Showing posts with label bekumpul. Show all posts
Showing posts with label bekumpul. Show all posts

28 January 2012

Freaky Friday

Assalamualaikum.

Hye all. cemanakah hari Jumaat anda2 sume? daku punya Jumaat kali ni bole tahan penat jugak la. takde la nak freaky sangat pon. saje jek tajuk nak gempak kan. ahaha. siyes penat. sebab non stop la jugak rasanya aktiviti hari ni. dari time bangun tido pagi tadi sampai le ke time sekarang ni. actually hari ni macam biasa lah hari minggu kat kota bharu kan. tapi macam tak terasa cuti sangat la melainkan tak masuk opis je. memandangkan hari Jumaat, lepas solat subuh harus nak jugak tido balik. ehehe. then bangun pun sebab adik aku kejutkan suh hantarkan dia gi keje. tepaksalah bangun jugak memandangkan tinggal aku sorang je kat umah yang bole drive pagi tadi. sesambil tu kena gi hantar adik aku lagi sorang gi sekolah. ada kelas tambahan. tambah jugak lagi aku ada temujanji bersama kazenku kat Taman Guru sana. janjinya kul 9.13am. ok la tu. ngam2 la sesambil nganto budak 2orang tu ha. my mom pun ikot skali. tapi just pegi lepak kat umah mak sdara kat Pintu Geng. kazen aku yang kecik pun ada jugak sorang join bersama. sebab dia bermalam kat umah. seharusnya bersarapan adalah kat umah mak sdara. sebab dia memang berniaga nasi pepagi hari. nyummm.. makan nasi berlaukkan ayam goreng+tumis pedas+kuah gulai ayam sket. ia adalah normal oke kalau makan nasi pepagi hari kat Kelantan ni. mungkin sebab itu lah kami penduduk Kelantan ni kus semangat. sihat walafiat je semua. ehehe..

Seperti yang dijanjikan, kua le daku besama kazenku. katanya mintak tolong untuk dapatkan testimoni dari aku tang satu produk. oke. so aku follow je la. it's about PB. Premium Beautiful. penah dengar kan?  bawah Hai-O. biasa dengar tak? lantak le biasa ke tak. sambung cite balik. tempat yang kami pegi tu kat Pasir Mas. pegi naik keta kawan kazen aku tu. thanks to her kami takyah sesusah drive. ehehe. ingatkan kejap je. bajet sebelum azan Zohor dah setel. skali, dah lepas azan Zohor pun lom jugak lagi setel. uhuhuu.. lama yang amat oke. tak suke. tang produk itu, oke jugak la. aku dah try tadi. tapi aku rasa rimas + asik rasa macam nak marah je. xtau lah ngapekah berperasaan gitu. mungkin sebab aku rasa agak tak selesa atau teramat rimas. aku memang xleh blah la kalau tang rasa tahap kerimasan yang amat. nanti aku jadi mudah marah kalau dah terlebih rimas. tambah kalau dah mula rasa berpeluh yang melekit lekit tu ha. huihhh lah. katanya just untuk dapatkan testimoni, tapi aku suda semacam kompius. hatiku berkata thedak untuk menjoinnya. mungkin tak kena dengan jiwa + cara aku kot. done with all da things, dalam kul 4ptg lebih sket baru le sampai kat umah mak sdara yang kat Pintu Geng tadi tu balik. sebab kete aku tinggal je kat sana. solat jap, then balik besama mama. sebelum tu singgah Tesco jap. mama membeli belah bebarang jap. kejap je pon. tapi terasa lama sebab badan dah mula rasa lemas+rimas+penat. sesambil temani mama soping, Sheq teman sekolahku aka geng lepakku tepon. ngajak berlepakan santai reramai bersama geng berkumpul lainnya (sheq, lec & zura with their hubby too of course). sebab kawan dorang dari Barcelona datang sini. Spanish. sebab mamat tu minat bola sepak Kelantan, lalu lokasi pertemuan kami sume adalah kat stadium Sultan Muhammad ke-4. memandangkan time dijanjikan adalah 5.30 ptg, maka haruslah aku terlambat atau dapat join dorang agak lewat. kompem lah kena anta mama balik umah dulu kan. tambah badan dah melekit dan rimas gila, harus lah bermandian jua bersolat dulu. sudahnya hampir 6.30 ptg jgk la baru aku sampai kat luar stadium tu. dorang dah habis tengok pasukan Kelantan berlatih. hampehhh!!! ai terlepas oke. tak sempat join dorang. mencikkkk!!

Kat perkarangan stadium sana, kat area luar tu ada wat Pesta Thai + pameran apakah ntah. maka berjumpa dan berkenalan la dengan mamat Spanish tu. Jordi Perez. tecit selamba je orangnya. aku takde lak gambar dorang. malas nak downlod kat fesbuk. ahaha. jumpa, layan tengok jersi bola pasukan Kelantan, then we all heading to guest house tempat mamat tu stay. kete tinggal je kat stadium tu. jadi penumpang kete zura. ahahhaa. sookaaa.. takyah drive. lepak2, minum + mkn beskut yang si Jordi tu hidangkan, borak2, dorang dapat souvenir dari Jordi, then gerak geri pulang dari sana. tinggal lah mamat tu lepak sorang2 kat guest house tu. sebab masing2 ada agenda malam ni. dia pon lom rest baru sampai petang semalam. lagipun 8 hari dia kat sini. lama jgk la kan. then me, zura, hubby zura & sheq menuju ke stadium blk. opkos la sebab kete kami tinggal kat sana kan. then lepak2 jenjalan kat pesta thai tu jap, singgah guest house Singgahan jap jumpa mama Farah (my bff), then balik.

Tapiiiiiiiii... yang bestnya, dapat souvenir dari Zura. dorang gi Bali aitu. now baru jumpa lepas dorang balik aitu, hari ni la baru dapat ole2 dari bali tu. sukeeeeeee... tenkiu so much zura bebeh. muah muah.

dapat ini... siap ada nama aku lagi kat plastik tu.. so sweet..

selipar itu adalah fridge magnet. sequin itu adalah coin purse. tapi bole je letak macam2. terpulang pada kreativiti. ewaaahhh.. tenkiu bebeh. very nice of you.

Kualiti gambar itu memang tidak seberapa sebab macam biasa, just guna tepon. malas nak guna dslr. ehehe. very tired day. tapi diakhiri dengan moment yang gumbira bersama teman-temanku. thanks gojess. dapat bergelak ketawa bersama tadi. sampai ketemu lagi esok hari. ehehe.. me pegi tengok bola???? esok?? adakah benar??? tengoklah cemana sok. baibai..

17 December 2011

Hepi birthday Sheq!!

Assalamualaikum..

^_^ weekend time. ehehe.. macam biasa, just lepak2 kat umah je. al kisah stori ni not about my weekend pon. ehehe.. ia berkisar tentang peristiwa beberapa hari yang lalu. cheeeeeehhh.. berayat begitu ek. dan lagi. ahahaha... malam bila ntah aritu. isnin kot rasanya. kua besama geng skolah sambut hari ulangtahun Rushaida a.k.a. Sheq. birthday betolnya dah berlalu sebulan dah pon. tapi sebab time malam aitu je baru kami2 dapat berkumpul besama, lalu jadilah begitu. delay sampai sebulan. ahaha. kali ni tak buat kat markas. sebabnya ketua markas kesuntukan masa kerana kesebokan beliau. ahaha.. next time bikin kat markas pelisssss.. lagi meriah. pada malam kejadian tu jugak something happen. hoh. itu memang makan masa nak heal lah. lupakan tang itu. jom layan gegambo kekami yang memang gemar yang amat makan-makan nih. ehehe

birthday kek. oreo apakah ntah namanya. rasanya bole tahan sedap gak. tapi kalu beskut tu tak lemau, lagi sodap. ehehe..
potong kek time...
gosip la tu ek. hooooo.... eh. ni spatutnya gambar sebelum yang kat atas tu. hentam je la ek
hoh. semua macam dah xsabar nak terkam kek tu ek. ahaha
kami!!! ai jadi cik pengerusi u oll.. ahaha..
tak tau la apakah kekdahnya tajuknya ni ha. candid cik rara la ni
kami lagiii.. ni versi gambar dari tepon lain lak. ahaha.. kalau x zura, phone lec. hentam saja lah
ghopa kek ni cenggini la sesudah dikerjakan kami.. ni baru sket kami kerjakan. ahahaha..
sesudah makan-makan, kami lepak kat dataran jam yang kat tepi sungai ni plk. tapi aku xtau apakah tajuk nama sebenarnya tempat ni. ehehe.. maap ye. time kat sini Ruzai xdapat join. sebab dia nak kena tutup kedai. tapi kami totap layankan jugak begambar. itu haros. ahaha..
kak long/cik rara + lec ^_^
besama sheq lagi... ehehe.. tiap kali gi memana, mesti ada gambar kami berdua ek. ahaha.. kata aku je yang owes gi sorang2 (time adik aku xmo ikot. ahaha). jua ruzai.
hah. ni sesi dorang besama pasangan memasing. lec + aniq non ado sebab aku xterhamek. hikhik. maap lec. namon di fesbuk ada kot rasanya ek. macam xprasan
finally... kami kami sebelom gerak geri pulang. cahaya bebola api di bahuku. ahaha.. nah. hamekkk!!
  
sume gegambo itu credit to lec + zura. sebab aku kasi hamek dari fesbuk dorang. ehehe.. halalkan yoo.. now dah macam teringin nak makan kepci lagi. dapnya. yummeh. hot n spicy soda kembali... besh. itu saje lah. tata.

22 October 2011

Assalamualaikum cikgu!!

Assalamualaikum..

yeeeehaaaaa... sy muncul lagi.. ehehe.. kali ni nak cerita al kisah jumpa dengan cikgu zaman skolah dulu besama junior skolah rendah. ^_^ perasaannya adalah... weeeeehuuuuuu... BEST!! kompem mau bekumpul lagi walau ai malu2 meow pada awalnya. ekeke.. kalau ikutkan rancangan asalnya, Lec will join me and our cikgu, cikgu Atiah. tp last minute she can't make it. tuntutan keje. so, we decide ajak Beha Ramza. then there we go. McD wakaf che yeh. ahaha...

cikgu Atiah + Beha

me + cikgu

auww.. tesipu tutup mata. perlu ke??

now cikgu pn tlg bukakan mata aku. ahaha..

Itu sahaja. kami makan-makan. bercerita. makan lagi. hamik2 gambar. then sy tepaksa mintak diri dulu sebab kena masuk keje balik. uhuhu.. sila bikin agenda lain pada hari cuti plk (dimana beha plk keje. cemano??). em. yg gambar kami bertiga ni anak cikgu yg tlg amikkan. ehehe.. cikgu bwk bodyguard 2orang. ank2 yang kiut. ^_^

** all da images credit to cikgu Atiah.. hamek dr fesbuk dia. sbb aku xbrapa nk rajin ngambik gambo. ehehe.. **