31 July 2011

Bercuti!! Yeayy!!

Assalamualaikum...

Yeeeeeehaaaaaaa!!! ai laikkkk.. wanna know why?? ehehe... opkos la seperti tajuk di atas. takde la istilah bercuti g tempat peranginan ke apa ha.. just ke Kajang sahaja. sesambil temankan akak daku balik umah dia kat kajang ni besama baby Qistina. ada la beberapa hari gak. kununnya nak datang kejap jep. alih2 berkira kira mau tambah cuti lagi. ahahaha.. ni pun bikin entri ni kat umah my sis. ngeh ngeh ngeh.. aktiviti kat sini? biasa2 je. spend time kat umah... makan makan.. tido.. bermalasan.. hik hik.. sesambil layan dak kicik Qis ni ha.

Dalam beberapa hari kat sini, hari paling best. sebabnya?? ehehe...

taraaaaaa.....


bole teka tak apakah?? ehehe.. saaaaannngggaaaattt sukeeeee... dapat both of this dgn harga yang sangat murah.. berbaloi baloi.. sbb malas nak pakai time ni, just letak tudung2 ni kat atas lantai je la. hikhik.. and my sis rembat satu. design yang sama macam kaler pink biru kat atas tu.. bestt!! oke. itu adalah kerana aku memang dah lama niat nak beli tudung fareeda ni. tapi asik tangguh je. then hari ni, tertunai sudah. tenkiu sgt utk abang ipar aku kerana sudi drive ke bandar baru bangi utk ai membeli tudung ini. sukeeeee... then lepas dah setel soping kat fareeda kami ke sini...


bila dah kat kajang, harus la mau pekena satey kajang kan. ehehe.. ni bukan pegi kat satey samuri tu. tapi yang nama Yus. sbb abg ipar aku suggest kat sini. rasanya?? oke la. tapi belom capai tahap best bagi slera aku.. ceeehhh.. kerek jual cereknya aku.. dah tu, nak cenggana dah rasanya agak kurang bertepatan ngan selera lidah jua tekak aku kot.. maap la ye..

sebelum soping2 tudun tu kami ke JJ (jaya jusco) dulu. sesudah kami tersangat kuchiwa menghala ke KL pada awalnya namon jalan tersangat jua amatlah sesaknya ha.. lalu kami berpatah balik ke area yang tak sesak. tu pun hamik masa 3jam lebeh gk lah kat dalam kete ha. perghhh!! sunggoh membazir masa soping kami. uhuhu... tapi idak ngape, yg penting hajat ai tercapai gak (part of it la kan.. idak ngape. nt baru tunaikan). turun je dari kete lepas 3jam lebey dalam kete tu ha. teruuuussss kami pigi sini...


suda nampakkah itu hint?? kerusi2 itu?? yeee.. ke food court.. ahaha.. lihat sahaja ghopa Qistina time ni. ehehe.. cian dia. tapi memang dia teramat gemar makan macam aunty dia jua oke. ahaha...

sebelum itu... malam sebelumnya, kami pigi berlepakan di sini...



nampak tak?? gelap kan gambarnya. haros la. ai snap guna tepon ai yg sgt rendah diri ini sahaja. namon ai oraitkan aje lah ek. ehehe.. berlepakan ke putrajaya kami2 ni ha. akaka.. hamik angin malam la kununnya.. aktivitinya kat sinun..

Qisss... bikin apakah?? trim pokok yee..
them.. gelap pun gelap lah.. nak jugak jugak amik gambar. ahaha.. lepas lepak2 tgk org nek beskal..
akak ai suda macam gaya orang baru insaf menuju ke masjid ek.. hikhik.. kalau dia tau taruk caption gini ni.. lariiikkkkk...

hah! kompem la kami memang takde keje kan.. benti depan masjid hamik gambo..

hukiiiieeee.. itu sajalah untuk hari ini.. namon... sebelom tu..


yeee.. dak kicik yang kepenatan setelah seharian jenjalan.. ehehe.. sangat kiut. oke. itu sahaja.. bye.


20 July 2011

Makan malam 'Keindahan 1 Malaysia'

Assalamualaikum.

^_^ seperti yang dijanjikan, sekarang ni giliran entri dinner yang disebut-sebut itu. ehehe.. al kisahnya. pada hari kejadian tu, iaitu malam kedua kat sana, nak dijadikan cerita, dalam lebih kurang dekat2 kul7 ke kul7 lebih gitu (lopa le the exact time) berlakulah ketiadaan bekalan elektrik. yang bestnya aku baru je nk stat mandi kat shower room. hoh! ingatkan sesaje kak ana (roomate kat sana) nak kenakan aku blk sebab time dia kat dalam tu beberapa kali gak la aku tesilap matikan lampu. ahaha. tapi macam tak mungkin sebab aku dengar bunyi seolah olah suis utama tu kena tendang ha. pastu bunyi riuh rendah yang kecoh testing bunyi bagai kat tempat bakal bikin dinner tu pun senyap sunyi je. yang kedengaran just suara kecoh2 elektrik takde. ahahahaha.. sopan, mata helang je aku bantai mandi dalam gelap tu ha. lantak ko la. dinner 8.30, 7.30 aku lom mandi lagi cemana? mampos la aku bantai kunun mcm dalam cahaya samar yang lomantik je kasi basuh badan+cuci muka. akakaka. pantas lak aku bersihkan badan time tu. akaka. kalo thedak, xlebih 15 minit, jangan harap aku kua. akaka.

Panjang bebeno lak cite tang kat bilik mandi tu ye. akaka. masih lagi dalam keadaan begelap tu ha. (xde la gelap sangat pun sbb senja time dimana masih lagi ada kelihatan cahaya yang romantik dari luar). time kejadian tu rerakan lain sume tgh besiap, mekap bagai. yang dah setel mekap just kak da (sheila mekapkan) + kak ana (aku bantai asah bakat yang memang tumpul mekapkan. ahaha. seb baek oke je tahap biasa sbb aku mmg xreti pon oke). tapi kak ana ada la gk tambah2 sendiri + di touch up sheila. (sume nama yang disebut tu adalah rerakan satu apartment ngan aku)

Pastu, sebab sume ayat kat atas tu aku dah lama gila taip lalu terperuk sebagai draf, then harini baru aku smbng blk, sila la lihat hasilnya pada gambar2 berikut ye. gambar it aku dapatkan dari Sheila,unit latihan kampus+mr yie.. tenkiu sume2 atas hasil rompakan gambar ini.ehehehe..

ketibaan kami.. yeeeehaaaaa!!!

ketibaan prof. Asma

tarian pembukaan.. suka sgt tgk bdk2 ni menari.. especially yang paling kecik, yg paling kiri tu. sangat lincah oke.

besunggoh ha aku terteleng nk tgk bdk2 tu mnari. akaka..

ramai-ramai...

ngan dorang.. with prof. Asma

nk jugak jugak nyelit. ahaha

waaahhh.. xtahan gile tgk gambar ni ha. rakan-rakan yang tau tu, tau la kan.. aku sungguh bersenyum manes! glad of my sweet face. dis moment. perghhhhh!!! epi, jgn ckp pape oke. snym je.

gambar ni sudah dilangkau oleh gambar2 di atas. tapi nak jugak jugak tayang kat sini. ai dapat cabutan bertuah oke. sukeeee!!! tambah lak terima dari prof Nik Maheran. ai likeee!!

gambar ni skali tgk macam kelihatan ganjil jep..ngapekah???ntah le.mgkn kelihatan kementot sket.huh.gambar kena penyek ke apa??

hah! ni one of my most pebret + LIKE picture utk mlm kejadian tu. know why? sbb dapat amik gmbr with Prof. Asma. TNC USM. sgt sukeeeee.. gambar ni pon oke.. sukeeeee laagiiiiii...

haaaa.. dan ini juga.. one of my pebret picture mlm itu. with one of my idol. Prof. Nik Maheran. dia tersangatlah cool oke. best!!

Itulah sume antara gambar-gambar yang aku pilih utk diselitkan dalam entri ni. ehehe.. banyak lagi sebenarnya. tapi cukoplah tu kot. dah banyak sangat dah tu pun kan. tapi rasa macam nak jugak-jugak selit satu lagi gambar ni...

taraaaa... ahaha.. yee.. gambar berkabus ni gak yang nak aku selitkan.. sebabnya time turun amik gambar ni beramai ramai, hujan tgh turun dgn lebatnya. lalu, kami pun turut la jgk tekena tempiasnya.. ahahaha... apa pnya sengal lak reason tu ek. belasah aje lah...

Oke. itu saje... bye.. hikhik...


18 July 2011

Birthday Lec + Ruzai

Assalamualaikum..

^_^ hye sume.. ehehehe.. sy kasi langkau entri lagi.. tau.. janji yang lepas pon belum tertunai lagi. sangat sori ye. macam kerajinan agak kurang nak beronline kat umah. ehehe.. lalu, entri ni dulu lah saya post dulu ek. ekekeke.. semacam excited sket nk cite sbb baru semalam kejadiannya kan. ehehehe..

Al kisahnya birthday Lec smlm, Ruzai last week-13/7. both of them kawan time zaman sekolah menengah dulu. idak le kami2 rapat pun masa zaman belajar dulu, lately makin ok dan ngam lak. ai laik lah. setelah berkontek kontek besama Sheq + Zura (jua rakan satu skolah), lalu kami sepakat bikin potluck. bekompul kat umah Zura. ntah btol ke tak aku eja potluck ni. correct me if i'm wrong ye kengkwn. lepas Maghrib, siap2, pastu dlm lepas Isyak gk la kami2 sampai kt umah Zura. sgt dekat upanya ngan umah aku umah si Zura ni. ehehe.. masing2 bawak bekal masing2. BESTTTTT!! Ruzai+Lec-kek ais krim yg sgt sedap, Sheq-fruit cocktail, Wani-KFC, Lec+Aniq-pizza, Zura-bihun, kuey teow+mi sup jua air + tmpt kami lepak. tenkiu sume2 kawan kawanku.. tenkiu jua utk abe Ja (hubby Zura) + Aniq (hubby Lec). owh. lupa. aku bawak eskrem. sbb xtau dh ada kek eskrem. ehehe.. tersangatlah kenyang melantak ko.. ehehe.. opkos sesi begambar harus ada... lalu, kasi bikin gegambo la yang bererita ek. jommmmm...

bersalaman dulu.. ehehe.. Wani yang memula sampai kat umah Zura. tu tgn Lec. ni penaja KFC kami. tenkiu daling
belek-belek album kawen Wani..
sebelum kami mulakan sesi makan-makan... zassttt..
yeay!!ini dia menu kami pada malam kejadian

kepci

pijaaaa

sup bikinan Zura. beshh

fruit cocktail.. Sheq bikin.. beshh

menu utama time birthday celebration.. mesti la birthday kek. BESHHH!!!! nyummm nyumm.

both birthday girl.. girl ke??? lady la best sket. tapi girl tu kiut.. both birthday girl gk lah. ahahaha

kami yang bagai di alam mimpi. kata Zura. ehehe..

KAMI!! besunggoh bebeno belakon ha. memang gigih la. siap tutup lampu bagai. ahaha..

makan-makan.. gitu skali aku makan kek tu. ahaha..

besunggoh sunggoh menonton sesambil makan..

akhirnya.. ni la tinggalan kami. ish ish.. tenkiu Zura + abe Ja sudi jadi host kami. hikhik..

Kesimpulannya, SANGAT BESHHHH!!!!... tenkiu sume sume... aku balik umah dengan pewot yang kekenyangan amat. ahaha.. rugi tau adik aku xmo ikot. sbb nya dia skolah kn. takot nt ngantok lak kt skolah. ehehe.. sayang kamu sume!!

**++ sume sume gegambo aku hamik dari fesbuk Zura. ehehe.. credit to you la bebeh.. ++**

29 June 2011

Kejutan??

Assalamualaikum.

Hye all.. waaahhh.. kedengaran macam lah ceria yang amat ek. ekeke. sebenarnya takdelah ceria sangat pun. biasa-biasa je. macam yang aku penah cite pada entri yang lalu, balik je dari berkursus, aku dikejutkan dengan berita papa kena tahan kat wad sementara kat kecemasan ospital. mungkin sebab aku ni telebih cool kot bila terima sebarang perkhabaran pun bole bantai releks jep. haihhh.. kelebihan ke kekurangan tu ek?? dah jadi macam ala-ala orang takde perasaan lak ek. haishh.. tapi alhamdulillah setakat ni papa oke je walau belum pulih pun lagi. tengah tunggu perkembangan dari pengambilan ubat yang doktor bagi la sekarang ni sebelum temujanji seterusnya nanti.

Second news yang aku terima adalah tentang rakan sekerja tapi opis lain kat tempat keje aku ni ha. masyaallah.. moga Tuhan beri kekuatan padanya dalam menghadapi dugaan yang ditimpakan padanya. sungguh berat bagi aku yang mendengar dan tau tentang dugaan yang dia hadapi sekarang ni. tak dapat aku bayangkan hebatnya dugaan yang dia hadapi. tabahkan hatinya ya Allah. kuatkan hatinya. kuatkan semangatnya. moga dia beroleh kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi kesulitan ini. dugaan yang dihadapi adalah penyakit yang paling ditakuti setiap wanita. mesti korang dah bole agak kan. sama-sama lah kita doakan untuk kesejahteraan + kesihatan yang baik untuk papa dan rakan aku yang disayangi. moga dipermudahkan olehNya bagi papa dan rakan aku dalam mengharungi dugaan ini. amin..

Rentetan dari perkhabaran ni, aku semacam terkesima pun ada. especially bout my fren. sebab keadaan dia lebih membimbangkan dibandingkan dengan papa. insyaallah semuanya akan oke. mencari, membelek aku kat alam maya nih ha mencari info berkaitan batu karang + breast cancer. semakin banyak maklumat dan pengetahuan, moganya dapatlah membantu dan meringankan beban yang ditanggung setakat termampu. semakin banyak ilmu yang digali, semakin kerdil rasanya. kat sini ada sikit info yang aku dapat berkaitan batu karang. untuk rujukan aku jua untuk perkongsian bersama rakan-rakan (kalau-kalau la korang pun mencari kan).

Mood kasi tepek entri tang dinner tu ditangguhkan dulu la yo. insyaallah nanti ai kasi tempek.

28 June 2011

Berkursus di Glory Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum..

As da title. aku g berkursus tu pada weekend aitu. sgt lama nok pejalanan pegi port dickson tu. sepatutnya takde sampai tahap selama itu. namun kalau dah asik benti sampai 10 kali, pecite?? (kata kawan aku yg sesama gi kursus tu la 10kali benti. aku xamik pot pon nk kira2 bagai ni). gerak dari dewan utama USM ni lebih kurang 8.30 pagi, saaaaaammmmmpaaaiiiii la kul 9.00 malam gitu lebih kurang kat Glory Beach Resort Port Dickson tu ha. dalam 13 jam hoke. perrggghhhhh!! layankan ajolah ha. abeh gaya hah aku kat dalam bas tu.

Overall kursus tu oke la jgk. ada yang best, ada yg so so jep. tapi tang penceramah yg paling aku suka + paling best dari Prof. Nik Maheran (pensyarah UiTM). terbaeeekkk!! sgt best. sampaikan masa tu terasa tersangatlah pantas berlalu. yang agak oke seterusnya pada hari kedua kursus dari encik apakah ntah. lopa nama dia. En. Haris ke kalo xsilap. yang prof nyer sesi tu ari pertama kursus. penceramah yang lain2, hurmmm.. bertahaaaannnn... xtahannya ha, pagi hari kedua tu aku siap bantai tido lagi ha time kursus. ngantok yang amat oke. xtau la apa yg dok begayut kat mata (ahaha.. lagi mau tanya jua bikin kunun xtau ek. akaka).

Malam kedua kat sana ada dinner perasmian. dirasmikan oleh prof. Asma. tang dinner tu aku cite kat entri laen ek. ni kira macam entri rumusan keseluruhan pejalanan aku dalam 3hari tu la. ahaha. kunun ek. last day kat sana, kitorg gerak dari PD tu kul 2ptg. singgah soping kat Nilai dua jam. siap beli tikar ko. ahaha. jua riben. ntah pape aku kan. lantak la. then gerak pulang ke USM balik. lebih kurang 4.10 pagi gitu kami sume sampai kat usm ni ha. otw nak sampai tu tepon papa as usual gtau dah kat mana. sbb nanti papa yang kena menjemput kan. tapi... eh. dengar sore macam lain jep. macam sore abg aku je. yeke? ke aku yang mamai?? layankan je la. dh dkt ngan pagar usm tu tepon lagi. aikkkk.. sore abg aku lagi. yeke?? yang kali pertama tepon tu katanya dh kat kecemasan usm. aku masih blur2 xdapat tangkap pape lagi oke. pnyalah slow. haih.. kali ketiga tepon papa, xjwb lk. taim tu dh nmpk kete abg aku kt pagar seberang sana dari tempat parking berhampiran pejabat pengarah kampus yg asal. pastu papa lk yg tepon blk. kata abg aku dh g amik.

Then abg aku smpi. oke. memang pelik. then abg aku gtau papa kena tahan kat wad sementara kat kecemasan tu. saspek batu karang. hoooo.. patot la. aku lagi mau blur2 ek. sengal btol. then msk la tgu kt wad sementara tu ngan abg aku. tunggu keputusan urine test dari doktor. dekat sejam gitu, doktor dtg. katanya memang kompem papa ada batu karang (eh. btol ke niii????). tapi xde jangkitan kuman ke pape yang lain. alhamdulillah. xbesar katanya. pastu katanya suh minum air kelapa. sbb katanya bole bantu pecahkan batu karang tu gak. doktor just bagi list ubat, suh amik ubat, then papa dh bole balik. alhamdulillah.. tapi papa kena datang lagi utk dapatkan rawatan susulan. utk cek blk. kata doktor, ubat yg dia bagi tu utk hancurkan benda alah tu. nt akan kua dlm bentuk pasir2 gitu atau batu2 kecil. tapi papa still akan rasa sakit2 lagi. cian papa. hope papa cepat sembuh. papa xpenah sakit2 gini. adik aku cite dia siap nangis2 tgk papa sakit malam sebelum gi ospital tu. abg aku lk lmbt sampai kt umah. uhuhu... sian papa.

Lepas dh amik ubat, papa pn dh bole blk, kitorg terus ke kb, tunggu akak aku sampai lak ngan baby dia, Qistina. dalam kul 5.30 pagi gitu kot akak aku sampai. benti kat sbelah parkson. then kami pon terus la pulang ke rumah. alhamdulillah, sumenya oke dan selamat. then siangnya kami2 just lepak2 kat umah. kelmarin la tu. aku cuti. mama + papa kompem cuti. abg aku half day. adik aku je yang g skolah. pastu dari pagi ke petang makan nasi bungkus. ehehe. sbb sume org penat. malam baru akak aku masak mi kari. besh walau kuahnya cair sket. ehehe. papa mkn siap tambah2 lagi. oke la tu. then arini dh keje blk..

Lopa lak nak cite. sepanjang kat sana aku satu aprtment ngan kak ana, sheila & kak da. sebilik ngan kak ana. alhamdulillah. cobaan tetap ada. namon, ai kan berhati coolll.. akaka. kunun ek. hanya aku jua kak na yg paham kan kak na kan. hikhik. tapi yang frustnya time kat PD tu xdpt nk kua lgsng. sbbnya xde dlm schedule utk kua jenjln soping cenderahati kat sana. alih2 beli ajolah kat kedai dalam hotel tu. kompem la xbanyak pilihan. uhuhu.. itu saje. bubbye. tunggu gambar dari a'yie kat ukast lk. belom berkerajinan nak g amik. ahaha.. tapi, sebelum tu, ada beberapa gambar yg aku amik guna tepon ai yg byk bejasa ni ha. jommm...

Kak Na. ehehe. muka dah pasrah jep kan. benti berhampiran tol sebelum meneruskan pejalanan ke PD. lopa lk tol apa.
dh sbbnya nama pon kursus. ni la buktinya oke. yg nampak kecik cinonet tu prof. Nik Maheran ek.
akak ni cakap tang imej. tapi tgk je dia trus aku kompius. ke mmg aku yg jenis kompius?? ntah le.
ahaaa.. kat atas meja depan aku. ni time prof. nik maheran pnya sesi. BESTTT!! tgh besemangat nih.
minum pagi. pau kacang+samosa+teh o'. kiut kan kaler pau tu. sukeee.. manes je kalernya.
makan buah-buahan dulu sebelum makan nasi. ini tengahari punya menu. tambah seciput kek. tapi tetap makan lepas makan nasi gak nih. hik

menu makan tengahari pada hari pertama kursus. rasanya?? biasa-biasa aje. alhamdulillah.. kenyang..

Hari pertama kursus je la aku hamik gambo-gambo makanan ni ha. tu pun sampai time tengahari je. muahaha.. memori tepon suda penuh+tak bawak kamera. ahaha. padan muka haku.

ruang rehat apartment yang kami duduki. ruang-ruang lain aku tak hamik gambo. sebabnya dah besepah kami kerjakan. muahaha...

view betul-betul depan apartment kami. waaahhh.. kami kunun ek.
ke kiri sikit view nya dari balkoni kami. bole tahan santek gak kan
dekat yang amat rasanya ngan balkoni orang sebelah. ahaha..

yang ni lak view kanan luar balkoni kami. itu sahaja lah.

Itu aje sume-sume yang aku ada. entri seterusnya, dari kamera sheila, c'wan + dari kamera unit latihan nyer. hikhik. kunun macam gempak ek. oke. skang dah betul2 bye. tata.

21 June 2011

Ka ChinggGGGG!!!

Assalamualaikum..

Suda lunch hour time!! yeay!! free kan space tegang dlm kpala jap. ehehe.. semacam perkara normal kan bila trasa stress, tegang, jiwa kacau dan sebagainya. xtau la. mungkin aku je kot yang agak jiwa kacau arini. ahaha. reason?? macam ABC campor. cuma rasanya je yang xsesedap ABC campor itu. lopakan, abaikan aje segala rasa thedak senang itu..

Back to da title. itu bukan bunyi duit syiling yg byk dalam uncang oke. bukan juga bunyi uwang yang banyak masuk ke kantung akaun ai. thedak. seakan bunyi pitis masuk ke mesin duit cashier?? yeahh.. sikit lebih kurang la. uwaaaaaa... ai almost kekeringan uwang bulan ini. amat terhampir kering tawuk.. sebabnya?? ini memang keperluan.. bukan kemahuan ye.. yeke? rasanya la. apakah ia??

Nahhh.. hamek. Dramatically different mosturizing gel - clinique. sebabnya ai sudah kehabisan moisture surge. lalu kembali ke bahan asalnya yg patot dipakai. ahahaha.. igt just mau yg kuantitinya pertengahan itu. kirimkan pada sepupuku, lalu dibelinya yang beso itu.. namon, thedak ngapelah. oke ajo. just bajet ai berjengket la sket kan. nexttt..



Ini ha. Super city block 40SPF. untuk UV protection. ini mmg penting oke. sbb kulit aku ni jenis yang sgt la mudah tebakonya ha. trus betopeng topeng kalau lama berjemur matahari. penah kulit pedih2 sbb tak amik pape pon kasi tempek kat muka bila kua umah di tgh panas terik. walaupun byk kat dalam kete je. uhuhu.. yang lagi best, my shampoo jua suda abesh.. hukhuk.. sabarrrr... bertenang... suda menghampiri ujung bulan.. lalu, sikit time lagi lah. okeh. ni adalah punca utamanya kantung bajet aku kekeringan....




Yeeeee.. ini lah dia. memang kompem keperluan yang amat. untuk keselamatan, keselesaan, penjimatan dari trus ke arah pengeringan kantung bajet yang berulang. my bro yang tolong pilihkan. aku kompem la xtau jua xreti pape kan tang benda2 alah ini. my bro pilih goodyear pnya tayar. eh. btol ke gitu ejaannya ek. belasah aje lah ek. sadishnya, keempat empat tayar oke hav to change. sbb tayar keta ai bengkak. istilah yg abg aku cite kat aku la. katanya satu je yg oke. tu pn xtau yg mana satu. perghhhhh!!! grrrrrr.... now, kete pn suda oke. suda dpt tayar baru. yessss!!! walaupun dalam ati... hukhuk.. idak ngape. asalkan rasa slamat bila drive. thedak perlu pikir kemungkinan tayar tu bakal melatop ke hape ke.. jua suda bole perjalanan yg jauuuuuuhhhh.. lega... tapi kalu ikutkan hajat utk kumbang puteh ai tu, ada tiga je lagi yg blom tertunai. ahahahahahaa.. saboooo.. sampai time nt kompem aku tunaikan. ehehe..


(sume gegambo itu adalah hasil carian gugel. sbb asik xjadik je nak kasi snap yg real realiti pnya. hikhik..)
itu lah sahaja perkembangan bajet belanjawan bulan ini. ahaha.. eh. jap. ada lagi. ai kasi rembat ini...


Taraaaa.. hikhik.. butterfly gitu. tapi bila trima real world nyer nampak macam nk oren gitu. xbrapa nak pinkish.. then ada lagi tau. ai kasi rembat dua. akaka. tamak btol. dh la first time try beli. akaka..


Nahh.. ini jua. ahaha.. yang ni macam ok2 je la. tp yg kat atas tu awningnya macam xngam ngan bentuk muka aku yg boolat ni ha. hukhuk. namun redah gk lah pki sbb dh beli kan. anyone yang interested, bole singgah kat sini. banyak lagi corak2 yang menarik. tamat.