15 January 2013

Last Trip To KL - 2012

Assalamualaikum.

Huihui haiii.. ehehe.. actually ni kisahnya dari tahun lepas lagi ni. tapi dah janji nak cite kennn... masihkah anda ingat entri sebelum ni aku ada cite tentang aktiviti aku yang agak padat yang tak berapa nak padat sangat untuk 3 minggu berturut-turut tu. antaranya adalah ke Kuala Lumpur. actually temani adik aku gi sana lepas dia abis cuti semester. alasannya suh temankan dia sebab dia tak reti nak turun kat mana kalau naik bas. pastu kalau gi naik flight sorang2, dia tak biasa then tak reti cemana kekdah nak sampai ke umah akak or abang kat sana. okeh. fine la. sy temankan. ece ceeehh.. konon la kan. padahal sesambil aku nak gi soping-soping jugak pon. ehehe. bunyi macam enak jep ek. soping. tapi takde la soping sangat pon. biasa-biasa je. jom.. mulakan journey stori mori yang tertangguh tu. hik.

cuaca adalah mendung time kami berlepas dari epot Pengkalan Chepa. ujan da pon ekceli. amik flight pagi. kul 8.00 pg kalo xsilap. ai lopa oke. papa + mama anto. nina jua (adik kami).
hagak-hagak baru mula trobang. aku memang suka amik gambar cenggini kalo duk tepi. tapi ni tak la tepi sangat pon. aku duk tepi/sebelah adik aku yang duk tepi tingkap neh ha.
indahnya.. walaupun ai menggunakan kamera tecit je. tapi kamera tecit itu sangat banyak berjasa. tenkiu kepada kamera tecit + tuan kamera tecit.
yeee.. adik aku fefeeling verangan dok tepi tingkap tuh ha.
sampai kl sentral, melangut tunggu kawan aku menjempot. ita bebeh. bercinta jugak la. huk. tapi idak ngape.
aku isi masa lapang menanti penuh hebat itu tengok-tengok orang, hamik-hamik gambo.. tenkiu sudi menjempot kami wahai ita bebeh. you memang sweet lah. itu kl hop on hop off bus. kebanyakan yang naik bas itu haruslah tourist.
kek yang sedap. aku lupa nama kek ni oke. ahaha...

Penantian kami adalah sangat berbaloi. sebabnya?? kami menuju ke ikea lalu mengisi perot yang lapar menikmati makanan pebret kami. best!! antaranya, kek kat atas tu. memang sodap. tapi paksa diri habiskan sebab dah telebih kenyang nikmati makanan pebret aku yang lagi satu. patutnya amik satu jep. tapi takpelah. makan sajo la.

inilah dia. my pebret. meatball. yummeh. ini memang kompem gerenti sodap. banyak ni bukan aku makan sorang oke. makan sesama 3orang.
dan ini. chicken wings. yummeh.

Ngeh ngeh ngeh. kalau dah begitu banyak, haruslah kenyang yang amat kan. then barulah berhati senang pegi membeli belah. ehehe. tade apa pon. just beli quilt cover, cadar, jams (sebab amik 3bijik jam kan. so tambah la 's'. ahahaha), jua bekas tin yang pelbagai guna. dah guna pon itu quilt cover + cadar. cun. tapi corak bersilang pangkah mata memandang sket. tapi totap chantek. kata ai pilih kan. hikhik. nak jugak menang tamo kalah ek. ahaha. then kami terserempak dengan jualan murah yang hebat kat padini concept store. most of the item 50%-70% hoke. bebaju, beg rega rm9 je. oke. opkos kami rembat dengan senang ati. ehehe.

Acara jenjalan kami tidak berakhir di situ. disebabkan dah lama tak nonton movie kat cinema, makanya kawan aku hantarkan kami ke Sunway Pyramid pulak sesudah Maghrib. tu pon sempat singgah Paradigm Mall sebelum tu. kat Paradigm Mall tu terserempak dengan my bff with her family. Farah Alwani. wah... nama penuh gitu. ehehe. kat Sunway Pyramid tu kami makan-makan dulu sesambil menunggu masa menonton. al kisahnya tepaksa berdiri tunggu turn nak duduk kat tempat makan tu. actually macam kiosk kecik la. seat pon tak banyak. silapnya tak mintak adik aku duduk chop tempat dulu. uhuhu... menanti la dengan sabar. cite yang kami nonton adalah.... oke aku dah lupa tajuk. lama sangat kennn.. ahaha. tapi cite kartun untuk krismas punya. best. layan jep. setel sume terus menuju ke umah akak ai kat Kajang. ketemu si tecit anak sedara ai. tapi dia dah tido itu time. 

sesambil mengisi masa kat Paradigm Mall. kami dalam cermin. ahaha
masih di Paradigm mall. adik ai..
da chubby me. hukkkksss.. itu adalah baju dari poplook. ngeh ngeh ngeh..
besama binatang peliharaannya.. nyomel jep. bak sini sekor nak balik bela blakang umah. ahaha
ahah!! ini pulak dah kat sunway pyramid. kawasan binatang peliharaan tu dok main-main.. ngeh ngeh ngeh
dan lagiiiiiiii...

Chumeelllllssss.. sukeeeeeee.. nape aku suka sangat amik gambar kat tempat-tempat macam gini?? sebab ianya comels. sebab aku memang suka segala benda alah comelsss.. dan sebab aku memang suka yang amatlah segala benda alah dunia fantasi ni. dah. titik. nape takde ropa kawan aku dalam gambar-gambar ni sume ek?? aku pon baru prasan. mungkin sebab bila dah depan makanan tu aku leka kan. bila dah stat soping lagi la. pastu dia takde kat tempat kejadian kat sesetengah tempat tu.. hurmmm.. next time kite amik gambar sesama ye siti marsitah bebeh. sayang kamu. tenkiu wak bawak saya ngan adik saya jenjalan. :) itu je. tata.


10th Anniversary

Assalamualaikum.

Jeng jeng jeng... penghujung tahun 2012 yang lalu, genaplah 10 tahun usia perkahwinan kawan aku Zura and her husband abe Ja. hikhik.. not my anniversary oke. ekeke. kagum. sunggoh pantas masa berlalu weh. kejap sangat rasanya masa bergerak. waktu beredar. hari bertukar direct ke tahun. haishhh.. tahun ni dah 2013. me dan teman seangkatan memasing dah sedar dan tau dari tahun lepas lagi. memasing dah tafkan diri untuk hadapi tahun ni. hukhuk. ahaha. nak tergelak pon ada. batch kami-kami sume memasing sedar diri lah kennn.. it's ok.. not a big deal walau agak big deal jugak lah. no more angka dua kat depan untuk kami-kami ini.. huwaaaaaa... dakpe. dakpe.. itu hanya sekadar usia kenn.. hik.. nak jugak tuh. kasi hati tenang wei..

Okeh. back to the track. aku tak kompem tarikh sebenar ulangtahun dorang tu. tapi dalam bulan Disember la. memandangkan dorang sebok yang amat di penghujung tahun yang lalu dengan kerja dan pelbagai aktiviti, dalam bulan Januari tahun ni baru diorang berkesempatan adakan majlis ulangtahun ni. majlisnya actually pada 4/1/13 yang lalu. tapi biasa la ken.. ai kan banyak bebenau koleksi gambar terkumpul. hikkss..

Storinya, adalah gigih bebenar lah ha kawan aku ni sorang. tapi sangat sweet oke. siap sediakan buah tangan yang sangat sweet lagi untuk kami sama-sama raikan kegembiraan dorang nih. kenapakah aku cakap gitu. haaaa... jommmm...

salah satu daripada buah tangan yang dorang kasi. mug. sweet kan. nyomel sangat.
tadaaaaaaaa... 3 buah tangan semuanya. bunga telur (yang nampak sciput je belah kiri tu), mug dan fridge magnet.

Banyak kan. gigih bebenau. siap ada photo booth bagai tau. kat majlis tu dapat la berkumpul dan lepak-lepak bersama geng huha-huha ai kenn.. hikk.. best. bukan mudah untuk kami berkumpul sesama. then jumpa jugak dengan few friends batch kami time sekolah dulu. sukeeeeeee...

yaaaaa.. inilah dia tempatnya yang ai kata photo booth tu. tapi sebenarnya kelihatan macam ruang letak pelamin atau sanding-sanding pon ado. just tade letak kerusi. ganti ngan meja+kek red velvet super yummey. antara kengkawan sekolah dulu yang hadir.
them. dari kiri: Hanis (preggy 4 month. tapi nampak slim jek kan), Zura (tuan umah+majlis), Hamidya yang suda hampir due (omeyyy jep), Elle yang cun handle Sudara Beach Resort and Sara yang very tinggi.
abe Ja+Zura with Jordi Perez. peminat tegar TRW (the red warrior)
nahhhh.. hamek stempek. ahahaha..

Best!! tapi tak sempat nak borak-borak berbual mesra sangat with kliks sebab markas utama kami adalah umah Zura. hikhik. ni kat kedai makan umi Zura. konon. padahal aku siap bape kali ulang alik pi amik makanan la, dadih la, air la, kueh-kueh la. ehehe.. okeh. tu je. no more stress dari entri yang 1st tahun 2013 ni. tata. :)


09 January 2013

Pertama di Tahun 2013

Assalamualaikum.

Salam tahun baru 2013 kepada semua. ehehe.. dah hari ke sembilan pon. lagi nak kecoh-kecoh wish tahun baru sume ek. ahaha.. tiap-tiap hari pon aku niat nak update blog ni. nak tambah entri. aritu ada jugak taip sikit hari 1.1.13 tu. taip sikit, tinggal jap, terus tak sambung sampai la ke hari ni. kasi edit tukar tajuk terus la jawabnya. ahaha.. gambar dah bertimbun dalam koleksi ni. tapi asik tak jadi, asik tak sempat jep. kembali ke penghujung tahun 2012 yang lalu. lots of good things happen to me. gumbira. permulaan tahun 2013 juga sangat bagus. masih lagi dilingkari happy things. eh. tapi ada jugak la yang tak best awal-awal tahun baru tu. office things. lupakan sajelah ek. ehehe.. yeeee. i'll improve myself. tak deny pape pon. 

Hujung tahun aritu aku berkeputusan nak menunaikan salah satu kewajipan aku sebagai umat Islam. good things happen. nama aku clear dari black list imigresen. YEAY!! pantas terus bikin paspot, amik gambar, pegi amik suntikan sume. tetiba arini, DENGGGG!!! bad things beratur bersusun kau kasi hempuk ai. huk. memula pepagi time 1st mitim yang aku attend this year dah kena hentam. actually that thing supposed bole je kalau yang berkenaan tu nak remind aku elok-elok. tiap kali jumpa sebelum ni takde pula nak ingatkan aku ke apa ke yang sepatutnya ke yang tak patot ke kan. alih-alih time dalam 1st mitim tu la jugak ada sorang hamba Allah ni direct hentam kan. pastu kasi ulang banyak-banyak kali pulak kan. yelah. dah silap orang lain kan. bukan silap kamu kan. bagus lah tu. semalam opismate aku dah bengang ngan dia gegara kelaseran kata-kata yang kua dari mulut wangi dia tu ha. takleh ke nak gitau leklok. terus jep ko caras orang buat keje ek. takpelah. sekarang ni kat dunia serba pantas, serba canggih, serba segera kan. then second mitim, kena jugak lagi. yang kali ni pulak secara langsung dan secara tak langsung kena. ayat memang best lemak berkrim habis la kan. takpe la. mungkin dalam kehidupan seharian dia memang dah sebati sangat dalam diri dia tu dengan segala apa yang keluar dari mulut dia tu. takpe. paham sangat. dah gitu cara dia membesar kot ek. abaikan je lah dia. there's always a way or more on how to tegur orang lain. kena cara, smooth jep everything.

Paling GEDEBUSHHHH DUSH DUSH hari ni, aku terima panggilan telefon time tengah duk mitim tu. dari agensi pelancongan yang aku dok berurusan tu. berita dukacita disampaikan. huk. kelihatannya harapan adalah tipis/samar-samar/mungkin takde harapan. huk... mungkin belum rezeki aku. belum sampai masanya lagi. sedih memang sedih. aku dah siap pasang angan-angan nak jejakkan kaki kat sana walau ada jugak perasaan agak takut dan gentar tu. aku redha. Dia yang menentukan. insyaallah segalanya akan kembali cerah dan tenang. semoga semuanya baik-baik belaka. amin..

Tapi kan. walaupun hari ni bertimpa yang agak scepeh yang xbestnya tu. totap jugak ada yang bestnya. syukur alhamdulillah. takde rezeki yang lain, dapat pulak rezeki dari sudut lain. hari ni sangat murah rezeki  tang makan-makan. time mitim yang 1st pagi tadi dapat makan durian crepe yang enak foc. iyeeeee.. free of charge. kak Wan yang baek hati bawakkan untuk kitorang. tenkiu kak wan. pastu ada jugak la kuih-kuih sket. ok la tu. alhamdulillah. teralas dengan selesanya perut ai. hik. then dari petang semalam lagi sorang akak baek hati ni, kak La jemput makan-makan kat pantri opis. dia tempah nasi beriani khas untuk banje kawan-kawan makan. so sweet.. tapi tak tau pulak sempena apakah. belom sempat nak tanya. ehehe. sangat best. yang kurang bestnya sebab aku makan dalam gopoh atau tanpa feeling tenang memandangkan time tu adalah tempoh selang masa antara lepas mitim 1st dengan mitim sterusnya. tapi ai bantai makan jugak. selamba. hik.. besttttt.. konon nak repeat makan tengahari. sekali kua makan with kak Leen + Na my opismate pulak. tak dapek la. tapi ok la jugak. spend time makan-makan ngan dorang sesambil release segala kekusutan + sedey atas berita yang mendukacitakan tu. then bila kat umah, kazen aku datang bawak karipap yang dah siap goreng satu plastik. yummeh. makan free lagi. ehehehe. see. Tuhan tak penah kejam kan. syukur alhamdulillah. pape pon aku masih berharap agar ada peluang aku dapat menunaikan niat asal aku tu. aku hanya mampu berdoa. moga dimakbulkan olehNya. amin.


20 December 2012

H.U.J.A.N.

Assalamualaikum.

Cak!! ehehe.. actually segala stori juga tujuan entri ini tiada kaitan langsung pon dengan tajuk tu. just dalam seminggu ni tetiap hari pon hujan kat kota bharu neh ha. termasuklah hari ini. dan tujuan sipi-sipi entri ni adalah sebab ramai orang asik cite tentang tarikh cantik dalam tahun ni. nak pulak dalam bulan doblas ni banyak jep tarikh cantiknya kan. macam arini, 20.12.2012. sebelum ni 12.12.12. memang super cantik. tu je pon yang aku paling ingat. hikhik. paling penting semalam/kelmarin adalah birthday my mom. 19.12.12. selamat hari ulang tahun kelahiran mama. sayang mama sangat-sangat sampai bila-bila pon. no one can be you. no one can compare with you. sob sob. tapi tak penah pulak luah depan-depan kat mama. hik. sebab tak dibiasakan gitu kot. i'll try. one day. i will. insyaallah. lum celebrate pon lagi. just beli kek je semalam. mama kata nak tunggu sume anak-anak dia balik. iaitu on saturday insyaallah sume sampai umah. yeay!! dah lama tak bekompul lengkap satu famili. last adalah raya puasa aitu. tapi belom plan lagi nak bikin apakah. ehehe.

daaaaannnnnn.. 2,3 hari ni duk kalut buat SKT. adehhhhh... sesapa keje gomen kompem tau la kennnn.. tu pon seb baek tak ramai yang ai kena mengerah kepala pikiran ini untuk meneliti, segala men... menn.. sume tu.. mine baru jep setel ptg ni. ahahaha.. yang penting suda setel. hikhik..

dah. itu je. sok kalo rajin mau msk dapor bikin sesuatu untuk anak sedara ai yang suke sangat menempel dengan ai. budak cucuk takot cicak. hikhik. tata.

** kompem la entri tade motif langsung pon kenn. tapi nak jugak publish. hak hak. ^_^ **


18 December 2012

Chicken Chop Hotel Habib

Assalamualaikum.

black pepper chic chop - at habib hotel

Nyummmmssss.. itu adalah menu tengahari aku semalam/kelmarin bersama kak Leen cuk. only RM10 chic chop + minuman kordial. itu rega promosi ye. kalau harga biasa, chic chop je RM14 lebih kurang. berbaloi jugak la. hayamnya pon besar. tapi nak abiskan tu bole tahan sempat rasa muak jugak la.  ahaha.. berdua je gi sana sebab lagi sorang our klik bercuti sebab nak temani kazennya yang akan ke Jordan nanti. waaaahhh.. gigihnya anda. sangat lama tak update blog. lately aku melantun ke sana sini. start dengan berkursus di Langkawi di penghujung bulan November. balik umah sehari, then ke Kuala Lumpur a.k.a. Kajang temani adik aku yang dah abis cuti semester sesambil soping ringan-ringan. ehehe.. soping pon ada istilah ringan ke ek? ahaha.. masuk opis balik, terima surat kena pegi kursus btn pulak kat Besut 3 hari 2 malam. kat kem oke. huk. lepak kejap. masuk opis then got sms. kena hadiri temuduga kat Pulau Pinang pulak. 3 minggu berturut-turut. waaaahhh. pestaim ai begitu. duit pun lajuuuuuuuuuu jep ngalir. macam air trojun dah ha rasa. perasaan?? ok. bole tahan. and a lil bit tired. tambah ngan dapat pakej demam sehari sebelum ke Penang aitu. lots of gambar and stori. tapi belom sompat nak kasi tempek kat blog lagi. insyaallah one fine day i'll kasi tempek kat sini. hikhik. dah. itu je. hujung tahun cenggini melapangkan hati bikin lengkapkan statistik (bukan aku pon buat. just key in segala kroja ai jep. hik) and sila lengkapkan dan penuhkan segala keperluan SKT. haiyooooo.. okeh. tata.


25 November 2012

Polkadot Maxi Dress

Assalamualaikum.

bungkusan itu

Tadaaaaaa!!! from thepoplook lagi. ehehe. konon macam dapat hadiah la ek. akaka. opkos la tak. ai beli la. kali ni, ia adalah... jeng jeng jeng...

penny chiffon maxi dress - navy dot.
Fengsannnn.. bangun balik. eh. fengsan lagi. ekeke.. sangat cantik oke. sangat puas hati. cuba je belom lagi. kualiti kainnya oke. tak sabar nak balik try ni. ehehe. yang bestnya, kak Leen (my opismate) yang try dulu. sebabnya dia pon bekenan jugak, tapi dah out of stock. cian dia. takpe. ada lagi len kali nanti sila booked dan beli trus ek. saiz pon dah tau kan. feeling jaman dedolu pon ada bila tgk model ni gayakan baju ni. hikhik. ni amik direct dari laman thepoplook itu. :) hepiiiiiii...

Second hepi news adalah my kamera macam berpotensi sudah oke dan tidak perlu hantar servis lagi dah. kengkawan kat opis bermurah hati tolong godek-godek. kasi fuhhh sini fuhh sana sket. then macam dah oke jep tu. yeay!! just balik nanti nak try lagi. harapnya selamat la fulus dalam beg duit tu. tak perlu hantar kedai. harapan dalam hati la tu ken. hikhik.. tenkiu kengkawammmm.. :) dah bole balik sengeh-sengeh. lalalalalallaaa... tata.

Puding Trifle

Assalamualaikum.

It's Sunday today. tiada la weekend. ahaha. ari minggu aitu, iaitu di petang hari Jumaat, aku membikin ini puding trifle. ngeh ngeh ngeh. tu pon setelah godek-godek kat tenet, jumpa resipi dan tunjuk ajar step by step oleh akak neenaanuar. gila kentang resipi mudah pon nak kena refer step by step ek. muahaha.. ai kan manje-manje gitu. mesti la nak refer resipi step by step. bagus yang amat sis neena. tenkiu so much for ur kindness kongsi resipi siap dengan cara-caranya. hikhik. aku dedulu kalau time makan puding ni siap puji dalam hati "hebatnya orang ni bole buat puding best macam ni". gitu. hikhik. sebab aku xpandai dan xpenah wat kan. sekali mood rajin mencuba datang. ngeh ngeh ngeh. tak la romit sangat pun. syukur cubaan pertama menjadi. tapi ada sikit kekurangan sana sini. insyaallah akan diimprove sikit demi sikit. hikhik.. kata dalam proses belajar ken. haruslah gitu. aku kalau tang masak2 ni slow sket. bab makan tu lajuuuuuuuuuuu bedesup jep. hikhik. lately kalau yang rajin menjinakkan diri pun bikin dessert2 ni je. tu pun cari resepi yang mudah-mudah je dulu. ehehe.. pelan-pelan kayuh la kan. takkan nak bikin yang gempak pom pam pom pam terus kot. hagak-hagak le. kotnya nanti wat kek tapi jadi tugu. cemano?? ekeke.. dengan segam silunya nak jugak share hasil cubaan pertama aku yang tak seberapa ni. tapi yang best+hepinya kejap jep dah tinggal separuh mangkuk tu. ngeh ngeh ngeh. sebelum tengahari esoknya sudah licin sumenya. alhamdulillah. nampak gaya bole kasi try bikin lg nih. :D

ini lah dia. hasil cubaan pertama puding trifle ai.. hikhik..
pandangan atas. tenggelam segala buah tu hah..

nak jugak amik gambar pelbagai sudut. akaka
kasi potong sket.. ^_^ nyummmsss..

Itu sajelah. walaupun gambarnya thedaklah malatop. ai nak jugak kasi tepek kat sini. ahaha.. siap blur bagai tu. aku dah besemangat hangkut kamera yang gedabak tu bagai. tetiba error pulak kan. hukhuk. amek gambar guna henpon jep la. ada jugak gambo walau blurrrsss. akaka.. hentam saje. my kamera gedabak. arini you kena operate. hah hah haaaa.. kasi sebis sama dia.. oke bye. sebelum lagi byk ayat yang bukan-bukan kua.


21 November 2012

Ole-ole dari Korea

Assalamualaikum. ^_^

Hye. sementara nak tunggu jalan nak balik keje ni clear sket, lepak pot pet pot pet kat blog chenta hati ai ni la dulu jap. ehehe. pada hari raya aidiladha yang ketiga aitu kawan aku, zura+hubby dan beberapa orang lagi pegi melancong ke Korea Selatan sana. bestttnyeeeee.. dorang ajak jugak join time dorang beli tiket aitu. tp ai thedak le menjoinkan diri. mengapa thedak sedangkan itu saah satu angananku?? sebabnya ai kenot keluar jenjalan dari negara terchenta ini. hukhuk.. opkos you can guess already why lah kan. ahahaha.. sweet of them. zura bought something very nice and sweet for me and our click yang lelain. tak silap aku dorang ada gak yang dapat baju i love korea tu. but not me. but ai dah cukup hepi got this cuty lovely thingy.

tadaaaa... shock pink purse with a lil butterfly there and a fridge magnet. namsan tower ek kalo tak silap.

Very lovely ken. actually she gave me red in color. but i change with ruso. dan dia sunggoh baek hati sudi tukar. sebab dia tau ai suka pink selain pepel + putih. yeay!! sweet of you my lovely ruso. actually her nama adalah nik ruzai. hikhik. ntah cemana ntah kengkawan bole panggil dia dengan nama tu. noty ni. disebabkan suke sangat with this gift, i snap few more of them. hikhik.

beg with 6 pockets inside. 1note space. i saku berzip kat belakang
nampak kan ruang tecit2 tu. dan beg ni bunyi krek-krek macam kasut skolah tu. hikhik
da kiut miut butterfly
close up fridge magnet
fridge magnet packaging

Ngeh ngeh ngeh. tu dia. siap packaging magnet tu pon aku amik gambar. ahaha.. sebab aku suka design packaging tu. sweet + kiut. and very simple. and one color. kaler putih pulak tu. hikhik.. ahah. then backgroundnya tu la pandangan belakang beg duit comels ni. dah. itu je. tenkiu zura. tenkiu abe ja. emmm.. time i got dis souvenir adalah time gi umah zura ada one night tu. dorang ngajak lepak2 sambil makan2. bawak la anak sdara aku sekali sebab dia nak ikot kan since dak tecik tu balik kampung. dan dia pon dapat sesuatu dari zura. mekap. dia mmg suke mekap. so hepiiiiii jep dia blk umah mlm tu. hehehe.. noty fina. windu dia oredi. nanti aunty jumpa fina kat kl oke. dah. tu je. bai bai.


Kiriman Pos Laju

Assalamualaikum.


YEAYYYYYY!!! i got it. dah pon terima yang di tunggu-tunggu. tak sabar nak cuba. aku tertarik dengan produk ni selepas terbaca kat blog Fillanie. pastu.. ahah!! terdetik dihati. why not. tak salah kalau mencuba. once i dah try, kalau hasilnya memuaskan, aku akan kongsikan kat sini oke. ngeh ngeh ngeh... lately ni asik lah dok beli belah online jep. adeh.. arini TERbeli online lagi. kat thepoplook lagi. ehehehe.. ter oke. lalalalalallaala..mungkin ahad nanti la aku baru dapat kot. kompem la sok baru dorang pos ek. wah.. tak sabar tak sabar tak sabar. bajet dialog dlm cite istanbul aku datang la ek. kui kui kui.. tata..  


19 November 2012

Giant ABC

Assalamualaikum.

Tengahari tadi aku kua temankan opismate gi makan tengahari. kat seberang jalan opis ni je pon. ehehe. memandangkan aku dah makan nasi pagi tadi, so bajet tamo la makan berat sangat di kala tengah hari. belek punya belek buku menu tu, terasa macam nak try ais kacang special kat situ. special sebab ada eskrem. itu je yang aku nampak. lelain aku tak pandang dah. ehehe. oke. tunggu seketika dorang siapkan oder. then, dorang kasi nganto ais kacang spesel ai.

ais kacang special

Nah. hamek kau. besar gedabak oke. cuba bezakan ketinggiannya dengan gelas air suam aku kat sebelah tu. wah wahhhhh.. kemain lagi tinggi nih. dah la dalam cuaca yang tak berapa nak panas sangat hari ni. ahaha.. berusaha la sedaya mampu makan.


Yang ni pandangan sisi lain. nak jugak bagi nampak kaler-kaler yang ada kat eskacang nih ha. rasanya?? oke la. tu time makan ngan eskrem tu la. pastu ada susu pekat sket kat atas tu. makin nak abis, makin tawar lak rasanya. kompem la aku makan tak abes kan. banyak sangat. haruslah len kali tamo lagi dah oder benda alah nih. tak larat wei nak abehkan. reganya adalah RM5.90. tu je la yang aku oder pon. dan air suam. kawan aku makan kuey teow goreng. kawan lagi sorang makan mango smooties ke apa ntah namanya. okeh. itu saje la. mata aku pon dah terasa berat bebenau nih. nak kena gi cari keje/ektibiti lain yang boleh mencelikkan kembali mata ni dengan luasnya. tata.


18 November 2012

Penantian

Assalamualaikum.

Again. for today. abeh la kalo angin rajin bikin entri datang ek. ehehe. just nak share my hepi mepi today. i got something dat i've been waiting for since wednesday. eh. bole gitu. ahaha. sebab aku bayar pada hari tu kan. then mengharap start dat day la. i bought something from thepoplook. 1st time aku try beli barang kat situ. so far so good. kualiti nampak ok. just belom try jep lagi. weeeeee.. tak sabar nak blk try kat umah.

bungkusannya..
closer
tadaaaaaa.. sengaja bikin kaler jadi gitu. ahahaha...

Membaking Mood ^_^

Assalamualaikum.

Sekejap ada. sekejap takde. sekejap lagi ada balik. ehehe. ai bukan apa. kekadang tade stori. tapi bila ada stori kerajinan pulak kurang. kekadang stori ada, tapi tade gambar pulak. takpon gambar yang ada tu tak best pulak. hikhik. banyak la alasan ken. ehehe. 9 hari rakyat kelantan bercuti dengan super bestnya. weeeeeehhhooo.. tu bagi sesape yang amik cuti sehari pada 14/11/12 la kan. iaitu hari rabu. tapi aku tak amek pon. keje dengan santainya pada hari kejadian tu. sebab takde plan gi memana kan. macam rugi pulak rasanya kalo amik cuti tapi melepak kat umah jep. nape jadi cuti selama itu?? hari minggu dah 2hari (jumaat + sabtu = 9,10/11). 11,12 hb pulak cuti sempena keputeraan sultan Kelantan. hari berikutnya Deepavali. then 15 hb tu plk Awal Muharam. pastu sambung lagi dengan cuti hari minggu. memang super best lah. ehehe. gegara tempoh cuti yang hebat itu, menjadikan hari pertama bebetul bekerja setelah cuti panjang ni.... hmmmmm... pon macam nak besantai jep lagi. ngeh ngeh ngeh... manyak cantik ek. lalallalalaa.. oleh itu, slow slow kasi tanam perasaan chentakan, rindukan kembali segala tugasan + keje2 kat opis nih. paling penting, bikin itu kilija. hikhik.

Owh.. hari ni sudah masuk hari keempat tahun baru Hijrah. iaitu 4 Muharam. semoga dengan tahun baru ini, mendatangkan seribu kebaikan, seribu rahmat dan seribu keberkatan buat seluruh umat Islam di serata dunia. seiring dengan itu jua Gaza diserang hebat kembali oleh Israil laknat itu. masyaallah. kasihanilah mereka ya Allah. lindungilah saudara kami di Gaza. sedih je bila tengok gambar2 kat fesbuk di Gaza sana. penderitaan mereka. kesengsaraan mereka. yang pastinya semangat juang mereka tak pernah luntur. moga mereka semua peroleh kemenangan dan keseluruhan israil itu peroleh kekalahan yang abadi. sama-sama kite sume doakan oke (bagi sesape yang baca blog ai ni la yo. yang xbaca tu kompem la xtau ken).

hokeh. banyak hari cuti aritu, aku ada lah jugak try wat kek batik. resepinya aku amik dari aunty nani rostam. owner blog model 80an tu.. hasilnya?? alhamdulillah. berjaya!! hikhik. my mom kata oke. kengkawan opis makan bertambah. kengkawan lelepak huha huha ai pon siap request mintak buatkan lagi. waaaahhh.. kombang idung ai kojap. hikhik. insyaallah nanti ai bikin lagi bila ada kerajinan nanti. ehehe..

my 1st trial kek batik. da 1 and only gambar, yang Lec amik time bawak nganto bekas tuperware pinknya.

my adik yang tengah cuti kat umah tu pon rajin jep try membaking yang simple2 neh ha. memula aritu dia try wat puding trifle. bole la. tapi tak berapa nak jadi sangat sebab macam ada sikit kesilapan. dah namanya mencuba kali pertama ken. tapi habis jugak tu. hikhik. then kelmarin dia try pulak wat cornflakes madu. biasanya akak aku or aku yang wat. but this time dia yang beria nak wat, so silakan lah. ahkak anda ini thedak berapa nak rajin. bebahan sume pon dah ada. tapi tolong jugak la sket2. bukakan cup tu je pon. pastu tolong amik tray yang panas tu dari oven. ahahaa.. pastu apa lagi, tolong makan le. hikhik. conrflake madu ni memang pebret kami satu famili pon. jadi, cepat jep la abis. anak2 sdara ai pon sama. memang gemo.

rentetan dari itu.. wah gitu ayat. ahaha. oke sambung balik. rentetan dari itu aku pon maseh lagi dalam mood membaking neh ha. tapi yang simple2 je la. kata baru nak berjinak-jinak kan. so far rajin jep mencari resipi yang simple2 nih. hah.. time ni kompem ada yang sengeh gelak2 jep baca ni ken. ai buat oke. kek batik tu. ehehehe. semalam pon gi soping bebahan lagi. tapi bahan nak wat puding kastad. itu pon adik aku yang tengah bercuti tu gak yang besemangat nak wat. kata dia pon memang lepak-lepak kat umah je kan. keje dia setiap hari, tido, makan, online tenet (sampai aku pon sokar nak dapat peluang nak online kat umah. bila turn aku, tenet pulak slow. adeiii.. grrrr..). pastu kua lepak2 ngan kengkawan dia sesekali. pastu berhajat yang sungguh banyak nak wat tu, wat ni. mangsanya adalah aku yang kena beli segala bahan itu. tapi ada jugak mama yang beli. ekeke. bahan yang dah sedia ada kat umah tu sah-sah la sila guna semahunya kan. oke jugak. sebab bila dia nak wat tu, baru la sedor ada yang dah lepas tarikh tamat tempoh pon. ahahahaa.. me and my mom sukeeeeeee jep soping simpan stok kan. aku memang owes bajet beria jep nak wat sesuatu je bila beli tu. tapi sudahnya duduk la diam-diam kat rak atau lemari tu je. ahahaha..

panjang jugak aku berceloteh sesekali trojun sini ek. ahaha. hamek kau. and now, aku dah jumpa beberapa resipi yang simple yang aku godek-godek mengugel. ada kerajinan nanti insyaallah aku bikin. bahahahahahhahaa.. tapi sungguh ai bersemangat jep mengugel segala resipi simple-simple tau. ahaha. oke-oke. wahai diri, sila rajinkan diri kasi cuba try oke. bajet pon sila la bersedia. ekeke.. tata.