12 March 2013

Ber'Firefly with Nina

Assalamualaikum.

Cakk!! ehehe.. oke. macam biasa. tamo lagi dah bagi segala alasan koman tu ha. ai muncul balik. opkos  entri tertangguh pon melambak. ahaha. tapi tetiap hari wajib blog walking kecuali time hari cuti. pon ada jugak time rajin on lappy tu totap berblog walking. ehehe.

Khamis yang lalu aku ke Kuala Lumpur bersama adik bongsu. wahhh. gitu. macam adik-adik sangat pulak bunyinya adik aku tu ek. ehehe.. kami sume ahli famili panggil dia Nina. walau nama dia bole tahan panjang jugak la. pon dia owes dok tanya our mama nape panggil dia dengan nama tu. padahal tade pon gaya sebutan gitu dalam ejaan nama dia. katanya nape tak panggil melly je ke? ahaha.. time kamu tecit2 dulu cite melly tu belom kua lagi oke. al kisahnya sebab penah janji ngan dia nak banje dia naik kapal trobang lepas dia abis exam spm. so aku pon booked le tiket firefly time dorang bikin jualan murah2 aitu. berbaloi baloi you. RM35 hengget je all in fare. tapi tiket balik aku tak amik. sbbnya time tu dah mahal pulak tiket baliknya. pon nasib baek sangat tak kecoh-kecoh amik atau cari tiket balik awal2. skali bro in law iaitu hasben akak aku nak balik kampung tarikh yang sangat hampir aku pegi sana tu. sehari je pon jenjalan kat sana sampai lenguh kaki aku beberapa hari. bole tahan hebat jugak la pejalanan kami pada hari Khamis aitu.

suka gambar ni. sebabnya nampak bilah kipas tu gerak. kipas?? enjin la. ehehe. walaupun gambar ni tade la canggih sangat pon kenn. hik
awan biru. aku paling suka tengok segala awan gemawan ni time fly. opkos kat bawah sini tade segala pemandangan indah ini kan.
dari tempat duduk aku. haruslah kenn..

Gambar adik aku time dalam flight none ado. sebabnya dia duduk seat berasingan ngan aku. aku xpilih seat. jimat punya pasal. ahaha.. tak jauh pun. seat belakang satu seat dari tempat duduk aku, tapi side kiri kapal trobang. aku kat side kanan. ada gambar dia pon time gi Pavillion je. tu pon tade dalam simpanan aku. sebab dalam phone dia kan. back to the story kegigihan kami jenjalan pada hari kejadian tu. flight kami jam 7.20 pagi dari Kota Bharu. maksudnya lepas solat subuh dah kena gerak dari umah. sampai la sana dalam lebih kurang 8.20 pagi gitu kat epot subang. aku tak tengok jam pulak. amik teksi ke stesen lrt berhampiran, iaitu stesen lrt kelana jaya. kosnya adalah RM24. bole tahan jugak. semacam nyesal pulak tak kontek mak sdara / kazen aku awal2 then singgah umah dorang dulu jap pepagi tu. umah dorang kat area subang tu jugak pon. hukkkksss.. silap sendiri. fadan muka ai. takpe. perjalanan tetap diteruskan. next, we heading to kl sentral. bekpes jap kat situ. sarapan kami adalah hotcakes mekdi. nyummm.. tapi muak pulak rasa dekat2 nak abis makan tu. adik aku lak tade selera pagi tu. dia makan sekeping setengah. then setengah dia lagi tu aku yang abiskan. gigih. cemana badan aku tak jadi bagai di pam kan. 'alasan. ahahah'.

Mulakan pejalanan kami, we heading to stesen monorail kl sentral. amik token ke times square. token ek benda alah tu? ehehe. sukati aku jep ek. bole la dah ropanya memang sjibik ropa token kan. lama sangat tak naek monorail, lrt segala kan. ehehe. adik aku sangat soka gi times square ni. sebabnya banyak benda alah yang dia gemar kan. teenagers. situ antara tempat dorang suka kan. lots of cheap and voila baju-baju segala. me bila dah nampak nichii kat situ, menonong je masuk. ehehe. grab 2helai baju je pon. ikotkan ati nak amik 3. tapi tahan diri. hik.. fenat jenjalan kat situ, aku ajak adik aku ke area seberang times square tu pulak. konon nak cross naik jejantas ke hapa yang ada la kan. skali sebab dah lama sangat tak gi area situ, ai lopa terus oke jalannya. ahaha. lalu naik jep monorail balik. benti je kat bukit bintang. ahahaha. actually sebab kaki pon lenguh. nyinggah fahrenheit. then ke destinasi yang dituju. pavillion. masuk je terus gi cari tempat makan. ahaha. kami makan yong taufu. aku silap pilih amik sup sedangkan sepatutnya aku amik sosnya je untuk aku. uhuhu. telan ajo la. isi perut kasi kenyang + tambah tenaga. ehehe. tepesona jap tgk necklace kat forever 21. try. then decide takpe la. takyah dulu la. kot jumpa lagi cantik lagi murah kan. then nyesal sampai sekarang sebab tak jumpa pon kat tempat lain. pastu minta tolong fren of mine Anna Ismail, tapi sebab tak amik gambar aitu kan. so agak susah la untuk dia tolong belikan. cian dia have to amik gambar then send kat aku nak make sure tak silap beli kan. very kind of her.

Next destinasi, Mid Valley. gila ah. tu pon gegara adik aku nak sangat gi sana kan. ada la tu hajatnya. sampai je terus tuju ke tempat yang dia nak beli something that we wear daily. ehem ehem. ahaha. then round-round tanpa hala tuju. hajat di hati nak layan movie. then dah terlepas pulak time yang sesuai untuk kami nonton cite OZ apa ntah tu yang baru stat tayang on 7/3/2013 aitu. idak ngape la. dalam almost pukul 9 malam baru sampai umah akak aku kat Kajang. so, just imagine la kan cenggana tak lenguh-lenguh sakit kaki for few days. phewwww.. kalau kat kb, jangan harap la kami dua beradik sanggup jenjalan sejauh, sebanyak itu dalam sehari. uhuhu.. sebab kejar masa punya cuti-cuti kan. sebab esoknya kami dah nak gerak balik kb.

Sepanjang kat sana, sepanjang perjalanan balik ke kb, haruslah Qistina si tecit my niece yang jadi penglipur lara. cari air la. maksudnya macam sungai kecik ke, tasik ke, sepanjang perjalanan balik tu. sudahnya jawab je 'air nusuk' (air nyorok) time tak lalu tempat yang ada air segala tu kan. sebutan dia, 'air nusyuk' pastu tengok keta, 'keta nusyuk'. my sweetie pie betol la. noty cutie qis. itu je la kot. tetiba jadi blurr plk ken. huk. tata.


13 February 2013

Sudah Terima. Yeay!!

Assalamualaikum..

Boleh tahan agak penat jugak la hari ni. agaknya hari ni adalah hari dugaan bagi aku menghadapi pelbagai karenah orang sekeliling. phewwwwww.. lotih yang amat. dari pepagi hari. sampaiiiiiii lah ke petang hari dah lepas opis hour. saboooooooo je lah. ai terima dengan bahu yang dah mula rasa lenguh neh ha.. hasil membanting tulang membuat kerja. hikhik.. ayat tak hengat. macam la membanting padi membajak sawah bagai. ahaha.. idak ngape la. anggap saje ganti hari-hari lain yang agak dilapangkan time kat opis kenn. :)

Okeh. done with all the keluh kesah yang kurang enak itu. i'm very happy today sebab dah terima kiriman aku kepada kak Leen yang pegi bercuti ke Langkawi. soooookaaaa.. itu adalah second good news actually. yang 1st nya adalah bila balik keje petang semalam. aku sudah terima birthday voucher dari SSF. soookkkkaaaaa... suda lama ai tunggu you baru munchol wahai kad vaucer.. haihh lah. valid dalam tempoh bulan birthday aku jep. tapi terimanya on 12hb. cemanakah??? redha ajep la. better than nothing la kenn..

Tetime badan fenat ni, macam best jep kalau pekena cendol pulut tapai ke... kek absolute chocolate ke... creme brulee cheese cake keeee.. adeeeeeiiihhhh... sruuuppp!!! tarik balik air liur meleleh.. ahahahaha.. keji punya ayat.. fedulik. ^_^ okeh. aku nak jugak share kegumbiraan hati aku hari ni.. sila la ye..

kiriman aku kepada kak Leen. :D Almond Gold Whittakers.
Kawan aku yang bertanggungjawab kenalkan aku dengan coklat ni. terus aku jatuh hati. pantas jep kirim bila tau ada orang nak gi Langkawi kenn. sebab katanya coklat ni ada kat Langkawi je. yeke?? tempat lain tade ke kat Malaysia ni?? cer gitau.. hikk.. tapi tak kesah lah. i got it. tak sabar nak ngap nih. sayang pon ado rasanya nak makan. bole pulak gitu ek. ahahaha..

the 1st hepi news sepatutnya. terima petang semalam. :)
tadaaaaaa....
Yeay!! tak sabar nak gi soping kat ssf. opkos kena pegi with my mom. sebab berhajat nak sambar side table katil putih ai. ataupun cermin sakti yang bole bagi badan terus jadi cun melecun tanpa perlu diet bagai. ahahaha.. terlebih verangan pulak. tapiii.. macam dikurangkan pulak jumlah diskaun vaucer ni ek kalau nak dibandingkan yang aku penah tengok kat satu blog tu. ke begantung kepada tahap kite gi soping kat situ ek?? idak ngape la. yang penting ai totap dapat jugek kenn.. itu pon dah cukop hepi. ok. dah. tu je. nak balik dah. bai. ^_^


12 February 2013

Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum.

Berlalu sudah cuti selama 4 hari. 2 hari cuti hari minggu dan 2 hari cuti sempena Tahun Baru Cina. best. super best lagi sebab famili akak + adik aku yang duk belajar kat Puncak Alam tu balik. tapi sayangnya dorang tak sempat nak join kami sekeluarga yang lain-lainnya bercuti simple-simple. very short cuti-cuti with famili. dalam negeri je pon. tapi ok jugak la sebab dah lama tak pegi relax-relax besama famili kan. destinasi kami??? kat sini. (sila lihat gambar di bawah. :P )

pepohonan.
Suda dapat hagakkah di mana?? ada la sket-sket hint dah nampak kenn..

ada ini. kompem la dah bole hagak kan. kat mana lagi yg ada benda alah ini.. tapi.. secara tepatnya...
ini adalah pemandangan time pagi dari area rimbunan pepohonan.. iye. pantai..
kolam mandi.. :)
Sesiapa yang penah pegi sini kompem la tau kat mana kan. especially bila tengok gambar kolam mandi manda tu kan. kami sekeluarga pegi rehat-rehat santai kat Sudara Beach Resort. masih dalam negeri Kelantan. sangat dekat je kan. adalah hampir sejam je pejalanannya dari rumah. sian kat anak-anak sedara. dah lama sangat dorang nak pegi mandi manda kat kolam sampai puas. so pegi la kami kat tempat yang reasonable price ni. tempatnya oke. kemudahan yang disediakan pon oke. bole memuatkan 4 orang dewasa dalam satu bilik dengan selesa (nak lebih selesa sila tambah tilam or bawak toto/tilam nipis tu dari umah. ehehe). cite lebih detail tentang percutian kat sini, ai kasi stori len kali ek. insyaallah i will. ehehe.. lots of pikcah aku nak share. dengan telatah bebudak main tepi pantai. besantai dalam kolam. best.

Hari-hari lain time cuti aitu, just lepak umah, kua pegi jemputan kenduri kawen, makan-makan sempena maulidur rasul. tu je la. :) k bai. nak sambung wat keje. arini dah start keje balik.


03 February 2013

Nombor 4

Assalamualaikum.

:) Esok dah empat haribulan dua. waaahhhh... sunggoh pantas. kalau mengikut rancangan awal hujung tahun yang lalu, esok sepatutnya aku dan mak sedara dan sepupu+hubby akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah. namun apakan daya, belum masanya lagi aku menjadi tetamu Allah. insyaallah bila sampai masanya nanti. yang lain-lain tetap akan pegi jugak. tapi tarikh bertolak ke sana ditangguhkan keesokkannya. jadi, diorang akan berlepas dari kota bharu pada 5 haribulan nanti. iaitu hari selasa ini.

Perihal nombor empat. well, it's my day. :) tinggal few hours lagi. phewwww.. then no more angka dua. welcome angka tiga. grrrrr.. tadi pegi ke Maybank untuk beberapa urusan. kebetulan pulak tempat duduk ruang menunggu yang aku landing baek punya tu kat depannya adalah kaunter nombor empat. senyum je la. tak perlu kata apa-apa.

pandangan kaunter kat maybank tu betul-betul depan tempat aku duduk
kasi close up sket. nombor itu. :)

Aktiviti aku sesambil menunggu untuk berurusan di kaunter. ngeh ngeh ngeh.


30 January 2013

Planner 2013

Cakkk!!
Assalamualaikum...

^_^ Few days ni nakkkk jep rasa update blog. tapi sudah nya tgk je. pastu blog walking. ehehe. sangat hepi semalam i got this sweet and lovely planner year 2013 from a fren of mine. sunggoh tak sangka oke. tetiba ada orang meh bagi sampul surat besar kat aku. katanya from my fren, Cza (my ex-opismate actually). sekarang ni dia keje kat kl sana. bila buka je sampul tu... tadaaaaaaa... i got....

thisssss...
Planner ntv7 tahun 2013. sangat cantik. sangat sukeeeee.. tak sangka dia ingat kat aku siap poskan benda alah ni sbijik untuk aku. yeay!!! kat setiap helaian kat dalamnya pon cantik. sweet. bestnya bole wat design gini. aku takleh wat design gini kat tempat keje sekarang. maunya imej skema aje. huk. idak ngape la. i redho. gitu. ehehe.. time raya aidilfitri last year pun dia ada poskan kad raya jugak for me. very sweet of you la my dear fren. :) windu jaman kite kua lepak-lepak jenjalan sama-sama dulu. jaman kamu jua kak leen belum kawen pon lagi. ehehe. sekarang ni both of you suda ada anak sorang. u got anak dara yang comel, kak leen got anak teruna yang noty sweet2 gitu. setiap yang berlaku ada hikmahnya. kalau tak, kawan aku ni tak dapek le keje kat tempat happening macam sekarang ni kan. pastu bole duduk together-gether with her hubby. kalau dulu berjauhan. sorang kat kl, sorang lagi kat kb. hanya Dia yang maha mengetahui yang terbaik untuk setiap hambaNya.

pandangan depan. setelah dibuka cover plastiknya. see... the note. for me, from cza. :)
yang ni pulak pandangan belakang planner ni. super cun.
Sekali tengok, temanya dah macam all my favourite things pon ado. harus super like la kan. syukur alhamdulillah. lately ni murah rezeki sangat-sangat. dengan segala jemputan makan-makan. gift, and lots of things. syukur ya Allah. semoga aku tidak alpa dengan segala nikmat ini.

Teringat kembali kisah arwah Siti Hajar binti Ahmad Sabir yang baru meninggal dunia 20 Januari yang lalu.  seorang mujahidah yang telah membuka mata hati ramai orang. dakwahnya sehingga hujung nyawa. kisah coretan rentetan pengalaman di hari terakhir beliau yang dikongsikan oleh ibunya sangat menyentuh jiwa. al Fatihah untuk pemilik jiwa suci ini.


19 January 2013

Sehari Bersama Qistina

shaaakkk!!
 Assalamualaikum..

Itu adalah anak sedara noty moty ai. Qistina. hik.. makin rancak becakap ni sekarang. kalau tepon kat mama dia, jangan harap la boleh cakap lama-lama ngan mama dia. kompem dan seharusnya dia je lah yang pegang tepon tu ha kalau dia tak tido. cayang dia. actually gambar kat atas tu time aku pegi KL last time untuk last year. belom mandi lagi si tecit ni time tu. last day kat sana aitu, kua ngan akak aku dan si tecit ni. gi jenjalan kat Mid Valley. 1st time kua naik teksi dari umah akak aku. ehehe. dorang dah biasa la. dari masuk teksi kat umah, sampai la time naik teksi yang sama nak balik umah balik, asiiiiikkkklah nak ngan aku je budak tecit ni. sampai kan akak driver teksi tu ingatkan aku ni mommy dak ticit ni. ish ish.. yela... dia eksen je ngan mama dia kalau ada aunty dia ni. 

Qistina in melting wonderland.
   Mari kite kasi transformmmmm..... yeeeeeehhhhhhaaaaaaaaaa.....!!!!!!

bertukarrrrr... dari muka notty.. terus ke muka blurrrr gitu ek.
asyikkkkk je dia dok tengok sume decoration tu.. the cutie white birds.. all the small and cute things.
paling suka tengok gambar ni.. belon tu memang tak lepas la yee..

Bila dia pakai baju kemeja cenggini nampak macam boyish sket. dah la memang tamo pakai cekak rambut ke klip rambut ke.. kalau pakai pon kejap je. pastu dia tanggalkan. haishhh.. tali kuning yang asiklah ada kat tangan dia tu actually tengah pegang belon kaler pepel. ada anak sorang akak tu bagi kat dia. baek betol akak + anak dia tu. sebab budak tu tanak, then Qis memang tengah nak belon time tu. rezeki my niece. sukeeeee je dia bila dapat.

masih asyik tengok segala benda alah kat pokok-pokok krismas tu
comel jek rasa tengok moment ni..hikkk...
ibu dan anak. Qistina + mamanya.
tahan jep dukung sebelah tangan. berat bole tahan jugak la. tapi sebab nak jugak bikin peace tu kennn..

akhirnya.... the comots me. dengan lengan bajunya hentah pape.. jenjalan soping sesambil jaga dak tecit, hamik gambo & kengkadang dukung dia kenn.. kasi pejam mata jep la.. sila perhatikan sebelah bawah kiri gambar. nampak kan tangan dak tecit tu dan belonnya.

Sehari bersoping bersama hanya kami bertiga. perghhh.. bole tahan jugak la. sambil soping sambil tengok-tengok si tecit ni kat mana, buat apa. kejap-kejap amik dia, panggil dia bila hagak-hagak dah tersasar jauh melencongnya. takde la banyak sangat pon sopingnya. just tuju tempat yang memang nak beli barang je. sebab agak mengejar masa pada hari kejadian tu. malamnya kami naik bas balik KB. pastu my sis takut tak sempat jumpa hubby dia yang nak pegi out station jugak petang hari yang sama. overall, best tengok qis hepi kua jenjalan walaupon dia kompem penat kan asik bejalan melencong sana sini. tapi bila sampai time dia dah penat, dah lenguh, harus lah dia nak dukung tanak jalan lagi dah.. hik.. cian dia jalan sampai penat. ouwhhh.. actually that day adalah weekday. itu pasal la kami bertiga je. bro in law keje kenn..

Windu budak tecit ni. sangat menghibur hati. hikhik.. gambar dan kejadian dah berkurun, baru nak update bikin entri ek. ahaha.. ni belom lagi yang time pegi langkawi tu. hik.. itu next entri la kot. insyaallah. :)

Sebelum lupa.. malam tadi JOZAN menang maharaja lawak.. yeah yeahhhhhh!! tahniah to both of them. dapat RM 500,000.00 tuuuuuu... perrrgggghhhhhh!! namun, dalam duk berhibur tu semoga seluruh rakyat Malaysia ni tidak terus terusan lalai diulit hiburan semata. adakala time berhibur, adakala tuntutan agama juga wajib diikuti dan diamalkan. tanggungjawab kita bersama untuk saling mengingati dan menghargai segala yang kita miliki kini. insyaallah selamat dunia akhirat. peringatan untuk diri sendiri jugak ni. okeh. nite sumeeeeee.. simut gebus suda memanggil... (gitu.. macam la korang heran sangat kenn bila time aku bikin entri ni. ahaha... layankan ajo). tata..


18 January 2013

Kopitiam Kita

Assalamualaikum..

Hari Jumaat yang indah dan cool.. pepagi lagi dah siap-siap hari ni walaupun hari minggu. sebabnya nak pegi Program Senam Cergas Sihat 2012/2013 Peringkat Daerah Kota Bharu (senamrobik), bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu. wahhh.. gitu. sangat sihat jep bunyinya kan. ehehe.. kalau ikutkan hati macam malas je sebenarnya nak join. sebabnya pendaftaran adalah bermula 7.45 pagi. sungguh awal rasanya di kala hari minggu yang dingin dan nyaman nih ha. ahahahaha. (sebab tido pon sodap sejuk-sejuk nih ha. bergulung dalam selimut yang tebal. pergggghhhh!!!) hik. bajet isi hati aku la tu. ahahahaa... tapi pegi jugak. sebabnya kak KC comel dah beria ajak join kennn.. hik. padahal sebab mengenangkan badan yang makin sihat cargas membesar neh ha. adui dui.. segala aktiviti erobik tu ok. pastu dapat bihun free + air mineral. ok la tu. tapi tak makan pon jugak lagi.

Balik dari bersenam sehat tu, pantas kami bikin plan gi makan-makan. muahahahahaa.. dah erobik gi bantai makan pulak ek. bagus sangat. ekeke.. kak KC daling ngajak ke Kopitiam Kita. jangan tak tau tempat ni very da femes oke. nape tempat ni femes sangat??? ntah. bak kata kak KC mungkin sebab kat sini ada nasi pagi yang dah siap bungkus dari merata ceruk daerah kat kelantan nih ha. dari tumpat ada, dari wakaf bahru ada, pastu aku dah tak tau + tak ingat lagi dah dari mana lagi. tapi antara yang femes adalah Nasi Air Dingin. ni dari tumpat kalau tak silap aku. aku penah jugak try sekali nasi ni. no wonder la femes. rasanya masih ok dan menyelerakan walau aku makan time tengahari sedangkan nasi tu dibungkus dan beli dari pagi lagi. hebat. rasanya macam hasil air tangan orang dulu-dulu. puas hati nokk. kalau panas-panas kompem best. lagi satu yang special kat sini mungkin adalah roti titab. sebut betul-betul... TITAB ye.. kalau silap, tolong betulkan ek bagi sesape yang tau. ehehe..

menu aku pagi ni. roti titab + teh 'o' suam. very the klasik hidangan air suam tu kan. aircond kat luar (istilah kak KC. sebab letak ais kat keliling gelas air teh o yang panas). :)

Itu lah dia yang dipanggil roti titab tu. roti bakar rangup di bahagian bawahnya yang agak tebal hampir seinci yang disapu marjerin, ada kaya kat setiap penjuru roti dan ada telur separuh masak kat tengah-tengah roti tu. rasanya??? yummeh.. bole pegi makan lagi. ehehe.. harganya?? aku tak tau. sebab orang banje. tenkiu kak KC for dis yummeh treat. ouwh... lupa. actually pegi makan besama Ati yang kiut + anak kak KC (Erika Rania kiut yang pemalu). view lain kat kedai ni tak dapek nak share sebabnya memori tepon aku dah penuh. hukk.. ada banyak pilihan makanan lain lagi selain dari yang aku dah mention tadi. ada satey yang dihidangkan panas-panas. tapi rasanya tak setanding satey kat Pintu Geng yang super best tu. tapi ok jugak la untuk bekpes kan. ada nasi bungkus yang pelbagai. ada nasi ayam gulai, gulai ikan, ada putu mayam, nasi impit inti sambal and few more. tengah duk makan, cikgu ai jaman sekolah rendah (dari darjah 1-3) sampai dengan anak-anaknya. so sweettt.. ada juga my uncle,aunty & famili. tapi dorang tak perasan walau aku dah siap panggil pon. tapi tak pulak aku bangun gi tempat dorang. ahahaha.. apa da.. dakpe. jumpa nanti gitau. kompem kena potpet potpet manja. akaka.. em.. itu je la kot selain turut ada iklan lampu-lampu cantik ditayangkan kat tv dorang. bagusssss.. siap bole wat iklan kat sini. very bisnes minded. 

Bagi sesape yang tak tau, kedai ni terletak kat area Sri Cemerlang. berhampiran Celcom Centre ataupun Kedutaan Thai. kalau tak jumpa jugak, pegi je area tu, tanyakan je la kat sesape yang kelihatan kelibatnya kat situ. hagak-hagak la nak tanya arah pon kan. tu sendiri pikir dan ingat. ahaha. gitu. orang lain dah laaaaaaammaaaaaaa sangat da gi situ, makan-makan kat situ. aku yang pestaim pegi makan kat situ arini nak kecoh-kecoh pulak ek. ahahaa.. yeeeee.. aku memang ketinggalan sket. grrrrr... fedulik. sharing is caring kennnn.. to those yang belum tau. yang dah tau tu sila share sini apakah lagi yang best kat sini. tak pon kat tempat mana lagi yang best. ehehe. ok bai.


15 January 2013

Last Trip To KL - 2012

Assalamualaikum.

Huihui haiii.. ehehe.. actually ni kisahnya dari tahun lepas lagi ni. tapi dah janji nak cite kennn... masihkah anda ingat entri sebelum ni aku ada cite tentang aktiviti aku yang agak padat yang tak berapa nak padat sangat untuk 3 minggu berturut-turut tu. antaranya adalah ke Kuala Lumpur. actually temani adik aku gi sana lepas dia abis cuti semester. alasannya suh temankan dia sebab dia tak reti nak turun kat mana kalau naik bas. pastu kalau gi naik flight sorang2, dia tak biasa then tak reti cemana kekdah nak sampai ke umah akak or abang kat sana. okeh. fine la. sy temankan. ece ceeehh.. konon la kan. padahal sesambil aku nak gi soping-soping jugak pon. ehehe. bunyi macam enak jep ek. soping. tapi takde la soping sangat pon. biasa-biasa je. jom.. mulakan journey stori mori yang tertangguh tu. hik.

cuaca adalah mendung time kami berlepas dari epot Pengkalan Chepa. ujan da pon ekceli. amik flight pagi. kul 8.00 pg kalo xsilap. ai lopa oke. papa + mama anto. nina jua (adik kami).
hagak-hagak baru mula trobang. aku memang suka amik gambar cenggini kalo duk tepi. tapi ni tak la tepi sangat pon. aku duk tepi/sebelah adik aku yang duk tepi tingkap neh ha.
indahnya.. walaupun ai menggunakan kamera tecit je. tapi kamera tecit itu sangat banyak berjasa. tenkiu kepada kamera tecit + tuan kamera tecit.
yeee.. adik aku fefeeling verangan dok tepi tingkap tuh ha.
sampai kl sentral, melangut tunggu kawan aku menjempot. ita bebeh. bercinta jugak la. huk. tapi idak ngape.
aku isi masa lapang menanti penuh hebat itu tengok-tengok orang, hamik-hamik gambo.. tenkiu sudi menjempot kami wahai ita bebeh. you memang sweet lah. itu kl hop on hop off bus. kebanyakan yang naik bas itu haruslah tourist.
kek yang sedap. aku lupa nama kek ni oke. ahaha...

Penantian kami adalah sangat berbaloi. sebabnya?? kami menuju ke ikea lalu mengisi perot yang lapar menikmati makanan pebret kami. best!! antaranya, kek kat atas tu. memang sodap. tapi paksa diri habiskan sebab dah telebih kenyang nikmati makanan pebret aku yang lagi satu. patutnya amik satu jep. tapi takpelah. makan sajo la.

inilah dia. my pebret. meatball. yummeh. ini memang kompem gerenti sodap. banyak ni bukan aku makan sorang oke. makan sesama 3orang.
dan ini. chicken wings. yummeh.

Ngeh ngeh ngeh. kalau dah begitu banyak, haruslah kenyang yang amat kan. then barulah berhati senang pegi membeli belah. ehehe. tade apa pon. just beli quilt cover, cadar, jams (sebab amik 3bijik jam kan. so tambah la 's'. ahahaha), jua bekas tin yang pelbagai guna. dah guna pon itu quilt cover + cadar. cun. tapi corak bersilang pangkah mata memandang sket. tapi totap chantek. kata ai pilih kan. hikhik. nak jugak menang tamo kalah ek. ahaha. then kami terserempak dengan jualan murah yang hebat kat padini concept store. most of the item 50%-70% hoke. bebaju, beg rega rm9 je. oke. opkos kami rembat dengan senang ati. ehehe.

Acara jenjalan kami tidak berakhir di situ. disebabkan dah lama tak nonton movie kat cinema, makanya kawan aku hantarkan kami ke Sunway Pyramid pulak sesudah Maghrib. tu pon sempat singgah Paradigm Mall sebelum tu. kat Paradigm Mall tu terserempak dengan my bff with her family. Farah Alwani. wah... nama penuh gitu. ehehe. kat Sunway Pyramid tu kami makan-makan dulu sesambil menunggu masa menonton. al kisahnya tepaksa berdiri tunggu turn nak duduk kat tempat makan tu. actually macam kiosk kecik la. seat pon tak banyak. silapnya tak mintak adik aku duduk chop tempat dulu. uhuhu... menanti la dengan sabar. cite yang kami nonton adalah.... oke aku dah lupa tajuk. lama sangat kennn.. ahaha. tapi cite kartun untuk krismas punya. best. layan jep. setel sume terus menuju ke umah akak ai kat Kajang. ketemu si tecit anak sedara ai. tapi dia dah tido itu time. 

sesambil mengisi masa kat Paradigm Mall. kami dalam cermin. ahaha
masih di Paradigm mall. adik ai..
da chubby me. hukkkksss.. itu adalah baju dari poplook. ngeh ngeh ngeh..
besama binatang peliharaannya.. nyomel jep. bak sini sekor nak balik bela blakang umah. ahaha
ahah!! ini pulak dah kat sunway pyramid. kawasan binatang peliharaan tu dok main-main.. ngeh ngeh ngeh
dan lagiiiiiiii...

Chumeelllllssss.. sukeeeeeee.. nape aku suka sangat amik gambar kat tempat-tempat macam gini?? sebab ianya comels. sebab aku memang suka segala benda alah comelsss.. dan sebab aku memang suka yang amatlah segala benda alah dunia fantasi ni. dah. titik. nape takde ropa kawan aku dalam gambar-gambar ni sume ek?? aku pon baru prasan. mungkin sebab bila dah depan makanan tu aku leka kan. bila dah stat soping lagi la. pastu dia takde kat tempat kejadian kat sesetengah tempat tu.. hurmmm.. next time kite amik gambar sesama ye siti marsitah bebeh. sayang kamu. tenkiu wak bawak saya ngan adik saya jenjalan. :) itu je. tata.


10th Anniversary

Assalamualaikum.

Jeng jeng jeng... penghujung tahun 2012 yang lalu, genaplah 10 tahun usia perkahwinan kawan aku Zura and her husband abe Ja. hikhik.. not my anniversary oke. ekeke. kagum. sunggoh pantas masa berlalu weh. kejap sangat rasanya masa bergerak. waktu beredar. hari bertukar direct ke tahun. haishhh.. tahun ni dah 2013. me dan teman seangkatan memasing dah sedar dan tau dari tahun lepas lagi. memasing dah tafkan diri untuk hadapi tahun ni. hukhuk. ahaha. nak tergelak pon ada. batch kami-kami sume memasing sedar diri lah kennn.. it's ok.. not a big deal walau agak big deal jugak lah. no more angka dua kat depan untuk kami-kami ini.. huwaaaaaa... dakpe. dakpe.. itu hanya sekadar usia kenn.. hik.. nak jugak tuh. kasi hati tenang wei..

Okeh. back to the track. aku tak kompem tarikh sebenar ulangtahun dorang tu. tapi dalam bulan Disember la. memandangkan dorang sebok yang amat di penghujung tahun yang lalu dengan kerja dan pelbagai aktiviti, dalam bulan Januari tahun ni baru diorang berkesempatan adakan majlis ulangtahun ni. majlisnya actually pada 4/1/13 yang lalu. tapi biasa la ken.. ai kan banyak bebenau koleksi gambar terkumpul. hikkss..

Storinya, adalah gigih bebenar lah ha kawan aku ni sorang. tapi sangat sweet oke. siap sediakan buah tangan yang sangat sweet lagi untuk kami sama-sama raikan kegembiraan dorang nih. kenapakah aku cakap gitu. haaaa... jommmm...

salah satu daripada buah tangan yang dorang kasi. mug. sweet kan. nyomel sangat.
tadaaaaaaaa... 3 buah tangan semuanya. bunga telur (yang nampak sciput je belah kiri tu), mug dan fridge magnet.

Banyak kan. gigih bebenau. siap ada photo booth bagai tau. kat majlis tu dapat la berkumpul dan lepak-lepak bersama geng huha-huha ai kenn.. hikk.. best. bukan mudah untuk kami berkumpul sesama. then jumpa jugak dengan few friends batch kami time sekolah dulu. sukeeeeeee...

yaaaaa.. inilah dia tempatnya yang ai kata photo booth tu. tapi sebenarnya kelihatan macam ruang letak pelamin atau sanding-sanding pon ado. just tade letak kerusi. ganti ngan meja+kek red velvet super yummey. antara kengkawan sekolah dulu yang hadir.
them. dari kiri: Hanis (preggy 4 month. tapi nampak slim jek kan), Zura (tuan umah+majlis), Hamidya yang suda hampir due (omeyyy jep), Elle yang cun handle Sudara Beach Resort and Sara yang very tinggi.
abe Ja+Zura with Jordi Perez. peminat tegar TRW (the red warrior)
nahhhh.. hamek stempek. ahahaha..

Best!! tapi tak sempat nak borak-borak berbual mesra sangat with kliks sebab markas utama kami adalah umah Zura. hikhik. ni kat kedai makan umi Zura. konon. padahal aku siap bape kali ulang alik pi amik makanan la, dadih la, air la, kueh-kueh la. ehehe.. okeh. tu je. no more stress dari entri yang 1st tahun 2013 ni. tata. :)


09 January 2013

Pertama di Tahun 2013

Assalamualaikum.

Salam tahun baru 2013 kepada semua. ehehe.. dah hari ke sembilan pon. lagi nak kecoh-kecoh wish tahun baru sume ek. ahaha.. tiap-tiap hari pon aku niat nak update blog ni. nak tambah entri. aritu ada jugak taip sikit hari 1.1.13 tu. taip sikit, tinggal jap, terus tak sambung sampai la ke hari ni. kasi edit tukar tajuk terus la jawabnya. ahaha.. gambar dah bertimbun dalam koleksi ni. tapi asik tak jadi, asik tak sempat jep. kembali ke penghujung tahun 2012 yang lalu. lots of good things happen to me. gumbira. permulaan tahun 2013 juga sangat bagus. masih lagi dilingkari happy things. eh. tapi ada jugak la yang tak best awal-awal tahun baru tu. office things. lupakan sajelah ek. ehehe.. yeeee. i'll improve myself. tak deny pape pon. 

Hujung tahun aritu aku berkeputusan nak menunaikan salah satu kewajipan aku sebagai umat Islam. good things happen. nama aku clear dari black list imigresen. YEAY!! pantas terus bikin paspot, amik gambar, pegi amik suntikan sume. tetiba arini, DENGGGG!!! bad things beratur bersusun kau kasi hempuk ai. huk. memula pepagi time 1st mitim yang aku attend this year dah kena hentam. actually that thing supposed bole je kalau yang berkenaan tu nak remind aku elok-elok. tiap kali jumpa sebelum ni takde pula nak ingatkan aku ke apa ke yang sepatutnya ke yang tak patot ke kan. alih-alih time dalam 1st mitim tu la jugak ada sorang hamba Allah ni direct hentam kan. pastu kasi ulang banyak-banyak kali pulak kan. yelah. dah silap orang lain kan. bukan silap kamu kan. bagus lah tu. semalam opismate aku dah bengang ngan dia gegara kelaseran kata-kata yang kua dari mulut wangi dia tu ha. takleh ke nak gitau leklok. terus jep ko caras orang buat keje ek. takpelah. sekarang ni kat dunia serba pantas, serba canggih, serba segera kan. then second mitim, kena jugak lagi. yang kali ni pulak secara langsung dan secara tak langsung kena. ayat memang best lemak berkrim habis la kan. takpe la. mungkin dalam kehidupan seharian dia memang dah sebati sangat dalam diri dia tu dengan segala apa yang keluar dari mulut dia tu. takpe. paham sangat. dah gitu cara dia membesar kot ek. abaikan je lah dia. there's always a way or more on how to tegur orang lain. kena cara, smooth jep everything.

Paling GEDEBUSHHHH DUSH DUSH hari ni, aku terima panggilan telefon time tengah duk mitim tu. dari agensi pelancongan yang aku dok berurusan tu. berita dukacita disampaikan. huk. kelihatannya harapan adalah tipis/samar-samar/mungkin takde harapan. huk... mungkin belum rezeki aku. belum sampai masanya lagi. sedih memang sedih. aku dah siap pasang angan-angan nak jejakkan kaki kat sana walau ada jugak perasaan agak takut dan gentar tu. aku redha. Dia yang menentukan. insyaallah segalanya akan kembali cerah dan tenang. semoga semuanya baik-baik belaka. amin..

Tapi kan. walaupun hari ni bertimpa yang agak scepeh yang xbestnya tu. totap jugak ada yang bestnya. syukur alhamdulillah. takde rezeki yang lain, dapat pulak rezeki dari sudut lain. hari ni sangat murah rezeki  tang makan-makan. time mitim yang 1st pagi tadi dapat makan durian crepe yang enak foc. iyeeeee.. free of charge. kak Wan yang baek hati bawakkan untuk kitorang. tenkiu kak wan. pastu ada jugak la kuih-kuih sket. ok la tu. alhamdulillah. teralas dengan selesanya perut ai. hik. then dari petang semalam lagi sorang akak baek hati ni, kak La jemput makan-makan kat pantri opis. dia tempah nasi beriani khas untuk banje kawan-kawan makan. so sweet.. tapi tak tau pulak sempena apakah. belom sempat nak tanya. ehehe. sangat best. yang kurang bestnya sebab aku makan dalam gopoh atau tanpa feeling tenang memandangkan time tu adalah tempoh selang masa antara lepas mitim 1st dengan mitim sterusnya. tapi ai bantai makan jugak. selamba. hik.. besttttt.. konon nak repeat makan tengahari. sekali kua makan with kak Leen + Na my opismate pulak. tak dapek la. tapi ok la jugak. spend time makan-makan ngan dorang sesambil release segala kekusutan + sedey atas berita yang mendukacitakan tu. then bila kat umah, kazen aku datang bawak karipap yang dah siap goreng satu plastik. yummeh. makan free lagi. ehehehe. see. Tuhan tak penah kejam kan. syukur alhamdulillah. pape pon aku masih berharap agar ada peluang aku dapat menunaikan niat asal aku tu. aku hanya mampu berdoa. moga dimakbulkan olehNya. amin.


20 December 2012

H.U.J.A.N.

Assalamualaikum.

Cak!! ehehe.. actually segala stori juga tujuan entri ini tiada kaitan langsung pon dengan tajuk tu. just dalam seminggu ni tetiap hari pon hujan kat kota bharu neh ha. termasuklah hari ini. dan tujuan sipi-sipi entri ni adalah sebab ramai orang asik cite tentang tarikh cantik dalam tahun ni. nak pulak dalam bulan doblas ni banyak jep tarikh cantiknya kan. macam arini, 20.12.2012. sebelum ni 12.12.12. memang super cantik. tu je pon yang aku paling ingat. hikhik. paling penting semalam/kelmarin adalah birthday my mom. 19.12.12. selamat hari ulang tahun kelahiran mama. sayang mama sangat-sangat sampai bila-bila pon. no one can be you. no one can compare with you. sob sob. tapi tak penah pulak luah depan-depan kat mama. hik. sebab tak dibiasakan gitu kot. i'll try. one day. i will. insyaallah. lum celebrate pon lagi. just beli kek je semalam. mama kata nak tunggu sume anak-anak dia balik. iaitu on saturday insyaallah sume sampai umah. yeay!! dah lama tak bekompul lengkap satu famili. last adalah raya puasa aitu. tapi belom plan lagi nak bikin apakah. ehehe.

daaaaannnnnn.. 2,3 hari ni duk kalut buat SKT. adehhhhh... sesapa keje gomen kompem tau la kennnn.. tu pon seb baek tak ramai yang ai kena mengerah kepala pikiran ini untuk meneliti, segala men... menn.. sume tu.. mine baru jep setel ptg ni. ahahaha.. yang penting suda setel. hikhik..

dah. itu je. sok kalo rajin mau msk dapor bikin sesuatu untuk anak sedara ai yang suke sangat menempel dengan ai. budak cucuk takot cicak. hikhik. tata.

** kompem la entri tade motif langsung pon kenn. tapi nak jugak publish. hak hak. ^_^ **


18 December 2012

Chicken Chop Hotel Habib

Assalamualaikum.

black pepper chic chop - at habib hotel

Nyummmmssss.. itu adalah menu tengahari aku semalam/kelmarin bersama kak Leen cuk. only RM10 chic chop + minuman kordial. itu rega promosi ye. kalau harga biasa, chic chop je RM14 lebih kurang. berbaloi jugak la. hayamnya pon besar. tapi nak abiskan tu bole tahan sempat rasa muak jugak la.  ahaha.. berdua je gi sana sebab lagi sorang our klik bercuti sebab nak temani kazennya yang akan ke Jordan nanti. waaaahhh.. gigihnya anda. sangat lama tak update blog. lately aku melantun ke sana sini. start dengan berkursus di Langkawi di penghujung bulan November. balik umah sehari, then ke Kuala Lumpur a.k.a. Kajang temani adik aku yang dah abis cuti semester sesambil soping ringan-ringan. ehehe.. soping pon ada istilah ringan ke ek? ahaha.. masuk opis balik, terima surat kena pegi kursus btn pulak kat Besut 3 hari 2 malam. kat kem oke. huk. lepak kejap. masuk opis then got sms. kena hadiri temuduga kat Pulau Pinang pulak. 3 minggu berturut-turut. waaaahhh. pestaim ai begitu. duit pun lajuuuuuuuuuu jep ngalir. macam air trojun dah ha rasa. perasaan?? ok. bole tahan. and a lil bit tired. tambah ngan dapat pakej demam sehari sebelum ke Penang aitu. lots of gambar and stori. tapi belom sompat nak kasi tempek kat blog lagi. insyaallah one fine day i'll kasi tempek kat sini. hikhik. dah. itu je. hujung tahun cenggini melapangkan hati bikin lengkapkan statistik (bukan aku pon buat. just key in segala kroja ai jep. hik) and sila lengkapkan dan penuhkan segala keperluan SKT. haiyooooo.. okeh. tata.