Showing posts with label sukati. Show all posts
Showing posts with label sukati. Show all posts

19 April 2014

Bangkit Berniaga 2014 - KTC Kota Bharu

Assalamualaikummmmmm!!! :)

HELLO 2014!!!!

Bahahahaha.. gelakkan diri sendiri.. yeeeee.. tawuuuu... berkurun ai is tak update blog kesayangan ni. ngeeeeee... iyeee.. bersalah pada diri sendiri juga.. sekarang ni dah pun bulan April 2014.. non hado penutup tahun 2013, non hado juga pembuka tahun 2014. ekekke...

Life?? Wonderful!!

Love life?? Awsome!!

Business?? Super duper GREATTT!!!

Family?? Super LOVELY!!
akan bertambah anak sedara lagi 2 orang. super best kan. :)

Apa yang kita rasa. apa yang kita fikir. apa yang kita kata. insyaallah, itu la yang jadi. :) best kan. :)

Syukur alhamdulillah. end of 2013, early 2014... aku ditemukan dengan ramaaaaaaaaiiiiii insan-insan hebat. syukur ya Allah. :) sangat banyak aura positif walau aura negatif masih lagi berlegar. insyaallah ai is gonna halau itu aura negatip jejauh. shooooooohhhhhh!!!

Banyak siri seminar yang telah aku hadiri dalam tempoh lama tak update blog ni. banyak yang telah dipelajari. banyak yang telah dipraktikkan. banyak jugak yang aku ngelat tak jugak lagi amalkan dan lakukan. hadeiiiiii la.

Alhamdulillah bisnes kek batik berjalan dengan super lancar. senang je bila dah ada ilmu ni. :) actually tak pernah terfikir pon aku akan ada bisnes sendiri. makanan pulak tu. kek batik lagi. perggghhh!! siap ada page sendiri. brand sendiri. siap pos ke luar dari Kota Bharu. siap dah sampai Sandakan, Sabah. Beijing, China. even ke Mekah. iyeeeeeee... kek batik The Purplebloom dah pon sampai ke tanah suci Mekah.. ada sorang akak tu cite dia bawak bekal kek batik masa dia pegi umrah aitu. dia bawak dua bekas.. syukur ya Allah.. dah sampai kek batik hasil buatan tanganku di bumi suci itu. insyaallah aku akan menyusul. insyaallah... 4 Februari tahun 2015 nanti. :) kan doa tu. tolong aminkan ye darlllsssss.. :)

daaaannnn.... ai is suda daftarkan perniagaan The Purplebloom ni juga. alhamdulillah... it's on 5th of March 2014. the same date i bought my new smartphone. actually my first smartphone ever. alhamdulillah. lepas saaaaaannngggattttt lama tertangguh. Allah je yang tahu yang terbaik untuk aku kan. :)

Lots of good news kan. :) sukeeeeeee... tapi kite biasanya asiiiikkkk la nak fokus ke part yang tak best sebelum ni kan. so yang best tu terpinggir je. padahal bukannya tade yang best pon. yang tak best tu cinonet je actually. tapi naaaaaakkk jugak fokus pada yang cinonet tu kenn.. pastu gigit jari sendiri. hadoooiii la..

Start from now on, insyaallah segala yang negatip tu akan dibuang jejauh.. :) i will. and i can do it. :) no more ngumpat juga.. duhhh!! insyaallah..

long story short. :) good news for today, aku sukarela jadi crew seminar bangkit berniaga kat KTC kota bharu. alhamdulillah. ramai betul orang kelantan yang hadir. :) and i share my kek batik with others too.. with all the crew. :) alhamdulillah.. dan try kerepek pisang other crew too. sedapp!! asik ngunyahhhhh je aku :)

kaki me (pinjam kasut merah Nina) + kaki kak Lynn.. kaki kak Yuzi non hado sebab dia pegi solat. ;)
Yang paling bessssssstttttt... i already got buku idaman ni. dari jaman time pegi IMKK ujung tahun lepas lagi aku duk tunggu buku ni. siap dapat sain dari penulisnya lagi. sukeeeeeeeeee sangat!!! lab u lot lot la Jerry. :)

Jerry Zafrul Rizal bersama buku hasil tulisannya. :)
Buku ni super best. sebab... saiznya yang comel.. isi kat dalamnya simple + colorful. best!! tapi belum sempat baca lagi ni. baru belek tengok sepintas lalu je. ehehe..

daaaaaannn.. yang lagi bessssttttt... my wishlist masa IMKK tahun 2013 aitu alhamdulillah termakbul sudah.
me with Jerry. :)
My wishlist adalah, bergambar dengan Jerry bila dah beli smartphone. :) iyeeeeee.. ai is super lambat dalam teknologi nih ha.. hikk.. sebab super duper lama tertangguh. ehehe... nape nak kena tunggu smartphone dulu, sebab nak bagi gambo yang di amik tu nanti lebih jelas + comel + best. lalalalalalala.. bestttt!!! masa nak amik gambar ni jerry asik cakap, "selfie aje la...bla..blaa...bla... (ai is xclear + lopa suda)" mementang le dia baru beli monopod baru masa datang kb ni kenn.. takpe. yang penting i got what i want. 3 dalam 1 oke. buku tulisan jerry ni + signature jerry + bergambar dengan jerry. HOYEHHHHH!!! :)

Actually ada dua jemputan makan-makan hari ni. satu kat umah mak sedara, lagi satu fren of mine Zura wat birthday anaknya Iyyad Hayyan. tapi kenot attend sbb badan is super melekit dan xselesa untuk singgah atas sebab faktor cuaca super fanas nih ha.. tapi umah mak sedara totap jugak pegi la lepas Maghrib sesambil pegi jemput mama yang dah memang kat sana dari tengahari lagi. ehehe..

Overall, sangat sukeeeee.. walau panas, walau melekit, walau rasa kurang selesa bepeluh dengan hebat, hati tenang gumbira je. besssssttt jeee.. tak terasa penat sangat pon walau seharusnya penat la kan bila dah ada dalam keadaan + situasi beramaian + berpanasan gitu sesambil jadi runner lagi, pegi sana sini, handle pendaftaran orang yang super ramai, kena makan sorang-sorang sebab tade geng nak makan sesama sebab orang lain sume dah setel (sebab ai is sampai lambat jugak actually - urusan bisnes sebelum gerak dari umah dulu. ehehe).. dikelilingi insan-insan hebat yang beraura hebat, memang feeling super duper osem la. :) syukur alhamdulillah... :)

07 June 2012

Lolipop Coklat Oreo

Assalamualaikum.

^_^ its thursday. sukeeeee.. sok cuti. dua hari lepas aku buat benda alah ni. sila tengok gambar kat bawah.

lolipop oreo white choc
ai bikin time malam. sbb time tu je masa lapang yang suhunya agak sejuk/tak panash. ehehe.. sudahnya pukul 2 pagi jugak la aku tido pada malam kejadian tu. wooohh.. kompem la ngantok kat opis. ahaha.. actually ni dah kali kedua aku try wat benda alah ni. bole tejebak buat benda alah ni sejak tgk kat satu website tu then sejak pegi kelas belajar buat coklat aitu. aku suka buat coklat lolipop oreo ni sbb ia kelihatan sangat kiut.. sukeee.. ahaha.. feeling comels gitu. bole pulak gitu ek. ehehe.. untuk resipi. wah resipi la sangat kan. oke. cara-cara membuatnya la. bole rujuk kat website howdoesshe.com ni. aku pon memang refer kat situ jugak. very da easy oke. sila la mencuba.. now aku nak share gegambo yang aku snap pada malam kejadian itu. ^_^ enjoyyyyyy!!!

beskut oreo yang telah dilekatkan stick lolipop
disaluti coklat putih









Okeh. itu saje. yang dah siap berbalut plastik punya aku hamek gambar lak. ehehe.. sesape yang rasa nak try tu, sila-sila la ek. jenguk kt link website ai kasi kat atas sana tu. :)

13 February 2012

Nasi ayam Hainan

Hye.. saya muncul lagi hari ini. ehehe. telebih rajin lak ek. sempena adik aku dapat gaji pertama dia keje sambilan sesambil tunggu result spm skarang ni aitu, dia telah bermurah hati blanja kami sume makan2 di Restoran Nasi Ayam Hainan. betul ke gitu ek namanya. ingat2 lupa lak. belasah jek la ek. bak kata akak aku, kalau dah namanya orang banje, iaitu makan free, apa pun sedap. ehehehe.. rasanya oke la. mungkin memang gitu kot rasanya nasi ayam hainan ni ek. nasinya ada rasa halia gitu. supnya biasa2 je. ayamnya aitu roasted dah abis, jadi aku pilih kukus nyer je la. keseluruhannya, bole la. mungkin tak brapa nak kena dengan selera aku kot. tapi sangat murah oke. pakej 1set nasi ayam + air sirap hanya RM4.90. sebab tu lah kot ramai je orang pegi makan kat kedai makan tu. lagipun rasanya not bad lah jugak. aku suka mi kicap kat sini. very da chinese je rasa. tetiba feeling2 korea pun ada. gegara terpengaruh tengok dalam cite korea diorang makan mi kicap. nampak macam best je. tapi mmg rasa mi kicap dia tu bole tahan gak la. tu ikut selera tekak aku la kan. harga makanan kat sini yang lain2nya pun ok la. berbaloi. hagak2 takmo abis banyak time rasa nak makan kat luar tu, singgah je kat sini. set nasi ayam + air sirap tak sampai pun 5hengget kan. ehehe..

set nasi ayam. kat ayamnya ada sayur taugeh sket. supnya kosong je. tambah perasa je kot. sambal cilinya ok la.

air sirap yang termasuk dalam set nasi ayam kat atas tu.

bubur nasi. ni adik aku yang bongsu punya. ok la jugak rasanya. semuanya oke je aku kan. dah memang stok suka makan kan. ehehe.

ngapekah tu pa? tak sempat nak kunyah ayam terus tertelan ke? ngeh ngeh ngeh.. kijam je anaknya ek. apa lah yang mama aku dok komplen tu.

adik bongsu ai menikmati bubur nasinya. tepon menten je kat sebelah ek.

adik aku yang banje kami makan pada malam itu. peaceeeeee to you too lah.

kasi tempek lagi skali gambar dia. ehehe. bodek sket. nanti sudi2 la banje kami lagi ye.. ekeke.. banyak cantik kan. dah la dia keje part time sesambil tunggu result je. kijam lak aku. ekeke..

Asik cite pasal makan je aku hari ni kan. ehehe. nampak sangat kuat makan. muahaha.. bye.


28 January 2012

Freaky Friday

Assalamualaikum.

Hye all. cemanakah hari Jumaat anda2 sume? daku punya Jumaat kali ni bole tahan penat jugak la. takde la nak freaky sangat pon. saje jek tajuk nak gempak kan. ahaha. siyes penat. sebab non stop la jugak rasanya aktiviti hari ni. dari time bangun tido pagi tadi sampai le ke time sekarang ni. actually hari ni macam biasa lah hari minggu kat kota bharu kan. tapi macam tak terasa cuti sangat la melainkan tak masuk opis je. memandangkan hari Jumaat, lepas solat subuh harus nak jugak tido balik. ehehe. then bangun pun sebab adik aku kejutkan suh hantarkan dia gi keje. tepaksalah bangun jugak memandangkan tinggal aku sorang je kat umah yang bole drive pagi tadi. sesambil tu kena gi hantar adik aku lagi sorang gi sekolah. ada kelas tambahan. tambah jugak lagi aku ada temujanji bersama kazenku kat Taman Guru sana. janjinya kul 9.13am. ok la tu. ngam2 la sesambil nganto budak 2orang tu ha. my mom pun ikot skali. tapi just pegi lepak kat umah mak sdara kat Pintu Geng. kazen aku yang kecik pun ada jugak sorang join bersama. sebab dia bermalam kat umah. seharusnya bersarapan adalah kat umah mak sdara. sebab dia memang berniaga nasi pepagi hari. nyummm.. makan nasi berlaukkan ayam goreng+tumis pedas+kuah gulai ayam sket. ia adalah normal oke kalau makan nasi pepagi hari kat Kelantan ni. mungkin sebab itu lah kami penduduk Kelantan ni kus semangat. sihat walafiat je semua. ehehe..

Seperti yang dijanjikan, kua le daku besama kazenku. katanya mintak tolong untuk dapatkan testimoni dari aku tang satu produk. oke. so aku follow je la. it's about PB. Premium Beautiful. penah dengar kan?  bawah Hai-O. biasa dengar tak? lantak le biasa ke tak. sambung cite balik. tempat yang kami pegi tu kat Pasir Mas. pegi naik keta kawan kazen aku tu. thanks to her kami takyah sesusah drive. ehehe. ingatkan kejap je. bajet sebelum azan Zohor dah setel. skali, dah lepas azan Zohor pun lom jugak lagi setel. uhuhuu.. lama yang amat oke. tak suke. tang produk itu, oke jugak la. aku dah try tadi. tapi aku rasa rimas + asik rasa macam nak marah je. xtau lah ngapekah berperasaan gitu. mungkin sebab aku rasa agak tak selesa atau teramat rimas. aku memang xleh blah la kalau tang rasa tahap kerimasan yang amat. nanti aku jadi mudah marah kalau dah terlebih rimas. tambah kalau dah mula rasa berpeluh yang melekit lekit tu ha. huihhh lah. katanya just untuk dapatkan testimoni, tapi aku suda semacam kompius. hatiku berkata thedak untuk menjoinnya. mungkin tak kena dengan jiwa + cara aku kot. done with all da things, dalam kul 4ptg lebih sket baru le sampai kat umah mak sdara yang kat Pintu Geng tadi tu balik. sebab kete aku tinggal je kat sana. solat jap, then balik besama mama. sebelum tu singgah Tesco jap. mama membeli belah bebarang jap. kejap je pon. tapi terasa lama sebab badan dah mula rasa lemas+rimas+penat. sesambil temani mama soping, Sheq teman sekolahku aka geng lepakku tepon. ngajak berlepakan santai reramai bersama geng berkumpul lainnya (sheq, lec & zura with their hubby too of course). sebab kawan dorang dari Barcelona datang sini. Spanish. sebab mamat tu minat bola sepak Kelantan, lalu lokasi pertemuan kami sume adalah kat stadium Sultan Muhammad ke-4. memandangkan time dijanjikan adalah 5.30 ptg, maka haruslah aku terlambat atau dapat join dorang agak lewat. kompem lah kena anta mama balik umah dulu kan. tambah badan dah melekit dan rimas gila, harus lah bermandian jua bersolat dulu. sudahnya hampir 6.30 ptg jgk la baru aku sampai kat luar stadium tu. dorang dah habis tengok pasukan Kelantan berlatih. hampehhh!!! ai terlepas oke. tak sempat join dorang. mencikkkk!!

Kat perkarangan stadium sana, kat area luar tu ada wat Pesta Thai + pameran apakah ntah. maka berjumpa dan berkenalan la dengan mamat Spanish tu. Jordi Perez. tecit selamba je orangnya. aku takde lak gambar dorang. malas nak downlod kat fesbuk. ahaha. jumpa, layan tengok jersi bola pasukan Kelantan, then we all heading to guest house tempat mamat tu stay. kete tinggal je kat stadium tu. jadi penumpang kete zura. ahahhaa. sookaaa.. takyah drive. lepak2, minum + mkn beskut yang si Jordi tu hidangkan, borak2, dorang dapat souvenir dari Jordi, then gerak geri pulang dari sana. tinggal lah mamat tu lepak sorang2 kat guest house tu. sebab masing2 ada agenda malam ni. dia pon lom rest baru sampai petang semalam. lagipun 8 hari dia kat sini. lama jgk la kan. then me, zura, hubby zura & sheq menuju ke stadium blk. opkos la sebab kete kami tinggal kat sana kan. then lepak2 jenjalan kat pesta thai tu jap, singgah guest house Singgahan jap jumpa mama Farah (my bff), then balik.

Tapiiiiiiiii... yang bestnya, dapat souvenir dari Zura. dorang gi Bali aitu. now baru jumpa lepas dorang balik aitu, hari ni la baru dapat ole2 dari bali tu. sukeeeeeee... tenkiu so much zura bebeh. muah muah.

dapat ini... siap ada nama aku lagi kat plastik tu.. so sweet..

selipar itu adalah fridge magnet. sequin itu adalah coin purse. tapi bole je letak macam2. terpulang pada kreativiti. ewaaahhh.. tenkiu bebeh. very nice of you.

Kualiti gambar itu memang tidak seberapa sebab macam biasa, just guna tepon. malas nak guna dslr. ehehe. very tired day. tapi diakhiri dengan moment yang gumbira bersama teman-temanku. thanks gojess. dapat bergelak ketawa bersama tadi. sampai ketemu lagi esok hari. ehehe.. me pegi tengok bola???? esok?? adakah benar??? tengoklah cemana sok. baibai..

19 August 2011

Bila resah..

Assalamualaikum..

arini sudah masuk 19 ramadhan. waahhh.. sunggoh pantas.. xsukeeee.. eh. sukeee.. tp xsukeee gk. suke sbb makin dkt nk raya. xsuke sbb makin cepat ramadhan berlalu. uhuhu.. a big different. veeeerrryyyy big different. eh. tu sume org tau kot ek. ahaha..

^_^ tajuk entri dah macam tajuk lagu kan. 'bila resah..ingat saat indah..bila rindu..ku nyanyikan lagumu...' waaah.. gitu...ehehe.. aku bila dah hagak resah gelisah tu, kompem la hati pon gundah gulana. huk huk.. xbest.. tambah lagi ngan keje yg betimbun, tekanan segunung, kesaruan selaut. waaahhh.. gitu.. kunun ayat mau gempak ajep. ahaha.. honestly, ala2 gitu la kunun rasanya. anyone yang tengok aku, dekat ngan aku hari-hari, kompem tau. tu pon kalo orang tu tak buta hati. sebab orang yang buta hati ni bole tahan besepah gak skng ni.. THEDAK LIKE!!

bila dah time dok resah gelisah, gundah gulana ni, biasanya aku akan merapu yang bukan-bukan. maksudnya ala-ala cakap yang ntah pape. ngomel sana sini. 'bobok kokse' kata ore klate. ahaha.. yeke?? hagaknya la. sebab bila dah time2 gitu, tambah2 bila time tgh dok buat keje kat opis, ada2 je bunyi aneh yang akan kua dari mulut aku. ahaha.. ai thedak sengaja nokk.. itu spontan. ketensenan di hati, di kalbu, haros di keluarkan. kah kah. kunun... tu satu. lagi, bila aku dlm keadaan ketensenan gitu, aku akan lebih kerap kontek orang-orang yang dalam kategori kesayangan aku. wahh.. siap ada kategori bagai.. hentam saja la labu. ni pun tgh ala-ala sengal nih ha time dok menaip ni. orang-orang yang akan aku kontek adalah famili aku, jua my beliau yang maness.. ehehe.. tapi yang selalu jua paling kerap kena kacau ngan aku opkos la beliau. kejap sms. kejap call. kejap sms lagi. tepon lagi. msg lak. alih-alih kena sbijik. "awk ni dh xde keje ke kat opis tu??" hamik kau!! dalam hati berkata ...'keje sy baaaaannnnyyyaaaakkk wak... baaaannnyyaaaakkk sangat. itu pasal la saya jadi gitu..'. uhuhu.. kalau jaman blaja dulu, kompem dengan pantas aku cari sebarang bahan coklat. mkn banyak-banyak dengan pantas. dengan harapan tahap mentaliti kembali normal. hik hik.. tapi macam bole tahan agak berkesan gak la. kalau tak pun aku pegi la jenjalan kat mana-mana pun. dah namanya aku ni mmg gemo lah yang amat tang jenjalan jalan nih ha. kalau tak dapat soping, window soping pun jadi lah. asal ada je perkataan soping tu. ahaha.. paling-paling xleh blah, aku bantai tido. ni mmg best lah. kompem tak pikir pape lagi dah bila dah tengah tido tu kan. ehehe..

skang ni aku pun dh ngantuk. sok nak kena bangun sahur. tido sekarannngggggg!!! kompem tak yah pikir pape lagi dah. sok cuti lak tu. ari minggu. YEAYYYY!!!

** ntah pape je lah yang aku bebelkan ek.. hentam saja la.. kasi nyahkan rasa hati gundah nih ha.. huk huk.. xsukeeee.. **