Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts

19 January 2013

Sehari Bersama Qistina

shaaakkk!!
 Assalamualaikum..

Itu adalah anak sedara noty moty ai. Qistina. hik.. makin rancak becakap ni sekarang. kalau tepon kat mama dia, jangan harap la boleh cakap lama-lama ngan mama dia. kompem dan seharusnya dia je lah yang pegang tepon tu ha kalau dia tak tido. cayang dia. actually gambar kat atas tu time aku pegi KL last time untuk last year. belom mandi lagi si tecit ni time tu. last day kat sana aitu, kua ngan akak aku dan si tecit ni. gi jenjalan kat Mid Valley. 1st time kua naik teksi dari umah akak aku. ehehe. dorang dah biasa la. dari masuk teksi kat umah, sampai la time naik teksi yang sama nak balik umah balik, asiiiiikkkklah nak ngan aku je budak tecit ni. sampai kan akak driver teksi tu ingatkan aku ni mommy dak ticit ni. ish ish.. yela... dia eksen je ngan mama dia kalau ada aunty dia ni. 

Qistina in melting wonderland.
   Mari kite kasi transformmmmm..... yeeeeeehhhhhhaaaaaaaaaa.....!!!!!!

bertukarrrrr... dari muka notty.. terus ke muka blurrrr gitu ek.
asyikkkkk je dia dok tengok sume decoration tu.. the cutie white birds.. all the small and cute things.
paling suka tengok gambar ni.. belon tu memang tak lepas la yee..

Bila dia pakai baju kemeja cenggini nampak macam boyish sket. dah la memang tamo pakai cekak rambut ke klip rambut ke.. kalau pakai pon kejap je. pastu dia tanggalkan. haishhh.. tali kuning yang asiklah ada kat tangan dia tu actually tengah pegang belon kaler pepel. ada anak sorang akak tu bagi kat dia. baek betol akak + anak dia tu. sebab budak tu tanak, then Qis memang tengah nak belon time tu. rezeki my niece. sukeeeee je dia bila dapat.

masih asyik tengok segala benda alah kat pokok-pokok krismas tu
comel jek rasa tengok moment ni..hikkk...
ibu dan anak. Qistina + mamanya.
tahan jep dukung sebelah tangan. berat bole tahan jugak la. tapi sebab nak jugak bikin peace tu kennn..

akhirnya.... the comots me. dengan lengan bajunya hentah pape.. jenjalan soping sesambil jaga dak tecit, hamik gambo & kengkadang dukung dia kenn.. kasi pejam mata jep la.. sila perhatikan sebelah bawah kiri gambar. nampak kan tangan dak tecit tu dan belonnya.

Sehari bersoping bersama hanya kami bertiga. perghhh.. bole tahan jugak la. sambil soping sambil tengok-tengok si tecit ni kat mana, buat apa. kejap-kejap amik dia, panggil dia bila hagak-hagak dah tersasar jauh melencongnya. takde la banyak sangat pon sopingnya. just tuju tempat yang memang nak beli barang je. sebab agak mengejar masa pada hari kejadian tu. malamnya kami naik bas balik KB. pastu my sis takut tak sempat jumpa hubby dia yang nak pegi out station jugak petang hari yang sama. overall, best tengok qis hepi kua jenjalan walaupon dia kompem penat kan asik bejalan melencong sana sini. tapi bila sampai time dia dah penat, dah lenguh, harus lah dia nak dukung tanak jalan lagi dah.. hik.. cian dia jalan sampai penat. ouwhhh.. actually that day adalah weekday. itu pasal la kami bertiga je. bro in law keje kenn..

Windu budak tecit ni. sangat menghibur hati. hikhik.. gambar dan kejadian dah berkurun, baru nak update bikin entri ek. ahaha.. ni belom lagi yang time pegi langkawi tu. hik.. itu next entri la kot. insyaallah. :)

Sebelum lupa.. malam tadi JOZAN menang maharaja lawak.. yeah yeahhhhhh!! tahniah to both of them. dapat RM 500,000.00 tuuuuuu... perrrgggghhhhhh!! namun, dalam duk berhibur tu semoga seluruh rakyat Malaysia ni tidak terus terusan lalai diulit hiburan semata. adakala time berhibur, adakala tuntutan agama juga wajib diikuti dan diamalkan. tanggungjawab kita bersama untuk saling mengingati dan menghargai segala yang kita miliki kini. insyaallah selamat dunia akhirat. peringatan untuk diri sendiri jugak ni. okeh. nite sumeeeeee.. simut gebus suda memanggil... (gitu.. macam la korang heran sangat kenn bila time aku bikin entri ni. ahaha... layankan ajo). tata..


14 January 2012

Berholiday di Kuala Lumpur 2

Assalamualaikum.

^_^ siri 2 gitu. ahaha. padahal citenya cinonet je. disebabkan pada entri berholiday di KL sebelum ni tak sempat nak masukkan keseluruhan cerita time hari aku wat entri tu, makanya disambung lah pada entri ini. hari kedua kat sana kami ke IKEA. sampai kat sana dah tghari pun. sampai je terus tuju ke food court. makan timee.. ehehe.. ramai gila segala macam orang. sebab ari minggu + cuti hari krismas kot. setel misi utama mencari meja untuk kami duduk makan2 nanti, aku ngan akak gi plk beratur beli makanan tengahari kami. sabo je la ek. demi kerana meat ball pebretku. ai redahkan aje. sanggup you. bukannya selalu pun ai dapat ke sana kan.

ini le menunya yang kami makan pada hari itu. sumenya dah cuit2, dah makan, baru teringat nak amik gambar. harus la sebab dah lapar kan. ahaha.. dalam gambar2 makanan ni terselit plk gambar anak sdara ai tengah makan ek. ehehe. Qis kompem la kena kongsi ngan mama dia. makan salmon. my pebret haros gedabak gambarnya ek. ahaha. kek coklat daim itu jua sodap. tu pun dah sciput je baru amik gambar ye. ahaha..

ngintai sapa tu?? tengok aunty ke tengok c'su.. windunya budak kiut ni.

me + adikku yang autar putar alam, nina. sempat lagi mintak akak aku tolong amikkan gambar time dok tengah makan tu. ahaha.. seperti yang aku gitau pada entri holiday sebelum ni, ini la dia salah satu dari 2 tudung Fareeda yang aku beli tu. kaler pepel + polkadot. sukeeeee... dapat beli rega Crazy Sale. bebaloi-baloi. idok le dapat nak beli banyak2 sekaligus. kena balik keje, kumpul duit dulu baru bole gi tambah koleksi lagi. on chinese new year nanti pun dorang akan buat crazy sale tu lagi. koleksi mawar less 50% oke. arggghhh.. pitam. nak jugakkkkk... tu sebab dorang nak abiskan stok koleksi mawar ropol2 tu utk digantikan dengan koleksi mawar yang baru. katanya lebih cun melecun. tak sabo nih. waahh.. iklan promosi fareeda plk. fareeda kena bagi komisyen nih. ahaha. konon ek.

akhirnya. inilah hasilnya. licin ye. ahaha.. pastu tak tinggal gitu tau. kami siap susun cantik2 lagi. ehehe.. dah setel isi perut baru la bole bejalan round ikea tu dengan senang hati. ehehe. kat dalam tu terserempak ngan yaya (dak praktikal kat opis dulu). as always, dak tu mmg la gojes. besama familinya. sempat berhai hai tanpa suara sepintas lalu gitu je.

suka je tengok bila Qis hepi. sesambil reround, sempat lagi kasi test rusa merah ni. comel. tapi tak beli pon. aku pun takde la soping banyak pun kat ikea ni. orang ramai gila. nak jalan pun asiklah telanggar. nak tengok bebarang pun susah. orang ramai sangat. uhuhu.. barang2 yang mmg dari awal niat nak beli pun tak amik. ada yang tak nampak / tak jumpa langsung pun. sedey. harus pegi lagi la kan. ahaha.

bantal bentuk hati yang comel.

ramai kan. beratur nak beli karipap/hotdog. aku pun join beratur jgk. tapi time amik gambar ni dah siap beli pun. makan panas2 memang sedap. tapi makan time sejuk pun totap jugak habis. ahahaha..

ni pegi ke area sebelah ikea tu ikano kah ek? ai lopa + xtau kot. time ni Qis dah penat. dah nangis2. lalu amik la dukung dia. cakap2 ngan dia. pegi dekat area2 yang kiut2 ni. amik gambar lagi. cian sangat bila tengok dia dah penat. lalu cuba la pancing mood dia balik. ehehe. cayang dia. kalau ikutkan hati memang aku lom setel lagi pun round2 area situ. tapi memandangkan Qis dah penat, muka abg ipar aku pun dah nampak macam penat jugak, lalu ai lupakan sajelah niat nak sambung soping kat situ. the curve pun xsempat nak seberang. uhuhu..

Kua dari IKEA, terus ke rumah abang aku yang kat area Selayang tu. lepak2 umah dia jap. makan nasi ayam yang special untuk kami. pastu layan Afrina nyanyi2 jap. kacau Arissa. lepak2 jap. pastu balik. abang aku ajak pegi i-city pun tak pegi. sebab sume dah penat. ahaha.tapi time sampai sana tu Afrina baru je tido. apa lagi. kasi kacau ringan2 sampai dia tejaga la. ahahaha. kijam cara halus ek. haruslah. kalau tak nanti dia membebel plk cakap pegi umah dia time dia tido kan. kalau dia tepon aku tak jawab ke, tak sempat jawab pun dia asik ulang je cakap "aunty tak angkat tepon". pastu time nak balik tu dia dah diam dah. muka dah monyok. rupanya dia memang tak boleh nak say bye2 ni. kompem dia sedih. kata uminya. pastu adik aku cakap siap nampak air mata dia ngalir sket. alolooo.. dalam hati penuh taman anak sdara aunty ni ye. kalau tak brutal jek ek. ehehe. nanti aunty pegi umah Afina lagi oke. tapi takde amik gambar pun time gi umah abg aku tu. lopa. ish ish..


Hari ke 3


tara.. sesambil menunggu adik aku kat fitting room. nyempat lagi ek. ahaha. ini je la yang amik pun hari ke3 ni. gambar memang lah cenggini je yang bole. sebab memang sepanjang gi sana aku guna tepon merah cinonet tu je pun amik segala gambar. malas nak bawak dslr yang berat+besar itu. nampaknya aku kena miliki kamera yang tecit jua la kan memandangkan owes lah malas nak kendong dslr tu. tudung merah itu le yang lagi satu beli bersamaan dengan tudung pepel pada hari sebelumnya tu. polkadot jua. waahh.. ai like.


okeh. ni gambar pada hari ke-3 kat sana. kitorg kua dari umah memang dah lewat pun. dalam kul 3ptg gitu kot. bajet lepas solat Zuhur terus kua, tapi terover delay plk. ehehe. pi beli tiket bas, then terus ke alamanda putrajaya. ni kiranya last day le kami kua jenjalan. sebab esoknya abg ipar aku dah stat keje. aku ngan akak aku memang lah tak hafal dan reti segala jalan2 kat sana untuk menuju ke tempat soping2 ni ha. lalu walaupun ada je kete kat umah, kami lepak2 di rumah je la keesokannya tu. kat alamanda ni bole tahan banyak jugak la soping berbanding ngan sebelumnya. sebab dah tau itu adalah tempat soping last yang kami tuju kan. ahaha. adik aku pun byk soping kat sini gak. banyak pun takde la banyak sangat pun kami2 soping. just itemnya lebih sket + plastik yang kami pegang pun lebih la sket dari sebelum2 tu. aku beli apa je. cardigan, kasut, sandal bebunga. pastu tak ingat dah beli apakah lagi. opkos jua roti boy + dunkin donut. sebab takde kat KB kan. kat sini ada big apple je. oke la tu. yang ada ni pun bukannya selalu jgk pegi. just bila banyak pilihan, bole la tukar2 selera kan. Qis suka betul makan donut yang perisa bavarian tu. opkos pebret ai jua. makan ngan dia je la dalam kete. ehehe. Qis pun ada soping2 jgk kat sini. beli botol air barbie. kiut. pastu wat refil air rebina. pastu aunty pun tumpang sedut jugak. ahaha. oh. ada belikan Qis baju+suar jgk. tapi tak tengok lagi dia pakai cemana. tapi suar itu memang kiut lah. ala ala korean style gitu. ahaha. hamek ko. anak sdara pun ko K-Pop kan ye. ekeke. setel soping2, singgah night market jap beli barang2 basah nak masak esoknya then terus balik umah. hati gumbira. bersoping. tapi beg duit pun makin lah kempis jua. uhuhu..


ari last kat sana just lepak2 umah. makan2. tengok tv. tido. tapi takleh nak tido jugak kalau time Qis tak tido, sedaya upaya dia akan kacau sampai la bangun. dah bangun tu takde la dia nak kacau2 lagi dah. owhhhh.. semangat iri hati ye tengok orang tido. dah dekat2 nak balik tu mula la berat hati. uhuhu.. balik umah sehari pun dah rindu Qis. nanti aunty, tok pa, tok ma gi sana ek. bawak c'su + aunty mia skali. itu sajelah stori mori gi sana. takde pun jumpa/lepak2 ngan kengkawan. takde gitau sesape pun. just gitau ita je. kononnya plan nak kua ngan dia. skali sepanjang kat sana dia pulak kena keje. hampeh. dah delay hari balik pun masih sama. humph! majuk lah dengan awak. nak kena denda nih. sila panjat dinding pastu melekat kat siling macam cicak man skarang! ahaha. okeh la. itu saje. will be there lagi februari nanti.

11 January 2012

Berholiday di Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

Hye. apa khabar semua? waaahhh. gitu. konon macam dj ek. ahaha. hari ni kononnya plan nak kua uruskan sesuatu. skali terlupa plk ada meeting mesyuarat. sudahnya layankan sajelah meeting itu. dengan beberapa cadangan direject terus dan ada juga cadangan aku tadi yang bakal jadi grand event for this year. bagi persatuan yang aku join tu la. itu pun sudah cukup bagus. tapi ada gk cadangan yang aku + geng sebelah yang memang kami tak setuju habes. layankan sajelah. sudah2 la tang keje tu. saje mau luah kat sini kejap. bagi korang yang baca pulak join tesen sket. ahaha. konon ek.

Berholiday kat KL. iye. itu tajuknya. ni la antaranya entri tertangguh yang asik lah aku dok gitau dalam entri sebelum ni. bole tahan dah lama jugak la aku gi KL aitu ni. hujung bulan Disember aitu. time krismas. ehehe. belepakan kat umah akak aku kat Kajang sana tu ha. pegi ngan adik aku je. pegi lepas rindu kat anak sdara sesambil soping2. kompem akak ngan abang aku cakap "aih. rindu anak sdara je??". ahaha.. yang tecit dapat keutamaan oke. awak2 usah jeles. ehehe.. kat sana beberapa hari jugak la. nak lepak lama2 pun tak sampai hati plk nak tingga mama lama2 kat umah. kompem mama boring kalau kami bedua ni takde lelama kat umah kan ma. ehehe. tak banyak pun jenjalannya ha. tambah ngan asiklah dekat kul 1 baru nak kua umah kan. idak ngapelah. kalau mau kua dari pagi membawa ke malam, sila bemalam kat hotel saje oke. ahahaha. lagipun cian kat anak sdara aku yang masih kecik tu. penat dia jenjalan byk2 kan. ehehe.

1st day kat sana just pegi Jusco kat Balakong. sebab abang ipar aku cakap JJ kat sana agak baru dan paling besar. yeke? blasah je la. tapi hampa. tak macam yang abang ipar aku gitau. mungkin iye saiz dia besar, tapi bebarang yang aku nak tak banyak kat situ. takde pilihan pun oke. lalu, aku nyesal wat keputusan gi ke JJ itu. uhuhu.. tapi ada jgk la beli barang sket. lupa lak beli apakah kat sana. dah namanya lagi cite lama kan. ahaha. tak banyak pun aku amik gmbr. biasa2 je. lagipun guna tepon aje. decoration krismas pun idok le gempak pn kat sana. sedey. sebab aku suka tengok segala hiasan itu sume sebenarnya. uhuhu. kompem nanti tanak pegi sana lagi dah.

sampai je kat JJ Balakong tu kami pegi makan dulu. kat food court je. dan aku makan sizzling ni. bole la. ada jgk la lauk kalau nak dibandingkan ngan kat Tesco/KB Mall KB ni. kedekut lauk. huh.

my sis amik nasi ayam. dak kecik tu dok tgk c'su dia makan. ehehe. Qis minum vitagen + mkn nasi ayam. tapi tak banyak pun dia makan.

bergambar kat pokok krismas. gambar aku takde. sebab hampa takde pokok krismas yang beso gedabak. ahaha. bole gitu?? sebab ai suka segala benda alah fantasi cantik2 ni oke. macam kanak2 kan. tapi dah suka nak wat cemana kan.

pandai dak kecik ni tgk kat kamera tepon aunty yang cinonet ek.

alolooo.. nangis lak dia ek. dia tgk orang len naik benda alah ni bukan main lagi suka+xcited. sampai turn dia, nangis2 lagi nak turun. c'su dah naik temankan pun takmo jgk. takut ek??

sudahnya c'su je la layan naik naga gerak2 ada muzik nyanyi2 ni ha. ahahaha...

kemain lagi pose naik tunggangan naga kanak2 ek. ahaha..

gambar ni mmg blur. sbb mmg guna tepon cinonet ai je oke. comel gila dak kecik ni duduk kat tgh2 kete tu. pastu tgk je papa dia drive. ni dah otw blk umah lps ke JJ tu.

malamnya kami kua lagi. ke McD dan makan ini. dekat CNY kan. Prosperity burger. mmg my pebret. akak + adik2 aku pn suka gk beger ni. beli yang dinner box tu. mmg berbaloi baloi. tapi sayangnya aku ngan akak aku tak prasan include skali naget. kami pi order lak naget yg set kanak2 tu utk Qis. ahaha. takpe la. makan aje la.

kemain hepi lagi dia gi makan2 kat mekdi ye. 'sy suke makan naget+minum milo sejuk'. kemain lagi bila dapat minum ais ni ye..

dapnya nampak curly fries tu time2 lunch hour ni ha. lapo plk. uhuhu...

kemain lagi senyum. sempat lagi ek sesambil minum air

selesai sudah... muahaha.. air je yang besisa. jua naget Qis.

Itu saje lah gegambo ketika hari pertama kat sana. ingat nak gabungkan sekali time hari kedua pun. tapi tak sempat lak. al maklum le. bikin taim lunch hour je kan. aku plk lmbt je wat karangannya ha. macam lah cikgu nak check ke apa kan. ahaha.. ops. lopa. agenda utama hari pertama ni adalah ke Fareeda kat bangi tu. beli tudung le. apa lagi. tudung yang aku beli tu akan diselitkan gambarnya pada entri untuk hari kedua dan ketiga nanti oke. ehehe.. babai.