18 February 2012

Di Hari Jumaat

Assalamualaikum.

Yeay!! it's friday again. sudah memasuki hari sabtu pun. hari Jumaatku minggu ini sangat lah penuh. apakah yang penuh? aktiviti kah? idop lah sangat. bole la. sket2. tapi takde la penuh pun. yang kompem penuh adalah... perutku. waaahhh.. time pagi kemain lagi konon mcm makan main2 ek. takde amik makanan berat pun. makan pisang goreng je oke. sebab angannya nak gi umah kawan opis aku yang wat cukur jambul anak dia kan. muahahaha.. oke. aku memang pegi umah dia. dah kul 12tghari lebih pun. ngan opismate. sebab aku tak tau jalan nak ke rumah Liyana itu. sampai je kat depan umah dia, haiihhh.. lengang je. takde nampak kelibat orang pun. tanya kat kawan aku yang drive tu. yeke umah dia. katanya dah betul dah. sebab dia kenal makcik yang duk umah sebelahnya tu. then kitorang patah balik kua dari area umah tu ke jalan utama. check balik msg. kawan aku punya phone la. sebab aku tak dapat msg tu. baca balik sampai abis nak kompemkan betul ke harinya. ".....jemput datang ke rumah pada hari Jumaat.......tengahari-petang....". oke. korang nampak tak apakah itu?? let me repeat. "...tengahari - petang..." waaahhhh... begaya. hari dah betul. time dah silap pulak. memang la time tu dah tengahari pun. tapi mungkin juga maksudnya adalah selepas solat jumaat kot. nak redah masuk umah dia pun penat kitorang tepon tapi tak bejawab. adehhhhh. apa lagi. pulang ajo lah. makan angin je la kami. ceh.

Oke. itu kisah pertama. ops. sebelum tu. pagi tadi aku drive keta abang aku. sebab kami tukar kete kan. memang rasa lain. tapi alhamdulillah. seb baek oke je aku drive. sebab aku tak biasa drive kete lain selain dari kete aku sendiri je. takottttt. kot2 la malang tak bebau ke kan. kalo kete sendiri takpe. eh. mintak jauh. tapi if anything, kete sendiri. kalo kete orang, pape susah kan. you got what i mean right?? pahamkan sajalah. balik dari pegi jenguk je umah yang bikin makan2 di tengahari itu, terus ngajak mama jua adik aku pegi umah kawan adik aku tu lak. katanya bikin makan2 sempena maulidur rasul. okeh. jom. dengan niat nak gi makan. eh. bole gitu. ehehe.. memenuhi undangan. rasa macam dah lewat dah pegi tu. sebab katanya start 11pagi-1petang. kami pegi tu dah dekat kul1 kot. tengok2, dorang baru je lepas solat. ada wat solat hajat rupanya. tak tau pun. pastu msk le lpk dlm umah. skali dah abis berdoa tu ada sesi lain lagi. baca Quran. berzanji. ada banyak lagi la. adeeehhhhh... ngapalah tuan umah tak gitau awal2. kalau tau gitu kami pegi je lewat sket. bajet nak berselawat je sebab buat maulud kan. kalau tak pun aku pegi je join bikin pre-wed shoot sheq. sempat je kan. owwwhhhhhh... uuhhhhhhh... lama sangat oke. ustazah tu siap bernasyid beberapa lagu bagai. mungkin sebab kami sume tengah lapar kan time tu. lalu terasa sangat lama. ehehe.. takpe la. worth to wait. sesambil dengar dorang mengaji. selawat sama2. then makan timeeeeee!!! ehehe. aku mulakan dengan amik bubur kacang. sedap. pastu makan nasi. lauk ikan jaket bakar, sayur lemak, ada ulam (tapi aku tak amik. takde yang bekenan), budu, sambal, sayur apa ntah lagi satu. sedap sedap. ikan bakar tu sedap. wahhhh.. punya banyak kali sedap ek. ahahaha. pastu amik kuih2 lak. ada pulut berinti. macam2 lagi la. tapi aku topup lagi sket makan bubur kacang itu. muahaha.. sebab saya memang suka makan bubur kacang oke. sedap umi Shida masak. shida tu kawan satu kelas ngan adik aku. minum air oren. kenyaaaaannnnnggggg. alhamdulillah.. terima kasih banyak2 ye umi shida jemput kami sume.

Setel. balik umah. lepak jap. solat zuhur. then ready nak keluar lagi. nak pegi kenduri kesyukuran+maulud jugak. umah famili papa. tapi aku tak makan pun time pegi tempat seterusnya ni. suda sangat kenyang oke. tapi minum jugak la air segelas lebih. ehehe. haus. cuaca hari ni panas. pastu balik umah jap. bermandian jua tukar baju. sebab cuaca yang panas kan. rimas pulak berbaju kurung sopan santun. ehehe. destinasi seterusnya umah mak sedara pulak. mak sedara jua bapak sedara aku akan pegi umrah sok. lalu haruslah pegi jumpa dorang. sampai je umah uncle aku, waaaaahh laksa. dapnya. ada lagi puding roti. ada lagi nasi sup gear box. ada lagi lauk telur dadar dan ayam goreng. waaahhh.. waaaahhh.. apakah?? raya dah ke ek?? ehehehe.. memula takmo makan. sebab dah kenyang kan. pastu jamah puding roti sekeping. minum air sirap sejuk yang best. borak2. minum lagi. pastu... eh aunty aku ajak temankan dia makan lak. oke la sebab sok dia dah nak gerak kan. sekali dia menuju ke dapur lak. aunty aku mau makan nasi oke. oowhhhh.. thedakkkkk.. ngan aku sekali tergoda. lalu amik le sup je berserta isinya. sedap. ahahaha. pastu minum lagi sirap ais. waaahhh.. memang keje kumpul lemak je la aku kan. pastu bising cakap dah gemuk. adehhhh. lepak2 jap. borak2. then gerak geri. gi amik adik aku balik keje lak. then terus ke umah aunty aku yang lagi sorang. mereka ni akan pegi umarah sesama. oke. kat umah aunty aku ni pun ada laksa jugak. waaaahhh.. pastu ada roti goreng inti kacang yang panas2 tu pulak. adeeehhh.. oke. dah kenyang kan. amik roti kacang tu je sbijik. lepas solat, adik aku ajak balik. oke la. layankan aje. mama stay kat sana. sebab nak sambung stori mori ngan adik bradiknya. sampai je umah, fengsan. tido trus. penat. ahahaha. walau sebenarnya sebab kekenyangan. penat makan. hamekkkk.. dari tak makan berat di pagi hari. melampau banyak lak aku makan ha. ni pun masih kenyang lagi. sebabnya, malam time pegi balik umah aunty aku tu jemput mama. guess what?? ahahaha.. aku makan lagi. amik laksa pulak. sebab dari umah aunty aku yang first tu lagi aku duk usha laksa lemak tu ha. ahaha. amik sket je. kenyang lagi. alhamdulillah.. gitu la kesahnya. abeh tu cemana nak diet ni??? ce citer.

Pape pun bersyukur sangat dengan segala limpahan rezeki yang Allah berikan. alhamdulillah.. sok pepagi dah kena bangun, siap2, then ke airport. ngantarin/iringi mak2 sdara jua bapak sedara berangkat menunaikan umrah. moga dorang sume selamat pegi jua selamat pulang dan dapat mengerjakan amal ibadat dengan tenang kat sana. amin..

Sebelum tu, saje nak tempek gambar yang takde kaitan pun dengan segala peristiwa hari ni.

tadaaaaa... gaya shengal sebelum kua jenjalan. muahaha.. with new tudung. kasi test pakai. kalau tak silap, gambar ni amik last week kot. saje nak tengok nampak cemana pakai tudung ni. ahaha.

okeh. itu saje. nite. sok kena bangun extra awal nih.


2 comments:

Unknown said...

wah..... best sungguh Jumaat dio... minggu ni mesti takkan miss pergi earobik segala...

kelipkelipchumel said...

wahaha..sekok sakan makan.insyaallah.akan diusahakan tak missed erobik.ekeke..

ehemm..macam menarik jah trip ke gambang itu..