18 October 2016

Tuesday Afternoon

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih lagi ingat password. Jumpa lagi cari blog sendiri. Bahaha.. Banyak benda baru yang aku cuba dan buat lately. Alhamdulillah. Am happy dengan perkembangan itu. Few places I go and explore. Paling tak sangka siap pegi hiking sekali sebulan. Tapi dua kali je pon pegi haritu. Dua bulan berturutan. Alhamdulillah, super best walaupon balik dari mendaki tu memang wajib seminggu sakit urat, lenguh-lenguh. Ahaha.. Aktiviti travel juga diteruskan. Alhamdulillah tahun ni mampu pegi jenjalan kat dua negara. Eh.. Tiga negara actually. Lagi satu lepas sempadan sikit je pon. Bahaha... sigan pulak nak include ek. It's not easy for me yang gemau soping jua makan-makan ni untuk spend duit pegi travel. Mengikut bajet pendapatan iolls la kan. Others lagi super lebat, so lagi jauh dan banyak la langkah dorang. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Untuk next plan, me and travel partner siap simpan duit siap-siap setiap bulan untuk melaksanakan misi kami. Wehhoooo!!!

Alhamdulillah life treat me nice. Gitu ek. There's ups and down. It's ok. That's life. Learning process yang takkan pernah berkesudahan. There is one person yang menggerakkan hati dan jemari iolls menghapdate blog dengan new entry ni sebenarnya. Winduuuuu sangat. Tapi tamo gitau kan. Sejenis eksen kamen nak pendam sengsorang. hapakah ntah. It's complicated. I just follow the flow. And must ready untuk apa jua keadaan yang mendatang. Its not easy, insyaallah boleh aku harungi. Bersama  lebih kuat dari sendiri kan. Insyaallah.




Same picture yang diedit with love. Yeke?? Hope so. Kihkihkih.. Ada lagi beberapa, tapi seperti katanya, kelihatan agak seram gambo ni dengan efek yang lain. Tapi realitinya tempat yang aku pegi tu sunggohlah cantik. Mossy Forest kat Cameron Highland. Boleh tahan mencabar jugak la pendakian kat situ. Wish me kerajinan yang berpanjangan. Hajat di hati tu nak le kasi up entri pasal pendakian kat Gunung Stong dan Mossy Forest ni. Juga percutian ke Bandung dan Ho Chi Minh. Insyaallah.. 

25 May 2016

It's Evening.

Assalamualaikum..

Hui hai hoiii uolls. Heh heh heee.. kemengantokan selalu sangat menghantui diri. Atau adakah dalam diri terdapat hantu tersembunyi? Hantukah ia? Bahaha... Taip entri baru tetiba jadi gitu ek. Kih kih..

There is something menghantui fikiran ni. iolls ada la secara tetiba terjoin satu ngo. eh saje je taip urup tecit. NGO. baru nampak kenn.. Rasanya iolls ni randomly selected. Based on what i do. Bout my bisnes. Hamek kau. Campur segala Melayu Inggeris as usual. Kah kah.. Kesahnya, hati iolls cakap tanak...tanak...tanak... Tapi..... semacam tak berapa nak sampai hati. Takut nanti eh dah memang ok da join that group for the sake of my bisnes punya masa depan. Tapi... ye ke??? Harus ada jalan lain juga selain jalan yang itu kan. Jadi tak berapa nak tu sebab few things which is not so me. Terlalu fokus hanya untuk bisnes semata bukanlah juga cara iolls. Iye... bisnes tu penting, nak pulak bagi orang yang pendapatannya melalui itu saja lah. Iolls partime membawa ke full time nanti. Insyaallah. Amin. The thing is, cara dorang handle, certain attitude tu. Sapa la iolls nak persoalkan attitude orang kan. Sedar sangat diri sendiri pon goyang-goyang ada taman, ada ribut, ada taufan ada angin segala. Tapi penting juga kan pilih orang sekeliling kita tu orang yang cemana kan. What should I say to them?? Semacam tak boleh nak bagi full komitmen pon iye jugak. Eh kalau hati dah tak berapa nak kan. Ni part of the things mengganggu tido ni. Hukkss..

Sometimes rindu tempat lama. Situasi dulu. Hah!! Usah dikenang benda yang dah lepas. Eh semacam jiwa kacau jep entri ni kan. Tunggu iolls stabil sket nanti kite kongsi lagi eh. Banyakkkkkk sangat utang entri ni. I wish to print out my photos collection. Start dengan 10keping sebulan ke, 20 keping sebulan ke kan. Sebabnya banyakkkk sangat kan. Ok bai.


07 March 2016

Free Seats

Assalamualaikum.

Hui hai uolls.. Tulunnnnn.. Sesiapa yang bermurah hati, sila dermakan kos tajaan pelancongan ke iolls. Bahaha.. Alangkah indahnya andai mimpi jua anganan menjadi nyata. Auwwww!! Betapa senang beta punya hati. Muahahahaha... Apakah kesahnya?? Opkos uolls bole teka kan..


Yang ni lah kesahnya. Sekarang ni Air Asia tengah buat jualan untuk free seats nih ha.

FREE SEATS booking period: 7 March 2016 - 13 March 2016

Travel date: 1 October 2016 - 22 May 2017


Kalau ikutkan keinginan hati ni ha, rasa naaaaaakkk je booking few tickets to few places. Wow!! Alangkah beshnya kan only if I can to do it now. Nak ke Bali, Yogjakarta, Seoul, Jepong, Istanbul, New Zealand, Kuching, Langkawi, Penang... Eh banyak lagilah poojaan hatiku. Namon alhamdulillah, already booked ticket ke salah satu tempat yang ada dalam my wishlist juga. Step by step. Satu persatu. Usah tamak. Berbelanja dengan bijak. Usah ikutkan sangat segala kehendak itu membuta tuli. Berbelanja ikot kemampuan seharusnya kan. Kalau dah KBR-KUL only RM10 ALL IN FARE, ko rasa?? Haaaa... paham kan.

Sebelom terlambat, uolls pon pegi la godek-godek, belek-belek pilih destinasi pojaan hatimu, then booking. Ok bai.

02 March 2016

Eat. Travel. Love.

Assalamualaikum.

Wehhuuuu.. Sudah tahun 2016 uolls. Bahaha.. Smart sangat kan. Konsisten as always. Booooo... Yeup.. Niat tinggal niat je tiap kali. Tanak cakap pape lagi dah. Bila ada entri tu ada mari la tu mood jua kerajinannya. Time diammmmmm senyaaaappp membisu tu pepaham ajo la. Kih kih kih..

Seperti yang rerakan terdekat sedia maklum, iolls memang suka makan. yess!! I admit it. ngeee.. It's just something that... kind of... eh tak reti la nak explain cemana. Just i love to eat. Suka try makanan yang tak pernah makan. Suka pegi try makan kat kedai makan yang baru buka. Opkos pilih jugak le. Idop le semua kedai makan juga pegi. Opkos ada limitationnya. Kalau yang jauh sangat idoplah dapat nak penuhi keinginan tekak jua napsu makan. Tempat yang tak tau kat mana ke memang tak pegi la kan. Biasanya akan tertarik untuk pegi try kalau ada yang review atau share yang tempat atau kedai tu ada makanan yang best/ environment ok/ kedai tu cantik/ nampak macam best/ food presentation. Most of all, kebanyakkan yang mempengaruhi tahap ketergodaan untuk pegi try test tu adalah food presentation dan review tentang kesedapan makanan kat situ.

Lately ni pulak sukaaaaaaa minum kopi. Macam latte, hazelnut latte, mocha, caramel macchiato, flat white and list goes on and on.. Yang agak kerap aku ordernya latte dan mocha. Yang lelain tu nak try test la jugak kan kot tersedap rugi pulak tak rasa kan. Muahaha.. Actually asalnya dari dulu aku memang tak minum kopi. Sebab kat umah mama tak ajar minum kopi. Itu faktor utamanya. Kat umah biasanya minum teh o, milo, susu, sirap, bandung, oren. Yang simple2 gitu la. Nescafe pon idop. Nescafe tu memang takleh nak minum. Sebabnya akan kepeningan lepas minum. Kopi jua tak berapa nak bole minum sangat sebelum ni. Ntah cemana ntah bole jadi asikkkkk la nak minum kopi tu. Rasanya faktor ada terbaca yang minum kopi ni ada jugak kebaikannya. It's kind of menyegarkan mata, boost up mood and so on.. Uolls just continue la yerr.. Ehehe.. So, iolls pon start la minum kopi. Tapi memang tak reti la nak bancuh kopi melainkan 3 in 1 coffe latte tu ha. Dalam famili nescafe segera, yang tu saja bole di terima tekak iolls.

Caramel Macchiato + Mocha. Arnolds Cycling Cafe. Ini yang latest pegi mengopi dengan adik iolls. Layankan sajo la kan.

Kenot recall lah air apakah ini. Kalau tak silap Latte. Maraschino.

Macaroon. Maraschino Cafe juga. Yang ni perisa tak ingat dah. Muahaha..

Sekarang ni kan musim hipster cafe segala tu pulak kan. Al kisah konon dah semacam trend la pulak kan. Pastu yang jual air kopi segera yang bancuh guna serbuk kat tepi-tepi jalan tu pon makin banyak sekarang nih. Tapi hanya kat satu tempat je yang pebret all the time aku. Yang kat penjuru bangunan Pustaka Seri Intan kat Jalan Kebun Sultan tu. Yang dekat dengan Maxis dalam bandar KB tu. Kat situ hampir semua airnya sedap. mabeles sangat. Paling win selera tekak aku kat situ Green tea special. Sedap lemak je. Yummeh!! Aiiii.. Time dok tengah taip ni telan ailio je aku ha. Sedapnya la ha kalau dapat time-time ni air green tea special tu.

Seiring dengan pertambahan usia, peningkatan tahun yang sudah pon tahun 2016 ni, iolls punya mood nak travel pon bole tahan kemain menggedik. Kih kih kih. So far baru je booked tiket ke satu tempat sajo. Insya Allah akan bertambah la tu nanti. Ngeh ngeh ngeh.. Jadi, kena la rajinkan diri membaca, buat research segala. Dan yang paling penting adalah menabung untuk mencapai segala hajat dan keinginan tu ha. Ehehe.. Time takde sebarang komitmen, time tengah sihat, badan tengah cargas ni la nak jenjalan pon kan. Iolls sebelum ni sangat lah terhad untuk ke mana-mana. So very the rugi segala usia dan masa. Idak ngape la. Yang berlalu biarkan sajo berlalu. Jadikan pengajaran dan sempadan. Ehh!! Ahahaha.. It's the new me now. I want to gain more knowledge, more experience, more good, sweet, nice and happy memories. Insya Allah. Mana la tau sesambil travel tu ketemu jodohnya ke kan. Ehehe..

Part of books yang kena baca lah ni kan. Nyumms!!

Akan haku jadikan milikku buku2 ini. Sila masukkan dalam list sale la nanti ye inche tuan Muda Osman. Ehehe.. Popular pon bole..

Just smile, work smarter, and menabung dengan berhemah. Jua...... soping dengan lebih berhemah. Less soping yang bukan-bukan untuk more chance travel. Bai.