Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

02 December 2014

Healthy day ahead

Assalamualaikum..


What a wonderful and beautiful day kan. :) Alhamdulillah.. In Shaa Allah hingga ke petang dan hari seterusnya.. a very bright day with a veeeeeerrryyyyy long and tough journey ahead. moga dipermudahkan olehNya. amin.

Start from petang 10 November aitu mula rasa tak sedap badan lepas balik dari keje. demam. berterusan seminggu. berikutnya sakit urat/bengkak urat. then berterusan hingga ke hari ini. hari ni 1st day keje untuk minggu ni. tepaksa amik EL (emergency leave) dua hari untuk berehat dan merehatkan kaki dan badan di rumah. alhamdulillah so far very good improvement. walau terasa sakit sana sini. it's ok. mesti bole bertahan punya. still under treatment. ada la few things kena hadap setiap hari. must take and cannot skip. for my own good sake, for my health untuk super pantas sembuh. :)

Syukur alhamdulillah sepanjang tempoh keadaan kesihatan yang tak menentu ni keluarga sentiasa di sisi. kebetulan adik bongsu, Nina cuti semester, dan kakak yang duk kat Kajang pon balik duk umah jap sebelum anakanda sulungnya Arisha Qistina mula belajar kat tadika tahun 2015 nanti. dengan adanya dorang kat umah, bole la mintak tolong itu ini. adik aku banyak jugak tolong time larat lagi nak buat kek then pegi buka booth kat Kelantan Trade Center, Kota Bharu. pakej pegi berniaga sekali. :) so sweet.. tanpa pertolongan dia early stage demam tu, memang tipis la nak pegi berniaga tu kan. nak beli barang2 ke, few things benda-benda kat umah.. terharu saya. gitu.. akak aku pon banyakkkkk juga tolong. tolong masak, tolong sidai baju (ada jugak adik aku tolong tang ni), teman kat umah besama si tecit kiut miut Aisyah Qasdina + kakaknya Qistina tina tina yang suka becakap dan bole tahan banyaaaakkkk jugak hajat dia. macam-macam la permintaan dia. both of them tetiap hari la pantau perkembangan kesihatan aku. syukur sesangat. time macam gini la nakkkk sangat famili ada bersama. mereka ni la yang menguatkan semangat, menghibur time sebek monyokkk kat umah. syukur sesangat. kalau tade dorang kat umah, makanya sengsorang la aku kat umah time lemau tak bermaya neh ha.

Syukur sesangat jugak my one and only adek manes lain mak lain bapak juga my bff, teman mesra, teman gaduh, teman majuk, teman suka duka yang owes bertanya kabar setiap hari jua memantau perkembangan kesihatan dan rawatan yang aku tengah lalui. so terharu okeh. pepagi tepon/sms/whats app sume. tengahari, petang, malam. owes there for me. sume details of my treatment dia yang guide. thank you so much dear. be with me melalui saat ketika sukar ini. awak banyak bagi semangat kat saya to keep on going. keep on berusaha dan bertahan. dengar saya mengadu, dan tahan je dengan karenah saya, sungutan, kerisauan jua kegundahan saya. it's not easy for me. and you know it very well. all the symptoms, tindak balas sume. thank you so much dear Ita. sayang awak ketat-ketat.

Syukur sesangat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kau hantarkan mereka kepadaku dalam tempoh masa yang sukar untuk aku harungi ni. ujian yang aku hadapi ni tak la seberapa sangat nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih sukar, lebih sakit, lebih tenat, lebih perit, lebih singkat masa mereka atau juga lebih lama tempoh ujiannya. aku ada hampir segalanya bersama dalam mengharungi keadaan ini. what a sweet things in such a hard situation + tough life journey. ni baru sikit. bole tahan perit jugak la rasanya. nasib baik ada insan-insan kesayangan bersama. my parents, kakaknda, adik-adiknda, anak-anak sdara somel, bff, inche beliau, teman-teman sahabat handai jua bos tempat keje dan opismate. very understanding dan sangat banyak membantu. ini juga anugerah tidak ternilai untukku.

Bila dah masuk minggu ketiga ni, hati memang la gundah. risau. takut. hati pon mudah sayu. mudah nangis. masyaallah.. nikmat mana lagi yang nak aku dustakan. bila dah macam gini, barulah tau menghargai betapa nikmatnya sihat. betapa nikmatnya tubuh badan yang sihat. betapa besar + bernilainya anugerah Allah untuk kita, untuk kita jaga dan menggunakannya ke jalan yang diredhai Allah. sakit yang aku rasa cukup menginsafkan. betapa nikmatnya solat dengan tertib dan selesa tanpa halangan/kekangan. nikmatnya bole pilih dan pakai kasut, selipar, high heels dan sebagainya dengan pelbagai design dan ketinggian yang berbeza. sekarang ni slipar jepun fipper je la alas kaki rasmi pegi ke mana-mana pon. :) jimat jugak tu kan. tadok la nak beli high hells ke, kasut ke pape yang sewaktu dengannya kan. tapi ada jugak la feeling nak beli slipar yang super comfort lembut empuk untuk alas kaki ai yang super anje-anje lately ni. alolooo.. sempat lagi ek. kalau time bole jenjalan sesuka hati jejauh macam biasa, rasanya harus jugak pegi cari sepasang. kihkih.. yang paling terasa adalah nikmat makan. hurmmmm.. most of my favorite food, sesekali dap-dap drink, cendol pulut tapai, segala pulut, and.... macam banyak juga la yang kena stop dan elakkan dulu pengambilan. ahhaaaa.. oke.. ai is rela asalkan super duper cepat sembuh. tapi ada jugak la yang ngelat sciput. tanggung la sendiri kan.. uhuhu..

Just as a reminder for me.. notes of my life journey. my two cents of sharing of life. agar kita sentiasa bersyukur dengan setiap sesuatu yang kita miliki. mungkin kelihatan kecil yang amat, but we never know okeh what will happen to us esok, lusa, masa depan nanti. ni pon dalam my bff owes la dok pesan suh jaga makan sume. tup tup.. haaaa... memang clear je la laluan bunyian dalam telinga ni ha. but it's ok. i know you love me banyakkkkk banyak kan. ngeeeeeee.. moga Allah s.w.t . sentiasa merahmati insan-insan yang menyayangiku.

12 February 2013

Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum.

Berlalu sudah cuti selama 4 hari. 2 hari cuti hari minggu dan 2 hari cuti sempena Tahun Baru Cina. best. super best lagi sebab famili akak + adik aku yang duk belajar kat Puncak Alam tu balik. tapi sayangnya dorang tak sempat nak join kami sekeluarga yang lain-lainnya bercuti simple-simple. very short cuti-cuti with famili. dalam negeri je pon. tapi ok jugak la sebab dah lama tak pegi relax-relax besama famili kan. destinasi kami??? kat sini. (sila lihat gambar di bawah. :P )

pepohonan.
Suda dapat hagakkah di mana?? ada la sket-sket hint dah nampak kenn..

ada ini. kompem la dah bole hagak kan. kat mana lagi yg ada benda alah ini.. tapi.. secara tepatnya...
ini adalah pemandangan time pagi dari area rimbunan pepohonan.. iye. pantai..
kolam mandi.. :)
Sesiapa yang penah pegi sini kompem la tau kat mana kan. especially bila tengok gambar kolam mandi manda tu kan. kami sekeluarga pegi rehat-rehat santai kat Sudara Beach Resort. masih dalam negeri Kelantan. sangat dekat je kan. adalah hampir sejam je pejalanannya dari rumah. sian kat anak-anak sedara. dah lama sangat dorang nak pegi mandi manda kat kolam sampai puas. so pegi la kami kat tempat yang reasonable price ni. tempatnya oke. kemudahan yang disediakan pon oke. bole memuatkan 4 orang dewasa dalam satu bilik dengan selesa (nak lebih selesa sila tambah tilam or bawak toto/tilam nipis tu dari umah. ehehe). cite lebih detail tentang percutian kat sini, ai kasi stori len kali ek. insyaallah i will. ehehe.. lots of pikcah aku nak share. dengan telatah bebudak main tepi pantai. besantai dalam kolam. best.

Hari-hari lain time cuti aitu, just lepak umah, kua pegi jemputan kenduri kawen, makan-makan sempena maulidur rasul. tu je la. :) k bai. nak sambung wat keje. arini dah start keje balik.


20 May 2012

Cuti Peristiwa

Assalamualaikum.

YEAYYYYYYY!!! TRW menang tonite. soookaaaaa... :) sy memang tak pegi stadium bukit jalil itu untuk sama2 menyokong trw di sana bersama penyokong2 Kelantan. tetapi sy tetap bersemangat sokong depan tv bersama famili. ehehe.. final oke. opkos kami tunggu sampai habis. finally. piala FA kami yang punya. yeah!! best. sengih lebar je sume hati gumbira bila wisel penamat ditiupkan. hoyehhhh.. semangat hokeh. ahaha.. well, bila dah tgk tu, terasa macam "best jugak kalau dapat join gi nonton live kat sana". waaahhh.. gitu. padahal diri sendiri xsuka tempat kecoh2 serta beramaian gitu. ehehe.. nonton dari umah lebih selesa. waahh.. gitu la ye dah alang2 mmg kat umah pon. ahaha.. yang pasti mmg ramai le kengkawan jua famili yang ke sana. tahniah untuk kite2 sume. yang penting sok tak keje. cuti peristiwa.

Actually tetiba mengupdate blog time camni bukanlah semata sebab nak kongsi kegembiraan kemenangan piala FA TRW ni. sebenarnya sebab tak leh nak lelapkan mata. mungkin jgk sebab tido bole tahan agak lama di petang hari tadi. kepenatan lepas kua di hari yang panas. ehehe. dan juga time dok baring jap tadi kepala asik berfikir je walau lampu dah padamkan. sebab rancak sangat dok pikir, kompem la xleh tido. uhuhu.. banyak yang difikirkan. adik2. diri sendiri. famili. but yang paling mencuri ruang di hati skarang ni bout my adik. yang baru lepas spm aitu. she got great result. got few offers. but, let go 2 offers and just accept 1 offer. which is from uitm. itu ok. tp sayangnya dah abaikan 1ofer yang best. don want to mention here. uhhuhu.. she asked for my opinion. and i just gave her mine. base on da situation dat time. but unfortunately, it's not like what both of us fikirkan/sangkakan dat nite. uhuhu.. i'm so sorry my dear sis. part of it i feel very guilty. kalau lah kite sama2 usaha. namun tade guna nak dikenangkan lagi. mungkin mmg bukan rezeki kamu. not our rezeki. kalaulah kite sama2 berkeras hati teruskan jgk niat kita kan. kalaulah i send u to ur fren's house dat nite. but i'm afraid to drive dat far dat nite. uhuhu.. tak sepatutnya dikenangkan lagi. tapi memang satu kerugian besar. kecetekan pengetahuan kite, limitasi jangkauan pemikiran kite time tu. uhuhu. but this time, i pray and hope dat u'll get only da best for u n ur future. moga pilihan kamu ini adalah tepat dan yang terbaek. kami sentiasa doakan kejayaan kamu and our lil younger sis. little ke?? ahahaha.. really hope dat i have dat courage to hold ur hand and say to you "it's ok my dear sis. u can do it. just do ur best, and insyaallah you/might be we can fix it together as the time will heal all da things." really hope it will be that easy. hope u have a very bright future. and our lil sis too. kalau memang dah ditakdirkan rezeki kamu, insyaallah akan tetap ada dan jadi rezeki kamu juga. Allah Maha Mengetahui dan telah tentukan segalanya hanya yang terbaik. insyaallah.

** a lil bit lega lepas luahkan yang terbuku. insyaallah everything gonna be alright. amin. 

(moral of the story, sila berusaha sehabis baek dalam pape hal pon. then insyaallah u'll never regret. peringatan dan tauladan utk diri aku di masa depan. sila ingat ye wahai diri. ;b)

18 March 2012

Cuti Sekolah

Assalamualaikum..

^_^ cuti sekolah baru je berlalu. dan yang paling best, akak aku balik bercuti kat sini sepanjang cuti sekolah kali ni. YEAYYYYY!! super duper best sebab ada budak kecik Qistina. dia kiut. dia kletah. dia comel. geram dia lah. sepanjang cuti sekolah ni jugak anak sulung (alia) abang aku stay kat umah. 1st time nih. sebelum ni takdenya dia nak stay kat umah lama2 tanpa parents dia sama. ehehe. mungkin sebab akak aku balik jua ada anak sdara si kenit tu. oke la tu kan. dorang bole kawan2. rumah kompem kecoh bila ada si kenit tu. sukeeee.. bangun pagi je cari dia. sebab dia paling kecik kan. nak gi keje je kompem dia pon kecoh ikut sana sini nak mekap la, pastu suh dukung la. nak ikut gi keje daling? tak bole la. dia ingat aku nak gi jalan2 kot sebab dah pakai lawa2 ek. lawa ke?? ahaha.. proper than time kat umah la kan. ahaha.. pastu balik je keje tengok dia dok lepak2 ngan adik aku bersama kawan dia/jiran . somelll.. best bila ada dak kecik tu kat umah. memang penghibur betullah. pastu aku pun siap cuti 2hari jadi driver ahkak aku. hokeh. memang fenat. tapi sebab ada Qis, akak aku pun jarang balik kan. oke. on kan aje. :)

Tapi malam tadi dah hantar akak aku ngan anak sdaraku itu balik naek bas. seb baek leh dapat less utk rega tiket tu. so amik dua seat. slesa la sket akak aku ngan anak kecik dia kat dalam bas tu kan. lama tu kt dalam bas. aku pon surender. tu belom tambah ngan tahap sejuk gilsss lagi tu. ehehe. serender la kunun. dari zaman blaja dulu pun nek bas ekspress tu jugak aku ke hulu hilir. ehehe.. yela. tiket kapal trobang lagi murah dari bas pon kan skarang. haruslah pilih yang lagi murah jua lagi jimat jua lagi pantas dan cepat. ehehe. sume pon nak mudah kan. alhamdulillah akak aku bersama Qis pun dah selamat sampai rumah kat kajang. Qis pun baek je kat dalam bas. tido je. just bila time bas benti je la dia bangun jap. then sambung tido balik sampai kajang. kata mamanya tadi lah. sepanjang dorang balik aku tak hamek gambar pon. malas nak pegang kamera. ehehe. amik sket sangat. petang sebelum dorang balik. petang semalam. gonna miss both of you. tapi takpe. awal bulan april nanti jumpa lagi. aku akan trobang ke sana bersama adik aku pulak. milia. ehehe.. actually dah mula rindu dak kecik tu. itu pasal bikin entri ni. uhuhuhu..

gambar Qis diklasikkan aku. ehehe. tembam bam..

walaupun gambar ni blur, nak jugak letak. nampak gigi besau Qis. ehehe. saye dah pandai sebut angry bird "bi bok". :) so sweett.. pebret word time kekusutan melanda adalah "manno.. mano..". sweet lagi. time kecik ni semuanya sweet kan.

cumelsssss.. deyammm... itu potongan rambut baru. tokma jadi hair stylist Qis. :)


18 February 2012

Di Hari Jumaat

Assalamualaikum.

Yeay!! it's friday again. sudah memasuki hari sabtu pun. hari Jumaatku minggu ini sangat lah penuh. apakah yang penuh? aktiviti kah? idop lah sangat. bole la. sket2. tapi takde la penuh pun. yang kompem penuh adalah... perutku. waaahhh.. time pagi kemain lagi konon mcm makan main2 ek. takde amik makanan berat pun. makan pisang goreng je oke. sebab angannya nak gi umah kawan opis aku yang wat cukur jambul anak dia kan. muahahaha.. oke. aku memang pegi umah dia. dah kul 12tghari lebih pun. ngan opismate. sebab aku tak tau jalan nak ke rumah Liyana itu. sampai je kat depan umah dia, haiihhh.. lengang je. takde nampak kelibat orang pun. tanya kat kawan aku yang drive tu. yeke umah dia. katanya dah betul dah. sebab dia kenal makcik yang duk umah sebelahnya tu. then kitorang patah balik kua dari area umah tu ke jalan utama. check balik msg. kawan aku punya phone la. sebab aku tak dapat msg tu. baca balik sampai abis nak kompemkan betul ke harinya. ".....jemput datang ke rumah pada hari Jumaat.......tengahari-petang....". oke. korang nampak tak apakah itu?? let me repeat. "...tengahari - petang..." waaahhhh... begaya. hari dah betul. time dah silap pulak. memang la time tu dah tengahari pun. tapi mungkin juga maksudnya adalah selepas solat jumaat kot. nak redah masuk umah dia pun penat kitorang tepon tapi tak bejawab. adehhhhh. apa lagi. pulang ajo lah. makan angin je la kami. ceh.

Oke. itu kisah pertama. ops. sebelum tu. pagi tadi aku drive keta abang aku. sebab kami tukar kete kan. memang rasa lain. tapi alhamdulillah. seb baek oke je aku drive. sebab aku tak biasa drive kete lain selain dari kete aku sendiri je. takottttt. kot2 la malang tak bebau ke kan. kalo kete sendiri takpe. eh. mintak jauh. tapi if anything, kete sendiri. kalo kete orang, pape susah kan. you got what i mean right?? pahamkan sajalah. balik dari pegi jenguk je umah yang bikin makan2 di tengahari itu, terus ngajak mama jua adik aku pegi umah kawan adik aku tu lak. katanya bikin makan2 sempena maulidur rasul. okeh. jom. dengan niat nak gi makan. eh. bole gitu. ehehe.. memenuhi undangan. rasa macam dah lewat dah pegi tu. sebab katanya start 11pagi-1petang. kami pegi tu dah dekat kul1 kot. tengok2, dorang baru je lepas solat. ada wat solat hajat rupanya. tak tau pun. pastu msk le lpk dlm umah. skali dah abis berdoa tu ada sesi lain lagi. baca Quran. berzanji. ada banyak lagi la. adeeehhhhh... ngapalah tuan umah tak gitau awal2. kalau tau gitu kami pegi je lewat sket. bajet nak berselawat je sebab buat maulud kan. kalau tak pun aku pegi je join bikin pre-wed shoot sheq. sempat je kan. owwwhhhhhh... uuhhhhhhh... lama sangat oke. ustazah tu siap bernasyid beberapa lagu bagai. mungkin sebab kami sume tengah lapar kan time tu. lalu terasa sangat lama. ehehe.. takpe la. worth to wait. sesambil dengar dorang mengaji. selawat sama2. then makan timeeeeee!!! ehehe. aku mulakan dengan amik bubur kacang. sedap. pastu makan nasi. lauk ikan jaket bakar, sayur lemak, ada ulam (tapi aku tak amik. takde yang bekenan), budu, sambal, sayur apa ntah lagi satu. sedap sedap. ikan bakar tu sedap. wahhhh.. punya banyak kali sedap ek. ahahaha. pastu amik kuih2 lak. ada pulut berinti. macam2 lagi la. tapi aku topup lagi sket makan bubur kacang itu. muahaha.. sebab saya memang suka makan bubur kacang oke. sedap umi Shida masak. shida tu kawan satu kelas ngan adik aku. minum air oren. kenyaaaaannnnnggggg. alhamdulillah.. terima kasih banyak2 ye umi shida jemput kami sume.

Setel. balik umah. lepak jap. solat zuhur. then ready nak keluar lagi. nak pegi kenduri kesyukuran+maulud jugak. umah famili papa. tapi aku tak makan pun time pegi tempat seterusnya ni. suda sangat kenyang oke. tapi minum jugak la air segelas lebih. ehehe. haus. cuaca hari ni panas. pastu balik umah jap. bermandian jua tukar baju. sebab cuaca yang panas kan. rimas pulak berbaju kurung sopan santun. ehehe. destinasi seterusnya umah mak sedara pulak. mak sedara jua bapak sedara aku akan pegi umrah sok. lalu haruslah pegi jumpa dorang. sampai je umah uncle aku, waaaaahh laksa. dapnya. ada lagi puding roti. ada lagi nasi sup gear box. ada lagi lauk telur dadar dan ayam goreng. waaahhh.. waaaahhh.. apakah?? raya dah ke ek?? ehehehe.. memula takmo makan. sebab dah kenyang kan. pastu jamah puding roti sekeping. minum air sirap sejuk yang best. borak2. minum lagi. pastu... eh aunty aku ajak temankan dia makan lak. oke la sebab sok dia dah nak gerak kan. sekali dia menuju ke dapur lak. aunty aku mau makan nasi oke. oowhhhh.. thedakkkkk.. ngan aku sekali tergoda. lalu amik le sup je berserta isinya. sedap. ahahaha. pastu minum lagi sirap ais. waaahhh.. memang keje kumpul lemak je la aku kan. pastu bising cakap dah gemuk. adehhhh. lepak2 jap. borak2. then gerak geri. gi amik adik aku balik keje lak. then terus ke umah aunty aku yang lagi sorang. mereka ni akan pegi umarah sesama. oke. kat umah aunty aku ni pun ada laksa jugak. waaaahhh.. pastu ada roti goreng inti kacang yang panas2 tu pulak. adeeehhh.. oke. dah kenyang kan. amik roti kacang tu je sbijik. lepas solat, adik aku ajak balik. oke la. layankan aje. mama stay kat sana. sebab nak sambung stori mori ngan adik bradiknya. sampai je umah, fengsan. tido trus. penat. ahahaha. walau sebenarnya sebab kekenyangan. penat makan. hamekkkk.. dari tak makan berat di pagi hari. melampau banyak lak aku makan ha. ni pun masih kenyang lagi. sebabnya, malam time pegi balik umah aunty aku tu jemput mama. guess what?? ahahaha.. aku makan lagi. amik laksa pulak. sebab dari umah aunty aku yang first tu lagi aku duk usha laksa lemak tu ha. ahaha. amik sket je. kenyang lagi. alhamdulillah.. gitu la kesahnya. abeh tu cemana nak diet ni??? ce citer.

Pape pun bersyukur sangat dengan segala limpahan rezeki yang Allah berikan. alhamdulillah.. sok pepagi dah kena bangun, siap2, then ke airport. ngantarin/iringi mak2 sdara jua bapak sedara berangkat menunaikan umrah. moga dorang sume selamat pegi jua selamat pulang dan dapat mengerjakan amal ibadat dengan tenang kat sana. amin..

Sebelum tu, saje nak tempek gambar yang takde kaitan pun dengan segala peristiwa hari ni.

tadaaaaa... gaya shengal sebelum kua jenjalan. muahaha.. with new tudung. kasi test pakai. kalau tak silap, gambar ni amik last week kot. saje nak tengok nampak cemana pakai tudung ni. ahaha.

okeh. itu saje. nite. sok kena bangun extra awal nih.


14 February 2012

Arisha Qistina

Assalamualaikum.

^_^ Empunya nama tu anak sdara aku. anak kepada akak aku. diorang skarang ni duk kat Kajang. kat umah dorang la aku selalu lepak time aku ke area sinun sesambil jenjalan jua soping moping. ehehe. dak kecik ni dah setahun lebih skarang. omel-omel je. kekadang noty jugak ni. aritu dia selamba jek pi campak tepon mama dia kat bawah. ikut tingkap. bole tak? siap bising lagi jiran kat bawah sinun sebab dia bajet jatuh kat atas kete dia. padahal jatuh kat atas atap jek pun. kecoh je lebih ek. dia tak tau pulak tu dak kicik jek yang membalingnya pon. henpon pulak tu. ahahaha. seb baek jangka hayat tepon tu panjang lagi. gelabah jap mama dia. lepas tu, syok pulak kot dia rasa. asik nak campak ke bawah je pape pun kat tangan dia. pandai ni. tecit2 dah noty ye. pastu aritu akak aku cite dak qis ni gigit baby yang sesama duk kat umah pengasuh dia. sebabnya baby tu kacau dia time dia tengah isap susu. bole tak? baby tu nak ajak awak kawan ngan dia je tau. bajet babay tu nak kongsi susu awak ke cayang? qis ni... nangis la baby tu. baru 6bulan je pon. apa la mak baby tu cakap. cian baby tu tau qis. len kali layan baby tu leklok oke. xbaek asik gigit2 orang. mangsa seterusnya mama dia. ahahahaha.. dia gigit kat peha time mama dia tengah masak. tu sebab mama dia asik lah dok masak pastu tak layan dia. eh. gitu pulak ek. abeh tu qis nak makan cemana kalau mama tak masak untuk qis kan. ish ish... tapi aku bantai gelak je bila mama dia cite. time mama dia cite dia gigit baby tu pon. sebab dia dah pandai noty skang. tapi not good oke cayang.

Lagi latest stori, dia dah pandai jerit2 pulak skarang ni. pulak. yang ni mama dia cite malam tadi. time mama dia tengah kat dapur, papa dia tengah santai2, dia relax je kat sofa layan tengok tv. tiba2 menjerit. kuat jugak la mama dia cakap. opkos la mama + papa dia tekejut. dengan pantas pegi kat dia. nak tau nape dia tejerit gitu?? sebabnya dia tengok kat tv tu tengah jerit. bole tak?? waaaahhhh.. dah pandai skang ek. kat mana la pulak dia blaja tejerit jerit nih. wat tekejut mama papa awak je tau. tapi time akak cite ni pon aku bantai gelak jugak. ahahahhaa. sebab bole imagine cemana papa ngan mama dia tekejut. ehehe.. cepat je kan budak2 ni belajar. perkembangan IQ dorang sungguh pantas. jadi, as an adult, we must behave ourself la bila depan dorang. dorang cepat ngikut tau. apa je yang kite wat. windu lah ngan dak ticit ni.

hik. sebab kualiti gambar sangat thedak bagus, i duotone kan. ehehe. ni time aku gi kl awal bulan februari aitu. malam aku sampai kat sana. actually dia dah tido time aku sampai kat umah. pastu saje je kacau dia sket. skali tejaga, blur2, terus senyum.. alala.. manisnya.... terus main2. tanak tdo. kul 3 pagi baru dia tdo. kata mamanya. aku dah bantai tdo dh time tu. soknya tak gi umah pengasuh dia. lepak kat umah je ngan aku n ita. kawan aku yang jempot kat kl sentral.

budak cibok. pegang jeli dia satu. rempah mama dia satu. time ni tengah beratur kat kaunter time pegi tesco mencari bahan2 memasak.

tengok. sebok kan dia. rajin betul punggah bebarang letak kat atas kaunter. dia relax jap tengok je kat kaunter tu. pastu dia amik balik. masukkan dalam troli balik. ehehe

dah nak balik. masih lagi duk dalam troli. ehehehe.. tapi ada jugak time dia nak turun bejalan sendiri time kat dalam tesco tu.

cakk!! deyamnya diaaaaa.. nanti kita jumpa lagi hujung bulan ni oke.

taraaaaaa... qis melayan peminat kat depan pintu. waaahh.. siap sarung kasut aunty lagi ye. pastu aku pakaikan sekup kepala kat dia. dah jadi ala2 datuk ct. ekekeke.

Windulah kletah dak kicik ni. pastu dia suka main jam tangan aku. sebab ada nyala2 lampu. ahahahaha.. lucu oke jam aku ni gitu. sebabnya time beli tu taktau pun jam tu bole nyala lampu kaler2. patot la siap ada discount lagi time beli tu. muahaha.. tau pun sebab terkelip kelip time kat dalam kete di malam hari. akaka. bertukarrrrr... ok. bye.


13 February 2012

Nasi ayam Hainan

Hye.. saya muncul lagi hari ini. ehehe. telebih rajin lak ek. sempena adik aku dapat gaji pertama dia keje sambilan sesambil tunggu result spm skarang ni aitu, dia telah bermurah hati blanja kami sume makan2 di Restoran Nasi Ayam Hainan. betul ke gitu ek namanya. ingat2 lupa lak. belasah jek la ek. bak kata akak aku, kalau dah namanya orang banje, iaitu makan free, apa pun sedap. ehehehe.. rasanya oke la. mungkin memang gitu kot rasanya nasi ayam hainan ni ek. nasinya ada rasa halia gitu. supnya biasa2 je. ayamnya aitu roasted dah abis, jadi aku pilih kukus nyer je la. keseluruhannya, bole la. mungkin tak brapa nak kena dengan selera aku kot. tapi sangat murah oke. pakej 1set nasi ayam + air sirap hanya RM4.90. sebab tu lah kot ramai je orang pegi makan kat kedai makan tu. lagipun rasanya not bad lah jugak. aku suka mi kicap kat sini. very da chinese je rasa. tetiba feeling2 korea pun ada. gegara terpengaruh tengok dalam cite korea diorang makan mi kicap. nampak macam best je. tapi mmg rasa mi kicap dia tu bole tahan gak la. tu ikut selera tekak aku la kan. harga makanan kat sini yang lain2nya pun ok la. berbaloi. hagak2 takmo abis banyak time rasa nak makan kat luar tu, singgah je kat sini. set nasi ayam + air sirap tak sampai pun 5hengget kan. ehehe..

set nasi ayam. kat ayamnya ada sayur taugeh sket. supnya kosong je. tambah perasa je kot. sambal cilinya ok la.

air sirap yang termasuk dalam set nasi ayam kat atas tu.

bubur nasi. ni adik aku yang bongsu punya. ok la jugak rasanya. semuanya oke je aku kan. dah memang stok suka makan kan. ehehe.

ngapekah tu pa? tak sempat nak kunyah ayam terus tertelan ke? ngeh ngeh ngeh.. kijam je anaknya ek. apa lah yang mama aku dok komplen tu.

adik bongsu ai menikmati bubur nasinya. tepon menten je kat sebelah ek.

adik aku yang banje kami makan pada malam itu. peaceeeeee to you too lah.

kasi tempek lagi skali gambar dia. ehehe. bodek sket. nanti sudi2 la banje kami lagi ye.. ekeke.. banyak cantik kan. dah la dia keje part time sesambil tunggu result je. kijam lak aku. ekeke..

Asik cite pasal makan je aku hari ni kan. ehehe. nampak sangat kuat makan. muahaha.. bye.


11 January 2012

Berholiday di Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

Hye. apa khabar semua? waaahhh. gitu. konon macam dj ek. ahaha. hari ni kononnya plan nak kua uruskan sesuatu. skali terlupa plk ada meeting mesyuarat. sudahnya layankan sajelah meeting itu. dengan beberapa cadangan direject terus dan ada juga cadangan aku tadi yang bakal jadi grand event for this year. bagi persatuan yang aku join tu la. itu pun sudah cukup bagus. tapi ada gk cadangan yang aku + geng sebelah yang memang kami tak setuju habes. layankan sajelah. sudah2 la tang keje tu. saje mau luah kat sini kejap. bagi korang yang baca pulak join tesen sket. ahaha. konon ek.

Berholiday kat KL. iye. itu tajuknya. ni la antaranya entri tertangguh yang asik lah aku dok gitau dalam entri sebelum ni. bole tahan dah lama jugak la aku gi KL aitu ni. hujung bulan Disember aitu. time krismas. ehehe. belepakan kat umah akak aku kat Kajang sana tu ha. pegi ngan adik aku je. pegi lepas rindu kat anak sdara sesambil soping2. kompem akak ngan abang aku cakap "aih. rindu anak sdara je??". ahaha.. yang tecit dapat keutamaan oke. awak2 usah jeles. ehehe.. kat sana beberapa hari jugak la. nak lepak lama2 pun tak sampai hati plk nak tingga mama lama2 kat umah. kompem mama boring kalau kami bedua ni takde lelama kat umah kan ma. ehehe. tak banyak pun jenjalannya ha. tambah ngan asiklah dekat kul 1 baru nak kua umah kan. idak ngapelah. kalau mau kua dari pagi membawa ke malam, sila bemalam kat hotel saje oke. ahahaha. lagipun cian kat anak sdara aku yang masih kecik tu. penat dia jenjalan byk2 kan. ehehe.

1st day kat sana just pegi Jusco kat Balakong. sebab abang ipar aku cakap JJ kat sana agak baru dan paling besar. yeke? blasah je la. tapi hampa. tak macam yang abang ipar aku gitau. mungkin iye saiz dia besar, tapi bebarang yang aku nak tak banyak kat situ. takde pilihan pun oke. lalu, aku nyesal wat keputusan gi ke JJ itu. uhuhu.. tapi ada jgk la beli barang sket. lupa lak beli apakah kat sana. dah namanya lagi cite lama kan. ahaha. tak banyak pun aku amik gmbr. biasa2 je. lagipun guna tepon aje. decoration krismas pun idok le gempak pn kat sana. sedey. sebab aku suka tengok segala hiasan itu sume sebenarnya. uhuhu. kompem nanti tanak pegi sana lagi dah.

sampai je kat JJ Balakong tu kami pegi makan dulu. kat food court je. dan aku makan sizzling ni. bole la. ada jgk la lauk kalau nak dibandingkan ngan kat Tesco/KB Mall KB ni. kedekut lauk. huh.

my sis amik nasi ayam. dak kecik tu dok tgk c'su dia makan. ehehe. Qis minum vitagen + mkn nasi ayam. tapi tak banyak pun dia makan.

bergambar kat pokok krismas. gambar aku takde. sebab hampa takde pokok krismas yang beso gedabak. ahaha. bole gitu?? sebab ai suka segala benda alah fantasi cantik2 ni oke. macam kanak2 kan. tapi dah suka nak wat cemana kan.

pandai dak kecik ni tgk kat kamera tepon aunty yang cinonet ek.

alolooo.. nangis lak dia ek. dia tgk orang len naik benda alah ni bukan main lagi suka+xcited. sampai turn dia, nangis2 lagi nak turun. c'su dah naik temankan pun takmo jgk. takut ek??

sudahnya c'su je la layan naik naga gerak2 ada muzik nyanyi2 ni ha. ahahaha...

kemain lagi pose naik tunggangan naga kanak2 ek. ahaha..

gambar ni mmg blur. sbb mmg guna tepon cinonet ai je oke. comel gila dak kecik ni duduk kat tgh2 kete tu. pastu tgk je papa dia drive. ni dah otw blk umah lps ke JJ tu.

malamnya kami kua lagi. ke McD dan makan ini. dekat CNY kan. Prosperity burger. mmg my pebret. akak + adik2 aku pn suka gk beger ni. beli yang dinner box tu. mmg berbaloi baloi. tapi sayangnya aku ngan akak aku tak prasan include skali naget. kami pi order lak naget yg set kanak2 tu utk Qis. ahaha. takpe la. makan aje la.

kemain hepi lagi dia gi makan2 kat mekdi ye. 'sy suke makan naget+minum milo sejuk'. kemain lagi bila dapat minum ais ni ye..

dapnya nampak curly fries tu time2 lunch hour ni ha. lapo plk. uhuhu...

kemain lagi senyum. sempat lagi ek sesambil minum air

selesai sudah... muahaha.. air je yang besisa. jua naget Qis.

Itu saje lah gegambo ketika hari pertama kat sana. ingat nak gabungkan sekali time hari kedua pun. tapi tak sempat lak. al maklum le. bikin taim lunch hour je kan. aku plk lmbt je wat karangannya ha. macam lah cikgu nak check ke apa kan. ahaha.. ops. lopa. agenda utama hari pertama ni adalah ke Fareeda kat bangi tu. beli tudung le. apa lagi. tudung yang aku beli tu akan diselitkan gambarnya pada entri untuk hari kedua dan ketiga nanti oke. ehehe.. babai.


10 January 2012

Birthday mama

Assalamualaikum.

^_^ hye. beberapa hari tak update blog memang tak best. niat tu bukan main lagi tiap-tiap hari nak wat entri baru. tapi sudahnya tiap-tiap hari jugak asik menjengah ke blog Kasih's mom ni ha. ehehe. jua ke blog-blog lain. blog walking ajo lah. oke. hari ni mau letak satu entri. cite lepas dh jgk pn. ni pun ada beberapa entri yang aku niat nak wat tapi asik lah tak jadi lagi. ehehe.. i'll try my best.

Berbalik kepada tajuk kat atas tu. birthday my mom actually bulan 12 aitu lagi. tapi asik lah tertangguh nak kua makan2 sempena birthday mama ni ha. sebabnya asiklah nak tunggu cukup sume orang baru nak pegi. tapi asik lah jugak tak juga cukup. sudahnya my mom dah fedap. lalu redah je walau tak cukup orang. tapi agak kurang best la kan oleh kerana sebab itu. tambah lak sorang lagi adik aku majuk lak kononnya. jua takmo join. huih. ngengada yang amat. kesahnya, orang2 yang tak pegi besama tu kena la tunggu di lain waktu pula ye. kami just pegi piza je. tu pun sangat sekejap je rasa makan-makan tu. xsampai satu jam dah setel sume, kua dari situ. ahahaha. ekspres gila.

piza yang kaya keju itu

no side order. basic2 sahaja

Itu saje lah. macam tak berapa nak meriah kan. idak ngapelah. nanti akan pegi beramai ramai plk. aitu pegi tiga orang je pun. besama mama + adik je. terasa macam time duk taip entri ni pun macam takde perasaan jua. nampak sangat mengimbau situasi yang agak2 je time tu kan. oleh itu, berazam menukar suasana itu di lain waktu. insyaallah.

Ahaaa.. sebelum itu, pada petang hari kejadian, kami2 pegi makan cendol pulut tapai. best. sebab lama gila tak makan CPT ni. sebabnya kat kota bharu ni kan musim hujan skang. jadi gerai CPT ni hanya akan buka pada hari yang cerah + terang benderang sahaja. lucky us dat day bercuaca yang sangat baik. nah. bila tengok je gambar cendol ni, trus je rasa macam nak makan lagi. ahaha..

best. tambah plk adik aku yang banje. nyummmssss..

tukang belanja. tengkiu.. ehehe. beselera makan ye.. ^_^




18 December 2011

Birthday Nina adindaku

Assalamulaikum..

Hye lagi.. ahaha.. maap la ye. ai telebih rajin plk arini. sebabnya, ai sangat mengantok ini hari. segala keje yang urgent pon dah setel, lalu ai besenang lenang sket ini hari sesambil layan mata yang ngantok yang amat ni ha. orait. ini jua antara gegambar lama yang sepatutnya dah lama ai bikin entri kat sini. alang-alang tengah rajin ni kan. ahaha. birthday adik aku 22hb bulan November aitu. ahaha.. lama gila kan. apo nak dikato lah kan. as usual akan bagi kelonggaran dia pilih sendiri nak makan kat mana. dan dia pilih ke pizza hut. lalu, ke sana lah kami..

kami makan ini... 7cheesy yang sebelom 7cheesy yang ada jejari cheese yang skarang ni punye. for me, ok. sedap. just agak muak bila makan bebola cheese itu. tapi nekmat segala keju itu memang keju habes lah. sila refer entri ini la ye.
papa dan nina. time ni tengah dok tunggu pizza yang kat atas tu rasanya
me and mama. ahaha..
ini opkos la sesudah makan punya. ^_^

Itu saje lah gegambarnya. sebabnya, guna tepon aje pon. pastu makan aje pon kejenya. ehehe.. yang kompemnya, mushroom soup ni memang pebret my mom. makan-makan time adalah gumbira-gumbira time. bye.

29 November 2011

Nurul's Wedding Day

Assalamualaikum..

Hye.. hari ini Selasa ye. ehehe. takde kaitan dengan entri langsung pun. as da title, Nurul's wedding day (my cousin) actually pada 20/11/2011 aitu. suda lama kan. namun hari ni baru ada kerajinan nak edit gambar jua bikin entri. ehehe.. majlis akad nikahnya dalam jam 11 pagi gitu. tapi i tak dapat attend sebab terpaksa menghadirkan diri kat opis. namon saya ke sana jua tengahari sampai ke petang.


it's a wonderfull wedding. pelamin cantik. hantaran sume cantik. pengantin cantik. makanan pun cantik. eh. sedap. ehehe. paling suka bubur kacang hijau. bole gitu? ehehe. dah pebret kan. nak wat cemana. ekeke. baju pengantin pompuan sangat cantik oke. hepi for her too lah. moga perkahwinan wuwu kekal bahagia bersama hingga ke akhir hayat oke. both of u so sweet together. oke. enuf talking. lets da image/photos yang stori mori ek.




papa, qistina, afrina

super CUTE


all da dayangs..
dorang dah nak gerak masuk umah aku baru terhegeh nak hamik gambo. ahaha..


sempat lagi tu. nak jugak posing depan pelamin ye. ehehe.. start dari gambar ni ke bawah, sila la bertahan dengan aksi-aksi yang bukan dari pantin ye. kalo hagak2 xtahan, sila scroll laju2. ehehe...
kiuttt...
walaupun ia kelihatan rojak campor, namon ai suka kegumbiraan suasana ini
Afrina + c'su = suka yang amat bergambar + berposing
KAMI!! ahahaha..

my lovely Qis.. our lovely Qis. windu dak ticit ni lah. u look different in green lah. sbb biasanya in pink. ehehe..
kami lagi.. layankan ajo la.
si kenet bikin gaya keserabutan melanda ek. sabo ye..
lastly. back to the pantin cantekkk.. wuwu dengan persalinannya yang memang cantekkk.. sweet sangat.

Itu saje la pada hari kejadian itu. gegambo pengantinnya idak le banyak sebabnya pada ketika kejadian itu saya dalam keadaan yang thedak selera karena kedatangan wajib pada setiap bulan itu muncul dengan tiba-tiba tanpa disedari. agak mensepoilkan jugak la. pape pun, eberiting suda setel. once again, tahniah wu n hubby.