07 September 2012

Persiapan Malam Muslimah Anggun 2012

Assalamualaikum.

^_^ sangat hepi hari ni sebab suda dapat gambar yang ditunggu-tunggu. petang tadi pegi amik kat ofis kak Dah (stage manager pada malam dinner itu - the most creative person). selain dari gambar from kak dah, aku combine sekali dengan gambar dari kak KC. hoyehhh!! tinggal tunggu gmbr dr jurugambar rasmi pada malam tu plk nanti. tapi tak tau bilakah. hukhuk.. seperti yang telah aku publish pada entri yang lalu, dinner ni diadakan pada 1 September 2012, iaitu pada hari sabtu. so, pepagi sabtu tu kitorang, all da AJK of da event pon bersiap sedia lah. actually tang persiapan tu harus la beberapa bln sebelum lagi kan. segala perancangan sume. dalam lebih kurang pukul 11 pagi aku sampai kt USM bersama kak la (puan zulaila selaku penyambut tetamu pada majlis itu). niatnya nak tolong angkut segala barang nak bawak ke hotel/dewan. tapi sume dah selamat di angkut. ok. then heading to hotel. tapi sempat lagi nyinggah Tupperware. soping kat sana dulu jap. hikhik.

beli ini. (imej gugel. malas nk amik gmbr sendiri. hikhik). beli 4 (yang petak sedang tu), free 4 (oval paling atas tecit2 tu). pastu belian dengan belian, 2biji yang petak besar paling bwh tu. berbaloi-baloi oke. :)

Sempat plk selingan. maap la yo. tapi kak la pun terpengaruh, dia beli set botol air. pon berbaloi sbb ada free jgk. :) oke. sambung blk. then sampai hotel, angkut2 barang dari kete kak KC, then bermula la sesi hias2, susun2 apa yang patut. sebelum pape, ini adalah peringatan ringan. scroll down seterusnya akan ada baaaaaannnyyyaaaakkk gambar. harap besabar la yo. kalo tamo layan pon ai thedak marah. :)

gunting-gunting pape yang patot
taraaaa.. hasilnya.. sgt kretip kan kak dah. ini hasil idea beliau. mmg i adore her lah. all the colorful cusion tu pn kak dah juga yang buatkan.
sambil wat keje harus pose jua. :)
makan time. keje-keje jgk. makan nasi paku. auwww.. nampak tak fluffy kaler ijau apa ntah kat belakang tu? itu entrance dewan.
close up. gojes kan kusyen kaler-kaler tu. dan banting yang kat belakang tu my work. suka tgk gmbr Aisyah tu.
discussion perjalanan majlis bersama pengacara majlis. prof Nik Hazlina very supportive.
pemilihan lagu. ini adalah teknikal group. tanpa diorang, takdelah seri majlis ni.
tengok-tengok, pilih-pilih. aku termasuk dalam situasi ni. last minute punya soping. event lagi beberapa jam baru nak cari abaya. aiyoyooo.. and i got one. dari Spa C & Body Care. yeay!! misi berjaya.
Tang pilih baju ni yang nak tergelak pon ada. orang lain yang tolong gelabah untuk aku. masa makan malam dah dekat, tapi aku belum ada baju yang nak dipakai utntuk malam tu. so, dorang tolong tgk dan pilihkan untuk aku sekali. tenkiu kak Dah, kak La & prof. Nik membantu dalam sesi pilih memilih ni. ehehe.. ada la a few lagi. hikhik.

auww.. bajet minah arab la sangat. hikhik. ni time dok tengah pilih-pilih abaya tu.
Spa C & Bodycare antara booth pada hari itu.
Abaya Elegent.
Mysha Collection.
sweet jep sume.
Aisyah baru sampai untuk rehearsal. aku baru je gerak balik time ni. hukhuk.
tengah rehearsal. hukhuk.. mencik. sgt rugi takleh dgr jugak time ni. dorang dgr Aisyah nanyi 2X. aku sekali jep. humph!!
cukup lah ini membuktikan bestnya sore kak Aisyah nyanyi.. ai jeles.. lagi mau jeles ek. haros lah.

yeay!! the menu.

Oke. itu saje la kot. waaaahhh.. punya byk gamabr aku bole cakap itu saje ek. ehehe.. belasah ajo la. masa dorang dok rehearsal yang kak Aisyah nyanyi tu aku balik siap-siap kat umah. blk iron baju. baru beli kan. xsempat nak cuci dulu sebelum pakai le. then gi tadah muka mekap kat umah Zura. tu pon cian dia terlewat nak gi tengok bola kat stadium. tenkiu so much Zura. lab u lah. ada kerajinan nanti insyaallah akan di update entri pada majlis makan malam tu nanti ek. suda sampai time gulung-gulung diri dalam cimut ni. hikhik. sok cutiiiiiii!! yeay!! yeay!!


05 September 2012

My Cousin's Wedding

Assalamualaikum

Hari ni sudah pun hari Rabu. hoyehhh!! keje lagi satu hari sok, then cuti hari minggu. lallalalalala.. sookaa.. oke. wedding kazen aku ni ekceli bulan Mei yang lalu. time cuti sekolah. sebab both of the pengantin tu adalah cikgu, dan dua-dua mengajar di luar negeri Kelantan. both of them orang Kelantan la. cite dah banyak bulan baru nak bikin entri ek. ehehe.. sukati ai la kan. blog ai. ada brani nak komen lagi? hikhik. idop lah. ni gegara 'nanti la dulu..'. then jadi la gini. my kazen yang pengantin fomfuan, mengajar kat sekolah di Melaka, and her husband kat Johor. ok la tu. negeri sebelah menyebelah. walau jauh, tapi 2 jam perjalanan jep la. macam xpecaya pon ada. hikhik. sebab kazen aku ni muka dia kiut je. ala2 baby face. tetiba dh tawen. ok la tu. jodoh dorang dah sampai kan. apa tunggu lagi. aku tak banyak pon amik gambar. sciput jep sebab faktor keadaan kamera yang tak mengizinkan. huk huk. seb baek ada jgk la a few dari tade langsung kan.

dak tecit ni.. Qistina. ni time otw nak gi umah mak sedara/tempat kenduri kawen kazen ai itu
ntah apa lah yang dia tengok tu.
ahaaa.. apa kesah kah ini??? huargghhhh!!
cer tengok ropa dia. ish ish.. ngecek poket doremon keta aunty lettew..
Perasan tak ala2 ulat-ulat kecik macam sawang kt gambar kiri tu? haaa.. itu one of the reason why aku agak kurang gemo amik gambo skarang ni + poblem lain. sudah sampai time untuk anta serbis itu kamera. tapi asik lah tangguh..

the hantarans. sebab banyak dulang kan. kasi tambah 's'. ehehe.. ini dari pihak fomfuan untuk pihak pantin lelaki.
kasi close-up sket. sweet jep riben2 kaler pink tu ha. dan dulangnya. santek.
wangian

buah-buahan. sedap pulak kelihatan.
sepupu kupu ai.
pasangan pengantin baru

gigih cuba nak amik gula-gula kat dalam uncang cinonet tu
yee.. suda hampir berjaya. yeay!!
cian dia. kelihatan sungguh penat. actually Qis selsema time ni.
and lastly, sweetie pie with her mom (my sister).
Macam banyak gambar si kenit ni plk berbanding pengantin & the event ek. ehehe.. bole la. hari raya yang baru berlalu time dorang balik aitu takde pon amik gambar. takpe la. kite tunggu next raya la. :)


04 September 2012

Honey Lemon

Hai hai haiiiiii.. hikkk.. lagik. ok. kali ni janji. ni adalah entri last untuk petang ni. ehehe. last nite, ai spend my time with my cousin. wah. gitu. macam baca buku cite jaman skolah rendah dulu plk. ok. maafkan saya. sy sambung lagi. petang semalam lepas blk keje pegi salun kazen, cuci rambut. then macam biasa, di kala petang menjelang malam atau lebih tepat lagi di kala magrib time, biasanya perut akan bernyanyi riang. lallalalallaa.. me n my kazen pantas berkeputusan kua makan. hoyehhhh!! maka kami menuju ke 1st station cafe. eh. cafe ke kopitiam ek. rasa macam cafe. anggap 1st station cafe la ek. tp mcm mmg kompem gitu lah. eh. maapkan kesengalan ini juga. then kami makan char kuey teow. side order (bajet mcm side la kan), ayam guring yang garing dan eskrem guring. yummeh. kesemua menu yang disebutkan itu thedak lah di snap gambarnya oleh kazen ai. ai mmg maleh le malam tadi. lalu, yang di snapnya hanyalah minuman orderan ai ini, honey lemon. simple kn. letak air suam, letak madu, letak lemon dan sepotong lemon. done. rasanya?? ok. nice je. then kekenyangan amat. kasi kurangkan rasa perut tak selesa itu berjalan sekejap kat tesco. okeh. dah. itu saje. tata. ^_^

Honey Lemon

Saya Masuk Surat Khabar??

Assalamualaikum..

Hai haiiii.. ai muncul lagi. hikhik. ^_^ hari ni sudah masuk hari ke-17 Syawal. waahh.. sungguh pantas. pejam celik pejam celik. berlalu la sudah Syawal jua. tunggu lagi setahun untuk berjumpa kembali Ramadhan & Syawal. tu pon kalaulah panjang umur kan. dan hari ni masih lagi ada jemputan jamuan raya. syukur alhamdulillah. tenkiu ye menjemput tuan punya tanah blog ini. menu hari ini, mi kari, spiral look simple (aku bg nama sendiri sebab tak tau namanya. hikhik), nasi impit bersamaan rendang ayam yang sedap. itu menu yang aku makan. yang lain-lain turut ada di meja tadi adalah buah anggur (aku lopa plk nak amik tadi. haihh...), laksa pastu xigt dh menu apakah lagi. hikhik. best. kite suke makan-makan. :)

Suda baca tajuk entri itu kan. ahahha.. oke. al kisahnya aku pon tak tahu menahu pasal ni. alih2.. aku lihat ini.

taraaaaaaa...
Gitu. tu pon kawan aku msk jep opis kasi tayang gambar kat henpon dia. muka ai. masuk paper. sinar harian. oke. dah tau. mesti keje wife opismate ai. noty ni both of you. apakah pengisiannya atau isi kepada kata-kata dari ai?? oke. ini siyes. aku pon xtau. lom baca lagi pon. lepas kua jep muka kat paper ni, terus pemes kawan2 adik aku dok betanya kat adik aku kat sekolah dia, kawan-kawan opis, kawan-kawan jaman sekolah, dan tak ketinggalan jugak lah di kalangan famili. mama aku lagi lucu. sebab kami tak beli akhbar sinar harian ni kat umah, mama siap mintak bwk balik paper yang ada ropa aku ni kat bapak sedara ai iaitu adik kepada mama time pegi umah pakcik ai itu. bukan pegi umah dia semata-mata nak amik paper ni tau. noty ni pikir gitu. actually sesambil kitorang pegi ziarah pakcik ai itu baru kua hospital. time dia kat wad xsempat nak gi ziarah. itu sajelah citenya. ehehe.. bertarikh bilakah akhbar ini?? ai suda lopa. tapi dalam minggu lepas la. sekian.


Rahsia Garam (amalan sunnah yang tidak diketahui)

Assalamualaikum.

Ini hanyalah sekadar perkongsian. aku terbaca ni kat fesbuk. lopa dah sapekah yg post. disebabkan fakta ini sungguh menarik dan berguna, why not kan. kita sama-sama kongsi dan praktikkan. Islam itu memang indah. setiap yang nabi kita amalkan hanyalah menjurus ke arah kebaikan semata. masyaallah. oke. jom kite kongsi.



Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kec
il oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”


Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .


Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .


Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:


1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.


2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.


3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.


4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan


5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.


6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.


Petua berdasarkan kajian


Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).


Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.


Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.


Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.


Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
 
 

02 September 2012

Wedding Shaz + Shah

Assalamualaikum.

:) ai terlebih rajin ini hari kan. lalu entri menjadi dua. waaaahh.. sebabnya ai masih lagi menunggu gambar2 dinner malam tadi. sesambil tunggu gambar2 itu, godek2 folder koleksi gegambar ai, nampak la folder ke Kajang dalam bulan April yang lalu. sunggoh la lama suda berlalu kan. hikhik.. hamek kau. actually pegi ke sana semata-mata nak hadir ke majlis perkahwinan salah sorang junior masa belajar kat Uitm Alor Gajah, Melaka dulu. one of da buddies la kan. Shazana a.k.a shazu. lama sangat xjumpa dia. tup tup, dia mintak alamat nak bagi kad jemputan tawen. time pegi kat sana jugak ketemu kembali chenta hati lama. ahaha.. sejarah kehidupan. gitu. ahahahaha.. banyak la sejarah kan. meet my bestfren too. bole tahan lama jugak la lepak kat umah si shazu ni ha. kata ai pegi ngan pemandu pelancong ai yang setia kan. merangkap bestfren. merangkap juga adik fren. merangkap juga teman jiwa suka duka. dia memang hebat oke. hebat ke ta?? harapnya gitu la kan. dapat pakej bercuti free jangan lopa ai oke. hikhik. oke. jom layan gambo aje la ye.

ini lah perantin pompuannya. Shazana. dia memang.. hepi gumbira jep sukati dia je.
anak Lela. sesambil berlepakan di sisi kanan pelamin menunggu besfren ai sampai. bole tahan lama jugak la menunggu.
mereka
ai yang kaku bersamaan ita (duduk kat bawah bersama hasil foto pre-wed shaz yang dia snap), perantin + Lela + anakanda Lela
bersama perantin yang hgak baru juga ketika hari kejadian. ina + ali. tapi hubby dia tade dlm gambar ni. wedding dorang a month before time ni kot kalo tak silap. tapi aku tak dapat hadirkan diri. kat johor sana oke. ai kat kb kan.
bajet senyum shy2 with ita. wajah ai tanpa mekap. ada je sebenarnya. scepeh jep. sbb berpeluh. dah tade. hikhik
Shaz+Shah (belakang tu bunting gegambar time pre-wed dorang)
yeah!! dari kiri : (atas) ina+ali bebet, shah+shaz, farah (my bestfren+ezmal). bawah dari kiri: magic/ery, ita, ehem2, akramin. 
them
KAMI  
cheeeeeesssseeeee... and peace! ^_^

Okeh. itu sajelah al-kisahnya seketika pada hari kejadian kenduri kawen di rumah shazu. ada sikit lagi stori time ke Kajang ni. lain entri la kot ek. ehehe.. ntah bape bln la plk ek. ekeke.. saye mau gambar diner malam tadiiiiiiiiii... tulun...... (segera hubungi orang yang berkenaan. tata).


Teaser: Malam Muslimah Anggun


Assalamualaikum..

Itu adalah poster hebahan Makan Malam Muslimah Anggun tajaan kelab erobik Jom Kita Sihat yang telah aku join sejak lebih kurang 2tahun yang lalu. eh. ke setahun ek. mana2 je la. ehehe.. alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. sudah pun berlalu pada malam tadi. everything ok. tapi mungkin ada la juga sedikit sebanyak kekurangan dari pihak penganjur. dan aku adalah salah sorang dari pihak penganjur atau AJK (anggota jong kako) bagi majlis makan malam yang pertama kali dianjurkan oleh kelab yang masih setahun jagung ni. pertama kali juga aku pakai abaya malam tadi. :) weird. a lil bit. tapi selesa. just kurang selesa bila time nak makan. sebabnya lengan baju ai bole tahan agak besau. hik. yang bestnya a fren of mine, siap ofer gitau kalo aku dah tanak pakai abaya yang aku pakai malam tadi, sila jangan teragak gitau dia. kompem dia nak amik walau second hand/prelove item. waaaaahhhh.. hebat. ai sayang la. setakat ni la. not yet la kot untuk tempoh jangka masa sekarang ni. hikhik. a simple abaya yet nice & sweet. bagi ai la kan. orang lain dah siap iron abaya masing2 tinggal tunggu nak pakai jep kelmarin. aku plk petang sebelum majlis tu baru dok belek2 pilih abaya kat hotel tu. sebab kitorang ada sediakan ruang untuk disewa oleh penaja/peniaga abaya. ada 4 pengusaha abaya yang join. sumenya melets. lagi melets, lagi wow reganya. hebat. actually aku dah pun ronda2 cari jubah/abaya untuk dipakai pada malam tu sejak hari Khamis & Jumaat yang lalu, tapi thedak ketemu pujaan hati. rupanya akan terpaut pada tempat & pada hari kejadian. hebat lagi. orang lain pulak yang beria suh aku tgk2 abaya kat sana sebab tau aku belum ada walau secepeh pun untuk dipakai. akaka.. best.

Moral of the story, aku sebenarnya tak sabar nak update atau bikin entri tentang majlis makan malam pada malam tadi. tapi got non of the foto with me. sebabnya saya takde bwk kamera pong. tunggu gambar dari kawam2 yang bawak kamera.. bersabarlah wahai hati. hik. tata.


29 August 2012

Usaha

Assalamualaikum..

What a bright day. :) my second day ganti pose today. hikhik.. pepagi je biasanya fresh gini. hagak2 dah petang nanti, bole la tgk ropa aku yang 'sebek' (ala2 tak bemaya yang amat) jep. ehehe.. oke. sebut tentang usaha. very the easy taip this word kan. yeup. hakikatnya it's not easy bila kita dalam keadaan itu. macam tengah usahakan sesuatu, ayat lainnya tengah gigih nak capai sesuatu target ke. gitu la lebih kurang. untuk melakukannya, haruslah tekad untuk mencapainya. tetapkan hati untuk dapatkan sesuatu yang diinginkan. gandakan kegigihan hati & kudrat. wahh!! hebat sangat bunyinya ek. eh. harus lah kan. yang paling hebatnya, haruslah juga ada sedikit pengorbanan. then you are heading to SUCCESS setelah digandakan segala USAHA itu. nape aku BESARKAN dua perkataan itu?? sebab usaha itu kunci kepada kejayaan. contoh macam kalau hati kata nak dapatkan henpon aipon 4S. memang tak keruan lah. kejap-kejap google. kejap-kejap baca segala spec tepon tu. belek. tilik. tanya pendapat sana sini. kompem dengan pilihan hati, masa untuk dapatkannya. kalau income bekepuk takde hal lah kan. pegi je mana-mana kedai ke, online pon bole. cakap je nak aipon 4S, tukang kedai kuakan, ko bagi duit kat dia, dah setel. amik, belek-belek, done. masuk beg, bwk balik dengan muka tersenyum dan hati girang. tapi kalau bagi orang yang macam aku ni, yang memang banyak sangat hajat di hati, untuk dapatkan aipon 4S itu thedak semudah itu oke. haruslah keno kompul duit dulu. dapat gaji, asingkan brapa banyak yang mampu (tolak segala hutang piutang, bil-bil sume, kos minyak kete, kos nak kenyangkan perut ai yang kaya keinginan jugak), menahan diri dari bersoping untuk beberapa bulan, then insyaallah cukup la jumlah rega aipon tu. hebat. tapi opkos itu thedak mudah. waaahh.. panjangnya contoh aku tu yep. ehehe.. layankan ajo la.

Tapi, antara yang real payah bagi aku untuk capai setakat yang penah aku cuba adalah mendaki gunung tebu. itu adalah 1st & last la setakat ni. tapi nikmatnya, perghhhhh!! memang rindu nak rasa lagi. tapi akibatnya, kedua-dua kuku ibu jari kaki aku tak dapat diselamatkan. kasi cabut, tunggu tumbuh yang baru (macam berani la kan. realitinya kawan aku yang paksa cabut kuku yang dah mati tu dengan tipu helah lagi sebab aku tak bagi. konon takut sakit. padahal xrasa pape pon time dia cabut. ahaha). best lagi, tempoh itu adalah termasuk time raya. cun jep kuku kaki aku time tu. ai siap ikat reben lagi tau. ahaha.. disebabkan kecetekan pengetahuan aku, amik masa dekat setahun jugak la nak dapatkan balik kuku ibu jari kaki normal sedia kala. ekeke.. but kenot compare the feeling time kat puncak tu. alhamdulillah. impian dari zaman sekolah tercapai jugak walau hanya sekali. setiap kali kawan aku ajak mendaki lagi, strickly 'NO' as the answer from my mom. huk huk.

waaaahhhhh.. cantekkkk!!! (hasil gugel. kurang kerajinan nak cari gmbr2 lama. hikhik)

Napekah topik entri pada hari ini adalah begini? ^_^ sebab pepagi hari ni aku terserempak dengan a fren of mine kat depan pintu opis. and.... ok. speechless. mabeles. usahanya sudah mula menampakkan hasil yang agak ketara. dan aku tahu usahanya untuk dapatkan hasil itu bukanlah mudah. lots of sacrifice. aku sendiri pon non ada la mampu nak buat gitu setakat ni. sebab ia adalah berkaitan berat badan. ehehe.. ai kan owes lah kenot tahan tang makan-makan neh ha. no wonder dia dapat banyak pujian time raya aritu. i mean di awal bulan Syawal ni la. sebab time tu opkos la sume insan pun akan jumpa ramai orang, sahabat handai dan kaum keluarga yang jauh dan dekat. proud of you la.nak kena tekad jugak ni. eceh. gitu. tapi macam harus. slamat berusaha untuk diri sendiri. oke. hari ni tamo makan langsung. petang nanti baru makan. ahaha.. haruslah sebab arini aku puasa. hah haaaaaaa..... maapkan la kesengalan di pagi hari ni. tata.


26 August 2012

Muslimah dinner outfit

Assalamualaikum.

Masih lagi dalam bulan Syawal. alhamdulillah. tapi kesunyian mula terasa kembali. especially kat umah. rasanya kat umah orang lain jugak. sebabnya kebanyakannya ahli keluarga dah mula kembali ke kota atau ke tempat lubuk mencari rezeki bersuap suap nasi. haruslah bersuap suap banyak kali suap kan. sesuap nasi jep opkos la tak kenyang kan. ahahaha.. maapkan kesengalan ini. awal pagi tadi famili tecit kakak + adik aku dah bertolak kembali ke wilayah Selangor itu. dalam lebih kurang jam 4 pagi tadi. skarang ni dorang dah sampai ke destinasi la. tata Qistina. miss her already. sebab dia dah pandai cakap. lalu bole tahan cakap banyak dan owes la nak ikut aku ke mana pon kalo nampak aku nak kua. pantang pakai kurang slekeh sket ek (sebab kat umah owes la slekeh mekeh. ^_^). laju jep kua dari mulut dia 'nak alan. nak alan'. maksudnya adalah nak jalan/kua jenjalan. pastu laju je cari tangan nak tarik ke pintu. pastu xmenyempat nak suh dukung takot dia kena tinggal. noty betul dak ticik tu. then tinggal la Afrina jep yang setia nak lepak umah tok ma + tok pa. budak tu tamo pegi umah tok mi + tok abah. sebab tade orang nak layan dia kot. and tido owes la nak bekepit ngan aunty jep (kalau sepupu dia Alia tade kat umah. geng kamceng la tu. gaduh2 harus ada jugak walau kamceng.). gonna miss all da kecoh2 bila semua ada kat umah. tunggu la time raya aidiladha plk. :( tapiiiii.. saya maseh lagi windu nak makan segala juadah raya.. bole tak gitu? ahahah.. especially lemang + rendang + nasi impit + kuah kacang. pebret all da time.

Oke. tinggalkan dulu segala cerita hari raya ke tepi. now fokus kepada makan malam muslimah yang aku kena hadiri pada Sabtu yang makin hampir ni. bape hari jep lagi. tapi baju yang nak pakai pegi sana tu belum ada lagi. adeh. temanya ala2 muslimah anggun gitu. ai pun suda fenin tahap malas mau pikir lagi dah.. jom nulun ai. yang mana satu kah oke ek? syaratnya mestilah kalau aku beli nanti ia thedak dibazirkan begitu saje. maksud lainnya maseh akan tetap dipakai selepas malam kejadian itu.

yang inikah? cantik. kena dgn tema. tapi adakah akan maseh dipakai selepas makan malam itu ek. ??

yang ini. kategori dress. tapi masih lagi kelihatan sopan juga kan. tapi warnanya plain gini je la. jersey material.

Hah. itu lah bendanya. bezanya, yang kat atas tu kena cari kat kedai2 yang ada kat Kota Bharu ni la. online pun ada. tapi mahal sket. yang kedua tu, online kat thepoplook. reganya ok la. kat atas tu cantik. tapi kainnya, kemungkinan pemakaiannya.. yang kedua tu simple amat. tapi.. bole la kan. cemana ek? lallalalala..


23 August 2012

Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.

Hye uolls.. ehehe.. gediks plk pepagi di kala 1st entri raya ni ek. kepada sesape yang baca blog ni diucapkan selamat hari raya aidilfitri.. maafkan saya zahir & batin andai ada sebarang salah silap. terkongsi segala kisah yang meraban. terlepas cite yang hentah pape, termengata sesape yang time sy teremo. pendek kata sume2 la. sumenya 'ter' ek. kunun macam bagus bebenau la kan.. hikhik.. nop la. sy dengan rendah diri akui yang sy ni hanyalah insan biasa. owes la buat kesilapan. maapkan la ye.

Hari ni 1st day aku keje time musim raya ni. dah pun raya ke-5 ek. sungguh pantas. nak datang keje pagi tadi pon anak sdara siap tunjuk kete "nak kete. nak kete". wah. mintak kete terus. hebat kamu qis. anak sdara yang nama qistina tu. dia gemar ngekor aku ke mana pun. sbb dia sgt suke jenjalan. so sweet.. mmg anak sdara aunty la kan. hikhik. raya kali ni biasa2 je. menu kat umah pon simple je. em. ntah le. tapi raya kali ni memang terasa agak gituuuu je.. cemana nak cakap ek.. semacam hambar ke ek? emmmm.. sikit lebih kurang kot. feeling meriah tu bila layan karenah anak2 sdara. ehehe.. kanak2 memang menceriakan suasana kan. walaupun kecik, hebat dorang nih. pengisian raya macam biasa, bermaafan, makan2, jenjalan umah sdara mara, ziarah kubur. ahaaaa.. atau mgkn sbb ai kenot gi solat hari raya kot lalu feeling itu sedikit ke laut.. mungkin. bak kata a fren of mine, abc time. :)

Segala beskut sume adalah hasil belian. hikhik. yang buat pon just cornflakes madu. tu pun pada malam raya. dan suda pon habis sebab mmg pebret satu famili. yang paling byk mkn opkos la adik aku yang beria suh buat, milia. hebat. adakah maksudnya hasil buatan aku itu rasanya sunggoh enak? ahahahhaa.. ferasan lebeyh. sesi mencari kasut/siper raya adik aku aitu pun last minute gak. malam sehari sebelum raya baru gi mencari. alhamdulillah. seb baek ada je yang dia bekanan dan sesuai. and opkos la si kenit tu nak ikot kan. asalnya tanak bawak, tapi cian lak kat dia kan. lalu bawa la. otw blk dia dh lentok tido. so sweet.. alaaaaaa... bajet nak letak gambar yang time malam gi soping kasut raya adik aku tu. skali takleh nak transfer lak dari tepon. tak tau la apakah poblem. haish.. gambar dak qistina tu je pun duk men segala mainan kanak2 yg bergerak gerak yang owes ada kt tempat beli belah tu. disebabkan tade, maka, tade la gambar entri kali ni. jadi, layankan je la merapuan tuan tanah di hari raya ni. ahahaha.. tata.


15 August 2012

Iftar di Habib Hotel

Assalamualaikum.

Ibadah puasa masih lagi diteruskan. alhamdulillah. sana sini kemeriahan sambutan Aidilfitri makin terasa. peti masuk emel mula dipenuhi ucapan raya dan kad-kad raya. masing-masing dah mula sibuk ambil beskut raya & kek raya yang dh siap2 oder awal pose aitu. including me. ahaha. juga sampul duit raya. duit raya baru haruslah awal2 lagi dah booked kan. syukur alhamdulillah atas segala limpah rahmat & rezeki yang Allah s.w.t. berikan.

Mumbai Layer Cake
Kek Mumbai lapis-lapis ni bikinan kawan aku. cantik kan kalernya. geram plk aku tgk. haishh.. yang ni 1 stgh kilo gitu lebih kurang. harganya RM30. nyummsss.. cobaan mata ai. amik pagi tadi. dia kasi nganto depan opis. hikhik.

sampul duit raya. jua pagi tadi. beli ngan jabatan kat tempat keje ni jgk. :)

Eh. dah jauh tersasar ek. ehehe.. ni gayanya malas nak bikin banyak-banyak entri. pastu kasi tempek je sume kat sini ek. ehehe.. oke. back to the story. petang smalam aku berbuka puasa kat Habib Hotel Kota Bharu yang berhampiran MPKB jua bangunan Tabung Haji itu atau jua bangunan MARA bersama kengkawan satu skolah dulu. geng lepak ai la kan. macam biasa. dengan harganya RM25 per head tu just nice la. puas ati. walau rasanya lari sket dari selera tekak ai kan. tapi oke la. staf kat situ oke. lauk pauk pun owes lah bertambah. tak mcm sesetengah tempat. kalu dah habis tu tade la tambahnya lagi ha. sedey. yang paling best, dorang sediakan air jagung. waaaaaahhhh.. my pebret. macam tau-tau je. ehehe.. then ada juga disediakan kurma. kami tak makan pun. gelojoh ek tgk makanan semorang. ahaha. idop le. kata haus. air lah yang diterkam masuk tekak dulu. yummeh. air jagung yang sedap. lauk pauk yang ada disediakan antaranya daging black pepper, ikan tenggiri cili padi (tapi xpedas pon.haishhh..), ayam lemon, sotong (masak apa ntah. xpasti), kerabu mangga, sayur (lopa la sayur apakah. sila tgk gambar la ek), dan tom yam canpur (tapi agak masin. mmg betol2 puasa la chef). pastu ada jugak bubur jagung. aku tak mkn pun. perut dah penuh. ehehe. ada puding caramel, kuih2 lain, popia tecit, jeruk buah berserta coleknya, buah-buahan sket (betik, tembikai & tembikai susu), pelbagai jenis sambal, ulam2 pun ada. pebret aku dari sume di atas hanyalah air jagung. ehehe..

ini lah dia santapan ai petang semalam
posisi lain plk. :)
tom yam yang enak bikinan chef berpuasa.
tadaaaaaa... sebab ai yang bikin booking.. haros lah nama ai kan.. ahaha.. yang petak2 merah kat belakang tu buah kurma sebijik-sbijik dalam plastik. tak try pon lagi. mlm ni la insyaallah i try. ehehe

Alhamdulillah.. balik umah kelam kelibut je. seb baek sempat je solat pastu siap-siap pegi terawih bersama mama. :)


14 August 2012

Soping di bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Ramadhan sudah makin hampir meninggalkan kite semua. gumbira ada. sebab dah makin hampir nak raya. sedih pun ada sebab terasa cepat sangat bulan mulia ni berlalu. mungkinkah akan bersua lagi di tahun hadapan? insyaallah.. tak penah jemu aku menunggu bulan yang mulia ini. kerana bulan Ramadhan ni adalah super duper best. very extra best lah kalo nak dibandingkan dengan soping. :) kelebihannya mmg xnampak. tapi ketenangannya boleh dirasai. tapi ai memang tetap jua gi soping lah. ekeke.. takde gi mana jugak pon. ke kl sahaja. macam biasa akan stay di kajang. kat umah akak. jadi bole luang masa bersama anak sdara ai yg makin bijak pandai itu. windu dia oledi. bila sebut tang ini, pantas xsabar tunggu kedatangan syawal. sebab nanti dorang akan kelik kampung. adik aku jua. besh. bekumpul kat umah. pegi sana time bebulan pose ni pun sebab dah beli tiket awal-awal. tiket murah la kan. berbaloi-baloi. pegi sana hari sabtu lalu. ahad petang dah balik. sebab tamo nanti byk telepas terawih. as i wish ai pegi soping tudung fareeda & a few things kat ikea. sebab kali ni pegi dalam bulan pose, tak dapat la merasa meatball yang lazat itu. hukhuk.. tapi ai kasi beli paket segera untuk bikin sendiri sos meatball itu nanti. then beli kek kegemaran jua untuk mengubat frust tak dapat makan meatball kat sana. ehehehe. pilihan aku jugak tanak buka pose kat sana. fadan muka ai. alih2 bebuka kat pija hut saje la. ekeke.. yang penting bole sampai umah akak aku lebih awal. hikhik.. kalo lepak area ikea tu lebih lama, kompem la lewat sampai umah akak kan. cian plk dak tecit tu duk nunggu aku sampai. takut nanti dia dah tido plk. dipendekkan cite, i got all da things i want/wish to have time pegi kali ni. herannya tade mood plk nk soping baju, beg & kasut time pegi sana aitu. ish ish.. kompius ai. just snap a few gambo aje. tu pun time kat dlm flight menuju ke kl dari kb. segala bebarang yang di beli non ado amik gambar. tgklah kalu agak2 rajin nanti. ehehe..

pemandangan pagi dari atas. ni 1st time nek flight pagi. best.
ni pada aras ketinggian yang lebih tinggi. masyaallah.. indahnya ciptaanMu Tuhan.
di sebalik jendela. :) duk tepi kan. harus lah.
dan lagi. pada aras ketinggian yang berbeza
gini lah kekdahnya beratur nak masuk soping kat butik fareeda tu ha. hamboi-hanboi. dorang bagi masa 10 minit untuk setiap kumpulan 20orang sekali masuk kat dalam tu. perghhh!!
tadi dari pandangan depan aku. yang ni plk dari pandangan belakang aku. hui hui..
dari time dak tecit qistina sama2 beratur kat sini, sampai lah time kasi anto dia kat kereta bersama papanya. cian kat dia nk kena beratur lama-lama.
my cutie bam bam. saaaayyyangg dia. "anty.. meh.." (tarik tangan suh ikut dia). so sweet.. ni sebelum bergegas ke stesen komuter kajang. kalau dulu kemain lagi dia takut nak naik segala benda alah ni. skarang ni dah cool habes.

Al kisahnya very lah da rushing nak ke epot. sebabnya telebih masa terluang kat fareeda itu.. phewww.. seb baek Tuhan permudahkan perjalananku. syukur ya Allah..