Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

09 August 2011

Iftar Ramadhan di Royal Guest House

Assalamualaikum..


Hye.. straight to da point la ek. semacam malas lak nk cite banyak2. ehehe.. sejak bulan Ramadhan tahun ni, tadi 1st time aku bebuka kat luar. tu pun sebab jemputan dari kementerian pertubuhan ke apa ntah. lupa lak namanya. wakil persatuan pelangi kat husm ni ha. sebab ajk lain ada komitmen lain (opkos sebab most of them dah married kan. so famili lebih diutamakan). ai oke je. sesambil nak ngetest makanan kat sini oke ke tak kan. maksud aku kat Royal Guest House kat kota bharu ni la. sebab majlis tadi diadakan kat sana. majlis dialog & majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Taman Sabariah. xsompat la eh eden nak jenjalan jelajah kat dalamnya tu ha. just lpk tahan mata dalam dewan tu je. tapi paling best time tazkirah dari ustaz Saibon. best woooo.. aku xrasa ngantok langsung. alhamdulillah.. banyak input yang berguna dari ustaz. ai likeee lah.

Pastu... sesambil tunggu nak bebuka tu, apa lagi, ai kasi bikin tekan2 tepon ai yang amat merendah diri ni menembak nembak gegambo makanan yang dihidang le. akaka.. 

time ni Ustaz Saibon tgh bagi tazkirah. bestt..
maseh lagi tgh mendengar tazkirah.. walaupon sodap, aku totap sompat kasi hamik gambo. ahaha..
kangkung guring..
daging black pepper kot rasanya. ngeee..
butter prawn
kerabu mangga
ayam percik
sesuda sume2 msk pinggan aku. ahaha

dari gegambo yang ada tu, ada dua menu lagi menu utama yang aku xhamik gambo. tomyam, ikan masak nyonya ke apa ntah, pastu karipap kiut yg agak best, kurma & sirap biji selasih. itu saje. kalu ikutkan selera tekak aku, aku bagi 2.5/5 la utk makanan kat sini.. kalau selera orang len aku xtau la ek. ha. tetinggal lagi satu. tepung pelita. ehehe.. itu sahaja..

08 August 2011

Hari ke-7 Ramadhan

Assalamualaikum..

^_^  hai sume.. masih lagi dalam bulan puasa. baru tujuh hari. namon angkanya akan bersilih ganti dengan pantasnya. tak caya?? haaa.. sila teruskan ibadah puasa anda, then bila tinggal seminggu je lagi nak raya, jalan kat ceruk mana pun dah mula sesak (especially kat kampung tanah tumpah masing2), bila sume dah mula kalut nak cari/tukar duit raya, bila ramai yang mula banyak bunyi sebab banyak abis duit nak kena bayar duit tempah kuih raya yang banyak tak hengatnya tu, bila time tu jugak la nak kua pi cari kasut raya/siper raya bagai.. haaaa.. time korang pasti akan kata "eh. cepatnya bulan puasa. dah nak raya.." tu kira oke lagi. then bila makin meriah bunyi mercun tak kira lah walau memang diharamkan pun men mercun sesuka ati kat M'sia tanah air terchenta ni waktu malam... bila dah umum sok hari raya, then kua lak ayat "eh. esok dh hari raya!! YEAYYY!!" haaaaa.. time tu baru lah korang tau betapa pantas yang amatnya bulan Ramdhan ni meninggalkan kira semua. lalu, selagi masih ada masa ni, selagi kita2 sume masih berkesempatan menikmati bulan Ramadhan ni, silalah rajin-rajinkan diri kita sume untuk menambah dan menampung mana-mana yang kurang. rajinkan diri baca Quran. rajin-rajin kan diri pegi solat terawaih.. bulan lain xde tau solat terawih ni. 29/30 hari je dalam setahun dari jumlah 365 hari tu ha (ni peringatan untuk diri aku sdiri jgk. sila jangan bermalasan ye bayu!! ahaha.. ingatkan diri sdiri).

Oke.. yang kat atas tadi tu sume time sedar diri. ekeke.. muhasabah diri la kiranya ek. tapi, dalam bulan Ramadhan ni jugak, yang paling meriah dan utamanya lagi adalah MAKANAN! ahaha. opkos la kan. tetiap ari duk pikir dalam kepala nak makan apa bebuka nanti. nak makan apa time sahur nanti. tapi yang pastinya tiap kali time sahur tu memang liat gile lah nak bangun kan. ahaha.. aku pun. dan ada jugak sesetengah orang yang tak bangun sahur pun. makan awal2 atau makan siap2 sebelum tido. haa.. pewot aku xleh gitu. nak jugak kena bangun makan sahur. paling kurang pun makan kurma+minum air. tapi kalau dah dalam puasa ni, kebanyakkannya aku makan nasi le sciput time sahur tu. kata sahur sesama ngan famili kan. hikhik..

Itu al kisah sahur.kalau al kisah bebuka xyah cite la ek. kompem sume orang pun tau. memasing dengan selera besar masing2. ahaha.. aku pun (kekadang). tengok tu nak. tengok ni nak. nak lak kalau time ke bazar ramadhan kan. ahahaha.. xyah cite la tang godaan yang terlampau tu ha. akaka.. hurmm.. panjang lak cite am aku ek. hikhik.. padahal tujuan asal entri ni semata mata nak kasi tempek gambar ni jep.


taraaa... kerang rebus.. pebret aku dan adik-adik time bulan pose. papa pun mkn gak. tapi takde lah gaya aku ngan adik-adik aku makan.. buka je puasa, minum air, terus makan ni. ahaha.. pastu baru makan nasi. tambah sedap lagi bila makan dengan 'coleknya' ni ha..

gula+garam kasar stoet+belacan sciput+cili banyak2+asam limau = besttt
 
itu saja. tata. selamat meneruskan ibadah pose...