Mari kita hayati kisah ini sama-sama… Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian. Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia . Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau. Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama. Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar. Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama. Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah! Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian. Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat! Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita. Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah! Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam ‘freezer’ (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu. Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini. Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi. “Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M. “Hello, ustaz M ye?”… satu suara bertanya. “Ya, ustaz M bercakap”. “Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?”, sang suara meminta kepastian. “Imam…imam. …yanng mana satu….ermm. .oh…ya. .ya..ingat. .ingat… “, ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya. “Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?”, beritahu sang suara ringkas. “Ok..ok…, sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! “, balas ustaz M. Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari ‘pending’. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya. Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah ‘prosedur’ yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar. Bismillahir Rohmaanir Rohiim…… Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik ’stretcher ‘ peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. .. Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh? Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling. Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku…terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan “ALLAH”! Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku. Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan ?…. Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya. Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya. jenazah MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat. Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau. Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita. Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah. Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini. Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, “Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam…. Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya. Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya. Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib. Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan selepas itu melainkan, “Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun…” . Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini. Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan… Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini. Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?… . Ya, Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M… Subhanallah! Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ; “Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya Allah……. ……” Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga! SUBHANALLAH! SUBHANALLAH! Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa! Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi. Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir. Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir. Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut. Wallahua’lam. “Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam” yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut: [101] “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. "

01 July 2010

Lurrrvveeeee Thursday..YEAHH!!

Ngape sy suke hari Khamis? sbb ari last bekejeee.. Ngape sy suke hari Khamis? ssb sok ari Jumaat.. Ngape sy suke hari Khamis? sbb sok xpyh dtg keje..yeayy!! Ngape sy suke hari Khamis? sbb sok cuti.. Ngape sy suke hari Khamis? sbb sok bole bejimba jimba kt umah. Ngape sy suke hari Khamis? sbb sok bole bgn tdo lmbt sket (kasi peram lama sket~sesudah solat Subuh).. Ngape sy suke hari Khamis? sbb i got sesuatu yg baru hari ni... xsabo nk tgk nih.. lalalallalalaaa... syukurrr alhamdulillah di atas segala nikmat dan kurniaan yg diberikan Yg Maha Esa.. Ngape sy suke hari Khamis? sbb ari ni new month.. bulan Julai sudeh.. pantasnya masa berlalu.. Oke..enuf bout ari Khamis itu.. namun, ngapekah ye lately, beberapa hari ni, terasa semacam hambaaaarrr jep. kadang2 mood berlari lari. bkn xkejar.. dh cuba kejar pn.. tp xsempat nk kasi tangkap jua ikat ngan reben kaler pepel pink lk. haihhh.. ngeluhkah ni?? errmmm.. tau.. tau.. xelok kan. oleh itu, kasi cheer up!! mau bercutiiiiiiiiii.... harapnya jadi la.. ekeke.. Actually got some pikcah mau kasi tempek kt sini.. my new niece. Arisa. nama penuhnya, i tarak tawu.. ehehe.. apa pnya mak sdara la kn. aihhh.. jua akak kepada baby Arisa ni, kakak Afrina. time ari Jumaat lepas. wt majlis tecit2, cukur jambul baby Arisa.. jooommmm...
baby Arisa.. (xpasti canekah ejaan namanya jua..mahap..) kakak Afrina lps majuk xsnap gambo dia (xprasan sbenarnya dia jeles asik dok amik gmbo baby jep.. aloloo) cedapnya dia tido.. kakak lagi..tp dis time dh mula nk senyomm..ehehe apalah yg dimenungkan tu.. (time ni tgh ngikot tok ma ngan tok pa..) baby tweety kesayangan tu mmg xtinggal last snap seblum gerak pulang (time ni kakak dh beria ngajak pulang umah tok ma..aihh..) weee.. suka yee.. dpt ikot tok ma ngan tok pa senyum simpul lagii.. tepegun tgk aunty ke apa ni.. hikhik.. paling suke tgk yg ni.. moncong pnya gaya.. apa ntah yg Afrina ngah ckp time ni