Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

28 April 2013

Ke UiTM Machang

Assalamualaikum.

It's Sunday everyone. juga... lepas lunch hour. antara tempoh paling mencabar kat opis. agaga.. semalam, iaitu pada 27.04.13, me + mama ke UiTM Machang temani adikku menghadiri temuduga kat sana. course bawah Fakulti Seni Lukis & Seni Reka. katanya adik ai dorang offer Diploma Senilukis dan Senireka (Tekstil). tapi tak tau lagi la cemana keputusan muktamadnya kan. kena menunggu dan menanti jawapannya nanti lah kan. adik aku actually mau amik fesyen. tapi orang tu cakap takut nanti adik aku kenot catch up pulak. grafik jua. so dia suggest amik je tekstil dulu. memana je la. janji dapat sambung blajo kan. nanti pandai-pandai la cemana. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan. perggghhh!! hamek kau. dah kua ayat skema gitu. pape pong ai wish her luck. sepanjang dok tunggu proses temuduga dia tu, aku + mama kemain lagi kebosanan. sempat la jugak mama aku minum 2gelas air. aku pulak 2botol. boring lagi gi beli kacang. laris yang amat jualan akak tu kan. sesambil tunggu tu aku siap maen lukis-lukis kat buku lagi. haisshh.. mimang lah. em. naseb baik bengkel pastri yang dijadualkan pada hari yang sama adik aku gi interview ni dibatalkan. phewww.. so dapat la aku join nanti dengan riang gumbiranya. alhamdulillah. (nyempat lagi selingan. ahaha..)

pemandangan depan aku
Gini lah gaya kekdahnya ha. dua lukisan kat dinding tu aku siap bole teliti lagi nape ada macam efek hujan gitu. memang konsep dia ke apakah. ropanya, konklusi yang dapat aku buat adalah, ia merupakan kesan hasil buangan burung-burung yang bertenggek kat atas bingkai lukisan tu. ahaaaaaa.. seee.. betapa begitu tahap kebusanan aku.

ruang menunggu
Ahaaaaa.. ni pulak pemandangannya belakang aku duk melangut menunggu tu ha. nampak tak kat bahagian penjuru bawah kanan tu. tudung bunga-bunga tecit tu. ahaaaaa.. geng menunggu ai di hari kejadian. sape lagi kan. our mom. hikhik.. gaya tido kat kerusi ala-ala time aku dan kengkawan tunggu turn presentation jaman diploma show dulu kat UiTM Melaka. ehehe. macam-macam gaya ada kat belakang tu kan. yee.. masing-masing cuba lakukan sebarang aktiviti yang bole. sebole mungkin nak juga wat sesuatu. bahaha. aktiviti aku?? ni la bahan buktinya. amik gambar-gambar ni la. pastu kejap-kejap bangun pegi beli air. pastu pegi toilet. kejap lagi bangun pegi beli kacang. kejap lagi pegi beli air lagi. kejap lagi lepas tu ke toilet. kejap cari nama yang bole aku koling2. tapi sume macam sebok bebeno pulak time tu kan.

view UiTM Machang dari tempat melepak ai
herrrmmmm... maap la. sume gambo pon gelap jep. hentam saje. itu je pon kualiti yang mampu tepon ai yang olskul ni berikan. ok la kan dari tade langsung. hikhik. sayang tau si tecit merah ni. banyak sangat berjasa. tunggu dan tunggu, bunyi azan Zuhur, kitorang baru gerak balik dari sini. sampai sana lebih kurang 8.45 pagi gitu. sweet sangat kan. tu pun siap pegi salah tempat intebiu sampai 2kali. bahaha. sengaja nak round2 mengimbas kenangan lama sesambil tu kenn. ahaha.. tapi siyes pegi salah tempat yang tidak disengajakan. lenguh gila satu badan petang semalam. uhuhu.. kemain lagi mengalahkan drive pegi korea ek. ahaha..

Relaks kejap kat umah petang ke time magrib. aku siap tetido tak sedar langsung lepas siap mandi sume. bajet nak landing manja-manja je kat katil dalam kul 5 lebih gitu. sekali... kul7 baru tejaga. tu pon sebab dengar bunyi tepon inche beliau koling2. ish ish.. kul 8 lebih kua lagi.. agenda mama pulak. moh la kite.

patin itam

hai ikan mikan...
Aha. next, aku ke Tesco. sebab mama nak beli ikan patin kat atas tu ha. ai just amik sushi + low fat milk HL. ada la lagi few things lagi yang mama beli. then straight away gi umah mak sedara pulak kat Taman Guru nuh ha. ada la sesi ceramah yang glamer musim sekarang ni ken.. sesambil makan-makan nasi lemak. alhamdulillah. kenyang ai. ceramah tu masuk sipi-sipi je kat telinga ai. mata pulak tengok tak tengok je kat kaca tv tu ha. sebab kazen aku layan bola. aku bila tengok game bola tu, harus lah tade perasaan langsung kan. bahaha.. almost 12am jugak lah baru sampai umah. hebat. sweet sangat. pastu bila dah landing, susah pulak nak tido ek. hukkk.. gitu la aku few nite ni. sukar sangat nak lelapkan mata. siap men lukis-lukis, tulis-tulis dulu sebelum tu. pape pon, wish only the best for everyone  around me. :)


18 January 2013

Kopitiam Kita

Assalamualaikum..

Hari Jumaat yang indah dan cool.. pepagi lagi dah siap-siap hari ni walaupun hari minggu. sebabnya nak pegi Program Senam Cergas Sihat 2012/2013 Peringkat Daerah Kota Bharu (senamrobik), bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu. wahhh.. gitu. sangat sihat jep bunyinya kan. ehehe.. kalau ikutkan hati macam malas je sebenarnya nak join. sebabnya pendaftaran adalah bermula 7.45 pagi. sungguh awal rasanya di kala hari minggu yang dingin dan nyaman nih ha. ahahahaha. (sebab tido pon sodap sejuk-sejuk nih ha. bergulung dalam selimut yang tebal. pergggghhhh!!!) hik. bajet isi hati aku la tu. ahahahaa... tapi pegi jugak. sebabnya kak KC comel dah beria ajak join kennn.. hik. padahal sebab mengenangkan badan yang makin sihat cargas membesar neh ha. adui dui.. segala aktiviti erobik tu ok. pastu dapat bihun free + air mineral. ok la tu. tapi tak makan pon jugak lagi.

Balik dari bersenam sehat tu, pantas kami bikin plan gi makan-makan. muahahahahaa.. dah erobik gi bantai makan pulak ek. bagus sangat. ekeke.. kak KC daling ngajak ke Kopitiam Kita. jangan tak tau tempat ni very da femes oke. nape tempat ni femes sangat??? ntah. bak kata kak KC mungkin sebab kat sini ada nasi pagi yang dah siap bungkus dari merata ceruk daerah kat kelantan nih ha. dari tumpat ada, dari wakaf bahru ada, pastu aku dah tak tau + tak ingat lagi dah dari mana lagi. tapi antara yang femes adalah Nasi Air Dingin. ni dari tumpat kalau tak silap aku. aku penah jugak try sekali nasi ni. no wonder la femes. rasanya masih ok dan menyelerakan walau aku makan time tengahari sedangkan nasi tu dibungkus dan beli dari pagi lagi. hebat. rasanya macam hasil air tangan orang dulu-dulu. puas hati nokk. kalau panas-panas kompem best. lagi satu yang special kat sini mungkin adalah roti titab. sebut betul-betul... TITAB ye.. kalau silap, tolong betulkan ek bagi sesape yang tau. ehehe..

menu aku pagi ni. roti titab + teh 'o' suam. very the klasik hidangan air suam tu kan. aircond kat luar (istilah kak KC. sebab letak ais kat keliling gelas air teh o yang panas). :)

Itu lah dia yang dipanggil roti titab tu. roti bakar rangup di bahagian bawahnya yang agak tebal hampir seinci yang disapu marjerin, ada kaya kat setiap penjuru roti dan ada telur separuh masak kat tengah-tengah roti tu. rasanya??? yummeh.. bole pegi makan lagi. ehehe.. harganya?? aku tak tau. sebab orang banje. tenkiu kak KC for dis yummeh treat. ouwh... lupa. actually pegi makan besama Ati yang kiut + anak kak KC (Erika Rania kiut yang pemalu). view lain kat kedai ni tak dapek nak share sebabnya memori tepon aku dah penuh. hukk.. ada banyak pilihan makanan lain lagi selain dari yang aku dah mention tadi. ada satey yang dihidangkan panas-panas. tapi rasanya tak setanding satey kat Pintu Geng yang super best tu. tapi ok jugak la untuk bekpes kan. ada nasi bungkus yang pelbagai. ada nasi ayam gulai, gulai ikan, ada putu mayam, nasi impit inti sambal and few more. tengah duk makan, cikgu ai jaman sekolah rendah (dari darjah 1-3) sampai dengan anak-anaknya. so sweettt.. ada juga my uncle,aunty & famili. tapi dorang tak perasan walau aku dah siap panggil pon. tapi tak pulak aku bangun gi tempat dorang. ahahaha.. apa da.. dakpe. jumpa nanti gitau. kompem kena potpet potpet manja. akaka.. em.. itu je la kot selain turut ada iklan lampu-lampu cantik ditayangkan kat tv dorang. bagusssss.. siap bole wat iklan kat sini. very bisnes minded. 

Bagi sesape yang tak tau, kedai ni terletak kat area Sri Cemerlang. berhampiran Celcom Centre ataupun Kedutaan Thai. kalau tak jumpa jugak, pegi je area tu, tanyakan je la kat sesape yang kelihatan kelibatnya kat situ. hagak-hagak la nak tanya arah pon kan. tu sendiri pikir dan ingat. ahaha. gitu. orang lain dah laaaaaaammaaaaaaa sangat da gi situ, makan-makan kat situ. aku yang pestaim pegi makan kat situ arini nak kecoh-kecoh pulak ek. ahahaa.. yeeeee.. aku memang ketinggalan sket. grrrrr... fedulik. sharing is caring kennnn.. to those yang belum tau. yang dah tau tu sila share sini apakah lagi yang best kat sini. tak pon kat tempat mana lagi yang best. ehehe. ok bai.


25 November 2012

Puding Trifle

Assalamualaikum.

It's Sunday today. tiada la weekend. ahaha. ari minggu aitu, iaitu di petang hari Jumaat, aku membikin ini puding trifle. ngeh ngeh ngeh. tu pon setelah godek-godek kat tenet, jumpa resipi dan tunjuk ajar step by step oleh akak neenaanuar. gila kentang resipi mudah pon nak kena refer step by step ek. muahaha.. ai kan manje-manje gitu. mesti la nak refer resipi step by step. bagus yang amat sis neena. tenkiu so much for ur kindness kongsi resipi siap dengan cara-caranya. hikhik. aku dedulu kalau time makan puding ni siap puji dalam hati "hebatnya orang ni bole buat puding best macam ni". gitu. hikhik. sebab aku xpandai dan xpenah wat kan. sekali mood rajin mencuba datang. ngeh ngeh ngeh. tak la romit sangat pun. syukur cubaan pertama menjadi. tapi ada sikit kekurangan sana sini. insyaallah akan diimprove sikit demi sikit. hikhik.. kata dalam proses belajar ken. haruslah gitu. aku kalau tang masak2 ni slow sket. bab makan tu lajuuuuuuuuuuu bedesup jep. hikhik. lately kalau yang rajin menjinakkan diri pun bikin dessert2 ni je. tu pun cari resepi yang mudah-mudah je dulu. ehehe.. pelan-pelan kayuh la kan. takkan nak bikin yang gempak pom pam pom pam terus kot. hagak-hagak le. kotnya nanti wat kek tapi jadi tugu. cemano?? ekeke.. dengan segam silunya nak jugak share hasil cubaan pertama aku yang tak seberapa ni. tapi yang best+hepinya kejap jep dah tinggal separuh mangkuk tu. ngeh ngeh ngeh. sebelum tengahari esoknya sudah licin sumenya. alhamdulillah. nampak gaya bole kasi try bikin lg nih. :D

ini lah dia. hasil cubaan pertama puding trifle ai.. hikhik..
pandangan atas. tenggelam segala buah tu hah..

nak jugak amik gambar pelbagai sudut. akaka
kasi potong sket.. ^_^ nyummmsss..

Itu sajelah. walaupun gambarnya thedaklah malatop. ai nak jugak kasi tepek kat sini. ahaha.. siap blur bagai tu. aku dah besemangat hangkut kamera yang gedabak tu bagai. tetiba error pulak kan. hukhuk. amek gambar guna henpon jep la. ada jugak gambo walau blurrrsss. akaka.. hentam saje. my kamera gedabak. arini you kena operate. hah hah haaaa.. kasi sebis sama dia.. oke bye. sebelum lagi byk ayat yang bukan-bukan kua.


18 September 2012

Jelajah Kenduri Kawen

Assalamualaikum.

It's Monday. it's evening. and it's raining outside. waaahhh.. hebatlah. cuti beberapa hari sebanyak 3 hari berturut ni haruslah banyak orang wat kenduri kawen kan. kekdahnya me & my mum dapat jemputan kawen itu pada hari yang sama kat tiga tempat. tu tak termasuk jemputan sambutan hari ulangtahun kelahiran kazen aku yang tecit jua pada hari yang sama. satu, jiran kami. satu, sedara mara side papa. satu lagi my friend. actually ada lagi satu jemputan my friend jugak. tapi jauh bebeno. kat Muar sana. sebab kat Kota Bharu pon sampai 3, jadi xdapat la ke sana. lagipun dah pegi time majlis akad nikah dorang aitu. maraton kenduri kawen la kekdahnya kan. oke. jadi kami berkeputusan pegi kat tempat kenduri yang paling dekat ngan umah dulu. jiran kami je pon. hikhik. tapi mengada nak gi nek keta. tolong penuhkan jalan masuk umah pengantin kan. ahaha. konon nak bagi nampak lagi meriah la. konon. 1st wedding, cehhh... gitu. yang memula sekali kami pegi adalah majlis kawen Farah & Dy.

adik ai + anak sedara ai (alia). kiut je banting dorang nih. sweet.
ni antara menunya. (dari pinggan adik ai). :) ikan pedasnya best.
Selain dari menu kat atas tu, ada juga kueh lompat tikam. ni kueh kelantan tau. ada pulut kaler merah + kueh tepung ijau ala2 beke kaler ijau + santan pekat + gula melaka/nise. pastu bubur pulut hitam. bubur tu pun best jugak. bab makan, best aje kan. ehehe.

ini pasangan pengantinnya. farah+dy. maap le blur. kasi lasakkan tepon baru adik ai. ehehe.
ole-ole wedding farah+dy. sweet.. pasu tembikar.

Done kat situ, balik umah, my mom solat, (me abc. ehehe.) then teruskan lagi pejalanan ke umah majlis tawen yang seterusnya. :) umah sdara side papa. wedding dua pupu aku la kiranya. gambar non ado. kasi amik guna tepon ai. lom transfer. ehehe. lagipon side pengantin lelaki. takde pelamin bagai. ada makan beradab je. tapi kat sini lai chi kang dorang best. bertambah ai makan. hikhik.

Next, to my friend's wedding. sukeeeeeee sangatttt. sebab sumenya comeeeeelll sangat. kiuuuuutttt.. rugi pulak tak rompak kamera kawan ai kasi tembak gambar banyak2. tapi ai kasi tembak je guna tepon adik. ehehe. masa sampai kat umah dia, pasangan pengantin tengah makan beradab. rombongan pengantin lelaki baru sampai la kot. sukeeee sangat segala galanya kat umah dia. i mean wedding decoration dia. so sweet.

sampai jep depan umah, tengok ini. red carpet. tema biru+pepel. waaaahhhh..
guest book & candy area. sweet. nama pon dh sweet jep bunyi kan.
guest book. lupa nak coret-coret sket kat dalam ni. hukhuk.
mereka.
yang ni adik aku yang request suh amik gambar. sweet.
candy area
apam pokadot + mini coklat cupcake + gula-gula
menu makanan yang dihidangkan.
meja makan beradab. time ni dorang dah siap makan.
famili pengantin lelaki.
cantik kan. nampak tak ball kaler-kaler bawah kanan gambar tu? jap ai kasi clear sket.
haaa.. ni la dia ball kaler-kaler tu. pink, biru, pepel + putih. just nice. sume pebret kaler ai. wahhhh..
pelamin dorang. just nice. memang trend sekarang kan bunga-bunga rose besar kat belakang tu. tak sempat bertanya lagi nina (pengantin pompuan) katne dia sewa ni.
cakk!! tetiba. ahaha. the only foto of me at day. ahaha. sunggoh banyak lemak tambahan. arggghhhhhh!!! thedakkkkk!!! tapi tak tahannya tengah pegang akok tu. hikhik. dap. ini adalah ketika sesambil tunggu pantin.
dari pihak pompuan untuk pihak lelaki. lawa.
sebahagian dari hantaran pihak lelaki untuk nina.
ehh. tetiba. makanan time dok tayang pelamin, hantaran sume ek. ahaha. ni je yang aku makan kat umah kawan aku ni. my mom and adik jua anak sedara aku pon. kami suda sangat amat kenyang. sedap mini cheese tart tu. cantik pulak tu kan. akok jua. air oren pon sodap. bola tak gitu? ahaha. bole kan aje.
bilik pengantin. simple je. but nice.
taraaa.. ini lah pengantin pompuannya. my friend, nina. ini lah jua baju yang asiklah kena oter sampai 4 kali tak silap aku. sebab dia makin kurus dan kurus dari time sesi first fitting. she lost 20kg oke. diet normal. jaga makan je. begaya.
lastly. decoration kat luar umah. burung jenjang itu. with those balls. waaahhh. sweet..

Waaahh. dah abis.. sumenya sweet jep. sukeeee... masa pegi kat umah kawan aku ni, jumpa dengan kawan zaman sekolah menengah dulu. kat uitm machang pon kami satu kampus. penah jugak sama2 dalam satu bilik. bz a.k.a. baizura. anak arwah cikgu wan yah. mama dia dulu penah ngajar aku jugak. lamaaaaa sangat tak jumpa dia. rupanya dia sepupu kepada pengantin lelaki. dia tegur aku pun sebab 1st yang dia tengok adalah sebab aku pakai tudung fareeda that day. bole tak gitu?? hantu fareeda betul kamu ni kan bz. and of course dia pun pakai tudung fareeda juga. tapi kami tak sempat bergambar bersama. cari jugak dia sebelum balik. tak nampak bayang pulak. so, gitu je la al kisahnya sesi jejak kasih kami. ehehe.

Setel maraton kenduri kawen, balik umah, segarkan badan, solat, gerak gi umah bapak sedara aku pulak. birthday kazen ai yang umur 4tahun. kat sini lama sket lepak. umahnya pun dekat je ngan umah. menunya laksa. lamb chop pon ado. tapi very limited. hebat perot ai tampung segala makanan yang ditelan ai pada hari kejadian. hikhik. cian pewot. ^_^ super best.

Al kisahnya bikin entri ni sudahnya bawak ke hari berikutnya. ahaha. hepi tuesday la yo. start taip petang isnin. ekeke.. layankan sajo la ye. tata.


23 February 2012

Colek PCB

Assalamualaikum.

Sebelum gi KL awal bulan Februari aitu aku ada pegi lepak2 kat Pantai Cahaya Bulan (PCB) bersama dengan mama jua adik bongsu iaitu Nina. saje2 je. terasa mau minum air buih. mau tau apakah air buih itu?? sabar. jakg aku tunjukkan gambarnya. sebelum tu singgah pegi beli apam balik kat pasar kampung cina tu. pebret aku la tu apam balik kat situ. best. kat tempat lain rasanya xsama. sebab kat sini buatannya nipis sket kot. pastu intinya trasa la bila makan. maksudnya tak kedekut la org yang buat benda alah tu letak kacang jua jagung manis. pastu mintak dorang wat garing sket. nyum. dapnya. dah time2 tengahari yang kompem terasa lapar ni harus la cite tentang makanan ek. ehehe. saje seksa diri ke hapa ntah. kat pcb macam biasa, order air buih itu jua ngambil goreng gorengan/colek. makan colek panas2 bersama air buih yang sejuk. auwwwwww... sesambil menikmati tiupan angin pantai. waaaahhhh... okeh. done. mari lihat ini gambar.

ini lah air buih itu. ahaha. ia adalah air kelapa yang diblend bersama susu. pastu ada la isi kelapa sket. namanya adalah 'nyior susu' ataupun kelapa susu. dap. tapi sila mintak kurang manes bila order kalau tak suka manis. nampak kan buih2 kat permukaan gelas tu. itu pasal la kami panggil air buih. tu pun sebab dengar orang lain order gitu time pegi makan kat sana. ehehe.

colek. campur2. segala benda alah segera yang dicelup tepung lalu digoreng. berserta kopok lekor. biasanya famili aku suka pegi gerai Mak Su. sebab coleknya fresh, ada air buih dan yang paling penting harganya murah. dan sedap.

segala gorengan itu makan dengan pencicah/colek ini. ada disediakan kacang tumbuk dalam bekas kat atas setiap meja kat sini. jua pencicah itu secara berasingan. sila la letak secukup rasa mengikut selera masing2.

apam balik kesukaanku. simple je kan. lebih sedap makan panas2. panas tak panas sangat la. suam2. panas sangat cemana kekdah pulak nak kunyah dan telan kan. sampai je tempat makan tu, order minum, terus buka bungkusan apam balik ni.

Gitulah antara aktiviti hari minggu aku besama famili. kedai makan Mak Su kat PCB tu antara tempat lepak kami le kekadang di kala terasa nak makan colek atau minum air buih tu. sempoiii.. sila la mencuba. eceh. konon macam rancangan jenjalan cari makan. ahaha..


21 February 2012

Bubur Nasi + Kelapa Muda

Assalamulaikum.

bubur nasi

Itu adalah menu makan tengahari nak ke petang me, my mom n my younger sister pada hari sabtu yang lalu. air kelapa muda aku tak amik gambo. ehehe. kat tempat makan ni aku tengok ramai je orang tetiap hari. rasanya ok la jugak. harganya pun ok. yang aku makan ni, bubur nasi biasa. harganya hanya RM2.50. air kelapa muda gelas biasa (memang takde gelas besar ke luar biasa pun.ehehe) hanyalah RM1.00. total baru RM3.50. kenyang. ^_^ kononnya mau keluar umah lepas solat Zuhur. sekali, semua bantai tido lepas balik dari ngantar mak2 sadara jua pak sdara kat epot. dorang pegi menunaikan umrah. tiada pula daku ngambil gambar time ngata dorang aitu. awal tak awal sangat la bangun pagi aitu. flight dorang kul 9.15pagi. kami gerak dari umah dalam kul 7.45 gitu kot. nothing spesel on dat day. cuma sedikit tacing time besalaman ngan mak sdara. pastu tengok dorang dah ngalir air mata. ai kenot la. mudah tersentuh. hukhuk. petang tu just pegi round2 singgah tengok perabot. pastu nganta kain ke tailor. pastu lepak je umah. santai kan. itu saje. arini pon mood tak brapa nak best. pms + keje banyak nak kena setel sebelum bercuti. uhuhu.. sakit pewot. oke bye.


12 February 2012

Misi a.k.a. nurse

Assalamualaikum.

Hye. i'm back. banyak sangat stori nak share. tapi ansur-ansur la ek. al maklum la sebab lama tak update kan. ehehehe.. start with the latest one la ek. kisah time cuti semalam. hari Sabtu semalam pepagi lagi aku dah kua umah. macam kua pegi keje lak rasa time kua dari umah tu. ehehe. atas permintaan mak sedara, aku pegi temani sepupu yang kena stay kat wad beberapa hari. kat hospital pakar perdana, kota bharu. sangat dekat dengan stadium. depan gerai cendol pulut tapai yang aku suka sangat berulang pegi makan kat sana dulu. as usual, kami memang la tak reti dok diam kan. sampai je kat bilik dia, nak expect apa lagi kan. opkos la my kazen tengah bebaring. kata sakit kan. dia demam panas. sebab tonsil dia membesar. lepak jap, borak sket2, abiskan sarapan orang sakit (kuey teow goreng + 3 ketul ayam tecit + 1 ekor udang saiz sederhana). tengok nurse kasi cucuk ubat beberapa kali. adehhhh!! banyak oke nurse tu masukkan ubat. sebab dose ditambah. aku tanak sakit. takmo kena cucuk2. takottttt!!! lepas kazen aku kena cucuk ubat yang pelbagai tu, dia telelap jap. kejap sangat. pastu dia tejaga sebab bunyi aku tutup tong sampah. saya tak bersalah. dia memang susah nak tido pon oke. lepas tu ubat2 tu dah bagi efek baek punya. kazen aku dah rasa segar/sehat sket, dia bangun duduk2 kat sofa. borak2 ngan aku sambil dia melayan fesbuk. dia suda pasang niat nak turun makan roti bakar kat cafe. muahaha.. lepas tanya nurse, then nurse tu kata no poblem. bole je. takde pantang jua. weeeehuuuuu!!! pantas kami turun makan2 kat cafe yang kat bawah tu. kat dalam hospital tu jgk la. dan kami makan ini. gambar yang kat bawah ni.

telur masak separuh. eh. ke telur separuh masak ek? mana2 la. dap.

Masaknya elok je. masak serata lah kiranya. kami makan roti bakar + telur ini. kononnya takut telebih kenyang, nak makan sebiji jek. 1set ada 2biji. aku makan satu, kazen aku makan satu. roti bakar 3set oke. muahaha.. tak hengatnya. then dah siap makan, alamakk!! macam sedap plk telur separuh masak kat cafe tu ha. tanpa segan, terus bangun order lagi 1set. akakakaka.. sume adalah 4ekor ayam kami makan pada pagi itu. ahaha. dasat betul. dua2 minum teh 'o'. bezanya aku minum yang suam, my kazen minum yang sejuk. sesambil tunggu kawan kazen aku datang, kami sambung lepak situ. tapi sebab lambat sangat, naik je ke wad balik. sebab my kazen dapat call dari wad. pesakit hilang ek. akakaka. lepak kat bilik jap, nurse masuk nak bawa gi jumpa doktor. aku folo aje lah. sebab kazen aku ni cepat sangat nebes. temankan dia. sesambil dok tunggu tu la kawan dia sampai. eberiting oke stakat ni. tapi kazen aku kena gak jalani operation tang tonsil dia membengkak + membesar. set date nya adalah 27 hb nanti. waaaahhh.. tu kompem dia berdebar + nebes nak tunggu tarikh tu. ehehe. skang ni my kazen dah kat umah da. discharge kul 11 pagi tadi. aku lak punch card balik dari jadi nurse dah kul 3.30 lbh gitu. almost 4pm sampai umah. then kua lagi with my mom. pegi beli tupperware yang akak aku kirim, singgah KK home deko, terbeli mangkuk yang comel. terbeli oke. tapi sampai 4bijik lak aku amik. ahaha.. pastu memandangkan cuaca panas semalam, kami singgah makan cendol pulut tapai kat bawah pokok besar berhampiran umah. itu saje aktiviti di hari sabtu ai. bye.

28 November 2011

Hari minggu + hari cuti am

Assalamualaikum..

:) sila senyummm.. saya muncul lagi.. ehehe.. memang macam chipsmore yang sodap itu. alasannya tetap sama. kurang kerajinan + malas + banyak keje + keserabutan pemikiran + leka layan korean drama series. ehehe.. back to the main point. semalam adalah cuti sempena Awal Muharam. Selamat menyambut tahun baru hijrah  1433 to you all. let's start our new year dgn penuh semangat ye kawan-kawan. ehehe.. bab ngajak orang bagi kat aku. tapi me myself pon lemau jep arini. uhuhu.. kind of a lil bit berserabut. sebabnya tensen asik poblem je install adobe master itu. punca poblemnya adalah java itu. aku pon xpaham. mengapakah??? di manakah silapnya?? hukhuk.. minta pertolongannnnn!!!!!

okeh! done with my keserabutan itu. ai kasi tinggal letak sudut tepiyang paling kiri. tinggalkan je dulu. ai kasi uninstall je blk. try cra lain lak. cuti selama tiga hari terasuk cuti maal hijrah me n famili join rombongan pengantin my cousin ke Kuantan, Pahang. asalnya memang dah keberatan yang amat nak pegi. tapi ikutkan juga sebab my mom semacam beria benar nk ikot rombongan itu kan. kami berkonvoi 6 buah kete kalau xsilap. gerak dlm kul 10.00 pagi gitu lebih kurang. ari Jumaat. Kota Bharu - Kuantan amik masa 10 jam okeh. let me repeat. SEPULOH JAM!! tensen haku. bukannya musim perayaan ke hapa. reasonnya jadi gitu = bekonvoi 6 buah kete + byk kali gila benti + kemalangan. dah le aku duk seat paling blakang kete livina tu ha. kompem heaven la kan. sila bayangkan sendiri ke'heaven'an itu oke. xkuasa mak nak bayangkan lagi skali keadaan itu. seb baek perjalanan balik lancar je. ada lah lebih kurang 5 jam gitu. tu pon ai hangin gak. al kisah disebalik sebelum gerak balik tu.. haih.. ntah apa apa lah dorang. keypad lock btol lah.

overall, yang kompemnya pejalanan itu memang mendapat penat lah. sampai kt Kuantan tu dh malam. dlm 10.00 lebih gitu kot. kat sana, kami sume dok kat homestay 4bilik. 2 toilet. kalau xsilap RM250.00 per night. oke la tempatnya. 2bilik queen bed (1bilik ada aircond). 2bilik single bed. turut disediakan mesin basuh oke. pastu ada jgk la toto + tilam tambahan. umah tu keseluruhannya oke la. aktiviti sepanjang kat sana adalah lpk2 kat homestay tu, pagi sementara tunggu time nk pegi umah pengantin lelaki tu, kami ke area mana ntah. kaum mak2 pi membeli belah ikan talam dan famili ikan masin/kering itu. pastu blk umah tumpangan, mkn2 alas perut, siap2, then gerak ke umah pantin lelaki + sesi tunggu menuggu yang bole tahan lama. smpi sana, mkn2, sesi tunggu menunggu lagi sbb famili pantin pompuan berkonflik dalaman yang thedak tetap nak blk keesokkannya plk. sedangkan plan asalnya adalah pada hari itu juga. apa daaa.. kekdahnya, sila la buat perancangan yang xmenyusahkan sesape oke kepada sesape yg berkemungkinan ketemu jodoh yang berlainan negeri ni. pendek kata yg memerlukan perjalanan yang jauh la kan. my famili, tetap dgn perancangan awal, blk pada hari itu juga. bersama sebuah kete lagi. yeay!!! mlmnya smpi KB singgah KFC utk makan malam kami. ikut slera anak sdara daku si encem.

stori mori semata mata aje la. sebabnya ai kemalasan yang amat nk amik gambar. ^_^ ari last bercutian, iaitu semalam jua nothing yang mnarik. just kua men boling besama rerakan ditemani adik aku yg bungsu. ehehe.. sila gelak diri sendiri sbb asik kasi bola masuk longkang aje. hikhik.. oke la tu sbb dh berthn tak layan boling kan. and i got 1 strike. ehehe.. 1 strike pon nk kecoh ek. akaka.. dat's it. moga ai lebih berkerajinan ngapdate entri la ye lps ni. ekeke.. skali lagi, slamat tahun baru sume-sume.


22 October 2011

Ultimate Cheesy 7 Pizza

Assalamualaikum..

Yummmmmmsss!!! memang yummy and delicious habes. tambah plk aku mmg gemar yang amat famili keju nih. sedaaaaappppp!! especially when u ngap it as da first bite. it was soooooo.. yummy! tp bila dh mkn byk2 opkos kemuakan itu akan terasa la. tambah lak bila dh mula nak rasa kenyang kan. ehehe.. tp mmg direkemenkan lah ini piza bagi sesape yg penggemar keju tu. kompem puas ati lah.. tadi aku dh terasa muak jap bila dh kenyang tu. now terasa macam nak lag oke. ahahahhaa.. agak2 kalau ahkak kt tempat piza tu baca komen ai kat blog ni cemana la ek inche Epi yg budiman?? aahhaha.. tetiba jek mention ur name ek. opkos sbb u are sooooo sooo baek ati banje kami sume today. tenkiu so much!! love it till da last bite eventhough perut dh kenyang.. eehehe.. okeh. enuf with dat. jom layanzzzz...



yummeh

da 1st piece of this cheesy on my plate

beselera bebeno ye...

Zulaikha yg kiut with ibu.. cian dia dmm ek..
muka hepi sesudah makan.. ^_^
yaaaa.. kasi tuang sampai abessss.. tengkiu yang amat ye for da yummeh treat
hasil kerjaan kami. hanya ini yg berbaki.. akaka..
Oke. itu sahaja foto yang ada menggunakan tepon stoberi ai. itu lah hasilnya sesudah bekeje seketika di hari minggu.. yang penting dapat lepak sesama with frens sambil mengeyangkan pewott. ahaha.. ni pon tak cukup korum lagi. kalau cukup lagi meriah. nanti kita bikin bekompul lagi oke.. i mmg sooookkaaaa makan lah. done!!

Lupa lak.. actually, arini also my youngest sister punya birthday. so far lom celebrate lagi. just bought her a slice of her favourite cake. choc indulgence. hepi birthday Nina busyukkk.. nanti kita celebrate bila kamu suda decide mau makan apa oke.


17 April 2011

Aktiviti hari minggu

Assalamualaikum..

Hari ni Ahad. lalu, kompem la tahap kemalasan jua keliatan yang nyata. ekeke. al kisahnya takde la menarik sangat pun hari minggu daku. just spend time with family. shopping sket. and attend jemputan my fren zaman skolah dulu. birthday adik dia. ^_^ umah dia mmg sgt senang jua mudah lah nk ke mana2. umah parents dia sebenarnya ye. btol2 sipi2 depan maxis kat Jalan Kebun Sultan. tenkiu ye puan Zura for inviting us (me + beliau. namun dia xdapek g. lalu ngajak adikku nemani. yeahhh).

Kesemua gamba2 kat bawah ni daku kasi rompak dari fesbuk zura. ekeke.. sila halal la ye tuan tanah asal. ekeke.. yang pasti, kat sana daku ketemu sama dalila (lec) + aniq, ida + yo. sunggoh manesss.. upenya yo, iaitu tunangan ida keje sama docnan jua penah ketemu taim dia bikin keja kt PS1 husm ni. xparasan lak. ehehe. tu pn tau bila dia yg mention. siap igt nama penoh aku lagi. akakaka..

versi sengeh (daku le) + nampak dengan clear sume orang.
versi daku senyum ajep. jua dalila versi nk men nyorok2. ehehe
ini taim, tinggal daku jua adikku aje. yg lelain suda pulang. (zura cuba mengasah bakat ni)
Tenkiu ye Zura menjempot. ai laik lah laksa penang itu. beshhhh!! (namon ai idop menyenap menu best itu). len kali usah le segan silu menjempot lagi oke. akaka.. (versi idop segan silu ofer diri suh ajak mkn2 ek. akaka..)