Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

27 May 2013

Schollmate Wedding

Assalamualaikum..

Hoi haiiii.. :D ai is soooooooo bored today okey. diammmmmm... melepakkkkk je malas-malas kat kerusi opis. sesekali bagun amik air. minum. pastu gi toilet. wat keje sket. ngadap monitor lagi. taip-taip sket. pastu ulang-ulang sume tu. siyes tak kua gi jenjalan kat mana-mana pon melepasi pintu opis aku ni sejak masuk keje pagi tadi. bahahaha.. gila lah. now baru perasan. sikalang tunggu time jep nak balik. actually dah pon time balik. abis taip entri ni ai blah lah. ehehe..

Sabtu lepas me got two wedding invitation. dua-dua kawan sekolah dulu. tapi pegi satu jep. sebab yang lagi satu tu tak sure tempatnya katne. tade peta. sebab tak dapat kad jempotan. yang lagi satu yang aku pegi tu dapat kad jempotan dan tempatnya amat mudah nak cari. sebab wat kat dewan kenn. pegi ke wedding itu bersama adik aku (nina), lec & son, ruzai & niece. so nice.. kalau qistina ada pon kompem nak ikot aku jugak kan. tahniah to my fren, Suria & hubby. moga berkekalan bahagia bersama hingga ke jannah. insyaallah. amin..

okeh. now jom tgk gambonya pulak. sume aku amik dari fesbuk si photographer of that day. hikhik.. sebagai kenangan jumpa kengkawan lama jaman skolah dulu kan. so sweeeettt.. :)

guest book area
we ollss.. reramai.
kami. sume ni kengkawan skolah aku dulu. kecuali pantin lelaki. hik.
gaya bebas. bahaha. chumelll.. aku dah gaya nak jadi patong ke apakah??
finally.. the pantins.. suria + farhan. :)

Itu saje. ai is soooooo... lah kurang tahap rajin yang ketara update blog kenn.. ni pon kasi tempek direct gambo dari jurugambar jep. tade edit2 tambahan pon. hik. even crop pon malash. ehehe.. ok bai.

## actually tengah cari info about kota kinabalu & kundasang. anyone yang penah becuti kat sana and got best info, pls share wif me ek. pelisssss... :) ##


18 September 2012

Jelajah Kenduri Kawen

Assalamualaikum.

It's Monday. it's evening. and it's raining outside. waaahhh.. hebatlah. cuti beberapa hari sebanyak 3 hari berturut ni haruslah banyak orang wat kenduri kawen kan. kekdahnya me & my mum dapat jemputan kawen itu pada hari yang sama kat tiga tempat. tu tak termasuk jemputan sambutan hari ulangtahun kelahiran kazen aku yang tecit jua pada hari yang sama. satu, jiran kami. satu, sedara mara side papa. satu lagi my friend. actually ada lagi satu jemputan my friend jugak. tapi jauh bebeno. kat Muar sana. sebab kat Kota Bharu pon sampai 3, jadi xdapat la ke sana. lagipun dah pegi time majlis akad nikah dorang aitu. maraton kenduri kawen la kekdahnya kan. oke. jadi kami berkeputusan pegi kat tempat kenduri yang paling dekat ngan umah dulu. jiran kami je pon. hikhik. tapi mengada nak gi nek keta. tolong penuhkan jalan masuk umah pengantin kan. ahaha. konon nak bagi nampak lagi meriah la. konon. 1st wedding, cehhh... gitu. yang memula sekali kami pegi adalah majlis kawen Farah & Dy.

adik ai + anak sedara ai (alia). kiut je banting dorang nih. sweet.
ni antara menunya. (dari pinggan adik ai). :) ikan pedasnya best.
Selain dari menu kat atas tu, ada juga kueh lompat tikam. ni kueh kelantan tau. ada pulut kaler merah + kueh tepung ijau ala2 beke kaler ijau + santan pekat + gula melaka/nise. pastu bubur pulut hitam. bubur tu pun best jugak. bab makan, best aje kan. ehehe.

ini pasangan pengantinnya. farah+dy. maap le blur. kasi lasakkan tepon baru adik ai. ehehe.
ole-ole wedding farah+dy. sweet.. pasu tembikar.

Done kat situ, balik umah, my mom solat, (me abc. ehehe.) then teruskan lagi pejalanan ke umah majlis tawen yang seterusnya. :) umah sdara side papa. wedding dua pupu aku la kiranya. gambar non ado. kasi amik guna tepon ai. lom transfer. ehehe. lagipon side pengantin lelaki. takde pelamin bagai. ada makan beradab je. tapi kat sini lai chi kang dorang best. bertambah ai makan. hikhik.

Next, to my friend's wedding. sukeeeeeee sangatttt. sebab sumenya comeeeeelll sangat. kiuuuuutttt.. rugi pulak tak rompak kamera kawan ai kasi tembak gambar banyak2. tapi ai kasi tembak je guna tepon adik. ehehe. masa sampai kat umah dia, pasangan pengantin tengah makan beradab. rombongan pengantin lelaki baru sampai la kot. sukeeee sangat segala galanya kat umah dia. i mean wedding decoration dia. so sweet.

sampai jep depan umah, tengok ini. red carpet. tema biru+pepel. waaaahhhh..
guest book & candy area. sweet. nama pon dh sweet jep bunyi kan.
guest book. lupa nak coret-coret sket kat dalam ni. hukhuk.
mereka.
yang ni adik aku yang request suh amik gambar. sweet.
candy area
apam pokadot + mini coklat cupcake + gula-gula
menu makanan yang dihidangkan.
meja makan beradab. time ni dorang dah siap makan.
famili pengantin lelaki.
cantik kan. nampak tak ball kaler-kaler bawah kanan gambar tu? jap ai kasi clear sket.
haaa.. ni la dia ball kaler-kaler tu. pink, biru, pepel + putih. just nice. sume pebret kaler ai. wahhhh..
pelamin dorang. just nice. memang trend sekarang kan bunga-bunga rose besar kat belakang tu. tak sempat bertanya lagi nina (pengantin pompuan) katne dia sewa ni.
cakk!! tetiba. ahaha. the only foto of me at day. ahaha. sunggoh banyak lemak tambahan. arggghhhhhh!!! thedakkkkk!!! tapi tak tahannya tengah pegang akok tu. hikhik. dap. ini adalah ketika sesambil tunggu pantin.
dari pihak pompuan untuk pihak lelaki. lawa.
sebahagian dari hantaran pihak lelaki untuk nina.
ehh. tetiba. makanan time dok tayang pelamin, hantaran sume ek. ahaha. ni je yang aku makan kat umah kawan aku ni. my mom and adik jua anak sedara aku pon. kami suda sangat amat kenyang. sedap mini cheese tart tu. cantik pulak tu kan. akok jua. air oren pon sodap. bola tak gitu? ahaha. bole kan aje.
bilik pengantin. simple je. but nice.
taraaa.. ini lah pengantin pompuannya. my friend, nina. ini lah jua baju yang asiklah kena oter sampai 4 kali tak silap aku. sebab dia makin kurus dan kurus dari time sesi first fitting. she lost 20kg oke. diet normal. jaga makan je. begaya.
lastly. decoration kat luar umah. burung jenjang itu. with those balls. waaahhh. sweet..

Waaahh. dah abis.. sumenya sweet jep. sukeeee... masa pegi kat umah kawan aku ni, jumpa dengan kawan zaman sekolah menengah dulu. kat uitm machang pon kami satu kampus. penah jugak sama2 dalam satu bilik. bz a.k.a. baizura. anak arwah cikgu wan yah. mama dia dulu penah ngajar aku jugak. lamaaaaa sangat tak jumpa dia. rupanya dia sepupu kepada pengantin lelaki. dia tegur aku pun sebab 1st yang dia tengok adalah sebab aku pakai tudung fareeda that day. bole tak gitu?? hantu fareeda betul kamu ni kan bz. and of course dia pun pakai tudung fareeda juga. tapi kami tak sempat bergambar bersama. cari jugak dia sebelum balik. tak nampak bayang pulak. so, gitu je la al kisahnya sesi jejak kasih kami. ehehe.

Setel maraton kenduri kawen, balik umah, segarkan badan, solat, gerak gi umah bapak sedara aku pulak. birthday kazen ai yang umur 4tahun. kat sini lama sket lepak. umahnya pun dekat je ngan umah. menunya laksa. lamb chop pon ado. tapi very limited. hebat perot ai tampung segala makanan yang ditelan ai pada hari kejadian. hikhik. cian pewot. ^_^ super best.

Al kisahnya bikin entri ni sudahnya bawak ke hari berikutnya. ahaha. hepi tuesday la yo. start taip petang isnin. ekeke.. layankan sajo la ye. tata.


02 September 2012

Wedding Shaz + Shah

Assalamualaikum.

:) ai terlebih rajin ini hari kan. lalu entri menjadi dua. waaaahh.. sebabnya ai masih lagi menunggu gambar2 dinner malam tadi. sesambil tunggu gambar2 itu, godek2 folder koleksi gegambar ai, nampak la folder ke Kajang dalam bulan April yang lalu. sunggoh la lama suda berlalu kan. hikhik.. hamek kau. actually pegi ke sana semata-mata nak hadir ke majlis perkahwinan salah sorang junior masa belajar kat Uitm Alor Gajah, Melaka dulu. one of da buddies la kan. Shazana a.k.a shazu. lama sangat xjumpa dia. tup tup, dia mintak alamat nak bagi kad jemputan tawen. time pegi kat sana jugak ketemu kembali chenta hati lama. ahaha.. sejarah kehidupan. gitu. ahahahaha.. banyak la sejarah kan. meet my bestfren too. bole tahan lama jugak la lepak kat umah si shazu ni ha. kata ai pegi ngan pemandu pelancong ai yang setia kan. merangkap bestfren. merangkap juga adik fren. merangkap juga teman jiwa suka duka. dia memang hebat oke. hebat ke ta?? harapnya gitu la kan. dapat pakej bercuti free jangan lopa ai oke. hikhik. oke. jom layan gambo aje la ye.

ini lah perantin pompuannya. Shazana. dia memang.. hepi gumbira jep sukati dia je.
anak Lela. sesambil berlepakan di sisi kanan pelamin menunggu besfren ai sampai. bole tahan lama jugak la menunggu.
mereka
ai yang kaku bersamaan ita (duduk kat bawah bersama hasil foto pre-wed shaz yang dia snap), perantin + Lela + anakanda Lela
bersama perantin yang hgak baru juga ketika hari kejadian. ina + ali. tapi hubby dia tade dlm gambar ni. wedding dorang a month before time ni kot kalo tak silap. tapi aku tak dapat hadirkan diri. kat johor sana oke. ai kat kb kan.
bajet senyum shy2 with ita. wajah ai tanpa mekap. ada je sebenarnya. scepeh jep. sbb berpeluh. dah tade. hikhik
Shaz+Shah (belakang tu bunting gegambar time pre-wed dorang)
yeah!! dari kiri : (atas) ina+ali bebet, shah+shaz, farah (my bestfren+ezmal). bawah dari kiri: magic/ery, ita, ehem2, akramin. 
them
KAMI  
cheeeeeesssseeeee... and peace! ^_^

Okeh. itu sajelah al-kisahnya seketika pada hari kejadian kenduri kawen di rumah shazu. ada sikit lagi stori time ke Kajang ni. lain entri la kot ek. ehehe.. ntah bape bln la plk ek. ekeke.. saye mau gambar diner malam tadiiiiiiiiii... tulun...... (segera hubungi orang yang berkenaan. tata).


20 March 2012

Black & White Solemnization Theme


Assalamualaikum.

Hari yang bersejarah. eceeeewaaahhhh.. gitu.. mau tau ngapekah hari yang bersejarah wedding dorang ni? muahaha.. sila tengok tarikh wedding dorang pada gambar jam itu sudeh.. tarikh my birthday. ehehe.. punyalah lama kekdahnya peristiwa ni pastu aku baru nak tekedek kedek bikin entri ek. ahaha. sebabnya adalah aku tak bawak kamera time gi wedding dorang. pastu aku tunggu je gambar yang photographer dorang amik. memang mabeles gila la kan. nak tunggu gambar dari photographer dorang tu, aku tunggu lak pengantin tu sendiri update kat fesbuk dorang. then aku just dwnld je dari situ. ehehe.. bukan apa. just wanna share dis wonderful moment kat blog ai nih ha. with da wonderful + beautiful pictures hasil keje jurugambar yang mabeles itu. jom nikmati. ehehe.. tapi jakgi. nak sambung stori dulu. jaja ni one of my bestfriend time jaman blaja kat melaka dulu. ada aku mention kat entri Nyenyek's Cafe yang ada jual beger mabeles best gilss tu. disebabkan persahabatan kami itu, lalu aku pun menghadirkan diri la pada hari bersejarah dorang nih ha. kat Muar. tapi tak sempat pun nak gi merasa mi bandung muar. uhuhu.. sedey. tapi sooka sebab ada hidangan pencuci mulut yang best sangat kat wedding dorang ni. tapi aku tak tau apakah namanya. ehehe..

comel sangat. memang ai suka yang amatlah hasil keje jurugambar ini. our junior masa blaja dulu. dia memang best lah. ni sesambil tunggu famili jaja berkumpul kat cafe tempat kami lepak.

pengantin lelaki. ntah ke nebes ke apakah. tapi rasanya macam tak la time ni. inilah jaja itu.

KAMI. sebelum gerak geri ke masjid.

me + farah

jazrique iglesias the YB

pengantin pompuan..

sempat lagi eh berpis bagai. ohoho...

the hantarans.. kami gubah sama2. simple + nice.

kasi close-up sket. gula-gula yang banyak dan comelss. super kiut.

dah mula dah

sedang berlangsung. time ni aku ngan farah lak yang nebes sciput. eksaited woo tengok jaja bersopan santun gitu.. sookar oke nak tengok dia pakai baju gini jua sopan gitu.

sudah sah. yeay!! almost to the end jua kami menunggu setel majlis ini di masjid. lama oke majlis akad nikah kat area muar ni ghopanya. kami pon dah lapar kan. haroslah terasa lebih lama. bekpes je pun yang kami amik sepanjang hari tu. majlis ni stat kul 2.30 ptg kot kalau tak silap. dah lupa la. ehehe..

Setel majlis kat masjid, kami sume gerak ke umah pengantin pompuan plk. makan2. kata tengah lapar kan. ehehe. dekat je pun umah Saleha dengan masjid. jalan kaki je. malam tu jugak aku besama farah n hubby gerak pulang ke KL. sampailah kat umah dekat kul 1pagi jugak kot kalo tak silap. serius ai soda lupa oke. tapi bole tahan lewat time lebih kurang tu jugak la. thanks to farah n hubby tumpangkan saya. sweet both of you. to jaja + saleha, tahniah oke. semoga korang murah rezeki dan kekal bahagia bersama hingga akhir hayat. :)