Showing posts with label coklat. Show all posts
Showing posts with label coklat. Show all posts

07 June 2012

Lolipop Coklat Oreo

Assalamualaikum.

^_^ its thursday. sukeeeee.. sok cuti. dua hari lepas aku buat benda alah ni. sila tengok gambar kat bawah.

lolipop oreo white choc
ai bikin time malam. sbb time tu je masa lapang yang suhunya agak sejuk/tak panash. ehehe.. sudahnya pukul 2 pagi jugak la aku tido pada malam kejadian tu. wooohh.. kompem la ngantok kat opis. ahaha.. actually ni dah kali kedua aku try wat benda alah ni. bole tejebak buat benda alah ni sejak tgk kat satu website tu then sejak pegi kelas belajar buat coklat aitu. aku suka buat coklat lolipop oreo ni sbb ia kelihatan sangat kiut.. sukeee.. ahaha.. feeling comels gitu. bole pulak gitu ek. ehehe.. untuk resipi. wah resipi la sangat kan. oke. cara-cara membuatnya la. bole rujuk kat website howdoesshe.com ni. aku pon memang refer kat situ jugak. very da easy oke. sila la mencuba.. now aku nak share gegambo yang aku snap pada malam kejadian itu. ^_^ enjoyyyyyy!!!

beskut oreo yang telah dilekatkan stick lolipop
disaluti coklat putih









Okeh. itu saje. yang dah siap berbalut plastik punya aku hamek gambar lak. ehehe.. sesape yang rasa nak try tu, sila-sila la ek. jenguk kt link website ai kasi kat atas sana tu. :)

17 May 2012

Melted

Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas aku adalah semacam lebih kurang agak ketensenan. punca?? macam biasa. org2 sekeliling yang ada wayar tertentu xcukop. let say badan dia ada masalah teknikal lah ek. huahahaha. gila kesian. bole plk gitu ek. ekekeke. tu kiranya ayat nak bagi ati aku gumbira tanpa tensen la tu. ekeke.. okeh. time aku dok tgh kepala kacau tu bermsg la ngan sorang kwn aku ni. kasi lepas geram a.k.a. luah geram gitu. hikhik.. then i got dis (sila lihat gambar di bawah) sesudah solat asar. waaaahhhh.. mcm best ek. siap solat. bagi salam. hamik bebarang pakej ngan caklat kit kat. waaahhh... siyes best. pantas aku buka lalu makan terus dgn penuh nekmat. so dat choc melt in my mouth. da feeling?? super nekmat. pantas mood kembali ok. tenkiu ye kawanku yang baek hati. lepas ni, kalau hagak2 nak makan coklat je trus wat2 tensen. asal wat2 tensen je kompem aku nak caklat free la tu. eh. bole gitu??? ahahahahaa.. lemak alam lak aku nih ek. hik hik.

caklat penyelamat mood xbest.

29 April 2012

Bengkel Coklat Pelangi


Assalamualaikum.

:D senyum lebor ye. ehehe. ai berpersatuan sekarang ni uollss. ekeke. kat opis je pon. tapi best jugak la. seronok. mungkin sebab aku memang suka benda alah cenggini kan. all da ladies stuff. sukeeeeeee sangat. sila tengok gambar coklat yang kat atas tu lagi sekali. yummeh. mabeles kan. BEESSSTTTT.... sangat. oke. ia jadi sangat best tu sebabnya ia adalah hasil pegi belajar/berbengkel tu lah. makan dengan perasaan hepi & syukur sangat dapat pegi blaja buat coklat ni. ehehe.. balajar wat coklat je pun nak kecoh ek. ahaha. haroslah. sebab sebelum ni xpenah pun pegi kelas2 cengini. bila dah pegi berguru ni dapat la jugak tips2 buat coklat ni. baru la paham cemana kekdahnya double boil tu. ahahaha.. sebelum ni mmg salah pon cara yang aku penah wat tu. hikhik. dapat tau jgk kekdahnya cemana nak dapatkan coklat yang indah berkilat. tak rugi ai berpersatuan. ahaha. very da mak2 pun ada ek bnyinya bila berpersatuan gini. ada haku kesah?? yang penting bole dapat ilmu berguna. itu ai sangat like!! :

oleh kerana pegi bengkel cakelat ni, maka aku berazam nak kompul segala perkakas buat coklat ni, lalu berazam untuk mencubanya. hoyehhhh!!! ehehe.. insyaallah. dan harapnya sedap jualah rasanya sepertimana yang aku makan aitu. tu pon bape bijik je aku sempat makan. yang lelain yang lagi best jua sodap tu jadi habuan adik aku. humph. skang ni baru ada 2 je peralatan yang dihajatkan tu. ahaha. terus gigih kumpulkan bahan2 itu. caiyookkk!!! tapi sebelum tu.....

nak jugak kasi tempek gambar-gambar coklat yang aku dapat hasil berbengkel aitu. ehehe..
 
dan lagi... total hasil berbengkel adalah: dapat bawak balik satu kotak merah ni, satu bekas bentuk hati tu, sebungkus manes gambar yang kat atas tu, dan sebungkus kiut kek brownies. SEDAP!!
  
oke. itu saje. :)