Showing posts with label stori mori. Show all posts
Showing posts with label stori mori. Show all posts

19 January 2013

Sehari Bersama Qistina

shaaakkk!!
 Assalamualaikum..

Itu adalah anak sedara noty moty ai. Qistina. hik.. makin rancak becakap ni sekarang. kalau tepon kat mama dia, jangan harap la boleh cakap lama-lama ngan mama dia. kompem dan seharusnya dia je lah yang pegang tepon tu ha kalau dia tak tido. cayang dia. actually gambar kat atas tu time aku pegi KL last time untuk last year. belom mandi lagi si tecit ni time tu. last day kat sana aitu, kua ngan akak aku dan si tecit ni. gi jenjalan kat Mid Valley. 1st time kua naik teksi dari umah akak aku. ehehe. dorang dah biasa la. dari masuk teksi kat umah, sampai la time naik teksi yang sama nak balik umah balik, asiiiiikkkklah nak ngan aku je budak tecit ni. sampai kan akak driver teksi tu ingatkan aku ni mommy dak ticit ni. ish ish.. yela... dia eksen je ngan mama dia kalau ada aunty dia ni. 

Qistina in melting wonderland.
   Mari kite kasi transformmmmm..... yeeeeeehhhhhhaaaaaaaaaa.....!!!!!!

bertukarrrrr... dari muka notty.. terus ke muka blurrrr gitu ek.
asyikkkkk je dia dok tengok sume decoration tu.. the cutie white birds.. all the small and cute things.
paling suka tengok gambar ni.. belon tu memang tak lepas la yee..

Bila dia pakai baju kemeja cenggini nampak macam boyish sket. dah la memang tamo pakai cekak rambut ke klip rambut ke.. kalau pakai pon kejap je. pastu dia tanggalkan. haishhh.. tali kuning yang asiklah ada kat tangan dia tu actually tengah pegang belon kaler pepel. ada anak sorang akak tu bagi kat dia. baek betol akak + anak dia tu. sebab budak tu tanak, then Qis memang tengah nak belon time tu. rezeki my niece. sukeeeee je dia bila dapat.

masih asyik tengok segala benda alah kat pokok-pokok krismas tu
comel jek rasa tengok moment ni..hikkk...
ibu dan anak. Qistina + mamanya.
tahan jep dukung sebelah tangan. berat bole tahan jugak la. tapi sebab nak jugak bikin peace tu kennn..

akhirnya.... the comots me. dengan lengan bajunya hentah pape.. jenjalan soping sesambil jaga dak tecit, hamik gambo & kengkadang dukung dia kenn.. kasi pejam mata jep la.. sila perhatikan sebelah bawah kiri gambar. nampak kan tangan dak tecit tu dan belonnya.

Sehari bersoping bersama hanya kami bertiga. perghhh.. bole tahan jugak la. sambil soping sambil tengok-tengok si tecit ni kat mana, buat apa. kejap-kejap amik dia, panggil dia bila hagak-hagak dah tersasar jauh melencongnya. takde la banyak sangat pon sopingnya. just tuju tempat yang memang nak beli barang je. sebab agak mengejar masa pada hari kejadian tu. malamnya kami naik bas balik KB. pastu my sis takut tak sempat jumpa hubby dia yang nak pegi out station jugak petang hari yang sama. overall, best tengok qis hepi kua jenjalan walaupon dia kompem penat kan asik bejalan melencong sana sini. tapi bila sampai time dia dah penat, dah lenguh, harus lah dia nak dukung tanak jalan lagi dah.. hik.. cian dia jalan sampai penat. ouwhhh.. actually that day adalah weekday. itu pasal la kami bertiga je. bro in law keje kenn..

Windu budak tecit ni. sangat menghibur hati. hikhik.. gambar dan kejadian dah berkurun, baru nak update bikin entri ek. ahaha.. ni belom lagi yang time pegi langkawi tu. hik.. itu next entri la kot. insyaallah. :)

Sebelum lupa.. malam tadi JOZAN menang maharaja lawak.. yeah yeahhhhhh!! tahniah to both of them. dapat RM 500,000.00 tuuuuuu... perrrgggghhhhhh!! namun, dalam duk berhibur tu semoga seluruh rakyat Malaysia ni tidak terus terusan lalai diulit hiburan semata. adakala time berhibur, adakala tuntutan agama juga wajib diikuti dan diamalkan. tanggungjawab kita bersama untuk saling mengingati dan menghargai segala yang kita miliki kini. insyaallah selamat dunia akhirat. peringatan untuk diri sendiri jugak ni. okeh. nite sumeeeeee.. simut gebus suda memanggil... (gitu.. macam la korang heran sangat kenn bila time aku bikin entri ni. ahaha... layankan ajo). tata..


18 December 2012

Chicken Chop Hotel Habib

Assalamualaikum.

black pepper chic chop - at habib hotel

Nyummmmssss.. itu adalah menu tengahari aku semalam/kelmarin bersama kak Leen cuk. only RM10 chic chop + minuman kordial. itu rega promosi ye. kalau harga biasa, chic chop je RM14 lebih kurang. berbaloi jugak la. hayamnya pon besar. tapi nak abiskan tu bole tahan sempat rasa muak jugak la.  ahaha.. berdua je gi sana sebab lagi sorang our klik bercuti sebab nak temani kazennya yang akan ke Jordan nanti. waaaahhh.. gigihnya anda. sangat lama tak update blog. lately aku melantun ke sana sini. start dengan berkursus di Langkawi di penghujung bulan November. balik umah sehari, then ke Kuala Lumpur a.k.a. Kajang temani adik aku yang dah abis cuti semester sesambil soping ringan-ringan. ehehe.. soping pon ada istilah ringan ke ek? ahaha.. masuk opis balik, terima surat kena pegi kursus btn pulak kat Besut 3 hari 2 malam. kat kem oke. huk. lepak kejap. masuk opis then got sms. kena hadiri temuduga kat Pulau Pinang pulak. 3 minggu berturut-turut. waaaahhh. pestaim ai begitu. duit pun lajuuuuuuuuuu jep ngalir. macam air trojun dah ha rasa. perasaan?? ok. bole tahan. and a lil bit tired. tambah ngan dapat pakej demam sehari sebelum ke Penang aitu. lots of gambar and stori. tapi belom sompat nak kasi tempek kat blog lagi. insyaallah one fine day i'll kasi tempek kat sini. hikhik. dah. itu je. hujung tahun cenggini melapangkan hati bikin lengkapkan statistik (bukan aku pon buat. just key in segala kroja ai jep. hik) and sila lengkapkan dan penuhkan segala keperluan SKT. haiyooooo.. okeh. tata.


23 August 2012

Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.

Hye uolls.. ehehe.. gediks plk pepagi di kala 1st entri raya ni ek. kepada sesape yang baca blog ni diucapkan selamat hari raya aidilfitri.. maafkan saya zahir & batin andai ada sebarang salah silap. terkongsi segala kisah yang meraban. terlepas cite yang hentah pape, termengata sesape yang time sy teremo. pendek kata sume2 la. sumenya 'ter' ek. kunun macam bagus bebenau la kan.. hikhik.. nop la. sy dengan rendah diri akui yang sy ni hanyalah insan biasa. owes la buat kesilapan. maapkan la ye.

Hari ni 1st day aku keje time musim raya ni. dah pun raya ke-5 ek. sungguh pantas. nak datang keje pagi tadi pon anak sdara siap tunjuk kete "nak kete. nak kete". wah. mintak kete terus. hebat kamu qis. anak sdara yang nama qistina tu. dia gemar ngekor aku ke mana pun. sbb dia sgt suke jenjalan. so sweet.. mmg anak sdara aunty la kan. hikhik. raya kali ni biasa2 je. menu kat umah pon simple je. em. ntah le. tapi raya kali ni memang terasa agak gituuuu je.. cemana nak cakap ek.. semacam hambar ke ek? emmmm.. sikit lebih kurang kot. feeling meriah tu bila layan karenah anak2 sdara. ehehe.. kanak2 memang menceriakan suasana kan. walaupun kecik, hebat dorang nih. pengisian raya macam biasa, bermaafan, makan2, jenjalan umah sdara mara, ziarah kubur. ahaaaa.. atau mgkn sbb ai kenot gi solat hari raya kot lalu feeling itu sedikit ke laut.. mungkin. bak kata a fren of mine, abc time. :)

Segala beskut sume adalah hasil belian. hikhik. yang buat pon just cornflakes madu. tu pun pada malam raya. dan suda pon habis sebab mmg pebret satu famili. yang paling byk mkn opkos la adik aku yang beria suh buat, milia. hebat. adakah maksudnya hasil buatan aku itu rasanya sunggoh enak? ahahahhaa.. ferasan lebeyh. sesi mencari kasut/siper raya adik aku aitu pun last minute gak. malam sehari sebelum raya baru gi mencari. alhamdulillah. seb baek ada je yang dia bekanan dan sesuai. and opkos la si kenit tu nak ikot kan. asalnya tanak bawak, tapi cian lak kat dia kan. lalu bawa la. otw blk dia dh lentok tido. so sweet.. alaaaaaa... bajet nak letak gambar yang time malam gi soping kasut raya adik aku tu. skali takleh nak transfer lak dari tepon. tak tau la apakah poblem. haish.. gambar dak qistina tu je pun duk men segala mainan kanak2 yg bergerak gerak yang owes ada kt tempat beli belah tu. disebabkan tade, maka, tade la gambar entri kali ni. jadi, layankan je la merapuan tuan tanah di hari raya ni. ahahaha.. tata.


18 February 2012

Di Hari Jumaat

Assalamualaikum.

Yeay!! it's friday again. sudah memasuki hari sabtu pun. hari Jumaatku minggu ini sangat lah penuh. apakah yang penuh? aktiviti kah? idop lah sangat. bole la. sket2. tapi takde la penuh pun. yang kompem penuh adalah... perutku. waaahhh.. time pagi kemain lagi konon mcm makan main2 ek. takde amik makanan berat pun. makan pisang goreng je oke. sebab angannya nak gi umah kawan opis aku yang wat cukur jambul anak dia kan. muahahaha.. oke. aku memang pegi umah dia. dah kul 12tghari lebih pun. ngan opismate. sebab aku tak tau jalan nak ke rumah Liyana itu. sampai je kat depan umah dia, haiihhh.. lengang je. takde nampak kelibat orang pun. tanya kat kawan aku yang drive tu. yeke umah dia. katanya dah betul dah. sebab dia kenal makcik yang duk umah sebelahnya tu. then kitorang patah balik kua dari area umah tu ke jalan utama. check balik msg. kawan aku punya phone la. sebab aku tak dapat msg tu. baca balik sampai abis nak kompemkan betul ke harinya. ".....jemput datang ke rumah pada hari Jumaat.......tengahari-petang....". oke. korang nampak tak apakah itu?? let me repeat. "...tengahari - petang..." waaahhhh... begaya. hari dah betul. time dah silap pulak. memang la time tu dah tengahari pun. tapi mungkin juga maksudnya adalah selepas solat jumaat kot. nak redah masuk umah dia pun penat kitorang tepon tapi tak bejawab. adehhhhh. apa lagi. pulang ajo lah. makan angin je la kami. ceh.

Oke. itu kisah pertama. ops. sebelum tu. pagi tadi aku drive keta abang aku. sebab kami tukar kete kan. memang rasa lain. tapi alhamdulillah. seb baek oke je aku drive. sebab aku tak biasa drive kete lain selain dari kete aku sendiri je. takottttt. kot2 la malang tak bebau ke kan. kalo kete sendiri takpe. eh. mintak jauh. tapi if anything, kete sendiri. kalo kete orang, pape susah kan. you got what i mean right?? pahamkan sajalah. balik dari pegi jenguk je umah yang bikin makan2 di tengahari itu, terus ngajak mama jua adik aku pegi umah kawan adik aku tu lak. katanya bikin makan2 sempena maulidur rasul. okeh. jom. dengan niat nak gi makan. eh. bole gitu. ehehe.. memenuhi undangan. rasa macam dah lewat dah pegi tu. sebab katanya start 11pagi-1petang. kami pegi tu dah dekat kul1 kot. tengok2, dorang baru je lepas solat. ada wat solat hajat rupanya. tak tau pun. pastu msk le lpk dlm umah. skali dah abis berdoa tu ada sesi lain lagi. baca Quran. berzanji. ada banyak lagi la. adeeehhhhh... ngapalah tuan umah tak gitau awal2. kalau tau gitu kami pegi je lewat sket. bajet nak berselawat je sebab buat maulud kan. kalau tak pun aku pegi je join bikin pre-wed shoot sheq. sempat je kan. owwwhhhhhh... uuhhhhhhh... lama sangat oke. ustazah tu siap bernasyid beberapa lagu bagai. mungkin sebab kami sume tengah lapar kan time tu. lalu terasa sangat lama. ehehe.. takpe la. worth to wait. sesambil dengar dorang mengaji. selawat sama2. then makan timeeeeee!!! ehehe. aku mulakan dengan amik bubur kacang. sedap. pastu makan nasi. lauk ikan jaket bakar, sayur lemak, ada ulam (tapi aku tak amik. takde yang bekenan), budu, sambal, sayur apa ntah lagi satu. sedap sedap. ikan bakar tu sedap. wahhhh.. punya banyak kali sedap ek. ahahaha. pastu amik kuih2 lak. ada pulut berinti. macam2 lagi la. tapi aku topup lagi sket makan bubur kacang itu. muahaha.. sebab saya memang suka makan bubur kacang oke. sedap umi Shida masak. shida tu kawan satu kelas ngan adik aku. minum air oren. kenyaaaaannnnnggggg. alhamdulillah.. terima kasih banyak2 ye umi shida jemput kami sume.

Setel. balik umah. lepak jap. solat zuhur. then ready nak keluar lagi. nak pegi kenduri kesyukuran+maulud jugak. umah famili papa. tapi aku tak makan pun time pegi tempat seterusnya ni. suda sangat kenyang oke. tapi minum jugak la air segelas lebih. ehehe. haus. cuaca hari ni panas. pastu balik umah jap. bermandian jua tukar baju. sebab cuaca yang panas kan. rimas pulak berbaju kurung sopan santun. ehehe. destinasi seterusnya umah mak sedara pulak. mak sedara jua bapak sedara aku akan pegi umrah sok. lalu haruslah pegi jumpa dorang. sampai je umah uncle aku, waaaaahh laksa. dapnya. ada lagi puding roti. ada lagi nasi sup gear box. ada lagi lauk telur dadar dan ayam goreng. waaahhh.. waaaahhh.. apakah?? raya dah ke ek?? ehehehe.. memula takmo makan. sebab dah kenyang kan. pastu jamah puding roti sekeping. minum air sirap sejuk yang best. borak2. minum lagi. pastu... eh aunty aku ajak temankan dia makan lak. oke la sebab sok dia dah nak gerak kan. sekali dia menuju ke dapur lak. aunty aku mau makan nasi oke. oowhhhh.. thedakkkkk.. ngan aku sekali tergoda. lalu amik le sup je berserta isinya. sedap. ahahaha. pastu minum lagi sirap ais. waaahhh.. memang keje kumpul lemak je la aku kan. pastu bising cakap dah gemuk. adehhhh. lepak2 jap. borak2. then gerak geri. gi amik adik aku balik keje lak. then terus ke umah aunty aku yang lagi sorang. mereka ni akan pegi umarah sesama. oke. kat umah aunty aku ni pun ada laksa jugak. waaaahhh.. pastu ada roti goreng inti kacang yang panas2 tu pulak. adeeehhh.. oke. dah kenyang kan. amik roti kacang tu je sbijik. lepas solat, adik aku ajak balik. oke la. layankan aje. mama stay kat sana. sebab nak sambung stori mori ngan adik bradiknya. sampai je umah, fengsan. tido trus. penat. ahahaha. walau sebenarnya sebab kekenyangan. penat makan. hamekkkk.. dari tak makan berat di pagi hari. melampau banyak lak aku makan ha. ni pun masih kenyang lagi. sebabnya, malam time pegi balik umah aunty aku tu jemput mama. guess what?? ahahaha.. aku makan lagi. amik laksa pulak. sebab dari umah aunty aku yang first tu lagi aku duk usha laksa lemak tu ha. ahaha. amik sket je. kenyang lagi. alhamdulillah.. gitu la kesahnya. abeh tu cemana nak diet ni??? ce citer.

Pape pun bersyukur sangat dengan segala limpahan rezeki yang Allah berikan. alhamdulillah.. sok pepagi dah kena bangun, siap2, then ke airport. ngantarin/iringi mak2 sdara jua bapak sedara berangkat menunaikan umrah. moga dorang sume selamat pegi jua selamat pulang dan dapat mengerjakan amal ibadat dengan tenang kat sana. amin..

Sebelum tu, saje nak tempek gambar yang takde kaitan pun dengan segala peristiwa hari ni.

tadaaaaa... gaya shengal sebelum kua jenjalan. muahaha.. with new tudung. kasi test pakai. kalau tak silap, gambar ni amik last week kot. saje nak tengok nampak cemana pakai tudung ni. ahaha.

okeh. itu saje. nite. sok kena bangun extra awal nih.


12 February 2012

Misi a.k.a. nurse

Assalamualaikum.

Hye. i'm back. banyak sangat stori nak share. tapi ansur-ansur la ek. al maklum la sebab lama tak update kan. ehehehe.. start with the latest one la ek. kisah time cuti semalam. hari Sabtu semalam pepagi lagi aku dah kua umah. macam kua pegi keje lak rasa time kua dari umah tu. ehehe. atas permintaan mak sedara, aku pegi temani sepupu yang kena stay kat wad beberapa hari. kat hospital pakar perdana, kota bharu. sangat dekat dengan stadium. depan gerai cendol pulut tapai yang aku suka sangat berulang pegi makan kat sana dulu. as usual, kami memang la tak reti dok diam kan. sampai je kat bilik dia, nak expect apa lagi kan. opkos la my kazen tengah bebaring. kata sakit kan. dia demam panas. sebab tonsil dia membesar. lepak jap, borak sket2, abiskan sarapan orang sakit (kuey teow goreng + 3 ketul ayam tecit + 1 ekor udang saiz sederhana). tengok nurse kasi cucuk ubat beberapa kali. adehhhh!! banyak oke nurse tu masukkan ubat. sebab dose ditambah. aku tanak sakit. takmo kena cucuk2. takottttt!!! lepas kazen aku kena cucuk ubat yang pelbagai tu, dia telelap jap. kejap sangat. pastu dia tejaga sebab bunyi aku tutup tong sampah. saya tak bersalah. dia memang susah nak tido pon oke. lepas tu ubat2 tu dah bagi efek baek punya. kazen aku dah rasa segar/sehat sket, dia bangun duduk2 kat sofa. borak2 ngan aku sambil dia melayan fesbuk. dia suda pasang niat nak turun makan roti bakar kat cafe. muahaha.. lepas tanya nurse, then nurse tu kata no poblem. bole je. takde pantang jua. weeeehuuuuu!!! pantas kami turun makan2 kat cafe yang kat bawah tu. kat dalam hospital tu jgk la. dan kami makan ini. gambar yang kat bawah ni.

telur masak separuh. eh. ke telur separuh masak ek? mana2 la. dap.

Masaknya elok je. masak serata lah kiranya. kami makan roti bakar + telur ini. kononnya takut telebih kenyang, nak makan sebiji jek. 1set ada 2biji. aku makan satu, kazen aku makan satu. roti bakar 3set oke. muahaha.. tak hengatnya. then dah siap makan, alamakk!! macam sedap plk telur separuh masak kat cafe tu ha. tanpa segan, terus bangun order lagi 1set. akakakaka.. sume adalah 4ekor ayam kami makan pada pagi itu. ahaha. dasat betul. dua2 minum teh 'o'. bezanya aku minum yang suam, my kazen minum yang sejuk. sesambil tunggu kawan kazen aku datang, kami sambung lepak situ. tapi sebab lambat sangat, naik je ke wad balik. sebab my kazen dapat call dari wad. pesakit hilang ek. akakaka. lepak kat bilik jap, nurse masuk nak bawa gi jumpa doktor. aku folo aje lah. sebab kazen aku ni cepat sangat nebes. temankan dia. sesambil dok tunggu tu la kawan dia sampai. eberiting oke stakat ni. tapi kazen aku kena gak jalani operation tang tonsil dia membengkak + membesar. set date nya adalah 27 hb nanti. waaaahhh.. tu kompem dia berdebar + nebes nak tunggu tarikh tu. ehehe. skang ni my kazen dah kat umah da. discharge kul 11 pagi tadi. aku lak punch card balik dari jadi nurse dah kul 3.30 lbh gitu. almost 4pm sampai umah. then kua lagi with my mom. pegi beli tupperware yang akak aku kirim, singgah KK home deko, terbeli mangkuk yang comel. terbeli oke. tapi sampai 4bijik lak aku amik. ahaha.. pastu memandangkan cuaca panas semalam, kami singgah makan cendol pulut tapai kat bawah pokok besar berhampiran umah. itu saje aktiviti di hari sabtu ai. bye.

28 January 2012

Freaky Friday

Assalamualaikum.

Hye all. cemanakah hari Jumaat anda2 sume? daku punya Jumaat kali ni bole tahan penat jugak la. takde la nak freaky sangat pon. saje jek tajuk nak gempak kan. ahaha. siyes penat. sebab non stop la jugak rasanya aktiviti hari ni. dari time bangun tido pagi tadi sampai le ke time sekarang ni. actually hari ni macam biasa lah hari minggu kat kota bharu kan. tapi macam tak terasa cuti sangat la melainkan tak masuk opis je. memandangkan hari Jumaat, lepas solat subuh harus nak jugak tido balik. ehehe. then bangun pun sebab adik aku kejutkan suh hantarkan dia gi keje. tepaksalah bangun jugak memandangkan tinggal aku sorang je kat umah yang bole drive pagi tadi. sesambil tu kena gi hantar adik aku lagi sorang gi sekolah. ada kelas tambahan. tambah jugak lagi aku ada temujanji bersama kazenku kat Taman Guru sana. janjinya kul 9.13am. ok la tu. ngam2 la sesambil nganto budak 2orang tu ha. my mom pun ikot skali. tapi just pegi lepak kat umah mak sdara kat Pintu Geng. kazen aku yang kecik pun ada jugak sorang join bersama. sebab dia bermalam kat umah. seharusnya bersarapan adalah kat umah mak sdara. sebab dia memang berniaga nasi pepagi hari. nyummm.. makan nasi berlaukkan ayam goreng+tumis pedas+kuah gulai ayam sket. ia adalah normal oke kalau makan nasi pepagi hari kat Kelantan ni. mungkin sebab itu lah kami penduduk Kelantan ni kus semangat. sihat walafiat je semua. ehehe..

Seperti yang dijanjikan, kua le daku besama kazenku. katanya mintak tolong untuk dapatkan testimoni dari aku tang satu produk. oke. so aku follow je la. it's about PB. Premium Beautiful. penah dengar kan?  bawah Hai-O. biasa dengar tak? lantak le biasa ke tak. sambung cite balik. tempat yang kami pegi tu kat Pasir Mas. pegi naik keta kawan kazen aku tu. thanks to her kami takyah sesusah drive. ehehe. ingatkan kejap je. bajet sebelum azan Zohor dah setel. skali, dah lepas azan Zohor pun lom jugak lagi setel. uhuhuu.. lama yang amat oke. tak suke. tang produk itu, oke jugak la. aku dah try tadi. tapi aku rasa rimas + asik rasa macam nak marah je. xtau lah ngapekah berperasaan gitu. mungkin sebab aku rasa agak tak selesa atau teramat rimas. aku memang xleh blah la kalau tang rasa tahap kerimasan yang amat. nanti aku jadi mudah marah kalau dah terlebih rimas. tambah kalau dah mula rasa berpeluh yang melekit lekit tu ha. huihhh lah. katanya just untuk dapatkan testimoni, tapi aku suda semacam kompius. hatiku berkata thedak untuk menjoinnya. mungkin tak kena dengan jiwa + cara aku kot. done with all da things, dalam kul 4ptg lebih sket baru le sampai kat umah mak sdara yang kat Pintu Geng tadi tu balik. sebab kete aku tinggal je kat sana. solat jap, then balik besama mama. sebelum tu singgah Tesco jap. mama membeli belah bebarang jap. kejap je pon. tapi terasa lama sebab badan dah mula rasa lemas+rimas+penat. sesambil temani mama soping, Sheq teman sekolahku aka geng lepakku tepon. ngajak berlepakan santai reramai bersama geng berkumpul lainnya (sheq, lec & zura with their hubby too of course). sebab kawan dorang dari Barcelona datang sini. Spanish. sebab mamat tu minat bola sepak Kelantan, lalu lokasi pertemuan kami sume adalah kat stadium Sultan Muhammad ke-4. memandangkan time dijanjikan adalah 5.30 ptg, maka haruslah aku terlambat atau dapat join dorang agak lewat. kompem lah kena anta mama balik umah dulu kan. tambah badan dah melekit dan rimas gila, harus lah bermandian jua bersolat dulu. sudahnya hampir 6.30 ptg jgk la baru aku sampai kat luar stadium tu. dorang dah habis tengok pasukan Kelantan berlatih. hampehhh!!! ai terlepas oke. tak sempat join dorang. mencikkkk!!

Kat perkarangan stadium sana, kat area luar tu ada wat Pesta Thai + pameran apakah ntah. maka berjumpa dan berkenalan la dengan mamat Spanish tu. Jordi Perez. tecit selamba je orangnya. aku takde lak gambar dorang. malas nak downlod kat fesbuk. ahaha. jumpa, layan tengok jersi bola pasukan Kelantan, then we all heading to guest house tempat mamat tu stay. kete tinggal je kat stadium tu. jadi penumpang kete zura. ahahhaa. sookaaa.. takyah drive. lepak2, minum + mkn beskut yang si Jordi tu hidangkan, borak2, dorang dapat souvenir dari Jordi, then gerak geri pulang dari sana. tinggal lah mamat tu lepak sorang2 kat guest house tu. sebab masing2 ada agenda malam ni. dia pon lom rest baru sampai petang semalam. lagipun 8 hari dia kat sini. lama jgk la kan. then me, zura, hubby zura & sheq menuju ke stadium blk. opkos la sebab kete kami tinggal kat sana kan. then lepak2 jenjalan kat pesta thai tu jap, singgah guest house Singgahan jap jumpa mama Farah (my bff), then balik.

Tapiiiiiiiii... yang bestnya, dapat souvenir dari Zura. dorang gi Bali aitu. now baru jumpa lepas dorang balik aitu, hari ni la baru dapat ole2 dari bali tu. sukeeeeeee... tenkiu so much zura bebeh. muah muah.

dapat ini... siap ada nama aku lagi kat plastik tu.. so sweet..

selipar itu adalah fridge magnet. sequin itu adalah coin purse. tapi bole je letak macam2. terpulang pada kreativiti. ewaaahhh.. tenkiu bebeh. very nice of you.

Kualiti gambar itu memang tidak seberapa sebab macam biasa, just guna tepon. malas nak guna dslr. ehehe. very tired day. tapi diakhiri dengan moment yang gumbira bersama teman-temanku. thanks gojess. dapat bergelak ketawa bersama tadi. sampai ketemu lagi esok hari. ehehe.. me pegi tengok bola???? esok?? adakah benar??? tengoklah cemana sok. baibai..

11 September 2011

Open House a.k.a. Reunion

Assalamualaikum..

^_^  masih lagi bulan Syawal. masih jua lagi perihal cerita raya. pada malam Jumaat yang lalu, Zura/kak long (rakan sekolahku) bikin open house (potluck) untuk kengkwan ZS kat umah beliau. best. dpt jmpa kengkawan lama.

tuan umah siap tunggu kat pintu nyambut tetamu u all..
menu spesial tuan umah. laksa pukau (laksa penang) buatan Zura. memang best lah.
ayam kepci. tajaan Lec + Aniq. ditemani tabung Zura. akaka..
macaroni goreng bikinan Sheq + puding yang kaya buahan koktail bikinan Ruso
menu lain. puding buatan ruso td, akok tajaan Diniey, puding caramel comot bikinan ai (segam ai), satey bawaan Elle

Selain dari makanan yang kat dalam gambar tu, ada lagi beberapa menu macam sandwich, oren sunkist, coklat, aiskrim & maruku.. meriah menunya..

Lec, Zura, Faezah, Elle (like lah ur tudung itu)
hikhik.. sempat lagi ngintai dari dapur..
Sheq + me
sukeee gambar ni
KAMI.
kami yang ceria gumbira!!
ai dono la why ai smpt sleep. wekap. wekap.
walaupon gmbr ni gelap sket, tapi aku dh bangon.. dh celik. ekeke
akhirnya, pasangan maness. iaitu tuan umah + penganjur open house jua reunion ini. tenkiu so much to both of you..

Sonot + best sangat. bekumpol sesama.. chit chat, bertukar stori. ada yg lebih supuloh tahun xjumpa you.. sukeee.. hepi.. thanks to all yang menjayakan our open haouse/majlis hari raya/reunion tahunan ini.

Dan.... ini yang betol betol last.. janji. ehehe..

laksa pukau Zura. BESTTTT!!!

** all da images credit to Zura, Lec & Aniq. ai kasi grab from fesbuk dorang. ehehe.. mintak halal ye korang.. **

05 September 2011

Hari Raya Pertama

Assalmualaikum...

Ehehe.. muncul lagi aku hari ni. banyak lak ek entri aku dalam ari ni. tekena angin rajin lak hapdate blog arini. akaka.. okeh. seperti yang dijanjikan. entri hari raya Aidilfitri tahun 2011 ni untuk hari pertama. takmo banyak cite lah. moh tengok gegambo ini. yang pastinya gambar jua muka aku takde oke. sebab aku yang jadi tukang hamik gambo ni sume. uhuhu.. sedey.. jommm... eh. chop. sebelum tu, sila sediakan besen kat sebelah kot2 korang muntah hijau tgk gegambo yang telebih byk neh ha.

sesudah pulang sembahyang raya.. serbu meja makan.. budak-budak ni sume opkos la mau serbu kek dulu. dari kiri: Alia, Afrina & Asyraf
walaupun gambar ni mcm ntah pape. tapi aku suke sbb masing2 dengan aksi masing2. ahaha.. yang penting ada 4 'peace'. dari kiri (berdiri): akak aku (kak Rah), husband akak aku (abe Zi), anak sdara aku (Qistina), kakak ipar (kak La). paling kanan yang duduk tu abang aku, abe Skandar.
penyeri meja. kek coklat.
ahaha.. memasing tak sabo nak motong kek ye.. akaka..
Arissa & abahnya (abg aku)
tok pa & Qis.. basyam nya qis..
my aunty. biasanya sgt sosah nak hamik gambo dia tau. dis time dapat. yeay..
hah. dorg lagi. usah ghisau. nanti gambo dorg lagi. lagi. dan lagi
seksooo & cem
dak bambam.. melopong arissa tgk. ehehe
budak-budak ni lagi.. Alia tetido jap ke apa tu??
sesi bersalaman suda bermula.. cem yang stat dulu. boley gitu?? bole aje..
Qistina pun nak salam (amik duit raya) jugak
time abg aku je clear. time org lain sume gambo xbest. haih..
walaupon gambo ni agak blur. namon suke tgk cem bikin peace yang besunggoh tu. ahaha
famili abang sulong aku besama papa & mama. tapi teselit Afrina sorg. slambe ek. usah tnya ngape sume mcm tak ready. sbb mmg memasing tak sempat nak ready pon. ahaha
famili kakak ku
peace aje Afina ni
famili kami.. aku ngan abg aku je xde dalam ni. ngape la aku sengal sgt tak pi msk join je dlm gamba ni alang2 abg aku pn dok amik gambar time ni. adehhh.. u-turn balik lah masa gini. hukhuk..
lagi. kan dh gitau awal2 tadi..
gambar penutup hamek gambar hari raya pertama aitu. qis dah ghopa penat. puluh ghujak.. ehehe..


itu sahaja. waaahh.. pnya byk gegambo aku bole cakap itu saje. akaka.. sayang sume2.. muah muah.. skang ni umah tok ma & tok pa dh sunyi balik. sbb sume2 pn dh blk umah masing2 dh. adik aku lg sorg dh pegi asrama. tinggal le kami-kami yang biasanya mmg ada kt umah ni ha..