28 September 2012

Hikmah Berwuduk

Assalamualaikum.

Slamat hari Jumaat. :) weekend already. yeah. me lepak2 kat umah je. tghari baru keluar with famili pegi jumpa orang nak pegi menunaikan ibadah haji. moga2 nanti aku juga akan jadi salah seorang dari mereka itu. tetamu Allah. insyaallah. amin.. saje nak kongsi apa yang aku baca hari ni. kat wall salah seorang kawan aku kat fesbuk. Wani. classmate masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu. dan penah sesama mengajar kat Penang dulu. kejap je pon. pastu aku tukar keje lagi. dapat ofer lebih bagus kan. okpos la ai lompat. dapat ofer yang aku keje sekarang ni la. :) jadi pekerja gomen. dia ni sweet je tau. lemah lembut. very artistik. baju2 dia pon kebanyakannya kaler lembut2 jep. selembut dia. ntah bila la dapat jumpa dia lagi. hope to meet u again.

Okeh. done with dat. here is what i wanna share today. :)


Hikmah Berwuduk

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,

“Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,

“Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,

”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,

”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.

”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,

”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”
Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Hebat kan. setiap ajaran Islam itu ada hikmahnya. ada maksud tersirat tersuratnya. itulah gunanya akal. mata hati. masyaallah. moga-moga hati kita semua diterangi cahaya keimanan. amin. hepi friday sume. penghulu segala hari.


24 September 2012

Seprais Birthday Party

Assalamualaikum.

Hye everyone. dalam minggu lepas, aku menghadirkan diri join one of my buddy wat seprais birthday party untuk husband dia. a few months ago, hubby dia ni yang watkan seprais birthday party untuk dia. tapi time tu dia tengah berpantang lepas lahirkan baby pertama dorang. baby boy, Zaqlul Asheeq. so, ikan bakar je la pon yang dia bole makan time tu. kek hanya untuk tontonan semata bagi dia. ehehe.. as the word 'seprais', haruslah husband dia tak tahu menahu pon tentang segala rancangan itu. jenuh la dia duk buat onar ajak pegi soping la, pastu tetiba nak lepas hajat besar la, apa la. segala macam alasan berperingkat la. padahal duk tengah nebes bermesej dengan kawan kitorang lagi sorang yang bermurah hati izinkan rumah dia dijadikan sebagai tempat berlepakan jua berkumpul kami sume. mahligai ZuraJa. ehehe. memang best lah. tambah pulak dengan new interior setup untuk raya sebelum ni kan. thanks to both of you Zura+abe Ja, dan juga Lec (perancang utama seprais itu) yang menaja segala makanan. ehehe.

menu kami pada malam itu. bihun goreng, kepci, donut, koktel buah, A&W rutbir float + sirap. ^_^
kasi pose dulu sesambil tunggu birthday boy & wifey + their lil son.
akhirnya. penantian berakhir. birthday boy + wifey (the planner) sampai. bersama....
Zaqlul Asheeq
kami sume yang ada pada malam itu + ruzai yang tengah amik gambar.
keknya. nyummmssss..
posing time. ahaha
baloons..colors..
with litle zaqlul. aumm..
kemuncaknya adalah ini. ahaha.. berterabur sume lari. special for birthday boy (boy ke???? ekeke). telur+tepungs!! bahaha..

Lepas dorang men tepung sume baru lah kami all ladies makan-makan. apakah?? grrrrrr.. rock n roll siap perot aku tunggu nak diisi makan tau. hukhuk. redhokan ajo. yang fenting, ai layan feeling jep minum rutbir float lepas tu. ekeke. hepi birthday aniq. moga kamu dipanjangkan umor, murah rezeki + hepi gumbira sentiasa bersama famili terchenta. amin..

**segala gambar itu kredit to zura + lec. aku hamek jep dari fesbuk dorang. ahaha. tamat. **


19 September 2012

Majlis Makan Malam Muslimah Anggun


Assalamualaikum.

Setelah lama tertangguh, akhirnya berjaya juga entri ini dihasilkan. ehehe.  majlis makan malam ni anjuran kelab erobik yang aku join di USM Kubang Kerian, kelab Jom Kita Sihat. ini adalah 1st time majlis seumpama ni dianjurkan oleh kelab ni. hasilnya, alhamdulillah. boleh dianggap berjaya walau belum dapat capai tahap cemerlang + terbaik. percubaan pertama kan. bole tahan lama jugak la plan nak buat majlis ni. majlis ni diadakan pada 1 september 2012. kat hotel renaissance, kota bharu. asalnya dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam, tapi malam tu start agak lewat sikit. personally aku rasa majlis ni best. walau ada jugak la cacat cela sket. it's ok. nothing perfect kat dunia ni kan. best sebabnya aku salah seorang dari ajk majlis ni. ehehe. macam best je kan. pastu pertama kali aku gayakan atau pakai baju yang cenggitu. kena pakai abaya atau jubah. and i have none of it oke. jenuh dok cari, akhirnya beli kat tempat kejadian pada hari kejadian. ehehe. rate harga abaya ni kalau nak yang cantik, RM200 dan ke atas. ada jugak yang cantik walau harga lebih rendah dari tu. tapi kena rajin cari dan survey la. aku berkenan yang jenis umbrella (kembang kat bahagian bawah ala2 payung. sweet je), tapi kalau dah nak yang cantik, yang hebat, yang merlip lip lap lip lap, harolah harganya pon cantikkk yang amat kan. ahaha. pastu suka sebab ada kak Aishah nyanyi. sore dia best. puas ati la dengar dia nyanyi. pastu bole pakai abaya ni reramai sesama ngan orang lain yang join. feeling arab le. ehehe. then opkos hidangan makanan. panjang pulak kekdahnya aku cite ek. jom enjoy segala foto hasil tangan kak Dah & kak KC. dorang je pon yang bawak kamera melets malam tu. ehehe. ai tak bawak. kemera ai tak sehat. hikhik.

ahah. adik ni. lopa plk apakah nama dia. anak kepada kakak emcee pada malam itu. banyak jasa dia. dia la insan yang tolong kami-kami yang xreti nak lilit tudung gaya ala-ala arab malam tu. tenkiu adek. jasamu ku kenang. ^_^
lagi gambar adek manes. kak KC tengah asah bakat nak jadi jurugambar rasmi event next year ni. ehehe.. tapi very nice la sis.
taraa.. ini la ibu adek manes ni. akak Nori. sweet kan. anaknya tolong pakaikan tudung kat mamanya. adik ni ada online shop jual tudung tau. hebat. tapi tak tau plk address dia.
ai sangat suka tengok rupa akak Nori ni setelah dimekap. sangat sesuai. sweet sangat. ini adalah hasil sentuhan kak Ihsan dari Spa C. akak yang sama aku beli abaya. sebelah kiri tu pengerusi event ni. kak neeny. and she's pregnant.
another akak emcee for dat nite. adeiiii.. nape la susah sangat nak ingat nama orang nih. hukhuk.
all the brushes. bobbi brown.
kak Dah. ni dah tambah layer mekap kedua. layer 1st kak Dah testing sendiri. sebab kesuntukan masa. hasil sentuhan member kepada kak Ihsan.
aha. ini hasil ai tengah mengepoh time orang lain dimekap. ehehe. me mekap with my fren. zura.
hasil ai kasi ejas, edit, edit lagi, ejas lagi, gini la jadinya. ropa ai totap lah gaya jatuh dalam tepung. hukhuk. ini bukan sebab mekap itu, tapi sebab kekdah gambo ni dihamek guna direct flash. kelepap terus cahaya itu ke muka. macam xsesuai jep rasa pakai tudung kekdah ini.
kami. itu le abaya yang dibeli pada petang hari kejadian. tade pon gambo ai yang ok di mataku. hukhuk.
with kak Aishah + owner Spa C, kak Ihsan. mekap dia very arabic. sukee..
cabutan bertuah. suka tengok prof nik that nite. sangat sweet. sangat gojes.
beberapa pertunjukan fesyen abaya dari pihak penaja.
a lil bit sexy with that large belt actually. kalau tade, much more sweet i think.

^_^ non ado pilihan melainkan gigih mengedit segala pikcah.
ekceli macam tamo letak gambar ni kat sini. tapi ai kasi pejam mata jep la. nak jugak kasi tempek kak KC. yang paling kanan itu. dia sangat gojes. adore u la sis.
taraaaa.. tujuan gambar ini adalah, 1st target aku masa nak beli abaya ni memula adalah seperti yang akak nombor 2 dari kiri tu pakai. simple.
nak jugak letak gambar kak Nori ni lagi. sebab sukeeeeeeeee sangat tengok dia dat nite. sweet sangat. mekap ni sangat sesuai dengan dia.
mereka
all the ajk. blurrr. hukhuk. idak ngape la.
kami lagi. ehehe
menggedik jap. tapi bluuuurrrrr jgk lagi. hadehhh..
anak-anak yatim besama Aishah.
foto booth. terkilan sangat tak dapat bergambar kat sini. kua je tengok dah siap kemas sume. hukhuk.
antara yang diraikan. Irma (kanan) bersama kak mi. last time irma bersama kami, esoknya dia berangkat sambung study kat UMT.
Aishah menghiburkan hadirin. she's great.
meja ajk. dan... kak La (paling kanan) :)
kak KC cantik with atie kiut. both of them very sweet. :)
kak Aini with her mother in law. dari kiri. she's so pweety too dat nite.
da foods. nyummmsssss.. my favorite dat nite, desert itu. tembikai susu parut + sagu + santan yang sejuk sedikit manis yg sedang2. enaknyaaaa..

Done. make this entri dengan senyuman. saya mau lagiiiiii. eh. bole gitu. ahahaha.. insyaallah. dat nite jumpa a friend of mine. azizan afiza with her mother in law. tak sangka meet her there. sangat sweet dia malam tu. ini sajelah. akhirnya dah tertunai janji ai kat a few person untuk entri ini. enjoy oke. :D 


18 September 2012

Jelajah Kenduri Kawen

Assalamualaikum.

It's Monday. it's evening. and it's raining outside. waaahhh.. hebatlah. cuti beberapa hari sebanyak 3 hari berturut ni haruslah banyak orang wat kenduri kawen kan. kekdahnya me & my mum dapat jemputan kawen itu pada hari yang sama kat tiga tempat. tu tak termasuk jemputan sambutan hari ulangtahun kelahiran kazen aku yang tecit jua pada hari yang sama. satu, jiran kami. satu, sedara mara side papa. satu lagi my friend. actually ada lagi satu jemputan my friend jugak. tapi jauh bebeno. kat Muar sana. sebab kat Kota Bharu pon sampai 3, jadi xdapat la ke sana. lagipun dah pegi time majlis akad nikah dorang aitu. maraton kenduri kawen la kekdahnya kan. oke. jadi kami berkeputusan pegi kat tempat kenduri yang paling dekat ngan umah dulu. jiran kami je pon. hikhik. tapi mengada nak gi nek keta. tolong penuhkan jalan masuk umah pengantin kan. ahaha. konon nak bagi nampak lagi meriah la. konon. 1st wedding, cehhh... gitu. yang memula sekali kami pegi adalah majlis kawen Farah & Dy.

adik ai + anak sedara ai (alia). kiut je banting dorang nih. sweet.
ni antara menunya. (dari pinggan adik ai). :) ikan pedasnya best.
Selain dari menu kat atas tu, ada juga kueh lompat tikam. ni kueh kelantan tau. ada pulut kaler merah + kueh tepung ijau ala2 beke kaler ijau + santan pekat + gula melaka/nise. pastu bubur pulut hitam. bubur tu pun best jugak. bab makan, best aje kan. ehehe.

ini pasangan pengantinnya. farah+dy. maap le blur. kasi lasakkan tepon baru adik ai. ehehe.
ole-ole wedding farah+dy. sweet.. pasu tembikar.

Done kat situ, balik umah, my mom solat, (me abc. ehehe.) then teruskan lagi pejalanan ke umah majlis tawen yang seterusnya. :) umah sdara side papa. wedding dua pupu aku la kiranya. gambar non ado. kasi amik guna tepon ai. lom transfer. ehehe. lagipon side pengantin lelaki. takde pelamin bagai. ada makan beradab je. tapi kat sini lai chi kang dorang best. bertambah ai makan. hikhik.

Next, to my friend's wedding. sukeeeeeee sangatttt. sebab sumenya comeeeeelll sangat. kiuuuuutttt.. rugi pulak tak rompak kamera kawan ai kasi tembak gambar banyak2. tapi ai kasi tembak je guna tepon adik. ehehe. masa sampai kat umah dia, pasangan pengantin tengah makan beradab. rombongan pengantin lelaki baru sampai la kot. sukeeee sangat segala galanya kat umah dia. i mean wedding decoration dia. so sweet.

sampai jep depan umah, tengok ini. red carpet. tema biru+pepel. waaaahhhh..
guest book & candy area. sweet. nama pon dh sweet jep bunyi kan.
guest book. lupa nak coret-coret sket kat dalam ni. hukhuk.
mereka.
yang ni adik aku yang request suh amik gambar. sweet.
candy area
apam pokadot + mini coklat cupcake + gula-gula
menu makanan yang dihidangkan.
meja makan beradab. time ni dorang dah siap makan.
famili pengantin lelaki.
cantik kan. nampak tak ball kaler-kaler bawah kanan gambar tu? jap ai kasi clear sket.
haaa.. ni la dia ball kaler-kaler tu. pink, biru, pepel + putih. just nice. sume pebret kaler ai. wahhhh..
pelamin dorang. just nice. memang trend sekarang kan bunga-bunga rose besar kat belakang tu. tak sempat bertanya lagi nina (pengantin pompuan) katne dia sewa ni.
cakk!! tetiba. ahaha. the only foto of me at day. ahaha. sunggoh banyak lemak tambahan. arggghhhhhh!!! thedakkkkk!!! tapi tak tahannya tengah pegang akok tu. hikhik. dap. ini adalah ketika sesambil tunggu pantin.
dari pihak pompuan untuk pihak lelaki. lawa.
sebahagian dari hantaran pihak lelaki untuk nina.
ehh. tetiba. makanan time dok tayang pelamin, hantaran sume ek. ahaha. ni je yang aku makan kat umah kawan aku ni. my mom and adik jua anak sedara aku pon. kami suda sangat amat kenyang. sedap mini cheese tart tu. cantik pulak tu kan. akok jua. air oren pon sodap. bola tak gitu? ahaha. bole kan aje.
bilik pengantin. simple je. but nice.
taraaa.. ini lah pengantin pompuannya. my friend, nina. ini lah jua baju yang asiklah kena oter sampai 4 kali tak silap aku. sebab dia makin kurus dan kurus dari time sesi first fitting. she lost 20kg oke. diet normal. jaga makan je. begaya.
lastly. decoration kat luar umah. burung jenjang itu. with those balls. waaahhh. sweet..

Waaahh. dah abis.. sumenya sweet jep. sukeeee... masa pegi kat umah kawan aku ni, jumpa dengan kawan zaman sekolah menengah dulu. kat uitm machang pon kami satu kampus. penah jugak sama2 dalam satu bilik. bz a.k.a. baizura. anak arwah cikgu wan yah. mama dia dulu penah ngajar aku jugak. lamaaaaa sangat tak jumpa dia. rupanya dia sepupu kepada pengantin lelaki. dia tegur aku pun sebab 1st yang dia tengok adalah sebab aku pakai tudung fareeda that day. bole tak gitu?? hantu fareeda betul kamu ni kan bz. and of course dia pun pakai tudung fareeda juga. tapi kami tak sempat bergambar bersama. cari jugak dia sebelum balik. tak nampak bayang pulak. so, gitu je la al kisahnya sesi jejak kasih kami. ehehe.

Setel maraton kenduri kawen, balik umah, segarkan badan, solat, gerak gi umah bapak sedara aku pulak. birthday kazen ai yang umur 4tahun. kat sini lama sket lepak. umahnya pun dekat je ngan umah. menunya laksa. lamb chop pon ado. tapi very limited. hebat perot ai tampung segala makanan yang ditelan ai pada hari kejadian. hikhik. cian pewot. ^_^ super best.

Al kisahnya bikin entri ni sudahnya bawak ke hari berikutnya. ahaha. hepi tuesday la yo. start taip petang isnin. ekeke.. layankan sajo la ye. tata.