Showing posts with label frenz. Show all posts
Showing posts with label frenz. Show all posts

17 June 2014

Cik Ra's Birthday Celebration

Assalamualaikum..

Hui hai... kemoning almost tengahari.. :)
tajuk ai is kemain lagi nak gempak kenn.. bahahaha.. fedulik.. itu cite kelmarin sebenarnya. 16 Jun birthday one of my bestie. zura. tapi kitorang panggil dia cik ra. gitu.. ^_^

It's just a simple celebration.. celebration kau... macam gempak je bunyi kenn.. kih kih.. kitorang sambut simple-simple je.. booked tempat makan, then kua makan sesama. mudah + ringkas kan. pastu beli kek kat secret recipe 2 slice. cukop. dah lengkap. :)

Kitorang celebrate kat sini...


Tepi kolam?? ye. tentu la bukan.. ia adalah agak berhampiran. bahaha.. suda cam di manakah tempatnya?? kat Jade Restaurant Hotel Perdana. sebabnya kebetulan tengah ada promosi kan. sooooooo... mari kita grab lah kan. lalalalala... ^_^ semalam bincang, semalam jugak booked. semalam jugak pegi makan. haruslah kan. kah kah..


Nah. kitorang makan ni je. ehehe. tak lucu eh?? dah tentu la tak. ni sesambil tunggu makanan + birthday girl sampai, so ai is wat keje ni la dulu kan. ^_^ ok jom. kali ni siyes. :)


Masih lagi sesambil duk menunggu. tuang la dulu teh cina nih ha. macam teh jasmin je kalo tak silap. hausssss oke. ini pon bole la. kata lunch bajet kan.. ahaha..


Jaaaaannnnnnn... menunya bermula... ^_^ Onion Chicken.. onion dia tu macam celop tepong ke apa ntah. pastu di goreng garing. dap jugak.


This is tom yam chicken soup. dap jugak.. sede molek jah make. kata orang kelate. ^_^ ngam-ngam cukop-cukop untuk 5 orang makan.


Oyster pancake. telur dadar leeee.. ^_^


Deep fried tilapia siamese style. gitu.. ok la jugak rasanya..


Kangkong with salted fish.. sayur kangkung ikan masin.... ^_^


Keseluruhan menu pada hari kejadian. opkos with nasi putih.. ^_^

Dannnnnn.. birthday girlnya adalah....


Daaaaaaaa... cik rara.. aummmmmm... with her 2 slice blueberry cheese birthday cake. ^_^ ghopanya cik ra ni gemar jugak kek ni. actually my pebret too.. baru la bestie kan.. ;) dok makan pom pam pom pam, setel bayar, hamek gambo sume... kitorang sambung hamik gambo kat luar pulak. mintak tolong staff kat situ tolong amikkan gambar kitorang, katanya OK. tunggu punya tunggu, tak jugak munchol. lalu, hamek sendiri jugek leee...

Aisy Raqeem dah tamo duduk. nak gi jenjalan. Sheq's lil son. :) dah macam duk dalam akuarium daaa...
Lopa pulak kan. actually kitorang makan ni kat tempat yang ala-ala private room gitu. tapi idop la private sangat pon sebab kitorang tak tutup pintu pastu cermin keliling bilik. kah kah kah.. non hado privatenya.. so masih lagi kami ni bersopan santun tak berapa nak ayu sangat. ahahahahhaa...

cik ra in da houseeee... ^_^ yeayyy!!! cik ra tulun abiskan. kecuali sayur. kih kih.. kompem dia hempuk aku kalo tengok sume gambar ni ada kat sini. ehehehe... 

perasan tak ada bulatan-bulatan kaler putih kat belakang tu?? itu la sliding doornya yang aku kata kitorang makan kat private room. tapi idop la tutup. kih kih.. tapi tgk gambar yang kat atas tu pulak macam dalam akuarium pulak kann.. kah kah..
weehhuuuuu.. tepi kolam taimmmm.. gigih uollss...

mommy with aisy raqeem super manis leting

aummmm.. cik ra the ladies of the day.. ^_^
selfie uollss... katanya cik ra "sapa tangan panjang pegang tepon nih ha." "kitorang baik-baik je tade yang tangan panjang" jawab we olls. bahahaha...

one more time!! dari kiri tu lec (dalila), ndek (ibtisam), sheq (rushaida), me at the back + cik ra the specky. ^_^ cik ruzai dalam hati kami sebab dia kat KL. ;)

very the damai kan.. tingat pulak bercandle light dinner special for my birthday with inche beliau kat tepi kolam ni ha.. ^_^

okeh.. last. sebelum balik. makan kat Jade restaurant. tapi pegi hamek gambo kat Cerana cafe. pecite???

takleh jadik. tulisan cerana cafe tu tak masuk penuh dalam gambar. lagi skalik. bahahahaha... ok. ni kompem last sebelum balik. :)

Itu je. gossip mossip harus ada. oh my... itu harus dielakkan tu.. kitorang tak lengkap sebenarnya ni. cik Ruzai kat KL.. so tak dapat bekumpul bersama. uhuhuhu.. thanks to lec yang bertudung merah tu  yang tepon reserved/booking the table for us. ^_^ lab you dear. 

As a bonus.. ceeeeewah as a bonus gitu. meh aku share rega set lunch yang kitorang makan pada hari kejadian nih ha..


Jaaaaaannnnn... ehehe.. kitorang amik yang paaaaaaling bajet. RM75 for 5pax.. baru je bape hengget. ha. kira sendiri la jadi bape hinggit je sorang. takyah nak malas sangat oke. promosi ni valid sehingga la sehari sebelum bulan Ramadhan nanti oke. dah masuk je bulan posa nanti, non hado dah pakej ni. posa korang... takleh posa pon jangan ngegada nak gi makan sini mintak pakej ni pulak. tak dapeknya.. so, sebelum bulan puasa menjengah ni, masih sempat lagi la kalau nak pegi makan-makan bersama famili ke kan.. ayuhhh!! ^_^

** hari ni bantai makan nasi bungkus saje la.. hikk.. :P

14 June 2014

Rezeki Melimpah Ruah

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah saya masih lagi ingat username dan juga password blog kesayangan nih ha. ehehe.. iyeeee.. saya sendiri pon sudah muak dengan ayat pendahuluan sebegini setiap kali update blog atau bikin new entri.. kih kih.. 'saya' ok.. sedangkan biasanya berbahasa aku kau je pon kan. kih kih.. maap le... lama sangat tak update blog. dah mula rasa janggal. ehehe..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi. hari ini aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. siyesss.. actually pepagi tadi ada update status kat fesbuk yang aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah hari ni. actually hari ni tu merujuk kepada cite pada hari Jumaat la ye. sebab tido lewat ni, maka masih la duk rasa dalam hari Jumaat lagi. kih kih kih.. aku update status gitu sebab rasa bersyukur sangat sesambil duk taip status tu siap dengar kicauan burung.. lepak santai dalam umah.. dengan angin pagi yang best... ada adik yang duk kat asrama balik umah di hari minggu.. ada akak aku yang balik tunggu time nak bersalin.. ada anak sedara, iaitu anak akak aku qistina yang memang kletah dia boleh tahan... cakap pon banyak.. memang dengar suara dia je la kat umah ni sekarang. but it's ok. sukeeeeeee jeee.. meriah sket umah ni. kalau idop, only me and mama. papa jaraaaaaannng sangat la ada kat rumah di hari minggu ni ken.. sambung balik. sesambil dengar jugak bunyi air yang mengalir kat dalam bilik air.. iyeeee.. terasa bersyukurrrrr sangat.. menikmati ketenangan dan kenyamanan itu. iyeeee.. sebabnya sume ni tak dapat dirasai dan dinikmati di sesetengah tempat yang lain. syukurlah negara kita aman damai saje walau ada sesetengah pihak yang macam sukaaaaa la sangat bikin kecoh hentah pape kan.

actually kat umah ni almost 3 minggu dah bilik air/bilik mandi tak dapat berfungsi. sebab repair/upgrade sket. makanya menumpang di toilet umah sebelah, umah mak sedara. bayangkan ye. almost 3 weeks ulang alik pi umah sebelah tiap kali nak lepaskan hajat besar atau kecil.. tang mandi tu bole lagi dikoboikan berkemban bagai. iyeeeeee.. di jaman moden nih ha kami berkemban bagai mandi kat luar umah oke. berani wat gitu sbb area umah banyak dikelilingi pokok. ekeke.. agak besemak gitu jugak la kan. kah kah.. hasil kerajinan papa bercucuk tanam tapi tang mencantas bagai jua mentrim bagai tu terabai sket.. lalalala..

so.. sekarang suda paham ngape aku macam bersyukuuuuuurrr sangat bila dengar air mengalir kat bilik mandi umah ni kan. ahahahahahaa... oke done bout dat..

tengahari dapat jemputan kenduri akikah kat umah mak sedara. my kazen yang dah kawen bertahun-tahun baru dikurniakan zuriat lelaki. alhamdulillah.. happy for her too.. balik umah, pom pam pom pam, get ready for dinner.. nurses nite/dinner. alhamdulillah dorang berkali-kali tepon dan menjemput mintak hadir.. kerana segan, ai is pegi jugak walau bertahun dorang asik la jemput tapi idop la pegi. sebabnya tak sanggup nak melangut kat meja teknikal. napekah jadi melangut?? sebabnya makanan akan dihidangkan paling last lepas setel sume kije. sebab penah kena sekali. kih kih. so ai is serik. but not tonite. syukur alhamdulillah.. duk kat meja vip. walau yang duduk situ idop la vip pon.. tapi ajk makan malam tu. ok la. dapat duk paling depan stage. pastu dorang hidangkan makanan sesama ngan orang lain. yeeeee.. makan malam yang normal tanpa perlu melangut tunggu majlis setel baru bole makan. bahahahhaa..

syukur alhamdulillah... happy smile and happy feeling jelassss kat muka ai nih ha. :) dan penutup bagi segala makan pada malam ini adalah ini.......


Nyummmmm... dap. ^_^

Done with dinner, tunggu kat lobi hotel jap then jumpa kawan lama. peneman makan malam yang setia sepanjang tempoh belajar kat shah alam dulu sebenarnya.. kira macam best fren la jugak kan. dia sekarang ni keje ngan tv Al-Hijrah.. sebab dorang ada event kat sini, so dia pon kontek la. :) hepiiii sangat jumpa kawan lama nih ha.. actually dulu ada sorang lagi peneman makan setia nih ha. ngan roomate dia sorang lagi. tapi dah lama idop kontek yang lagi sorang tu. borak-borak kat lobi hotel jap, then balik.. bertuah wife dia dapat husband yang caring macam kawan aku nih ha. and i got souvenir.. yeayyyy!!! tapi aku yang berniat dari siang tadi nak give him kek batik ni terlupa pulak nak bawak sebelum pegi dinner tadi kan.. so insyaallah esok sajelah pegi anta jap. oke.. wut i got tadi adalah.....


T-shirt kaler hitam tv alHijrah.. saiz S.. yeayyyyyy!!! alhamdulillah muat.. kih kih.. sebab sekarang ai is tembam sket. dan insyaallah dapat berat badan ideal balik bermula bulan puasa ujung bulan 6 2014 ni.. insyaallah.. aminnn... apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita kata dan tulis, insyaallah itu la jugak yang kita dapat. as wut i wrote on my fesbuk status pepagi tadi.. memang melimpah ruah rezeki aku hari ni. syukuuuuur ya Allah..

^_^ am happy.. am sleepy.. and i wanna sleep.. walau sekarang ni tengah musim world cup, ai is tak minat bola sepak.. so, get ready to sleep now. assalamualaikum.. sweet dream uollss. :)

27 May 2013

Schollmate Wedding

Assalamualaikum..

Hoi haiiii.. :D ai is soooooooo bored today okey. diammmmmm... melepakkkkk je malas-malas kat kerusi opis. sesekali bagun amik air. minum. pastu gi toilet. wat keje sket. ngadap monitor lagi. taip-taip sket. pastu ulang-ulang sume tu. siyes tak kua gi jenjalan kat mana-mana pon melepasi pintu opis aku ni sejak masuk keje pagi tadi. bahahaha.. gila lah. now baru perasan. sikalang tunggu time jep nak balik. actually dah pon time balik. abis taip entri ni ai blah lah. ehehe..

Sabtu lepas me got two wedding invitation. dua-dua kawan sekolah dulu. tapi pegi satu jep. sebab yang lagi satu tu tak sure tempatnya katne. tade peta. sebab tak dapat kad jempotan. yang lagi satu yang aku pegi tu dapat kad jempotan dan tempatnya amat mudah nak cari. sebab wat kat dewan kenn. pegi ke wedding itu bersama adik aku (nina), lec & son, ruzai & niece. so nice.. kalau qistina ada pon kompem nak ikot aku jugak kan. tahniah to my fren, Suria & hubby. moga berkekalan bahagia bersama hingga ke jannah. insyaallah. amin..

okeh. now jom tgk gambonya pulak. sume aku amik dari fesbuk si photographer of that day. hikhik.. sebagai kenangan jumpa kengkawan lama jaman skolah dulu kan. so sweeeettt.. :)

guest book area
we ollss.. reramai.
kami. sume ni kengkawan skolah aku dulu. kecuali pantin lelaki. hik.
gaya bebas. bahaha. chumelll.. aku dah gaya nak jadi patong ke apakah??
finally.. the pantins.. suria + farhan. :)

Itu saje. ai is soooooo... lah kurang tahap rajin yang ketara update blog kenn.. ni pon kasi tempek direct gambo dari jurugambar jep. tade edit2 tambahan pon. hik. even crop pon malash. ehehe.. ok bai.

## actually tengah cari info about kota kinabalu & kundasang. anyone yang penah becuti kat sana and got best info, pls share wif me ek. pelisssss... :) ##


24 September 2012

Seprais Birthday Party

Assalamualaikum.

Hye everyone. dalam minggu lepas, aku menghadirkan diri join one of my buddy wat seprais birthday party untuk husband dia. a few months ago, hubby dia ni yang watkan seprais birthday party untuk dia. tapi time tu dia tengah berpantang lepas lahirkan baby pertama dorang. baby boy, Zaqlul Asheeq. so, ikan bakar je la pon yang dia bole makan time tu. kek hanya untuk tontonan semata bagi dia. ehehe.. as the word 'seprais', haruslah husband dia tak tahu menahu pon tentang segala rancangan itu. jenuh la dia duk buat onar ajak pegi soping la, pastu tetiba nak lepas hajat besar la, apa la. segala macam alasan berperingkat la. padahal duk tengah nebes bermesej dengan kawan kitorang lagi sorang yang bermurah hati izinkan rumah dia dijadikan sebagai tempat berlepakan jua berkumpul kami sume. mahligai ZuraJa. ehehe. memang best lah. tambah pulak dengan new interior setup untuk raya sebelum ni kan. thanks to both of you Zura+abe Ja, dan juga Lec (perancang utama seprais itu) yang menaja segala makanan. ehehe.

menu kami pada malam itu. bihun goreng, kepci, donut, koktel buah, A&W rutbir float + sirap. ^_^
kasi pose dulu sesambil tunggu birthday boy & wifey + their lil son.
akhirnya. penantian berakhir. birthday boy + wifey (the planner) sampai. bersama....
Zaqlul Asheeq
kami sume yang ada pada malam itu + ruzai yang tengah amik gambar.
keknya. nyummmssss..
posing time. ahaha
baloons..colors..
with litle zaqlul. aumm..
kemuncaknya adalah ini. ahaha.. berterabur sume lari. special for birthday boy (boy ke???? ekeke). telur+tepungs!! bahaha..

Lepas dorang men tepung sume baru lah kami all ladies makan-makan. apakah?? grrrrrr.. rock n roll siap perot aku tunggu nak diisi makan tau. hukhuk. redhokan ajo. yang fenting, ai layan feeling jep minum rutbir float lepas tu. ekeke. hepi birthday aniq. moga kamu dipanjangkan umor, murah rezeki + hepi gumbira sentiasa bersama famili terchenta. amin..

**segala gambar itu kredit to zura + lec. aku hamek jep dari fesbuk dorang. ahaha. tamat. **


02 September 2012

Wedding Shaz + Shah

Assalamualaikum.

:) ai terlebih rajin ini hari kan. lalu entri menjadi dua. waaaahh.. sebabnya ai masih lagi menunggu gambar2 dinner malam tadi. sesambil tunggu gambar2 itu, godek2 folder koleksi gegambar ai, nampak la folder ke Kajang dalam bulan April yang lalu. sunggoh la lama suda berlalu kan. hikhik.. hamek kau. actually pegi ke sana semata-mata nak hadir ke majlis perkahwinan salah sorang junior masa belajar kat Uitm Alor Gajah, Melaka dulu. one of da buddies la kan. Shazana a.k.a shazu. lama sangat xjumpa dia. tup tup, dia mintak alamat nak bagi kad jemputan tawen. time pegi kat sana jugak ketemu kembali chenta hati lama. ahaha.. sejarah kehidupan. gitu. ahahahaha.. banyak la sejarah kan. meet my bestfren too. bole tahan lama jugak la lepak kat umah si shazu ni ha. kata ai pegi ngan pemandu pelancong ai yang setia kan. merangkap bestfren. merangkap juga adik fren. merangkap juga teman jiwa suka duka. dia memang hebat oke. hebat ke ta?? harapnya gitu la kan. dapat pakej bercuti free jangan lopa ai oke. hikhik. oke. jom layan gambo aje la ye.

ini lah perantin pompuannya. Shazana. dia memang.. hepi gumbira jep sukati dia je.
anak Lela. sesambil berlepakan di sisi kanan pelamin menunggu besfren ai sampai. bole tahan lama jugak la menunggu.
mereka
ai yang kaku bersamaan ita (duduk kat bawah bersama hasil foto pre-wed shaz yang dia snap), perantin + Lela + anakanda Lela
bersama perantin yang hgak baru juga ketika hari kejadian. ina + ali. tapi hubby dia tade dlm gambar ni. wedding dorang a month before time ni kot kalo tak silap. tapi aku tak dapat hadirkan diri. kat johor sana oke. ai kat kb kan.
bajet senyum shy2 with ita. wajah ai tanpa mekap. ada je sebenarnya. scepeh jep. sbb berpeluh. dah tade. hikhik
Shaz+Shah (belakang tu bunting gegambar time pre-wed dorang)
yeah!! dari kiri : (atas) ina+ali bebet, shah+shaz, farah (my bestfren+ezmal). bawah dari kiri: magic/ery, ita, ehem2, akramin. 
them
KAMI  
cheeeeeesssseeeee... and peace! ^_^

Okeh. itu sajelah al-kisahnya seketika pada hari kejadian kenduri kawen di rumah shazu. ada sikit lagi stori time ke Kajang ni. lain entri la kot ek. ehehe.. ntah bape bln la plk ek. ekeke.. saye mau gambar diner malam tadiiiiiiiiii... tulun...... (segera hubungi orang yang berkenaan. tata).


15 August 2012

Iftar di Habib Hotel

Assalamualaikum.

Ibadah puasa masih lagi diteruskan. alhamdulillah. sana sini kemeriahan sambutan Aidilfitri makin terasa. peti masuk emel mula dipenuhi ucapan raya dan kad-kad raya. masing-masing dah mula sibuk ambil beskut raya & kek raya yang dh siap2 oder awal pose aitu. including me. ahaha. juga sampul duit raya. duit raya baru haruslah awal2 lagi dah booked kan. syukur alhamdulillah atas segala limpah rahmat & rezeki yang Allah s.w.t. berikan.

Mumbai Layer Cake
Kek Mumbai lapis-lapis ni bikinan kawan aku. cantik kan kalernya. geram plk aku tgk. haishh.. yang ni 1 stgh kilo gitu lebih kurang. harganya RM30. nyummsss.. cobaan mata ai. amik pagi tadi. dia kasi nganto depan opis. hikhik.

sampul duit raya. jua pagi tadi. beli ngan jabatan kat tempat keje ni jgk. :)

Eh. dah jauh tersasar ek. ehehe.. ni gayanya malas nak bikin banyak-banyak entri. pastu kasi tempek je sume kat sini ek. ehehe.. oke. back to the story. petang smalam aku berbuka puasa kat Habib Hotel Kota Bharu yang berhampiran MPKB jua bangunan Tabung Haji itu atau jua bangunan MARA bersama kengkawan satu skolah dulu. geng lepak ai la kan. macam biasa. dengan harganya RM25 per head tu just nice la. puas ati. walau rasanya lari sket dari selera tekak ai kan. tapi oke la. staf kat situ oke. lauk pauk pun owes lah bertambah. tak mcm sesetengah tempat. kalu dah habis tu tade la tambahnya lagi ha. sedey. yang paling best, dorang sediakan air jagung. waaaaaahhhh.. my pebret. macam tau-tau je. ehehe.. then ada juga disediakan kurma. kami tak makan pun. gelojoh ek tgk makanan semorang. ahaha. idop le. kata haus. air lah yang diterkam masuk tekak dulu. yummeh. air jagung yang sedap. lauk pauk yang ada disediakan antaranya daging black pepper, ikan tenggiri cili padi (tapi xpedas pon.haishhh..), ayam lemon, sotong (masak apa ntah. xpasti), kerabu mangga, sayur (lopa la sayur apakah. sila tgk gambar la ek), dan tom yam canpur (tapi agak masin. mmg betol2 puasa la chef). pastu ada jugak bubur jagung. aku tak mkn pun. perut dah penuh. ehehe. ada puding caramel, kuih2 lain, popia tecit, jeruk buah berserta coleknya, buah-buahan sket (betik, tembikai & tembikai susu), pelbagai jenis sambal, ulam2 pun ada. pebret aku dari sume di atas hanyalah air jagung. ehehe..

ini lah dia santapan ai petang semalam
posisi lain plk. :)
tom yam yang enak bikinan chef berpuasa.
tadaaaaaa... sebab ai yang bikin booking.. haros lah nama ai kan.. ahaha.. yang petak2 merah kat belakang tu buah kurma sebijik-sbijik dalam plastik. tak try pon lagi. mlm ni la insyaallah i try. ehehe

Alhamdulillah.. balik umah kelam kelibut je. seb baek sempat je solat pastu siap-siap pegi terawih bersama mama. :)