23 February 2012

Colek PCB

Assalamualaikum.

Sebelum gi KL awal bulan Februari aitu aku ada pegi lepak2 kat Pantai Cahaya Bulan (PCB) bersama dengan mama jua adik bongsu iaitu Nina. saje2 je. terasa mau minum air buih. mau tau apakah air buih itu?? sabar. jakg aku tunjukkan gambarnya. sebelum tu singgah pegi beli apam balik kat pasar kampung cina tu. pebret aku la tu apam balik kat situ. best. kat tempat lain rasanya xsama. sebab kat sini buatannya nipis sket kot. pastu intinya trasa la bila makan. maksudnya tak kedekut la org yang buat benda alah tu letak kacang jua jagung manis. pastu mintak dorang wat garing sket. nyum. dapnya. dah time2 tengahari yang kompem terasa lapar ni harus la cite tentang makanan ek. ehehe. saje seksa diri ke hapa ntah. kat pcb macam biasa, order air buih itu jua ngambil goreng gorengan/colek. makan colek panas2 bersama air buih yang sejuk. auwwwwww... sesambil menikmati tiupan angin pantai. waaaahhhh... okeh. done. mari lihat ini gambar.

ini lah air buih itu. ahaha. ia adalah air kelapa yang diblend bersama susu. pastu ada la isi kelapa sket. namanya adalah 'nyior susu' ataupun kelapa susu. dap. tapi sila mintak kurang manes bila order kalau tak suka manis. nampak kan buih2 kat permukaan gelas tu. itu pasal la kami panggil air buih. tu pun sebab dengar orang lain order gitu time pegi makan kat sana. ehehe.

colek. campur2. segala benda alah segera yang dicelup tepung lalu digoreng. berserta kopok lekor. biasanya famili aku suka pegi gerai Mak Su. sebab coleknya fresh, ada air buih dan yang paling penting harganya murah. dan sedap.

segala gorengan itu makan dengan pencicah/colek ini. ada disediakan kacang tumbuk dalam bekas kat atas setiap meja kat sini. jua pencicah itu secara berasingan. sila la letak secukup rasa mengikut selera masing2.

apam balik kesukaanku. simple je kan. lebih sedap makan panas2. panas tak panas sangat la. suam2. panas sangat cemana kekdah pulak nak kunyah dan telan kan. sampai je tempat makan tu, order minum, terus buka bungkusan apam balik ni.

Gitulah antara aktiviti hari minggu aku besama famili. kedai makan Mak Su kat PCB tu antara tempat lepak kami le kekadang di kala terasa nak makan colek atau minum air buih tu. sempoiii.. sila la mencuba. eceh. konon macam rancangan jenjalan cari makan. ahaha..


22 February 2012

Ichiban Kopitiam

Assalamualaikum.

Hye sume.. alhamdulillah. suda kenyang sesudah mengisi perut yang kelaparan tadi. ehehe. sebabnya tak makan sejak pagi tadi. aku biasanya akan kua bekpes dalam kul 9.30-10.00 pagi gitu. disebabkan pagi tadi pegi ziarah arwah ayah bos aku yang meninggal Magrib semalam, lalu thedak bisa lah pegi makan pagi tadi. balik dari pegi ziarah tu pun takdelah lewat sangat pun. dalam kul 11 lebih gitu kot. ai lopa. pastu wat keje jap. pikir nak gi makan lama gila sesambil ngajak klik untuk temani. namun jua thedak dapek. oh sedeyhhhh. lalu pegi la makan sensorang. boooooorrrrriiiiiinnnggggg gila tawu. dah tu nak wat cemana kan. dah tau sorang. tapi menggedik jugak nak gi makan kat kedai makan Ichiban tu ha. kat depan opis aku je pun. makanan dia oke la. bole la. yeke?? so so la. tapi lauknya xfresh pun. pastu guna sotong besar gila yang biasanya ada jual kat tesco tu. kompem la bukan yang fresh jua kan. lagipun aku memang kurang gemar sotong besar itu. udang tecit pun tak fresh. servis diaaaaa.... masyaallahhhhhh... air oke la cepat gak. tunggu makan dia tu... puuuuuunnnnyyyyyaaaaaaaaalah lama ko tau. aku dah la dengan tak makan pagi lagi kan. kira belum la walau dah makan kueh 3ketul. sebab tak makan berat lagi kan. ehehe. dah la pegi sorang2. siap meja sebelah menyebelah yang pegi lewat dari aku pun dah siap makan sume, yang table aku ngan orang sebelah aku ni je yang sampai lebih dulu dari dorang yang masih jugak lagi dok tecongok tunggu order. aku dah memang get ready nak bangun bayar air je. tetiba datang le waitressnya jalan bawak menu yang aku order tu. bukannya romit pun aku rasa. tak tau la kalau cara dia buat tu romit ke kan. aku ngoder kuey teow ladna je pun. sukarkah itu?? uhuhuhuu. sedey. kemain lama lagi tunggu. makannya tak sampai pun selama aku dok nunggu makanan tu. haisshhh. hampir kul1 aku pegi. hampir kul2 baru aku masuk opis. sabar sajelah wahai hati. mau lihat hasil ngoderan aku tadi?? tak mau pun aku nak jugak kasi tempek. muahaha..

ini lah dia kuey teow ladna yang menuntut kesabaran menunggu. pinggannya besar gedabak. sayur2 yang banyak itu kompem la aku tak abes. potongnya besar benau. tak sanggup ai.

Sekarang ni menikmati pisang dan kopok goreng pulak. opismate bawak. sukeeee.. makan je keje aku. ahaha. syukur alhamdulillah.


21 February 2012

Nyenyek's Cafe

Hye lagi.. ^_^

Nyenyek's Cafe @ Muar, Johor. kepunyaan Jaja.

Menarik kan. nampak ala-ala klasik. tapi juga smart. simple. jua santai. a lil bit of unsur kemelayuan. sangat sooookkkaaaaaaa!!!! cukup tak untuk menggambarkan betapa aku suka tempat ni?? ehehe. tempat ini adalah merupakan kedai makan. ia bertempat di Muar ye. ia adalah kepunyaan one of my best fren, Jaja. zaman belajar kat uitm melaka dulu kami adalah berempat yang berkawan baik dan bole la dikatakan akrab. Farah, aku, Jaja jua Camp (Jazrique). ke mana-mana pun asik berempat. siap ada perjanjian thedak ada percintaan dalam hubungan persahabatan kami. cheeeeewaaaahhh. gituu. akaka. but it's true. each of us saling menjaga hubungan persahabatan ni. kalau ada salah sorang yang wat hal, akan ada la perbincangan bertiga cemana nak setelkan poblem yang sorang tu. gitu. tapi itu tersangat lah sukar terjadi. sebab masing2 pun suda pandai pikir, dah besar kan. tau-tau sendiri la kalau bikin silap ke pape kan. wahaha.. sedikit berunsur kejam ek. akaka. memang gitu pun. asiklah nak mengenakan je memasing. kalau nasihat ke, kata2 semangat ke, asiklah dorang ni bagi dengan cara yang terus menusuk jantung gitu. ganas ko. direct to the point. takdenya nak pujuk2. kecuali camp. kekadang. dia ni stok orang yang gentleman sket. mungkin sebab dia sorang je anak lelaki dalam famili dia. yang lelain semua pompuan. ngeeeee.. kekadang kami panggil dia mamat jambu. wahaha.. okeh. bukan ke tujuan asal aku nak cite pasal cafe ni kan. menyimpang sudah.

Cafe ni dah lama jugak la buka. tak sampai setahun lagi kot rasanya. dah lama. tapi tak pulak sampai setahun. cemana tu?? ahaha. tapi aku baru je pegi awal bulan dua aitu. tu pun sebab si jaja ni kawen. sekali lagi kami dapat bekumpul setelah bertahun tak penahnya cukup berempat. memasing ada la sikit2 perubahan. kat atas tu baru gambar depan cafe tu. belum lagi tengok menunya. kebabom gitu. nanti last skali baru aku letakkan gambarnya ek. ehehe. kat dalamnya ada tempat duduk yang ala2 bar gitu. pastu ada tempat lepak2 kat area sofa putih. ada jugak jual bebaju designer. bukan designer gaya LV ke hapa ye. rekaan pereka la. pada t-shirt. ehehe. ayat nak gempak aje. pastu ada jugak jual frozen food. produk mak jaja. best tau. aku penah try. tapi bole pulak lupa nak beli bawak balik time pegi sana aitu. lalai betul. marah diri sendiri. menu makanan kat sini sumenya western food. siap bole dapat eskrem free kalau pegi sana naik beskal apakah yang femes aitu ek. pixie? fixie? memana lah. pastu kalau pegi naik vespa kalau tak silap. jua bole dapat eskrem free. best kan. tapi aku pegi aitu naik kete. xdapek la eskrem free tu. tapi dapat bekpes beger best free.. dap. tenkiu ja.

okeh. seperti yang dijanjikan. sila sediakan tisu oke. jua mangkuk/besen untuk kasi lap air liur anda yang bakal meleleh. muahahaha..

tadaaaaaa... beger yang hebat. kompem tak habis kalau makan sorang2. kecuali tak makan 3hari. sedeynya aku lopa apakah nama menu beger ini.. tapi ni bukanlah menu yang aku request sebagai sarapan pagi aku aitu oke. takdenya aku larat nak abiskan beger ni. haruslah makan ramai2 baru berbaloi kan.

Okeh. itu saje. ada rezeki, panjang umor, insyaallah aku nak pegi sana mengoder beger2 hebat itu lagi. teringat lagi rasanya itu. memang takde kat tempat lain lah. BESTTTTT!!

** gegambar ni haku hamek dari fesbuk tuan punya cafe.**

Bubur Nasi + Kelapa Muda

Assalamulaikum.

bubur nasi

Itu adalah menu makan tengahari nak ke petang me, my mom n my younger sister pada hari sabtu yang lalu. air kelapa muda aku tak amik gambo. ehehe. kat tempat makan ni aku tengok ramai je orang tetiap hari. rasanya ok la jugak. harganya pun ok. yang aku makan ni, bubur nasi biasa. harganya hanya RM2.50. air kelapa muda gelas biasa (memang takde gelas besar ke luar biasa pun.ehehe) hanyalah RM1.00. total baru RM3.50. kenyang. ^_^ kononnya mau keluar umah lepas solat Zuhur. sekali, semua bantai tido lepas balik dari ngantar mak2 sadara jua pak sdara kat epot. dorang pegi menunaikan umrah. tiada pula daku ngambil gambar time ngata dorang aitu. awal tak awal sangat la bangun pagi aitu. flight dorang kul 9.15pagi. kami gerak dari umah dalam kul 7.45 gitu kot. nothing spesel on dat day. cuma sedikit tacing time besalaman ngan mak sdara. pastu tengok dorang dah ngalir air mata. ai kenot la. mudah tersentuh. hukhuk. petang tu just pegi round2 singgah tengok perabot. pastu nganta kain ke tailor. pastu lepak je umah. santai kan. itu saje. arini pon mood tak brapa nak best. pms + keje banyak nak kena setel sebelum bercuti. uhuhu.. sakit pewot. oke bye.


18 February 2012

Di Hari Jumaat

Assalamualaikum.

Yeay!! it's friday again. sudah memasuki hari sabtu pun. hari Jumaatku minggu ini sangat lah penuh. apakah yang penuh? aktiviti kah? idop lah sangat. bole la. sket2. tapi takde la penuh pun. yang kompem penuh adalah... perutku. waaahhh.. time pagi kemain lagi konon mcm makan main2 ek. takde amik makanan berat pun. makan pisang goreng je oke. sebab angannya nak gi umah kawan opis aku yang wat cukur jambul anak dia kan. muahahaha.. oke. aku memang pegi umah dia. dah kul 12tghari lebih pun. ngan opismate. sebab aku tak tau jalan nak ke rumah Liyana itu. sampai je kat depan umah dia, haiihhh.. lengang je. takde nampak kelibat orang pun. tanya kat kawan aku yang drive tu. yeke umah dia. katanya dah betul dah. sebab dia kenal makcik yang duk umah sebelahnya tu. then kitorang patah balik kua dari area umah tu ke jalan utama. check balik msg. kawan aku punya phone la. sebab aku tak dapat msg tu. baca balik sampai abis nak kompemkan betul ke harinya. ".....jemput datang ke rumah pada hari Jumaat.......tengahari-petang....". oke. korang nampak tak apakah itu?? let me repeat. "...tengahari - petang..." waaahhhh... begaya. hari dah betul. time dah silap pulak. memang la time tu dah tengahari pun. tapi mungkin juga maksudnya adalah selepas solat jumaat kot. nak redah masuk umah dia pun penat kitorang tepon tapi tak bejawab. adehhhhh. apa lagi. pulang ajo lah. makan angin je la kami. ceh.

Oke. itu kisah pertama. ops. sebelum tu. pagi tadi aku drive keta abang aku. sebab kami tukar kete kan. memang rasa lain. tapi alhamdulillah. seb baek oke je aku drive. sebab aku tak biasa drive kete lain selain dari kete aku sendiri je. takottttt. kot2 la malang tak bebau ke kan. kalo kete sendiri takpe. eh. mintak jauh. tapi if anything, kete sendiri. kalo kete orang, pape susah kan. you got what i mean right?? pahamkan sajalah. balik dari pegi jenguk je umah yang bikin makan2 di tengahari itu, terus ngajak mama jua adik aku pegi umah kawan adik aku tu lak. katanya bikin makan2 sempena maulidur rasul. okeh. jom. dengan niat nak gi makan. eh. bole gitu. ehehe.. memenuhi undangan. rasa macam dah lewat dah pegi tu. sebab katanya start 11pagi-1petang. kami pegi tu dah dekat kul1 kot. tengok2, dorang baru je lepas solat. ada wat solat hajat rupanya. tak tau pun. pastu msk le lpk dlm umah. skali dah abis berdoa tu ada sesi lain lagi. baca Quran. berzanji. ada banyak lagi la. adeeehhhhh... ngapalah tuan umah tak gitau awal2. kalau tau gitu kami pegi je lewat sket. bajet nak berselawat je sebab buat maulud kan. kalau tak pun aku pegi je join bikin pre-wed shoot sheq. sempat je kan. owwwhhhhhh... uuhhhhhhh... lama sangat oke. ustazah tu siap bernasyid beberapa lagu bagai. mungkin sebab kami sume tengah lapar kan time tu. lalu terasa sangat lama. ehehe.. takpe la. worth to wait. sesambil dengar dorang mengaji. selawat sama2. then makan timeeeeee!!! ehehe. aku mulakan dengan amik bubur kacang. sedap. pastu makan nasi. lauk ikan jaket bakar, sayur lemak, ada ulam (tapi aku tak amik. takde yang bekenan), budu, sambal, sayur apa ntah lagi satu. sedap sedap. ikan bakar tu sedap. wahhhh.. punya banyak kali sedap ek. ahahaha. pastu amik kuih2 lak. ada pulut berinti. macam2 lagi la. tapi aku topup lagi sket makan bubur kacang itu. muahaha.. sebab saya memang suka makan bubur kacang oke. sedap umi Shida masak. shida tu kawan satu kelas ngan adik aku. minum air oren. kenyaaaaannnnnggggg. alhamdulillah.. terima kasih banyak2 ye umi shida jemput kami sume.

Setel. balik umah. lepak jap. solat zuhur. then ready nak keluar lagi. nak pegi kenduri kesyukuran+maulud jugak. umah famili papa. tapi aku tak makan pun time pegi tempat seterusnya ni. suda sangat kenyang oke. tapi minum jugak la air segelas lebih. ehehe. haus. cuaca hari ni panas. pastu balik umah jap. bermandian jua tukar baju. sebab cuaca yang panas kan. rimas pulak berbaju kurung sopan santun. ehehe. destinasi seterusnya umah mak sedara pulak. mak sedara jua bapak sedara aku akan pegi umrah sok. lalu haruslah pegi jumpa dorang. sampai je umah uncle aku, waaaaahh laksa. dapnya. ada lagi puding roti. ada lagi nasi sup gear box. ada lagi lauk telur dadar dan ayam goreng. waaahhh.. waaaahhh.. apakah?? raya dah ke ek?? ehehehe.. memula takmo makan. sebab dah kenyang kan. pastu jamah puding roti sekeping. minum air sirap sejuk yang best. borak2. minum lagi. pastu... eh aunty aku ajak temankan dia makan lak. oke la sebab sok dia dah nak gerak kan. sekali dia menuju ke dapur lak. aunty aku mau makan nasi oke. oowhhhh.. thedakkkkk.. ngan aku sekali tergoda. lalu amik le sup je berserta isinya. sedap. ahahaha. pastu minum lagi sirap ais. waaahhh.. memang keje kumpul lemak je la aku kan. pastu bising cakap dah gemuk. adehhhh. lepak2 jap. borak2. then gerak geri. gi amik adik aku balik keje lak. then terus ke umah aunty aku yang lagi sorang. mereka ni akan pegi umarah sesama. oke. kat umah aunty aku ni pun ada laksa jugak. waaaahhh.. pastu ada roti goreng inti kacang yang panas2 tu pulak. adeeehhh.. oke. dah kenyang kan. amik roti kacang tu je sbijik. lepas solat, adik aku ajak balik. oke la. layankan aje. mama stay kat sana. sebab nak sambung stori mori ngan adik bradiknya. sampai je umah, fengsan. tido trus. penat. ahahaha. walau sebenarnya sebab kekenyangan. penat makan. hamekkkk.. dari tak makan berat di pagi hari. melampau banyak lak aku makan ha. ni pun masih kenyang lagi. sebabnya, malam time pegi balik umah aunty aku tu jemput mama. guess what?? ahahaha.. aku makan lagi. amik laksa pulak. sebab dari umah aunty aku yang first tu lagi aku duk usha laksa lemak tu ha. ahaha. amik sket je. kenyang lagi. alhamdulillah.. gitu la kesahnya. abeh tu cemana nak diet ni??? ce citer.

Pape pun bersyukur sangat dengan segala limpahan rezeki yang Allah berikan. alhamdulillah.. sok pepagi dah kena bangun, siap2, then ke airport. ngantarin/iringi mak2 sdara jua bapak sedara berangkat menunaikan umrah. moga dorang sume selamat pegi jua selamat pulang dan dapat mengerjakan amal ibadat dengan tenang kat sana. amin..

Sebelum tu, saje nak tempek gambar yang takde kaitan pun dengan segala peristiwa hari ni.

tadaaaaa... gaya shengal sebelum kua jenjalan. muahaha.. with new tudung. kasi test pakai. kalau tak silap, gambar ni amik last week kot. saje nak tengok nampak cemana pakai tudung ni. ahaha.

okeh. itu saje. nite. sok kena bangun extra awal nih.


17 February 2012

Creme Brulee Cheese Cake

Assalamualaikum.

^_^ suda masuk hari Jumaat. yeay!! sok cuti. supposed sok join my fren, Sheq pegi pre-wedding shoot dorang. tapi tak dapat pegi. sebabnya, have to jadi driver adik2 aku macam biasa di hari jumaat. walaupun ketiadaan kete sendiri. kasi exchange ngan abang sulong aku. dia bawak gi terengganu. uhuhu.. pastu tambah lak ada undangan makan2 kat 2tempat sok pagi. 1 kenduri cukur jambul new baby kawan kat opis, lagi 1 maulud kat umah kawan adik aku yang dekat umah nih ha. umi dak tu mmg biasanya akan jemput kami satu famili kalau bikin makan2. bagusnya makcik.. saya suke.. ehehe.. memang dasar kuat makan ek aku ni.

Oke. cerita tentang makan. petang tadi sebelum balik keje aku singgah secret recipe si kedai makan merah itu. konon mau grab apple cheese slice la kan. skali......

ai nampak ini kat dalam lemari kek itu. comellllllll je kat dalam tu. banyak lagi pulak tu. tapi aku tahannnnnnnkan je diri dari beli banyak2. dengan pantas aku pilih yang ni. suh akak keje kat situ kasi bungkus satu. muahaha.. (gambar ni aku gugel je. dari blog someone kalo tak silap. cantik, sedap je dia snap gambo ni)  

YUMMEH!! waaaahhhh.. tanpa rasa bersalah langsung aku beryummeh bagai ek. ahahaha. cucuk ngan garfu, masukkan dalam mulut.... emmmmmmmmmmm.... eemmmmm... so nice. so delicious. sinfully delicious. bole gitu?? tapi yang ni memang pebret aku lah skarang nih. best. mau lak aku mmg gemau cheese kan. masuk je dalam kete, tanpa berlengah lagi aku makan kek ni. time2 tu jugak. tambah pewot lak dah mula rasa lapar kan. ahaha.. ntah pape. nekmat. pastu sambung makan kat umah. okeh. itu saje. slamat berholiday bagi orang2 yang thedak bekerja esok hari.. ai mau thedo skarang.. nunite.


15 February 2012

Kad Undangan

Assalamualaikum.

taraaaaaa... aku terima sekeping kad undangan.

Time makan tengahari kat opis tadi aku kua ngan Sheq/Rushaida. dia mengajak daku menziarahi Zura n hubby yang demam xbegerak geri kat umah. maksudnya dorang demam sangat banyak hari dan sangat thedak larat jua kekurangan kudrat yang amat. disebabkan jalan nak ke umah zura adalah sehala je ngan sheq jua melalui opisnya, lalu aku volunteer je la mau menjempot dia kat opis. sebelum tu singgah beli bihun sup + air kelapa muda. jua singgah beli buah limau untuk orang demam, juga singgah di 7e seketika mencari barang kiriman zura. bihun sup + air kelapa muda yang sejuk nyaman tu menu makan tengahari aku hari ni. takdenya menu diet macam tengahari semalam lagi dah. ahaha.. best wooo.. berbaloi-baloi. untuk kedua-duanya itu abis 4 hengget sahaja oke. banyak + kenyang + sedap = puas ati + perut kenyang. ahaha.. tapi aku ngan sheq je makan. zura n hubby takde selera nak makan. demam zura dah kurang. dah tak panas da badan dia. just sakit kepala je yang masih ada. waaahhh.. macam lirik lagu lak. then otw balik, sheq bagi kad undangan perkahwinan dia ni. kiut comel je. dia menjemput me n my partner. tapi my partner lum tentu free lagi di kala itu. idak ngape lah. kite tgk je la keadaannya cemana ketika itu nanti. sheq siap gitau awal2 wajibkan aku hadir di ketiga-tiga majlis. iaitu time akad nikah, kenduri pihak pompuan + kenduri pihak lelaki. waaahhh.. pastu siap request aku amik cuti time kenduri umah pompuan. wahaha.. ada elaun tak daling?? ehehe.. ai gurau je oke. insyaallah. kalau takde pape, akan aku usahakan berada di sana. tak sabar nak tunggu wedding sheq + yo. mesti sweet ni. yang bestnya bila jumpa sheq ni, kami kongsi kegilaan/minat yang sama. FAREEDA. iye. itu kegilaan kami sekarang ni. huaaaaa... kalau keluar sesama je asik la cakap tang tudung fareeda tu ha. ehehe. buat masa sekarang ni aku baru je ada 6helai koleksi tudung fareeda. insyaallah akan ditambah lagi. ehehe. koleksinya cantik2 oke. itu sajelah. sok gonna be agak sebok dengan workload yang menuntut kesabaran jua kepantasan. moga semuanya setel degan bergaya + jayanya. amin...

14 February 2012

Lunch Menu

Hallooooooo... ahahaha.. ok. short entry. ini adalah menu tengahari aku hari ni.

tadaaaa.. very da diet ke hapa?? ahahaa.. yogurt oke. berserta minuman yogurt. ngeh ngeh ngeh..

Disebabkan semalam aku dah bantai makan kek. jadi, hari ni buat2 tak nampak je bila lalu kat sebelah secret recipe si kedai makan merah itu. uhuhu.. abes.



Arisha Qistina

Assalamualaikum.

^_^ Empunya nama tu anak sdara aku. anak kepada akak aku. diorang skarang ni duk kat Kajang. kat umah dorang la aku selalu lepak time aku ke area sinun sesambil jenjalan jua soping moping. ehehe. dak kecik ni dah setahun lebih skarang. omel-omel je. kekadang noty jugak ni. aritu dia selamba jek pi campak tepon mama dia kat bawah. ikut tingkap. bole tak? siap bising lagi jiran kat bawah sinun sebab dia bajet jatuh kat atas kete dia. padahal jatuh kat atas atap jek pun. kecoh je lebih ek. dia tak tau pulak tu dak kicik jek yang membalingnya pon. henpon pulak tu. ahahaha. seb baek jangka hayat tepon tu panjang lagi. gelabah jap mama dia. lepas tu, syok pulak kot dia rasa. asik nak campak ke bawah je pape pun kat tangan dia. pandai ni. tecit2 dah noty ye. pastu aritu akak aku cite dak qis ni gigit baby yang sesama duk kat umah pengasuh dia. sebabnya baby tu kacau dia time dia tengah isap susu. bole tak? baby tu nak ajak awak kawan ngan dia je tau. bajet babay tu nak kongsi susu awak ke cayang? qis ni... nangis la baby tu. baru 6bulan je pon. apa la mak baby tu cakap. cian baby tu tau qis. len kali layan baby tu leklok oke. xbaek asik gigit2 orang. mangsa seterusnya mama dia. ahahahaha.. dia gigit kat peha time mama dia tengah masak. tu sebab mama dia asik lah dok masak pastu tak layan dia. eh. gitu pulak ek. abeh tu qis nak makan cemana kalau mama tak masak untuk qis kan. ish ish... tapi aku bantai gelak je bila mama dia cite. time mama dia cite dia gigit baby tu pon. sebab dia dah pandai noty skang. tapi not good oke cayang.

Lagi latest stori, dia dah pandai jerit2 pulak skarang ni. pulak. yang ni mama dia cite malam tadi. time mama dia tengah kat dapur, papa dia tengah santai2, dia relax je kat sofa layan tengok tv. tiba2 menjerit. kuat jugak la mama dia cakap. opkos la mama + papa dia tekejut. dengan pantas pegi kat dia. nak tau nape dia tejerit gitu?? sebabnya dia tengok kat tv tu tengah jerit. bole tak?? waaaahhhh.. dah pandai skang ek. kat mana la pulak dia blaja tejerit jerit nih. wat tekejut mama papa awak je tau. tapi time akak cite ni pon aku bantai gelak jugak. ahahahhaa. sebab bole imagine cemana papa ngan mama dia tekejut. ehehe.. cepat je kan budak2 ni belajar. perkembangan IQ dorang sungguh pantas. jadi, as an adult, we must behave ourself la bila depan dorang. dorang cepat ngikut tau. apa je yang kite wat. windu lah ngan dak ticit ni.

hik. sebab kualiti gambar sangat thedak bagus, i duotone kan. ehehe. ni time aku gi kl awal bulan februari aitu. malam aku sampai kat sana. actually dia dah tido time aku sampai kat umah. pastu saje je kacau dia sket. skali tejaga, blur2, terus senyum.. alala.. manisnya.... terus main2. tanak tdo. kul 3 pagi baru dia tdo. kata mamanya. aku dah bantai tdo dh time tu. soknya tak gi umah pengasuh dia. lepak kat umah je ngan aku n ita. kawan aku yang jempot kat kl sentral.

budak cibok. pegang jeli dia satu. rempah mama dia satu. time ni tengah beratur kat kaunter time pegi tesco mencari bahan2 memasak.

tengok. sebok kan dia. rajin betul punggah bebarang letak kat atas kaunter. dia relax jap tengok je kat kaunter tu. pastu dia amik balik. masukkan dalam troli balik. ehehe

dah nak balik. masih lagi duk dalam troli. ehehehe.. tapi ada jugak time dia nak turun bejalan sendiri time kat dalam tesco tu.

cakk!! deyamnya diaaaaa.. nanti kita jumpa lagi hujung bulan ni oke.

taraaaaaa... qis melayan peminat kat depan pintu. waaahh.. siap sarung kasut aunty lagi ye. pastu aku pakaikan sekup kepala kat dia. dah jadi ala2 datuk ct. ekekeke.

Windulah kletah dak kicik ni. pastu dia suka main jam tangan aku. sebab ada nyala2 lampu. ahahahaha.. lucu oke jam aku ni gitu. sebabnya time beli tu taktau pun jam tu bole nyala lampu kaler2. patot la siap ada discount lagi time beli tu. muahaha.. tau pun sebab terkelip kelip time kat dalam kete di malam hari. akaka. bertukarrrrr... ok. bye.


13 February 2012

Nasi ayam Hainan

Hye.. saya muncul lagi hari ini. ehehe. telebih rajin lak ek. sempena adik aku dapat gaji pertama dia keje sambilan sesambil tunggu result spm skarang ni aitu, dia telah bermurah hati blanja kami sume makan2 di Restoran Nasi Ayam Hainan. betul ke gitu ek namanya. ingat2 lupa lak. belasah jek la ek. bak kata akak aku, kalau dah namanya orang banje, iaitu makan free, apa pun sedap. ehehehe.. rasanya oke la. mungkin memang gitu kot rasanya nasi ayam hainan ni ek. nasinya ada rasa halia gitu. supnya biasa2 je. ayamnya aitu roasted dah abis, jadi aku pilih kukus nyer je la. keseluruhannya, bole la. mungkin tak brapa nak kena dengan selera aku kot. tapi sangat murah oke. pakej 1set nasi ayam + air sirap hanya RM4.90. sebab tu lah kot ramai je orang pegi makan kat kedai makan tu. lagipun rasanya not bad lah jugak. aku suka mi kicap kat sini. very da chinese je rasa. tetiba feeling2 korea pun ada. gegara terpengaruh tengok dalam cite korea diorang makan mi kicap. nampak macam best je. tapi mmg rasa mi kicap dia tu bole tahan gak la. tu ikut selera tekak aku la kan. harga makanan kat sini yang lain2nya pun ok la. berbaloi. hagak2 takmo abis banyak time rasa nak makan kat luar tu, singgah je kat sini. set nasi ayam + air sirap tak sampai pun 5hengget kan. ehehe..

set nasi ayam. kat ayamnya ada sayur taugeh sket. supnya kosong je. tambah perasa je kot. sambal cilinya ok la.

air sirap yang termasuk dalam set nasi ayam kat atas tu.

bubur nasi. ni adik aku yang bongsu punya. ok la jugak rasanya. semuanya oke je aku kan. dah memang stok suka makan kan. ehehe.

ngapekah tu pa? tak sempat nak kunyah ayam terus tertelan ke? ngeh ngeh ngeh.. kijam je anaknya ek. apa lah yang mama aku dok komplen tu.

adik bongsu ai menikmati bubur nasinya. tepon menten je kat sebelah ek.

adik aku yang banje kami makan pada malam itu. peaceeeeee to you too lah.

kasi tempek lagi skali gambar dia. ehehe. bodek sket. nanti sudi2 la banje kami lagi ye.. ekeke.. banyak cantik kan. dah la dia keje part time sesambil tunggu result je. kijam lak aku. ekeke..

Asik cite pasal makan je aku hari ni kan. ehehe. nampak sangat kuat makan. muahaha.. bye.


Secret Recipe

Haluuuuu.. ada lagi. rajin pulak hari ni. kasi tempek dua entri lah. resepi rahsia. anyone??? ye. bahasa inggerisnya secret recipe. well known sebab keknya. dap. aku dah jadi semacam gila kek2 secret recipe ni lak lately. apa taknya. ada cawangan kedai merah ni buka kat depan opis aku. kopak la aku tetiap bulan kalau cenggini. adehhh... cawangan secret recipe kat area Kubang Kerian ni mula beroperasi pada hari Selasa minggu lepas kalau tak silap aku. Rabu esoknya tu baru aku perasan dorang dah mula beroperasi sesambil lalu depan kedai tu lepas makan pagi. waaahhhh.. pantas. tengahari tu jugak aku pegi merasa makan kek kat kedai tu. ahahhaa. besama kak Nani jua opismate. aku tak amik pulak gambar dekorasi cawangan sr baru ni. ai lopa oke. tambah pulak memori tepon dah full sebab banyak sangat gambar belum transfer time tu. kami gi makan kek je pun. sebab memasing masih lagi kenyang. saje menggatal nak jugak gi makan kek walau belum trasa lapar. ehehe.

ni kek yang aku makan. blueberry cheese. yummeh.

yang ni kek pilihan kak nani. chocolate indulgence. dap. tapi rasanya agak kureng sket pada hari kejadian. mungkin sebab kurang sejuk kot. lalu krimnya agak mencair.

Kalau ikutkan, pebret aku skarang ni creame brulee cheese cake. tapi time pegi tu takde pulak. time aku pegi nak belikan untuk kazen aku yang masuk wad keesokannya seb baek ada. kazen aku pun suka sama macam aku. bestttttt!! aku makan jugak sciput walau tujuan asalnya bawa untuk orang sakit. ahahaha.. kenot menolak oke. kalau ikutkan ati nak je makan 1slice tu sorang2. miahaha. pastu, hari ni aku pegi lagi. lunch hour tadi. kah kah. dengan tujuan nak beli dan makan creme brulee cheese cake chenta hati ai. namon hampa, takde pulak ko arini ek. ampeh. owes lah gitu. uhuhuu.. alih2 aku pun beli lah jugak yang choc walnut tu. best. tapi best lagi kek pojaan hatiku itu. abeh la aku kalau tetiap minggu gini ek.


Nasi sup

Assalamualaikum.

Hepi monday sume. ^_^ dalam lebih kurang tiga minggu lepas.. waaahhh.. gila lama cite. tiga minggu lepas??? muahaha.. fedulik. kan dah kata dah. banyak gila stori kan. tapi asik tekumpul dalam kepala jek. pastu gegambar sume asiklah terperap dalam folder gambar2 aku je. ehehe. insyaallah i'll try my best (kerajinan) oke. sambung balik.lebih kurang 3minggu lepas aku kua makan ngan kazen (kazen yang sama aku temani dia kat wad entri sebelum ni). aku takde idea pun nak gi makan katne time kua tu. then dia suggest gi makan nasi sup kat tepi sungai kelantan tu. nama kedai tu aku tak perasan pulak nama apakah. yang pastinya bersebelahan dengan bangunan LIDO jaman dedulu yang dah pun dirobohkan. yang ada hanyalah bangunan lot parking bertingkat betul2 kat depan kedai tu. berhampiran dengan hotel Grand River View. sesape orang kelantan tu mungkin tau la kot kedai ni. sebab kedai makan ni bole tahan femes jugak la dengan menu nasi supnya tu. well, seperti yang di war-warkan, memang sedap. tapi tak pasti pulak aku yang mana satukah yang sedapnya. supnya kah? ayam bakarnya kah? daging bakarnya kah? atau sambal belacannya kah? atau kesemua kombinasi itu kah yang membuatkannya rasa sodap kah? ahaha.. tapi daging bakar kat situ memang sodap. mungkin kena rasanya dengan sos yang disiram kat atas daging tu. tapi sciput je. reganya aku tak pasti. sebabnya kazen aku yang banje makan aritu. ehehe. alhamdulillah. tenkiu so much ye bebeh. jom tengok gegambar itu.

sup. satu untuk aku. satu untuk kau. eh. satu kazen aku punyalah.

ayam bakarnya yang sodap. mungkin sebab sos tu pun sodap jugak kot. itu memang membantu kesedapan rasanya.

nasinya. besama sayur taugeh sciput. banyak oke. sebab aku dah makan sarapan nasi jua. itu pasal rasa banyak. konon takmo makan la pi sini sebab dah makan kan. tapi makan separuh pinggan jugak la. aku paksa rela kazen aku amik sket. ahaha. tapi kalo belum makan lagi, oke je sepinggan nasi ni. entah2 tak cukup pulak ek. miahaha..

kazenku yang telah bermurah hati banje daku makan nasi sup berserta lauk pauk yang sodap. best. yang sebelah kiri paling depan tu la daging bakarnya. besttt!! dalam tanak aku amik gambar dia time ni sempat pulak pose ngan senyum ek. ahaha..

Kepada sesape yang gemar menikmati nasi sup tu bole la berkunjung ke kedai makan ni. dap. kalau ikut selera aku la kan. selera makan korang ai taktau. tapi belum cuba, taktau kan. selamat mencuba lah ye.


12 February 2012

Misi a.k.a. nurse

Assalamualaikum.

Hye. i'm back. banyak sangat stori nak share. tapi ansur-ansur la ek. al maklum la sebab lama tak update kan. ehehehe.. start with the latest one la ek. kisah time cuti semalam. hari Sabtu semalam pepagi lagi aku dah kua umah. macam kua pegi keje lak rasa time kua dari umah tu. ehehe. atas permintaan mak sedara, aku pegi temani sepupu yang kena stay kat wad beberapa hari. kat hospital pakar perdana, kota bharu. sangat dekat dengan stadium. depan gerai cendol pulut tapai yang aku suka sangat berulang pegi makan kat sana dulu. as usual, kami memang la tak reti dok diam kan. sampai je kat bilik dia, nak expect apa lagi kan. opkos la my kazen tengah bebaring. kata sakit kan. dia demam panas. sebab tonsil dia membesar. lepak jap, borak sket2, abiskan sarapan orang sakit (kuey teow goreng + 3 ketul ayam tecit + 1 ekor udang saiz sederhana). tengok nurse kasi cucuk ubat beberapa kali. adehhhh!! banyak oke nurse tu masukkan ubat. sebab dose ditambah. aku tanak sakit. takmo kena cucuk2. takottttt!!! lepas kazen aku kena cucuk ubat yang pelbagai tu, dia telelap jap. kejap sangat. pastu dia tejaga sebab bunyi aku tutup tong sampah. saya tak bersalah. dia memang susah nak tido pon oke. lepas tu ubat2 tu dah bagi efek baek punya. kazen aku dah rasa segar/sehat sket, dia bangun duduk2 kat sofa. borak2 ngan aku sambil dia melayan fesbuk. dia suda pasang niat nak turun makan roti bakar kat cafe. muahaha.. lepas tanya nurse, then nurse tu kata no poblem. bole je. takde pantang jua. weeeehuuuuu!!! pantas kami turun makan2 kat cafe yang kat bawah tu. kat dalam hospital tu jgk la. dan kami makan ini. gambar yang kat bawah ni.

telur masak separuh. eh. ke telur separuh masak ek? mana2 la. dap.

Masaknya elok je. masak serata lah kiranya. kami makan roti bakar + telur ini. kononnya takut telebih kenyang, nak makan sebiji jek. 1set ada 2biji. aku makan satu, kazen aku makan satu. roti bakar 3set oke. muahaha.. tak hengatnya. then dah siap makan, alamakk!! macam sedap plk telur separuh masak kat cafe tu ha. tanpa segan, terus bangun order lagi 1set. akakakaka.. sume adalah 4ekor ayam kami makan pada pagi itu. ahaha. dasat betul. dua2 minum teh 'o'. bezanya aku minum yang suam, my kazen minum yang sejuk. sesambil tunggu kawan kazen aku datang, kami sambung lepak situ. tapi sebab lambat sangat, naik je ke wad balik. sebab my kazen dapat call dari wad. pesakit hilang ek. akakaka. lepak kat bilik jap, nurse masuk nak bawa gi jumpa doktor. aku folo aje lah. sebab kazen aku ni cepat sangat nebes. temankan dia. sesambil dok tunggu tu la kawan dia sampai. eberiting oke stakat ni. tapi kazen aku kena gak jalani operation tang tonsil dia membengkak + membesar. set date nya adalah 27 hb nanti. waaaahhh.. tu kompem dia berdebar + nebes nak tunggu tarikh tu. ehehe. skang ni my kazen dah kat umah da. discharge kul 11 pagi tadi. aku lak punch card balik dari jadi nurse dah kul 3.30 lbh gitu. almost 4pm sampai umah. then kua lagi with my mom. pegi beli tupperware yang akak aku kirim, singgah KK home deko, terbeli mangkuk yang comel. terbeli oke. tapi sampai 4bijik lak aku amik. ahaha.. pastu memandangkan cuaca panas semalam, kami singgah makan cendol pulut tapai kat bawah pokok besar berhampiran umah. itu saje aktiviti di hari sabtu ai. bye.