29 June 2011

Kejutan??

Assalamualaikum.

Hye all.. waaahhh.. kedengaran macam lah ceria yang amat ek. ekeke. sebenarnya takdelah ceria sangat pun. biasa-biasa je. macam yang aku penah cite pada entri yang lalu, balik je dari berkursus, aku dikejutkan dengan berita papa kena tahan kat wad sementara kat kecemasan ospital. mungkin sebab aku ni telebih cool kot bila terima sebarang perkhabaran pun bole bantai releks jep. haihhh.. kelebihan ke kekurangan tu ek?? dah jadi macam ala-ala orang takde perasaan lak ek. haishh.. tapi alhamdulillah setakat ni papa oke je walau belum pulih pun lagi. tengah tunggu perkembangan dari pengambilan ubat yang doktor bagi la sekarang ni sebelum temujanji seterusnya nanti.

Second news yang aku terima adalah tentang rakan sekerja tapi opis lain kat tempat keje aku ni ha. masyaallah.. moga Tuhan beri kekuatan padanya dalam menghadapi dugaan yang ditimpakan padanya. sungguh berat bagi aku yang mendengar dan tau tentang dugaan yang dia hadapi sekarang ni. tak dapat aku bayangkan hebatnya dugaan yang dia hadapi. tabahkan hatinya ya Allah. kuatkan hatinya. kuatkan semangatnya. moga dia beroleh kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi kesulitan ini. dugaan yang dihadapi adalah penyakit yang paling ditakuti setiap wanita. mesti korang dah bole agak kan. sama-sama lah kita doakan untuk kesejahteraan + kesihatan yang baik untuk papa dan rakan aku yang disayangi. moga dipermudahkan olehNya bagi papa dan rakan aku dalam mengharungi dugaan ini. amin..

Rentetan dari perkhabaran ni, aku semacam terkesima pun ada. especially bout my fren. sebab keadaan dia lebih membimbangkan dibandingkan dengan papa. insyaallah semuanya akan oke. mencari, membelek aku kat alam maya nih ha mencari info berkaitan batu karang + breast cancer. semakin banyak maklumat dan pengetahuan, moganya dapatlah membantu dan meringankan beban yang ditanggung setakat termampu. semakin banyak ilmu yang digali, semakin kerdil rasanya. kat sini ada sikit info yang aku dapat berkaitan batu karang. untuk rujukan aku jua untuk perkongsian bersama rakan-rakan (kalau-kalau la korang pun mencari kan).

Mood kasi tepek entri tang dinner tu ditangguhkan dulu la yo. insyaallah nanti ai kasi tempek.

28 June 2011

Berkursus di Glory Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum..

As da title. aku g berkursus tu pada weekend aitu. sgt lama nok pejalanan pegi port dickson tu. sepatutnya takde sampai tahap selama itu. namun kalau dah asik benti sampai 10 kali, pecite?? (kata kawan aku yg sesama gi kursus tu la 10kali benti. aku xamik pot pon nk kira2 bagai ni). gerak dari dewan utama USM ni lebih kurang 8.30 pagi, saaaaaammmmmpaaaiiiii la kul 9.00 malam gitu lebih kurang kat Glory Beach Resort Port Dickson tu ha. dalam 13 jam hoke. perrggghhhhh!! layankan ajolah ha. abeh gaya hah aku kat dalam bas tu.

Overall kursus tu oke la jgk. ada yang best, ada yg so so jep. tapi tang penceramah yg paling aku suka + paling best dari Prof. Nik Maheran (pensyarah UiTM). terbaeeekkk!! sgt best. sampaikan masa tu terasa tersangatlah pantas berlalu. yang agak oke seterusnya pada hari kedua kursus dari encik apakah ntah. lopa nama dia. En. Haris ke kalo xsilap. yang prof nyer sesi tu ari pertama kursus. penceramah yang lain2, hurmmm.. bertahaaaannnn... xtahannya ha, pagi hari kedua tu aku siap bantai tido lagi ha time kursus. ngantok yang amat oke. xtau la apa yg dok begayut kat mata (ahaha.. lagi mau tanya jua bikin kunun xtau ek. akaka).

Malam kedua kat sana ada dinner perasmian. dirasmikan oleh prof. Asma. tang dinner tu aku cite kat entri laen ek. ni kira macam entri rumusan keseluruhan pejalanan aku dalam 3hari tu la. ahaha. kunun ek. last day kat sana, kitorg gerak dari PD tu kul 2ptg. singgah soping kat Nilai dua jam. siap beli tikar ko. ahaha. jua riben. ntah pape aku kan. lantak la. then gerak pulang ke USM balik. lebih kurang 4.10 pagi gitu kami sume sampai kat usm ni ha. otw nak sampai tu tepon papa as usual gtau dah kat mana. sbb nanti papa yang kena menjemput kan. tapi... eh. dengar sore macam lain jep. macam sore abg aku je. yeke? ke aku yang mamai?? layankan je la. dh dkt ngan pagar usm tu tepon lagi. aikkkk.. sore abg aku lagi. yeke?? yang kali pertama tepon tu katanya dh kat kecemasan usm. aku masih blur2 xdapat tangkap pape lagi oke. pnyalah slow. haih.. kali ketiga tepon papa, xjwb lk. taim tu dh nmpk kete abg aku kt pagar seberang sana dari tempat parking berhampiran pejabat pengarah kampus yg asal. pastu papa lk yg tepon blk. kata abg aku dh g amik.

Then abg aku smpi. oke. memang pelik. then abg aku gtau papa kena tahan kat wad sementara kat kecemasan tu. saspek batu karang. hoooo.. patot la. aku lagi mau blur2 ek. sengal btol. then msk la tgu kt wad sementara tu ngan abg aku. tunggu keputusan urine test dari doktor. dekat sejam gitu, doktor dtg. katanya memang kompem papa ada batu karang (eh. btol ke niii????). tapi xde jangkitan kuman ke pape yang lain. alhamdulillah. xbesar katanya. pastu katanya suh minum air kelapa. sbb katanya bole bantu pecahkan batu karang tu gak. doktor just bagi list ubat, suh amik ubat, then papa dh bole balik. alhamdulillah.. tapi papa kena datang lagi utk dapatkan rawatan susulan. utk cek blk. kata doktor, ubat yg dia bagi tu utk hancurkan benda alah tu. nt akan kua dlm bentuk pasir2 gitu atau batu2 kecil. tapi papa still akan rasa sakit2 lagi. cian papa. hope papa cepat sembuh. papa xpenah sakit2 gini. adik aku cite dia siap nangis2 tgk papa sakit malam sebelum gi ospital tu. abg aku lk lmbt sampai kt umah. uhuhu... sian papa.

Lepas dh amik ubat, papa pn dh bole blk, kitorg terus ke kb, tunggu akak aku sampai lak ngan baby dia, Qistina. dalam kul 5.30 pagi gitu kot akak aku sampai. benti kat sbelah parkson. then kami pon terus la pulang ke rumah. alhamdulillah, sumenya oke dan selamat. then siangnya kami2 just lepak2 kat umah. kelmarin la tu. aku cuti. mama + papa kompem cuti. abg aku half day. adik aku je yang g skolah. pastu dari pagi ke petang makan nasi bungkus. ehehe. sbb sume org penat. malam baru akak aku masak mi kari. besh walau kuahnya cair sket. ehehe. papa mkn siap tambah2 lagi. oke la tu. then arini dh keje blk..

Lopa lak nak cite. sepanjang kat sana aku satu aprtment ngan kak ana, sheila & kak da. sebilik ngan kak ana. alhamdulillah. cobaan tetap ada. namon, ai kan berhati coolll.. akaka. kunun ek. hanya aku jua kak na yg paham kan kak na kan. hikhik. tapi yang frustnya time kat PD tu xdpt nk kua lgsng. sbbnya xde dlm schedule utk kua jenjln soping cenderahati kat sana. alih2 beli ajolah kat kedai dalam hotel tu. kompem la xbanyak pilihan. uhuhu.. itu saje. bubbye. tunggu gambar dari a'yie kat ukast lk. belom berkerajinan nak g amik. ahaha.. tapi, sebelum tu, ada beberapa gambar yg aku amik guna tepon ai yg byk bejasa ni ha. jommm...

Kak Na. ehehe. muka dah pasrah jep kan. benti berhampiran tol sebelum meneruskan pejalanan ke PD. lopa lk tol apa.
dh sbbnya nama pon kursus. ni la buktinya oke. yg nampak kecik cinonet tu prof. Nik Maheran ek.
akak ni cakap tang imej. tapi tgk je dia trus aku kompius. ke mmg aku yg jenis kompius?? ntah le.
ahaaa.. kat atas meja depan aku. ni time prof. nik maheran pnya sesi. BESTTT!! tgh besemangat nih.
minum pagi. pau kacang+samosa+teh o'. kiut kan kaler pau tu. sukeee.. manes je kalernya.
makan buah-buahan dulu sebelum makan nasi. ini tengahari punya menu. tambah seciput kek. tapi tetap makan lepas makan nasi gak nih. hik

menu makan tengahari pada hari pertama kursus. rasanya?? biasa-biasa aje. alhamdulillah.. kenyang..

Hari pertama kursus je la aku hamik gambo-gambo makanan ni ha. tu pun sampai time tengahari je. muahaha.. memori tepon suda penuh+tak bawak kamera. ahaha. padan muka haku.

ruang rehat apartment yang kami duduki. ruang-ruang lain aku tak hamik gambo. sebabnya dah besepah kami kerjakan. muahaha...

view betul-betul depan apartment kami. waaahhh.. kami kunun ek.
ke kiri sikit view nya dari balkoni kami. bole tahan santek gak kan
dekat yang amat rasanya ngan balkoni orang sebelah. ahaha..

yang ni lak view kanan luar balkoni kami. itu sahaja lah.

Itu aje sume-sume yang aku ada. entri seterusnya, dari kamera sheila, c'wan + dari kamera unit latihan nyer. hikhik. kunun macam gempak ek. oke. skang dah betul2 bye. tata.

21 June 2011

Ka ChinggGGGG!!!

Assalamualaikum..

Suda lunch hour time!! yeay!! free kan space tegang dlm kpala jap. ehehe.. semacam perkara normal kan bila trasa stress, tegang, jiwa kacau dan sebagainya. xtau la. mungkin aku je kot yang agak jiwa kacau arini. ahaha. reason?? macam ABC campor. cuma rasanya je yang xsesedap ABC campor itu. lopakan, abaikan aje segala rasa thedak senang itu..

Back to da title. itu bukan bunyi duit syiling yg byk dalam uncang oke. bukan juga bunyi uwang yang banyak masuk ke kantung akaun ai. thedak. seakan bunyi pitis masuk ke mesin duit cashier?? yeahh.. sikit lebih kurang la. uwaaaaaa... ai almost kekeringan uwang bulan ini. amat terhampir kering tawuk.. sebabnya?? ini memang keperluan.. bukan kemahuan ye.. yeke? rasanya la. apakah ia??

Nahhh.. hamek. Dramatically different mosturizing gel - clinique. sebabnya ai sudah kehabisan moisture surge. lalu kembali ke bahan asalnya yg patot dipakai. ahahaha.. igt just mau yg kuantitinya pertengahan itu. kirimkan pada sepupuku, lalu dibelinya yang beso itu.. namon, thedak ngapelah. oke ajo. just bajet ai berjengket la sket kan. nexttt..



Ini ha. Super city block 40SPF. untuk UV protection. ini mmg penting oke. sbb kulit aku ni jenis yang sgt la mudah tebakonya ha. trus betopeng topeng kalau lama berjemur matahari. penah kulit pedih2 sbb tak amik pape pon kasi tempek kat muka bila kua umah di tgh panas terik. walaupun byk kat dalam kete je. uhuhu.. yang lagi best, my shampoo jua suda abesh.. hukhuk.. sabarrrr... bertenang... suda menghampiri ujung bulan.. lalu, sikit time lagi lah. okeh. ni adalah punca utamanya kantung bajet aku kekeringan....




Yeeeee.. ini lah dia. memang kompem keperluan yang amat. untuk keselamatan, keselesaan, penjimatan dari trus ke arah pengeringan kantung bajet yang berulang. my bro yang tolong pilihkan. aku kompem la xtau jua xreti pape kan tang benda2 alah ini. my bro pilih goodyear pnya tayar. eh. btol ke gitu ejaannya ek. belasah aje lah ek. sadishnya, keempat empat tayar oke hav to change. sbb tayar keta ai bengkak. istilah yg abg aku cite kat aku la. katanya satu je yg oke. tu pn xtau yg mana satu. perghhhhh!!! grrrrrr.... now, kete pn suda oke. suda dpt tayar baru. yessss!!! walaupun dalam ati... hukhuk.. idak ngape. asalkan rasa slamat bila drive. thedak perlu pikir kemungkinan tayar tu bakal melatop ke hape ke.. jua suda bole perjalanan yg jauuuuuuhhhh.. lega... tapi kalu ikutkan hajat utk kumbang puteh ai tu, ada tiga je lagi yg blom tertunai. ahahahahahaa.. saboooo.. sampai time nt kompem aku tunaikan. ehehe..


(sume gegambo itu adalah hasil carian gugel. sbb asik xjadik je nak kasi snap yg real realiti pnya. hikhik..)
itu lah sahaja perkembangan bajet belanjawan bulan ini. ahaha.. eh. jap. ada lagi. ai kasi rembat ini...


Taraaaa.. hikhik.. butterfly gitu. tapi bila trima real world nyer nampak macam nk oren gitu. xbrapa nak pinkish.. then ada lagi tau. ai kasi rembat dua. akaka. tamak btol. dh la first time try beli. akaka..


Nahh.. ini jua. ahaha.. yang ni macam ok2 je la. tp yg kat atas tu awningnya macam xngam ngan bentuk muka aku yg boolat ni ha. hukhuk. namun redah gk lah pki sbb dh beli kan. anyone yang interested, bole singgah kat sini. banyak lagi corak2 yang menarik. tamat.

16 June 2011

Cik Jejariruncing??

Assalamualaikum..

Kemoning.. eh. suda tghari lah.. eh. silap gk. dh petang pon. ehehe.. al kisahnya slalulah sgt blog ai ni diabaikan. ahaha.. dh mimang tuannya telebih rajin kan.. asik pasang niat ajelah nk tambah entri. hikhik.. done. (sbb ko mmg malash kan. usah nk bikin ayat2 manis. akaka)

Ari Ahad sesudah final Piala FA aitu, aku pun kelurlah besama adinda untuk mengisi kelapangan lepak2 kat umah memandangkan kami bedua je kat umah. parents udah ngajak ke umah kwn dorang kat Melor, namun kami takmo ikot. hikhik.. nt dok tongkat dagu je tgk jua dgr dorg dok borak tang hal2 jua kisah dorg... fuhh.. jadi, destinasinya adalah kbmall. asalnya niat nk ke parkson je, namun my mum request g mlm sbb dia pn mcm nk join gk. ok la. ikotkan ajo la. tp the end, my mom xnk kua lk mlm yg dijanjikan tu. huh. hancus punah lah harapan soping ai kt sana.

Nak dipendekkan cerita, tgh dok bejalan jalan dalam kbmall tu, tenampak la sorang yg macam familiar kat bangku duduk duduk menghilangkan lenguh tu ha. macam elia owner jejariruncing tu. eh.. yeke? kasi close up lagi sket. sah. mmg iye lah tu dia. then g layan hasrat hati, tgk kasut, then yg aku nk tu dh habis. uhuhu.. melepas lg. bole lak lalu dpn org tu lg skali. i'm sure lah mmg dia. nk kompemkan rasa, dgn selambanya g tanya.. 'awk ni elia ek?' rasanya lah. lbh kurang gitu la aku tnya. then dia mengiyakan. okeh. salam2. borak2 sket. said that i'm a blogger too. (tapi sgt pemalas kasi hapdate ek). congratulate her bertunang sudeh ngan khairul fahmi, then gerak geri pulang g mkn pulut droyan lk kt umah my aunty... hikhik.. sgt sowey ek cik jejariruncing. xtau nk ckp apakah. alang2 just nk make sure dat the person i tgk tu mmg anda. ehehe.. nice of you. manis, peramah + xsombong langsung pn oke. 

sudah. tamat. itu sahaja. sebabnya, sesudah itu just g mkn2 pulut droyan sampai kenyang ajo. ahahhahaaa..

24 May 2011

Tension? Pressure?

Assalamualaikum.

Hari yang cerah. opkos. hari akaun terisi. beshhhhh!!! syukur alhamdulillah.. tapi sebenarnya bukan mau bercerita tang kenaikan gaji ke, kenaikan elaun ke, bonus ke hapa. thedak. entah bilakah sume itu. insyaallah kalo ada rezeki. aminnnn... al kisah sebenarnya, seperti tajuk di atas itu. iye. agak tensen ai. tekanan dowh. huh!! maghah jgk hati rasanya. fine la sesama orang diperintah. namon apakah wat hal sendiri, keputusan sendiri tak bertanya kepada yang sepatutnya. apakah??? sesuka ati perkenankan wish org lain. orang luar oke. personal things. got it? kalo stakat skuman tu mgkn jgk bole la dgn niat tolong. tapi, pandai2 tanggung la dengan niat tolong tu kan. aku paham je. kekadang tu dah memang naluri kita manusia biasa yang lemah ni kan. tapi sila la berpada pada. if your own company, asik ada je yang datang "MINTAK TOLONG" ada ko nak bagi sume? silalah berfikir secara waras sebelum bertindak. panaaaassss jep ati aku nok.. sebabnya belaku depan2 mata aku. pastu ko bole la wat muka konon nak blurr macam xtau plk ek benda tu salah, xleh wat. kiranya ko nak aku paham sebab ko kesian ek? bukan xbole nak tolong orang lain, tapi sila la berfikiran waras. kalo dah ko kesian sangat, sila la kuakan duit ko sendiri, bagi kat dia untuk dia setelkan pape pun niat dan sebarang keje dia tu. lagipun arini dah dapat gaji kan. kata sgt bermurah hati kan. time ni dah memang tepat la.

Aku bukannya berniat serong ke, sesaje percuma je nak marah2, kecoh2 kat blog sendiri bagai. mak vengang nokk.. abeh kua ayat gaya akak fillanie. ehehe.. tumpang pinjam ayat ye kak. dah gitu, ai kasi sembur la luah kat sini, nak aku hambur lebih2 kat orang yang sepatutnya tu, kang lain lak jadinya. kaedahnya, sebab nak bagi cool panassss ni ha, aku kasi hambur kat sini ajo la.. maap la yooo kalu tetiba ada yang menyesal baca entri ni. muahahahahahaaa.. ai mmg xkesah nok..

23 May 2011

Jom minum!!

Assalamualaikum..

kemoning.. ahaha.. masih lagi tgh kekenyangan.. sebabnya? sebabnya baru lepas pegi makan pagi. ahaha.. kat tempat pebret kak nah + kak nani. pagi ni makan nasi+gulai ayam+ikan ayo+teh 'o suam = kenyangggg.. ehehe..

namon setelah dok belek2 phone dua tiga hari ni, then baru transfer jap tadi gambo dari tepon ke leptop ai ni, just wanna share disssss...

tadaaaa... bandung cincau.. tapi kalo tambah eskrem vanilla lagi best ni..

minuman seperti di atas (mine) + air jagung maness (kak nani)..

itu saje yang haku mau share. ahaha... minuman kami time aku + kak nani pi minum2 kat Ichiban kat depan opis ni.. asik tebayang jep air jagung manes tu.. gulp!!! air jagung... jagung... mungkinkah tghari ini wahai kak nani bebeh?? ^_^


22 May 2011

Kursus Pimpin 2 - Demong Beach Resort

Assalamualaikum..

Sunggoh lama rasanya tinggalkan ini blog. bukan maksud daku begitu. hukhuk.. ada aje ceritanya, namon ntah lah. hikhik.. mungkin tambah ngan kerajinan yang kurang kot. ngeeee... al kisahnya pada hari Sabtu yang lalu(dh 2kali sabtu jadinya ni. 14/5 ye), aku ke kursus pimpin 2 anjuran usm ni jgk. actually awal2 dapat surat tu macam xmo pegi. tapi macam kena pegi jgk la camana pn sebabnya yang sebelum tu pun sepatutnya kena pegi jgk, tapi aku xmo pegi. sebabnya diorang tepon sehari sebelum tarikh kursus. gilo ko apo. cenggano kaedahnya ha nak siap-siapkan bebarang sume kan. orang pompuan kan. tau2 aje la. haros la mau siap2 bebarang dgn senang hati. xmo la gopoh gapah. then dengan agak kemalasannya aku pon prepare la sdikit sebanyak untuk ke kursus tu. malam sebelom tido pilih baju-baju sume (baju kecik, baju beso, suar kecik, suar beso, tudung2 sume). pagi esoknya (hari nak bergerak geri ke tempat kursus) baru lipat2 santai masukkan sume barang2 dalam beg. ehehe.. gila malas kan. ahahahha...

Tunggu dalam hampir sejam kat depan dewan utama kat usm ni ha, baru le bas nk ke demong tu begerak geri. gila lama tunggu. dalam surat konon pukul 8 pagi suh bekompul sume. alih2 kul 9pagi baru gerak ko. tu pn sbb time tu baru pihak urusetia muncul. gila xtepati masa kan. kitorg ni siap xmakan pagi lagi. oke lah. lopakan tang itu. pejalanan dalam sejam kot rasanya ke Demong Beach Resort kat Besut Terengganu tu, kami pon sampai la. bole tahan ramai gk la peserta kursus sume. daftar, amik t-shirt + cap free, ada taklimat pertama untuk hari itu. oke. kami mendengar aje la. then acara minum2. ai laik. sbb dh lapar berkeriuk time tu. ahaha.. sbb xsempat nak bekpes kat umah. naseeebbb.. pas amik kunci bilik sume, begerak geri la ke bilik besama rumet. ekceli asalnya rumet ai org len, then dia mau tkr duk ngan kawan dia. lalu, ai pon sebilik la ngan kak Dini. alhamdulillah kami oke jua serasi bersama. waaaahhhh.. sesama kaya dgn idea beralasan jua bekap diri. akaka.. bilik oke. slesa. walau malam pertama kt situ aku mmg susah gila nak lena.. hukhuk.. siap tepon beliau, sambung tgk tv blk. alih2 tv tgk aku sampai dkt time subuh. ahaha..

Keseluruhannya oke. pengisian oke. org yg bg talk ada ok. ada yg 'hurmmm' (ai n my fren mmg sgt paham). byk aktiviti dalam kumpulan. oke aje. xde ye aktiviti yang asik wat aku mengiyekan dengan sopanya (tanda faham yg berirama = ngantok). melainkan time kuliah subuh + magrib.. uhuhu.. mcm nk dgr. tp mata pn macam nk totop gk. haiiihhh... tang makan2nya oke. ada pegi gotong royong kt madrasah apa ntah. penghuninya adalah warga emas. diorng bukan dok sana sbb xde umah, tp kebanyakannya sbb nk mudah beramal ibadat. sembahyang berjemaah, ngaji al-Quran, dengar ceramah agama.. tapi aku bikin tulun yg paling ringan je. sapu2 sampah.. hikhik.. oke la tu kn.

Setel sume, kul 11pagi pada hari ketiga kt sana, kami suda gerak geri blk usm. yeay!! namun sodihnya kena tunggu agak lama sensorang sebelum dpt blk umah. sbb time tu adalah tghari.. biasa la bila tepaksa menunggu dijempot kn. ai redho aje la. there are some pictures yg aku hamik time dok kat sana. gaya bermalasan je hamik. hikhik..

view hari2 aku mengadap time makan.. sejukkkkk mata ai

rerakan kursus yg lelain
rumet ai yang bertudung hijau itu. kak Dini.. dah last day sume baru aku hamik sume gegambo ni. hikhik

laluan dari ruangan makan2 nak ke bangunan bilik2 kami.. lalallalaaa..

satu-satunya gambar yang aku hamik sesambil tunggu ahli surau balik. muahaha.. kat lobi demong itu

ini suda kt depan dewan utama kt usm blk. kembali ke tampat asal bekompul sebelum ke demong

ahaha.. hasil dari aktiviti menunggu yg daku rasa sgt lama.. layan ajo la

 Itu ajo lah hasilan gegambo yang aku hamik sepanjang tarikh 14-16 Mei 2011 aitu.. ^_^


03 May 2011

Suda mula R.I.N.D.U....RINDUNYAAAAA!!!...

Assalamualaikum...

^_^ tajuk itu bukan main-main. ini kisah benar. baru jep jumpa, peluk, cium. tapi dah stat rindu dah. uwaaaaaaa.... i miss my niece already. arisha qistina. sepatutnya arini cuti, tapi lepas my sis, qis yg comel n bro in law dh gerak dari umah, sunyiiiiii jep rasa.. serta merta terbayang jek dak kecik tu. uhuhuhuhu.. dia sgt kiut oke. gerammm... manis yang amat lak tu ha. senyummmmm je. time dia penat sesgt je br masyam jep. ehehehe.. xpn time dia lapar. ehehe. lepas dorang gerak, bermalasan jek rasa nk gerak geri g sidai baju sume. then alih2 aku dah tepacak lak kat opis nih ha. apa daaaaa.. mood nk dtg keje mmg malash. namon sbb xmo terover rindu kat dak kecik tu, datang le jgk. uhuhu.. nanti ai kasi upload gambar2 da kicik qis. lum transfer lagi. ehehe.. winduuuuu qis.. n my sis olso. kejap sgt rasa diorg blk. uhuhu.. take care ye my love. muah!!

26 April 2011

Aku kecewa!!

Assalamualaikum..

^_^ (dalam kuchiwa pun lagi mau senyum ka?? ehehe..)
memang kecewa tau.. sadish btol. ini tiada kaitan dengan sebarang kelukaan atau sebarang kisah duka lara yang parah pun. tapi tetap jugak2 kechewa la. sebabnya....sebabnya.... uwaaaaaaa.... sebab dari pagi lagi dok plan dalam kepala tengahari tadi mau balik berlepak santai kat umah seketika sesambil singgah beli nasi kerabu + ayam madu bakar + telur masin sebelum balik umah. punyalah bertahan tak makan berat pagi tadi. just beli pulut pagi jep. sebabnya plan dalam kepala itu la. tapi.. tapiiii... seperti yang di plankan itu, bejalan le ke tempat letak kereta bila sudah sampai taim yang di plan tu.. opkos la bukan dengan jarak yang dekat. bole tahan jauh jugak la. tapi seb baek la sepanjang laluan tu tak sukar (bawah teduhan. skang ni cuaca panas yang amat kat kota bharu tawu). sambil dok bejalan tu, dalam kepala ni dah berkira-kira nak beli dua bungkus. tamak ko. tapi bukan utk aku dua2 tau. satu utk aku, satu utk adik aku. bila dia blk dr sekolah nanti bole la makan trus. ada la jugak menu santapan dia. namun, sesampai aje aku kat tempat parking tu, dengan cahaya yang suram (sebab tempat parking tu kurang pencahayaan sket. parking bwh bangunan). deennnngggggggg!!!! belakang. memang sangat rapat. depan, kompem ada dari taim aku park keta pagi tadi. kiri, ada jua.. tang belah kanan je la harapan aku.. tengok lagi dekat.... arrrgggggghhhhhhhhhh!!!!! geramnyaaaaaaaa!!! dah la tambah tengah lapo. jua ada kete. kompem takleh kua langsung. uhuhuhu.. semacam nak longlai je rasa.. kete aku kow2 nyer kena blok. uhuhuhuhuhu..

Kesimpulannya, aku tak dapat la jugak balik umah seperti yang dirancangkan. hancus punahlah harapan aku. walau bejalan melintasi cafe harmoni, hati aku tak harmoni pun tawu. takde hati pun nak singgah beli pape kat situ. sebabnya, muncul harapan baru dalam kepala. perut dah lapar ni. tepon kak nani mau ngajak gi membeli belah nasi kat depan opis lah. yang pakcik+makcik menjual kt atas van kiut tu. namon, hampa lagiiiiii.. uwaaaaaa... dia baru je lepas abis makan. g beli ka tempat pakcik+makcik tu gk. hukhuk... apakahhhh???
oke. ai tak putus mengharap. perut dah lapar ni. bejalan gak la sorang2 gi beli nasi kerabu + ikan keli goreng. dah selamat makan pun. dah terisi kekosongan rasa kat perut ai.. ehehe.. seb baek best. namun sekarang ni, hanya rasa kedahagaan ajep la pulak. oke. akan ai mencari air untuk mengisi kekeringan tekak ni le plk jakg. ngeh ngeh ngeh... itu lah al-kisah sadish itu.. ini sume gegara tinggal aku sensorang je kat opis arini. geng makan pagi jua makan tengahari sume takdep. xavailable. dua orang g kursus. sorang g urusan famili (luar kawasan). tinggal lagi sorang je. tapiii, takkan le kami nak pi berdua aje kan. nanti tak pepasal mulut2 longkang bikin cerita panas lagi. opokos la sebab teman makan2 ai kat opis ni sumenya lelaki oke.. bukan ku pinta jadi gitu. tapi itu ajo la geng2 makan-makan ai. uhuhuhuhu.. kengkawan pompuan lain? aiiihhhh.. ikot musim gk la kalo dpat kuo mkn sama2 pun.. sukaaarrrrr.... oke. tamat.

21 April 2011

Memang sentap!!

Assalamualaikum..

Tengok tajuk pon memang dah sentap pun kan. mesti ada yang tertanya tanya ngapekah?? waahhh.. kunun ek (mcm lah org len heran sgt ngan sentap aku kn.akaka). okeh. bole timbulnya entri ini adalah kerana entri ini yang aku baca dari blog Hidd. serius. mmg sentap. dia sentap tang org kata dia kurus. aku lak sentap tang bila ada mulut2 yang rajin asik ulang cakap tang 'kesemangatan' aku. fine. memang badan aku agak berisi sket berbanding sebelum ni. bukannya aku mintak2 dan nak sgt2 badan aku bertambah tambah berat badan, ada bahagian lemak degil sana sini. kekadang badan manusia ni pn ada gak taim pasang surutnya. bukan air laut, angin (mood) je yang ada pasang surut tawu. itu adalah normal.  sbb aku ni makhluk yang bernyawa. bersetuju dengan kata2 hidd, "Aku akan jadi lebih sentap kalau orang lelaki yang dok mengomen. Kalau sekali dua cakap, oklah. Terima lah. Kalau tiap kali jumpa cakap benda yang sama? Tak bernanah telinga aku ni dengar? Rasa nak carutkan je.".

Bajet kalo berat badan aku dah naik, dah bertambah-tambah ni aku hepi sgt2 atau mmg sengaja nk macam tu? aku lebih dr risau, lebih dari skali sehari kot tgk badan aku sendiri kat cermin tiap2 ari. xperlu la kot ko nak mention setiap kali tengok atau nampak aku.  badan aku, pandai la aku jaga dan ikhtiarkan sendiri. tak perlu kot ko dok tengok bentuk badan aku ke hapa, dok  gitau aku banyak2 kali. berat aku bertambah, ko igt aku xusaha atau ikhtiar untuk kurangkan balik? bukannya mudah macam ko dok tgk, dok kata kat aku tawu. aku ada lemak lebih ke, ada bonjol sana sini pun, kat badan aku je pon kan. ada aku susahkan ko ke? ada aku mintak duit ko g beli baju2 aku sume? huh!! memang emo. siyes geram+hangin satu badan kan. orang-orang yang alamai macam apa yg aku atau hidd alami ni kompem paham. untuk orang-orang yang tergolong dalam golongan yang ringan sangat2 mulut dok mengomen, atau orang2 yang mkn cili tu, (you know who la kan) mind your own business la wei. badan ko dah cukop hebat ke??? kalo hebat sgt pon ada aku kesah??

Dah lama kot terpendam mau bikin entri ini. namon hari ni baru tergerak nak jugak-jugak taip dan masukkan kt blog ni ha (tu pn lepas baca blog hidd. semacam membakar semangat aku nk bikin entri ni. ahaha...). ini adalah part of thing yang bikin aku paaaannnaaaaaaasssss hati. one more thing, orang lelaki yang suka sangat-sangat dok tengok perati setiap part bentuk badan orang pompuan. kalo tang taim pakai seksi2 tu tak bole nak cakap apa la. namon kalo dh taim pakai baju kurung, taim pakai baju yang dh longgar, sopan, xketat, xsingkat, xmenjolok mata pon totap gak gitu cara pandangnya, memang setan lah kan. hoi!! dah takde keje len ke nak buat. hoh! malas lah nak ulas lagi tang ni. kompem panjang, berlarutan dan sakit hati. yang kompemnya, saaaakiiiitttttt hati aku. titik.


17 April 2011

Aktiviti hari minggu

Assalamualaikum..

Hari ni Ahad. lalu, kompem la tahap kemalasan jua keliatan yang nyata. ekeke. al kisahnya takde la menarik sangat pun hari minggu daku. just spend time with family. shopping sket. and attend jemputan my fren zaman skolah dulu. birthday adik dia. ^_^ umah dia mmg sgt senang jua mudah lah nk ke mana2. umah parents dia sebenarnya ye. btol2 sipi2 depan maxis kat Jalan Kebun Sultan. tenkiu ye puan Zura for inviting us (me + beliau. namun dia xdapek g. lalu ngajak adikku nemani. yeahhh).

Kesemua gamba2 kat bawah ni daku kasi rompak dari fesbuk zura. ekeke.. sila halal la ye tuan tanah asal. ekeke.. yang pasti, kat sana daku ketemu sama dalila (lec) + aniq, ida + yo. sunggoh manesss.. upenya yo, iaitu tunangan ida keje sama docnan jua penah ketemu taim dia bikin keja kt PS1 husm ni. xparasan lak. ehehe. tu pn tau bila dia yg mention. siap igt nama penoh aku lagi. akakaka..

versi sengeh (daku le) + nampak dengan clear sume orang.
versi daku senyum ajep. jua dalila versi nk men nyorok2. ehehe
ini taim, tinggal daku jua adikku aje. yg lelain suda pulang. (zura cuba mengasah bakat ni)
Tenkiu ye Zura menjempot. ai laik lah laksa penang itu. beshhhh!! (namon ai idop menyenap menu best itu). len kali usah le segan silu menjempot lagi oke. akaka.. (versi idop segan silu ofer diri suh ajak mkn2 ek. akaka..)

12 April 2011

Tuesday blues..

Assalamualaikum..

It's tuesday. oke. ehehe.. tetiba kan. xde kena mengena pape pn sebenarnya tu hari Selasa ni ngan entri ini. namon, yang ada kaitannya hanyalah kerana pada hari ini, dibangkitkan kembali perihal yang ada berkait dengan entri ini. actually kesan daripada perihal yang aku ceritakan pada entri itu. sungguh aku tak paham. apakah maunya orang seperti itu. sangat tak senang hati dia bila tengok aku senang agaknya. baru je aku tenang sket, rasa lega sket kpala dan emosi aku, nah. ada lagi yang nak dibuatnya. tak pernah habis cubaan dia nak capai apa yang dia nak. agaknya belom tercapai lagi la tu impian & harapan dia tu (untuk kepentingan diri kah? lebih kepada agenda peribadi? bikin aku panaaaaasssssss je).

Semoga Tuhan Yang Esa beri aku kekuatan dan tunjukkan kebenarannya. Sesungguhnya hanya Dia lah Yang Maha Kuasa. aku hanya mampu berserah pada-Mu. moga dipermudahkan segalanya bagiku & insan-insan lain yang berada di pihak yang benar.