Showing posts with label baby Qis. Show all posts
Showing posts with label baby Qis. Show all posts

18 March 2012

Cuti Sekolah

Assalamualaikum..

^_^ cuti sekolah baru je berlalu. dan yang paling best, akak aku balik bercuti kat sini sepanjang cuti sekolah kali ni. YEAYYYYY!! super duper best sebab ada budak kecik Qistina. dia kiut. dia kletah. dia comel. geram dia lah. sepanjang cuti sekolah ni jugak anak sulung (alia) abang aku stay kat umah. 1st time nih. sebelum ni takdenya dia nak stay kat umah lama2 tanpa parents dia sama. ehehe. mungkin sebab akak aku balik jua ada anak sdara si kenit tu. oke la tu kan. dorang bole kawan2. rumah kompem kecoh bila ada si kenit tu. sukeeee.. bangun pagi je cari dia. sebab dia paling kecik kan. nak gi keje je kompem dia pon kecoh ikut sana sini nak mekap la, pastu suh dukung la. nak ikut gi keje daling? tak bole la. dia ingat aku nak gi jalan2 kot sebab dah pakai lawa2 ek. lawa ke?? ahaha.. proper than time kat umah la kan. ahaha.. pastu balik je keje tengok dia dok lepak2 ngan adik aku bersama kawan dia/jiran . somelll.. best bila ada dak kecik tu kat umah. memang penghibur betullah. pastu aku pun siap cuti 2hari jadi driver ahkak aku. hokeh. memang fenat. tapi sebab ada Qis, akak aku pun jarang balik kan. oke. on kan aje. :)

Tapi malam tadi dah hantar akak aku ngan anak sdaraku itu balik naek bas. seb baek leh dapat less utk rega tiket tu. so amik dua seat. slesa la sket akak aku ngan anak kecik dia kat dalam bas tu kan. lama tu kt dalam bas. aku pon surender. tu belom tambah ngan tahap sejuk gilsss lagi tu. ehehe. serender la kunun. dari zaman blaja dulu pun nek bas ekspress tu jugak aku ke hulu hilir. ehehe.. yela. tiket kapal trobang lagi murah dari bas pon kan skarang. haruslah pilih yang lagi murah jua lagi jimat jua lagi pantas dan cepat. ehehe. sume pon nak mudah kan. alhamdulillah akak aku bersama Qis pun dah selamat sampai rumah kat kajang. Qis pun baek je kat dalam bas. tido je. just bila time bas benti je la dia bangun jap. then sambung tido balik sampai kajang. kata mamanya tadi lah. sepanjang dorang balik aku tak hamek gambar pon. malas nak pegang kamera. ehehe. amik sket sangat. petang sebelum dorang balik. petang semalam. gonna miss both of you. tapi takpe. awal bulan april nanti jumpa lagi. aku akan trobang ke sana bersama adik aku pulak. milia. ehehe.. actually dah mula rindu dak kecik tu. itu pasal bikin entri ni. uhuhuhu..

gambar Qis diklasikkan aku. ehehe. tembam bam..

walaupun gambar ni blur, nak jugak letak. nampak gigi besau Qis. ehehe. saye dah pandai sebut angry bird "bi bok". :) so sweett.. pebret word time kekusutan melanda adalah "manno.. mano..". sweet lagi. time kecik ni semuanya sweet kan.

cumelsssss.. deyammm... itu potongan rambut baru. tokma jadi hair stylist Qis. :)


14 February 2012

Arisha Qistina

Assalamualaikum.

^_^ Empunya nama tu anak sdara aku. anak kepada akak aku. diorang skarang ni duk kat Kajang. kat umah dorang la aku selalu lepak time aku ke area sinun sesambil jenjalan jua soping moping. ehehe. dak kecik ni dah setahun lebih skarang. omel-omel je. kekadang noty jugak ni. aritu dia selamba jek pi campak tepon mama dia kat bawah. ikut tingkap. bole tak? siap bising lagi jiran kat bawah sinun sebab dia bajet jatuh kat atas kete dia. padahal jatuh kat atas atap jek pun. kecoh je lebih ek. dia tak tau pulak tu dak kicik jek yang membalingnya pon. henpon pulak tu. ahahaha. seb baek jangka hayat tepon tu panjang lagi. gelabah jap mama dia. lepas tu, syok pulak kot dia rasa. asik nak campak ke bawah je pape pun kat tangan dia. pandai ni. tecit2 dah noty ye. pastu aritu akak aku cite dak qis ni gigit baby yang sesama duk kat umah pengasuh dia. sebabnya baby tu kacau dia time dia tengah isap susu. bole tak? baby tu nak ajak awak kawan ngan dia je tau. bajet babay tu nak kongsi susu awak ke cayang? qis ni... nangis la baby tu. baru 6bulan je pon. apa la mak baby tu cakap. cian baby tu tau qis. len kali layan baby tu leklok oke. xbaek asik gigit2 orang. mangsa seterusnya mama dia. ahahahaha.. dia gigit kat peha time mama dia tengah masak. tu sebab mama dia asik lah dok masak pastu tak layan dia. eh. gitu pulak ek. abeh tu qis nak makan cemana kalau mama tak masak untuk qis kan. ish ish... tapi aku bantai gelak je bila mama dia cite. time mama dia cite dia gigit baby tu pon. sebab dia dah pandai noty skang. tapi not good oke cayang.

Lagi latest stori, dia dah pandai jerit2 pulak skarang ni. pulak. yang ni mama dia cite malam tadi. time mama dia tengah kat dapur, papa dia tengah santai2, dia relax je kat sofa layan tengok tv. tiba2 menjerit. kuat jugak la mama dia cakap. opkos la mama + papa dia tekejut. dengan pantas pegi kat dia. nak tau nape dia tejerit gitu?? sebabnya dia tengok kat tv tu tengah jerit. bole tak?? waaaahhhh.. dah pandai skang ek. kat mana la pulak dia blaja tejerit jerit nih. wat tekejut mama papa awak je tau. tapi time akak cite ni pon aku bantai gelak jugak. ahahahhaa. sebab bole imagine cemana papa ngan mama dia tekejut. ehehe.. cepat je kan budak2 ni belajar. perkembangan IQ dorang sungguh pantas. jadi, as an adult, we must behave ourself la bila depan dorang. dorang cepat ngikut tau. apa je yang kite wat. windu lah ngan dak ticit ni.

hik. sebab kualiti gambar sangat thedak bagus, i duotone kan. ehehe. ni time aku gi kl awal bulan februari aitu. malam aku sampai kat sana. actually dia dah tido time aku sampai kat umah. pastu saje je kacau dia sket. skali tejaga, blur2, terus senyum.. alala.. manisnya.... terus main2. tanak tdo. kul 3 pagi baru dia tdo. kata mamanya. aku dah bantai tdo dh time tu. soknya tak gi umah pengasuh dia. lepak kat umah je ngan aku n ita. kawan aku yang jempot kat kl sentral.

budak cibok. pegang jeli dia satu. rempah mama dia satu. time ni tengah beratur kat kaunter time pegi tesco mencari bahan2 memasak.

tengok. sebok kan dia. rajin betul punggah bebarang letak kat atas kaunter. dia relax jap tengok je kat kaunter tu. pastu dia amik balik. masukkan dalam troli balik. ehehe

dah nak balik. masih lagi duk dalam troli. ehehehe.. tapi ada jugak time dia nak turun bejalan sendiri time kat dalam tesco tu.

cakk!! deyamnya diaaaaa.. nanti kita jumpa lagi hujung bulan ni oke.

taraaaaaa... qis melayan peminat kat depan pintu. waaahh.. siap sarung kasut aunty lagi ye. pastu aku pakaikan sekup kepala kat dia. dah jadi ala2 datuk ct. ekekeke.

Windulah kletah dak kicik ni. pastu dia suka main jam tangan aku. sebab ada nyala2 lampu. ahahahaha.. lucu oke jam aku ni gitu. sebabnya time beli tu taktau pun jam tu bole nyala lampu kaler2. patot la siap ada discount lagi time beli tu. muahaha.. tau pun sebab terkelip kelip time kat dalam kete di malam hari. akaka. bertukarrrrr... ok. bye.


02 August 2011

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum...

Memula skali nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam jua pembaca blog ni khususnya.. muahaha.. mcm la ramai sgt yg jengah kat sini ek. akaka... hentam saja la labu.. juga mau minta maaf kiranya adalah terkasar bahasa, tercuit rasa kat ati atau mungkin ada buat pape kesilapan kat sesape yang jengah blog aku ni jua utk sume2.. aku ni insan biasa yang kerdil. nak ke taknak, ada je silapnya yg aku buat. uhuhu.. sori ye.. yang bestnya, 1st day pose, my mom dah siap ajak g jenguk + beli kueh raya sudeh ptg tadi. ekeke.. layankan ajo. katanya takot stok beskut raya tu abes. ehehe.. yang bestnya lagi bulan pose ni dapat mkn sesama ngan famili tiap2 ari.. bessstttt..

oke. done with dat. actually aku maseh lagi mood cuti ni ha. arini baru msk keje. ahaha.. then, ini adalah part of da things yang aku bikin last day aku bercuti aitu. soping, makan, soping lagiii.. ehehe..

sempat lagi kasi snap sesambil jalan nk balik dari alamanda. ahaha.. tp kedai mkn kat bwh tu santekk..


Ari last kat umah akak aku aitu kami ke alamanda. soping la kan apa lagi. ahaha.. cian abg ipar aku. pasrah jep dia folo molo. hikhik..


Qistina minta buku menu.. ish ish..


Sesudah soping sume, opkos la kami2 sume suda lapar.. disebabkan risau slera my bil (brother in law) berlainan ngan slera pewot jua tekak me n my sis, kami decide bg dia je pilih tmpt mkn. sbb dh cian kat dia kn kena tunggu kami soping. ahaha.. tu pn br half way soping. kalu gaya yg biasa2, kompem blom mau pulang lg tu. hikhik.. then, di sini la tempatnya.. emmm.. bole la.. tapi.. thedak lah di suggest mkn kat sini lagi dah.. TAKMOOO..


beria ek dak kicik ni pilih menu.. jua kunun dibantu papa dia ek. ekeke..
penat + lapar yee.. aloloo.. cian dia.. sabar ek...
suda sampai... utk mengisi pewot2 kami.. tapi rasanya.. haduih la.. tau2 la ek kalo dh gini gaya ayatnya.. xberbaloi dgn harga kot
sunggoh pon aku mcm byk komen kat atas tu, tapi ini lah hasilnya dikerjakan kami. hua hua hua..


Then pada malam umat Islam keseluruhannya menunaikan solat terawih untuk malam yang pertama dalam bulan Ramadhan ni, aku lak besantai dalam bas blk kb. hukhuk.. seb baek slesa walau seeejuuuukkkk.. hukie. yg kat bawah ni antara bebarang yang aku beli time pegi besoping kt sana. ada lagi yg xde pon. malash nk kuakan dari lemari jua kasi snap. ahaha..


kaler2 mata.. hikhik.. my sis pon tetiba tambah koleksi jua walau dh lama gila dia xamik kisah mekap2 ni ha.. ehehe
satu utk adik aku, satu utk aku


Itu saja lah.. namon bila dh blk kb ni windu lak sama anak sdara aku yg ticit ni ha.. uuhuhu.. 3minggu dari skrang br bole jumpa Qis n my sis lagi.. uhuhu.. pusing jam dgn pantas skarang...

31 July 2011

Bercuti!! Yeayy!!

Assalamualaikum...

Yeeeeeehaaaaaaa!!! ai laikkkk.. wanna know why?? ehehe... opkos la seperti tajuk di atas. takde la istilah bercuti g tempat peranginan ke apa ha.. just ke Kajang sahaja. sesambil temankan akak daku balik umah dia kat kajang ni besama baby Qistina. ada la beberapa hari gak. kununnya nak datang kejap jep. alih2 berkira kira mau tambah cuti lagi. ahahaha.. ni pun bikin entri ni kat umah my sis. ngeh ngeh ngeh.. aktiviti kat sini? biasa2 je. spend time kat umah... makan makan.. tido.. bermalasan.. hik hik.. sesambil layan dak kicik Qis ni ha.

Dalam beberapa hari kat sini, hari paling best. sebabnya?? ehehe...

taraaaaaa.....


bole teka tak apakah?? ehehe.. saaaaannngggaaaattt sukeeeee... dapat both of this dgn harga yang sangat murah.. berbaloi baloi.. sbb malas nak pakai time ni, just letak tudung2 ni kat atas lantai je la. hikhik.. and my sis rembat satu. design yang sama macam kaler pink biru kat atas tu.. bestt!! oke. itu adalah kerana aku memang dah lama niat nak beli tudung fareeda ni. tapi asik tangguh je. then hari ni, tertunai sudah. tenkiu sgt utk abang ipar aku kerana sudi drive ke bandar baru bangi utk ai membeli tudung ini. sukeeeee... then lepas dah setel soping kat fareeda kami ke sini...


bila dah kat kajang, harus la mau pekena satey kajang kan. ehehe.. ni bukan pegi kat satey samuri tu. tapi yang nama Yus. sbb abg ipar aku suggest kat sini. rasanya?? oke la. tapi belom capai tahap best bagi slera aku.. ceeehhh.. kerek jual cereknya aku.. dah tu, nak cenggana dah rasanya agak kurang bertepatan ngan selera lidah jua tekak aku kot.. maap la ye..

sebelum soping2 tudun tu kami ke JJ (jaya jusco) dulu. sesudah kami tersangat kuchiwa menghala ke KL pada awalnya namon jalan tersangat jua amatlah sesaknya ha.. lalu kami berpatah balik ke area yang tak sesak. tu pun hamik masa 3jam lebeh gk lah kat dalam kete ha. perghhh!! sunggoh membazir masa soping kami. uhuhu... tapi idak ngape, yg penting hajat ai tercapai gak (part of it la kan.. idak ngape. nt baru tunaikan). turun je dari kete lepas 3jam lebey dalam kete tu ha. teruuuussss kami pigi sini...


suda nampakkah itu hint?? kerusi2 itu?? yeee.. ke food court.. ahaha.. lihat sahaja ghopa Qistina time ni. ehehe.. cian dia. tapi memang dia teramat gemar makan macam aunty dia jua oke. ahaha...

sebelum itu... malam sebelumnya, kami pigi berlepakan di sini...



nampak tak?? gelap kan gambarnya. haros la. ai snap guna tepon ai yg sgt rendah diri ini sahaja. namon ai oraitkan aje lah ek. ehehe.. berlepakan ke putrajaya kami2 ni ha. akaka.. hamik angin malam la kununnya.. aktivitinya kat sinun..

Qisss... bikin apakah?? trim pokok yee..
them.. gelap pun gelap lah.. nak jugak jugak amik gambar. ahaha.. lepas lepak2 tgk org nek beskal..
akak ai suda macam gaya orang baru insaf menuju ke masjid ek.. hikhik.. kalau dia tau taruk caption gini ni.. lariiikkkkk...

hah! kompem la kami memang takde keje kan.. benti depan masjid hamik gambo..

hukiiiieeee.. itu sajalah untuk hari ini.. namon... sebelom tu..


yeee.. dak kicik yang kepenatan setelah seharian jenjalan.. ehehe.. sangat kiut. oke. itu sahaja.. bye.


03 May 2011

Suda mula R.I.N.D.U....RINDUNYAAAAA!!!...

Assalamualaikum...

^_^ tajuk itu bukan main-main. ini kisah benar. baru jep jumpa, peluk, cium. tapi dah stat rindu dah. uwaaaaaaa.... i miss my niece already. arisha qistina. sepatutnya arini cuti, tapi lepas my sis, qis yg comel n bro in law dh gerak dari umah, sunyiiiiii jep rasa.. serta merta terbayang jek dak kecik tu. uhuhuhuhu.. dia sgt kiut oke. gerammm... manis yang amat lak tu ha. senyummmmm je. time dia penat sesgt je br masyam jep. ehehehe.. xpn time dia lapar. ehehe. lepas dorang gerak, bermalasan jek rasa nk gerak geri g sidai baju sume. then alih2 aku dah tepacak lak kat opis nih ha. apa daaaaa.. mood nk dtg keje mmg malash. namon sbb xmo terover rindu kat dak kecik tu, datang le jgk. uhuhu.. nanti ai kasi upload gambar2 da kicik qis. lum transfer lagi. ehehe.. winduuuuu qis.. n my sis olso. kejap sgt rasa diorg blk. uhuhu.. take care ye my love. muah!!

01 December 2010

baby Qistina

Di tghari yg berhujan lebat ini, daku mau kasi tebos utang.. hikhik.. utang entri gegambo ank sdara yg paling tecit. ehehe.. start dari smalam tok mek dia jempot blk umah smpi le mgu dpn. hukhuk.. suda windu itu budak kicit.. mimang penyeri umah btol la kalo ada dak kicit kt umah kn. sunyiiiii je rasa umah xdep baby Qis ngan my sis. tmbh lk ank sdara lg 2org pn xdep kt sini. lom pulang lg. aihhh.. aunty winduuuu lah kt sume2 ank sdara.. ohlait.. daku persembahkan ajep la gegambonya.
baby Qis.. besh je dia tido. time ni dia tgh kekuningan.. cian dia.. dh buka mata. dis one krdt to ita. time dia g umah.. mimang kelas lah sentuhan photographer nih ha dh mula nk nangesss.. alolooo... dh nangesss.. acik ita cubit ek... biasa ni acik ita ek. ehehe... ni dh ari lain.. time raya aitu.. dh pki baju nmpk gaya baby girllll sgt. ehehe
**itu sahajalah utk today. hikhik.. windu dak ticit ni lah..