28 September 2012

Hikmah Berwuduk

Assalamualaikum.

Slamat hari Jumaat. :) weekend already. yeah. me lepak2 kat umah je. tghari baru keluar with famili pegi jumpa orang nak pegi menunaikan ibadah haji. moga2 nanti aku juga akan jadi salah seorang dari mereka itu. tetamu Allah. insyaallah. amin.. saje nak kongsi apa yang aku baca hari ni. kat wall salah seorang kawan aku kat fesbuk. Wani. classmate masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu. dan penah sesama mengajar kat Penang dulu. kejap je pon. pastu aku tukar keje lagi. dapat ofer lebih bagus kan. okpos la ai lompat. dapat ofer yang aku keje sekarang ni la. :) jadi pekerja gomen. dia ni sweet je tau. lemah lembut. very artistik. baju2 dia pon kebanyakannya kaler lembut2 jep. selembut dia. ntah bila la dapat jumpa dia lagi. hope to meet u again.

Okeh. done with dat. here is what i wanna share today. :)


Hikmah Berwuduk

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,

“Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,

“Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,

”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,

”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.

”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,

”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”
Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Hebat kan. setiap ajaran Islam itu ada hikmahnya. ada maksud tersirat tersuratnya. itulah gunanya akal. mata hati. masyaallah. moga-moga hati kita semua diterangi cahaya keimanan. amin. hepi friday sume. penghulu segala hari.


2 comments:

Unknown said...

Keindahan Islam... itula nikmat yang tak terhingga. Allahuakhbar.....

kelipkelipchumel said...

yeup.syukur sangat dilahirkan sebagai umat Islam.