Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

20 July 2012

Ramadhan al-Mubarak


Assalamualaikum..

^_^ gambar ni tahun lepas punya. bersama Zara. anak a fren of mine, Cza. kiut kan dak kicik ni. dia relax sempoi je. mak dia goyang2 pon dia sempoi jgk. aishh.. deyam.. syukur alhamdulillah tahun ni masih lagi berkesempatan merasai nikmat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. bulan rahmat. bulan penuh nikmat. bulan yang aku paling suka. sebab tiap2 hari pun papa dan mama akan ada kat rumah. bulan yang sungguh terasa nikmatnya. bulan yang paling tenang. bulan dimana dapat makan sama2 berkumpul kat meja makan. kalau tak, asik makan asing2. kejap yang ni msk dapur, kejap lagi plk baru lagi sorang msk dpr. dah setel, br lagi sorang lak msk dpr. hish.. it's ok. Ramadhan dh tiba. sukaaaa. dapat solat berjemaah sama2. dapat terawih sama2. best. walaupun aku xdapat nak sambut (berpuasa) sesama umat Islam lain seluruh dunia (sbb ehem ehem), tapi kata seorang insan tu, it's ok walau kamu xleh berpuasa sesama, berterawih sesama di bulan yang mulia ni. usah bersedih hati. sebab kamu diberi cuti istimewa oleh Yang Maha Esa. gitu. gitu la lebih kurang ayatnya. ai pon suda igt2 lopa da exactly words tu ha. ekeke. katanya totap dpt pahala. :) 

Sempena kehadiran Ramadhan yang dinantikan ni, saya dengan rendah diri mohon maaf kepada semua kenalan, kepada semua yang sy xberapa nak kenal atau sy tak kenal andai ada lakukan sebarang kesilapan. andai ada termakan minum xtergitau. andai ada terpinjam pape bulum gak lagi pulangkan balik. andai ada terlambat pulangkan sebarang yang dipinjam. andai ada terkasar bahasa, termengata, terngumpat dan terlaser. maafkan saya. memang kompem sy ni tak la sebaik mana pon. kompem la ada buat salah silap. maafkan saya. semoga kehadiran bulan puasa ni, kita sama2 dapat melipat gandakan lagi segala amalan, amal ibadat dan pahala. juga semoga amalan kita diterima oleh Yang Maha Esa. dan moga dapatlah diamalkan berterusan walau Ramadhan akan tetap jugak berlalu nanti dan digantikan dengan Syawal yang dinantikan seluruh umat Islam jua. tapi time tu nanti kompem la akan terasa kesedihan Ramadhan berlalu. tapi itu dalam tempoh sebulan lagi kan. oke. now, kamon kita bergembira, sama2 berusaha menikmati bulan yang penuh barokah ini. :) syukur padaMu ya Allah. moga usahaku juga akan menampakkan hasilnya. insyaallah. amin..

27 August 2011

Iftar with besties..

Assalamualaikum..

Hye all.. waahh.. gitu.. sedih ni.. Ramadhan seolah olah sgt cepat berlalu.. mcm lampu lip lap lip lap.. beberapa hari lagi dh nak raya.. segenap pelusok jalan kat kota bharu ni pon dh jem sana sini. itu tandanya raya suda sgt hampir la kan. namun syukur sgt masih berkesempatan menikmati Ramadhan + Syawal pada thn ini. insyaallah semoga panjang umur dan masih berpeluang menikmati Ramadhan pada tahun yang akan datang.

Syukur alhamdulillah jua sbb arini berpeluang bejumpa+berbuka puasa besama rakan-rakanku (tapi ai pose ceklat arini. ekeke.. kira aci ajolah ek.akaka).. kamu, kamu, kamu (zura, lec, sheq, ruso. jua pasangan kamu2 yang sporting).. memang best lah.. lepak2 besama kamu trasa sangat sikijap je masa berlalu. just like bulan Ramadhan ini jua. uhuhu..


yaaa.. itu lah dia santapan kami berbuka di The Ritz Boutique Restaurant tadi.. besttt!!.. itu saje gambo yang ada stakat ni. ni pn cilok dari fesbuk lec. ehehe.. tunggu zura daling plk kasu upload kat fesbuk dia, then baru ai kasi topap lagi gegambo. ehehe..

*(tambahannnnn...sambungan punya edisi..)*

memandangkan zura lec ada tambah lagi beberapa gambar pada hari kejadian, maka akan ai tambah jua gambar-gambar itu. ehehe..


Aifaa pun ada. tapi dia just singgah bagi kad jempotan kawen.. gojes gitu. kad+tuan pnya kad. santek yu. ni sebelum kami2 masuk bersiap sedia utk berbuka. ahaha..



08 August 2011

Hari ke-7 Ramadhan

Assalamualaikum..

^_^  hai sume.. masih lagi dalam bulan puasa. baru tujuh hari. namon angkanya akan bersilih ganti dengan pantasnya. tak caya?? haaa.. sila teruskan ibadah puasa anda, then bila tinggal seminggu je lagi nak raya, jalan kat ceruk mana pun dah mula sesak (especially kat kampung tanah tumpah masing2), bila sume dah mula kalut nak cari/tukar duit raya, bila ramai yang mula banyak bunyi sebab banyak abis duit nak kena bayar duit tempah kuih raya yang banyak tak hengatnya tu, bila time tu jugak la nak kua pi cari kasut raya/siper raya bagai.. haaaa.. time korang pasti akan kata "eh. cepatnya bulan puasa. dah nak raya.." tu kira oke lagi. then bila makin meriah bunyi mercun tak kira lah walau memang diharamkan pun men mercun sesuka ati kat M'sia tanah air terchenta ni waktu malam... bila dah umum sok hari raya, then kua lak ayat "eh. esok dh hari raya!! YEAYYY!!" haaaaa.. time tu baru lah korang tau betapa pantas yang amatnya bulan Ramdhan ni meninggalkan kira semua. lalu, selagi masih ada masa ni, selagi kita2 sume masih berkesempatan menikmati bulan Ramadhan ni, silalah rajin-rajinkan diri kita sume untuk menambah dan menampung mana-mana yang kurang. rajinkan diri baca Quran. rajin-rajin kan diri pegi solat terawaih.. bulan lain xde tau solat terawih ni. 29/30 hari je dalam setahun dari jumlah 365 hari tu ha (ni peringatan untuk diri aku sdiri jgk. sila jangan bermalasan ye bayu!! ahaha.. ingatkan diri sdiri).

Oke.. yang kat atas tadi tu sume time sedar diri. ekeke.. muhasabah diri la kiranya ek. tapi, dalam bulan Ramadhan ni jugak, yang paling meriah dan utamanya lagi adalah MAKANAN! ahaha. opkos la kan. tetiap ari duk pikir dalam kepala nak makan apa bebuka nanti. nak makan apa time sahur nanti. tapi yang pastinya tiap kali time sahur tu memang liat gile lah nak bangun kan. ahaha.. aku pun. dan ada jugak sesetengah orang yang tak bangun sahur pun. makan awal2 atau makan siap2 sebelum tido. haa.. pewot aku xleh gitu. nak jugak kena bangun makan sahur. paling kurang pun makan kurma+minum air. tapi kalau dah dalam puasa ni, kebanyakkannya aku makan nasi le sciput time sahur tu. kata sahur sesama ngan famili kan. hikhik..

Itu al kisah sahur.kalau al kisah bebuka xyah cite la ek. kompem sume orang pun tau. memasing dengan selera besar masing2. ahaha.. aku pun (kekadang). tengok tu nak. tengok ni nak. nak lak kalau time ke bazar ramadhan kan. ahahaha.. xyah cite la tang godaan yang terlampau tu ha. akaka.. hurmm.. panjang lak cite am aku ek. hikhik.. padahal tujuan asal entri ni semata mata nak kasi tempek gambar ni jep.


taraaa... kerang rebus.. pebret aku dan adik-adik time bulan pose. papa pun mkn gak. tapi takde lah gaya aku ngan adik-adik aku makan.. buka je puasa, minum air, terus makan ni. ahaha.. pastu baru makan nasi. tambah sedap lagi bila makan dengan 'coleknya' ni ha..

gula+garam kasar stoet+belacan sciput+cili banyak2+asam limau = besttt
 
itu saja. tata. selamat meneruskan ibadah pose...