Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

02 December 2014

Healthy day ahead

Assalamualaikum..


What a wonderful and beautiful day kan. :) Alhamdulillah.. In Shaa Allah hingga ke petang dan hari seterusnya.. a very bright day with a veeeeeerrryyyyy long and tough journey ahead. moga dipermudahkan olehNya. amin.

Start from petang 10 November aitu mula rasa tak sedap badan lepas balik dari keje. demam. berterusan seminggu. berikutnya sakit urat/bengkak urat. then berterusan hingga ke hari ini. hari ni 1st day keje untuk minggu ni. tepaksa amik EL (emergency leave) dua hari untuk berehat dan merehatkan kaki dan badan di rumah. alhamdulillah so far very good improvement. walau terasa sakit sana sini. it's ok. mesti bole bertahan punya. still under treatment. ada la few things kena hadap setiap hari. must take and cannot skip. for my own good sake, for my health untuk super pantas sembuh. :)

Syukur alhamdulillah sepanjang tempoh keadaan kesihatan yang tak menentu ni keluarga sentiasa di sisi. kebetulan adik bongsu, Nina cuti semester, dan kakak yang duk kat Kajang pon balik duk umah jap sebelum anakanda sulungnya Arisha Qistina mula belajar kat tadika tahun 2015 nanti. dengan adanya dorang kat umah, bole la mintak tolong itu ini. adik aku banyak jugak tolong time larat lagi nak buat kek then pegi buka booth kat Kelantan Trade Center, Kota Bharu. pakej pegi berniaga sekali. :) so sweet.. tanpa pertolongan dia early stage demam tu, memang tipis la nak pegi berniaga tu kan. nak beli barang2 ke, few things benda-benda kat umah.. terharu saya. gitu.. akak aku pon banyakkkkk juga tolong. tolong masak, tolong sidai baju (ada jugak adik aku tolong tang ni), teman kat umah besama si tecit kiut miut Aisyah Qasdina + kakaknya Qistina tina tina yang suka becakap dan bole tahan banyaaaakkkk jugak hajat dia. macam-macam la permintaan dia. both of them tetiap hari la pantau perkembangan kesihatan aku. syukur sesangat. time macam gini la nakkkk sangat famili ada bersama. mereka ni la yang menguatkan semangat, menghibur time sebek monyokkk kat umah. syukur sesangat. kalau tade dorang kat umah, makanya sengsorang la aku kat umah time lemau tak bermaya neh ha.

Syukur sesangat jugak my one and only adek manes lain mak lain bapak juga my bff, teman mesra, teman gaduh, teman majuk, teman suka duka yang owes bertanya kabar setiap hari jua memantau perkembangan kesihatan dan rawatan yang aku tengah lalui. so terharu okeh. pepagi tepon/sms/whats app sume. tengahari, petang, malam. owes there for me. sume details of my treatment dia yang guide. thank you so much dear. be with me melalui saat ketika sukar ini. awak banyak bagi semangat kat saya to keep on going. keep on berusaha dan bertahan. dengar saya mengadu, dan tahan je dengan karenah saya, sungutan, kerisauan jua kegundahan saya. it's not easy for me. and you know it very well. all the symptoms, tindak balas sume. thank you so much dear Ita. sayang awak ketat-ketat.

Syukur sesangat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kau hantarkan mereka kepadaku dalam tempoh masa yang sukar untuk aku harungi ni. ujian yang aku hadapi ni tak la seberapa sangat nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih sukar, lebih sakit, lebih tenat, lebih perit, lebih singkat masa mereka atau juga lebih lama tempoh ujiannya. aku ada hampir segalanya bersama dalam mengharungi keadaan ini. what a sweet things in such a hard situation + tough life journey. ni baru sikit. bole tahan perit jugak la rasanya. nasib baik ada insan-insan kesayangan bersama. my parents, kakaknda, adik-adiknda, anak-anak sdara somel, bff, inche beliau, teman-teman sahabat handai jua bos tempat keje dan opismate. very understanding dan sangat banyak membantu. ini juga anugerah tidak ternilai untukku.

Bila dah masuk minggu ketiga ni, hati memang la gundah. risau. takut. hati pon mudah sayu. mudah nangis. masyaallah.. nikmat mana lagi yang nak aku dustakan. bila dah macam gini, barulah tau menghargai betapa nikmatnya sihat. betapa nikmatnya tubuh badan yang sihat. betapa besar + bernilainya anugerah Allah untuk kita, untuk kita jaga dan menggunakannya ke jalan yang diredhai Allah. sakit yang aku rasa cukup menginsafkan. betapa nikmatnya solat dengan tertib dan selesa tanpa halangan/kekangan. nikmatnya bole pilih dan pakai kasut, selipar, high heels dan sebagainya dengan pelbagai design dan ketinggian yang berbeza. sekarang ni slipar jepun fipper je la alas kaki rasmi pegi ke mana-mana pon. :) jimat jugak tu kan. tadok la nak beli high hells ke, kasut ke pape yang sewaktu dengannya kan. tapi ada jugak la feeling nak beli slipar yang super comfort lembut empuk untuk alas kaki ai yang super anje-anje lately ni. alolooo.. sempat lagi ek. kalau time bole jenjalan sesuka hati jejauh macam biasa, rasanya harus jugak pegi cari sepasang. kihkih.. yang paling terasa adalah nikmat makan. hurmmmm.. most of my favorite food, sesekali dap-dap drink, cendol pulut tapai, segala pulut, and.... macam banyak juga la yang kena stop dan elakkan dulu pengambilan. ahhaaaa.. oke.. ai is rela asalkan super duper cepat sembuh. tapi ada jugak la yang ngelat sciput. tanggung la sendiri kan.. uhuhu..

Just as a reminder for me.. notes of my life journey. my two cents of sharing of life. agar kita sentiasa bersyukur dengan setiap sesuatu yang kita miliki. mungkin kelihatan kecil yang amat, but we never know okeh what will happen to us esok, lusa, masa depan nanti. ni pon dalam my bff owes la dok pesan suh jaga makan sume. tup tup.. haaaa... memang clear je la laluan bunyian dalam telinga ni ha. but it's ok. i know you love me banyakkkkk banyak kan. ngeeeeeee.. moga Allah s.w.t . sentiasa merahmati insan-insan yang menyayangiku.

25 November 2014

Dugaan Kesihatan

Assalamualaikum..

Hui hai... hampir penghujung November 2014 sudeh.. phewww!! masa memang sangat pantas. sekarang ni musim hujan/tengkujung sudeh kat negeri Kelantan. Minggu lepas direct seminggu hujan tanpa henti. jadi cuacanya adalah sangat la sejuk okeh. kain baju sume pon amatlah sukar untuk mengering. alhamdulillah few days ni hari cerah. sehari dua dengan cuaca panas. alhamdulillah sempat la jugak cuci cadar jua quilt cover sehingga kering dengan bergaya. happy me!!!

Al perihal hari hujan yang berterusan selama seminggu tu, ai is dilanda demam. seminggu jugak la demam. dari petang Isnin sehari sebelum hari keputeraan Sultan Kelantan, hinggalah ke hari Isnin berikutnya. ghisau jugak sebenarnya. takut kena demam denggi. sebabnya, ai is sakit tekak. pastu mula demam start tengahari ke malam. tapi bila bangun pagi je ok pulak. kekdahnya di pagi hari lebih bertenaga. then monyok bila tengahari menghampiri petang. bila datang time sejuk tu... mak aihhhh.. ai is tak mampu nak kua dari comforter hokeh. siap sweater, stokin bagai. mandi toksah cakap ah. memang sekali sehari je la. ekeke.. kata musim sejuk kan.. bahahahaha.. banyaklah musim sejuk kan. disebabkan faktor demam petang ke malam, ai is takot nak pegi klinik kesihatan yang kat hospital tu. sebab takot nanti dorang nak amik darah, cek darah bagai. muahahahaha.. ai is takooooooot sangat kat jarum hokeh. sanggup aku bertahan tak pegi klinik. lastnya, sebab dah banyak hari sangat demam, ghisau gak. so ai is berkeputusan pegi klinik swasta sajo la. dekat sajo dengan umah. totap jugak tanak pegi klinik panel tempat keje tu. kah kah. pentakot punya orang. lalu pegi la ke klinik.. ngadu kat doktor sakit tekak.. sakit kaki juga (semacam urat ai is sejukkkk... kekdahnya macam tersalah urat??? ala-ala seliuh?? hentahh!! ai is tak tau. yang taunya bangun je tido di pagi hari kaki aku dah sedia sakit. sweet november sangat).. so doktor pon suluh la tengok tekak. suh baring bagai. tarik-tarik kaki.. cek samada aku sakit sendi ke apa. kekdahnya sebab aku demam dah banyak hari.. siap cekik leher bagai. sebabnya nak cek kebengkakan leher aku tu ha.. done checking bagai.. doktor cakap demam biasa saje... sebab aku takde sakit-sakit sendi bagai.. yehhaaaaaa!!! legaaaaaa aku. then katanya tekak aku bengkak sket. semacam tonsil tu la kan kekdahnya aku rasa. doktor suh aku makan makanan sejuk-sejuk macam eskrem ke... air batu campor ke... cendol pulut tapai ke... best!!!! aku soookaaaa... ha.. time tu la. tapi pebret aku time tu just lai chi kang..

Esoknya lepas pegi klinik pada malam harinya tu, alhamdulillah demam beransur ok. amalkan makan yang sejuk-sejuk tu.. kekdahnya lusanya pulak kaki kiri aku pulak terasa sakit lepas bangun tido/pagi. sebelomnya kaki kanan. alhamdulillah kaki kanan dah oke lepas akak aku yang kebetulan berholiday kat umah tolong urutkan. haaaa... tang ni memang terbaek punyalah. tiada lagi kekdahnya makanan jua minuman sejuk-sejuk bagi aku. ai is kena bengkak urat. ada kata urat masuk angin.. ada kata urat sejukkk.. ntah. ai is tak tau.. hukkkk!!! sakit tauu... kekdahnya dapat la cuti sakit lagi dua hari lepas gagahkan diri pegi klinik dengan gaya jalan dah macam acik-acik atau orang dalam pantang. memang seloooooooowwwwww je aku jalan hokeh. anak sdara aku siap cakap 'kakak dah sampai.. kakak jalan lajuuu..'. paham tak??? kekdahnya bila aku naik atau turun tangga nak ke dapur kat umah tu memang slow. adik aku siap cakap 'aikkk.. baru sampai situ. padahal turun lagi awal dari dia'.. paham tak??? ok fine!!!

And now, hari ni aku dah masuk keje balik lepas dapat cuti sakit dua hari tu. minggu lepas dah dua hari jugak plus memang aku amik cuti awal-awal tapi ropanya domam bersantai kat umah je. minggu lepas sehari je aku pegi keje. minggu ni in shaa Allah tiga hari la gamaknya. masih jugak lagi sakit kaki. takleh nak jalan bebanyak.. betis aku rasa teganggggggg je yang amat. bila sejuk ni bertambah la lagi efeknya tu ha. hukkkk!! yang bestnya lagi... tetiba ai is feeling macam bestnya... macam lawanyaaaa pakai high heels..

yang macam gini ke... canteknyaaaaa

cantikkan???

ni pon superb kan. yummeh!!!

Oke... verangan!! oke la.. paling tak pon yang macam gini ke....

bestttttt je nampak kan?? kan??

Paham tak??? kekdahnya fefeeling nak pakai heels di kala kaki ai is very sakit dan memang wajib takleh pakai heels kan.. hukkk!!! paham tak kekdahnya dari kena makan yang sejuk-sejuk macam abc, eskrem bagai tu, tetiba ai is kenot makan sume tu. yang sejuk-sejuk... yang bisa bikin itu angin-angin datang.. lalalalallalaa.. oke.. ai is redha.. memang macam gini la perangai bila time tak buleh tu kan. bahahaha.. in shaa Allah Yang Maha Esa dah sediakan yang lagi super best untuk aku.. dah tentu tentu Yang Maha Pengampun dah tolong gugurkan dosa-dosa kecilku. amin... okeh.. time to pujuk segala urat cayang-cayang ni kembali tenang dan sehat kembali. sabar + tenang. i'll be ok. in shaa Allah. :)