28 January 2012

Freaky Friday

Assalamualaikum.

Hye all. cemanakah hari Jumaat anda2 sume? daku punya Jumaat kali ni bole tahan penat jugak la. takde la nak freaky sangat pon. saje jek tajuk nak gempak kan. ahaha. siyes penat. sebab non stop la jugak rasanya aktiviti hari ni. dari time bangun tido pagi tadi sampai le ke time sekarang ni. actually hari ni macam biasa lah hari minggu kat kota bharu kan. tapi macam tak terasa cuti sangat la melainkan tak masuk opis je. memandangkan hari Jumaat, lepas solat subuh harus nak jugak tido balik. ehehe. then bangun pun sebab adik aku kejutkan suh hantarkan dia gi keje. tepaksalah bangun jugak memandangkan tinggal aku sorang je kat umah yang bole drive pagi tadi. sesambil tu kena gi hantar adik aku lagi sorang gi sekolah. ada kelas tambahan. tambah jugak lagi aku ada temujanji bersama kazenku kat Taman Guru sana. janjinya kul 9.13am. ok la tu. ngam2 la sesambil nganto budak 2orang tu ha. my mom pun ikot skali. tapi just pegi lepak kat umah mak sdara kat Pintu Geng. kazen aku yang kecik pun ada jugak sorang join bersama. sebab dia bermalam kat umah. seharusnya bersarapan adalah kat umah mak sdara. sebab dia memang berniaga nasi pepagi hari. nyummm.. makan nasi berlaukkan ayam goreng+tumis pedas+kuah gulai ayam sket. ia adalah normal oke kalau makan nasi pepagi hari kat Kelantan ni. mungkin sebab itu lah kami penduduk Kelantan ni kus semangat. sihat walafiat je semua. ehehe..

Seperti yang dijanjikan, kua le daku besama kazenku. katanya mintak tolong untuk dapatkan testimoni dari aku tang satu produk. oke. so aku follow je la. it's about PB. Premium Beautiful. penah dengar kan?  bawah Hai-O. biasa dengar tak? lantak le biasa ke tak. sambung cite balik. tempat yang kami pegi tu kat Pasir Mas. pegi naik keta kawan kazen aku tu. thanks to her kami takyah sesusah drive. ehehe. ingatkan kejap je. bajet sebelum azan Zohor dah setel. skali, dah lepas azan Zohor pun lom jugak lagi setel. uhuhuu.. lama yang amat oke. tak suke. tang produk itu, oke jugak la. aku dah try tadi. tapi aku rasa rimas + asik rasa macam nak marah je. xtau lah ngapekah berperasaan gitu. mungkin sebab aku rasa agak tak selesa atau teramat rimas. aku memang xleh blah la kalau tang rasa tahap kerimasan yang amat. nanti aku jadi mudah marah kalau dah terlebih rimas. tambah kalau dah mula rasa berpeluh yang melekit lekit tu ha. huihhh lah. katanya just untuk dapatkan testimoni, tapi aku suda semacam kompius. hatiku berkata thedak untuk menjoinnya. mungkin tak kena dengan jiwa + cara aku kot. done with all da things, dalam kul 4ptg lebih sket baru le sampai kat umah mak sdara yang kat Pintu Geng tadi tu balik. sebab kete aku tinggal je kat sana. solat jap, then balik besama mama. sebelum tu singgah Tesco jap. mama membeli belah bebarang jap. kejap je pon. tapi terasa lama sebab badan dah mula rasa lemas+rimas+penat. sesambil temani mama soping, Sheq teman sekolahku aka geng lepakku tepon. ngajak berlepakan santai reramai bersama geng berkumpul lainnya (sheq, lec & zura with their hubby too of course). sebab kawan dorang dari Barcelona datang sini. Spanish. sebab mamat tu minat bola sepak Kelantan, lalu lokasi pertemuan kami sume adalah kat stadium Sultan Muhammad ke-4. memandangkan time dijanjikan adalah 5.30 ptg, maka haruslah aku terlambat atau dapat join dorang agak lewat. kompem lah kena anta mama balik umah dulu kan. tambah badan dah melekit dan rimas gila, harus lah bermandian jua bersolat dulu. sudahnya hampir 6.30 ptg jgk la baru aku sampai kat luar stadium tu. dorang dah habis tengok pasukan Kelantan berlatih. hampehhh!!! ai terlepas oke. tak sempat join dorang. mencikkkk!!

Kat perkarangan stadium sana, kat area luar tu ada wat Pesta Thai + pameran apakah ntah. maka berjumpa dan berkenalan la dengan mamat Spanish tu. Jordi Perez. tecit selamba je orangnya. aku takde lak gambar dorang. malas nak downlod kat fesbuk. ahaha. jumpa, layan tengok jersi bola pasukan Kelantan, then we all heading to guest house tempat mamat tu stay. kete tinggal je kat stadium tu. jadi penumpang kete zura. ahahhaa. sookaaa.. takyah drive. lepak2, minum + mkn beskut yang si Jordi tu hidangkan, borak2, dorang dapat souvenir dari Jordi, then gerak geri pulang dari sana. tinggal lah mamat tu lepak sorang2 kat guest house tu. sebab masing2 ada agenda malam ni. dia pon lom rest baru sampai petang semalam. lagipun 8 hari dia kat sini. lama jgk la kan. then me, zura, hubby zura & sheq menuju ke stadium blk. opkos la sebab kete kami tinggal kat sana kan. then lepak2 jenjalan kat pesta thai tu jap, singgah guest house Singgahan jap jumpa mama Farah (my bff), then balik.

Tapiiiiiiiii... yang bestnya, dapat souvenir dari Zura. dorang gi Bali aitu. now baru jumpa lepas dorang balik aitu, hari ni la baru dapat ole2 dari bali tu. sukeeeeeee... tenkiu so much zura bebeh. muah muah.

dapat ini... siap ada nama aku lagi kat plastik tu.. so sweet..

selipar itu adalah fridge magnet. sequin itu adalah coin purse. tapi bole je letak macam2. terpulang pada kreativiti. ewaaahhh.. tenkiu bebeh. very nice of you.

Kualiti gambar itu memang tidak seberapa sebab macam biasa, just guna tepon. malas nak guna dslr. ehehe. very tired day. tapi diakhiri dengan moment yang gumbira bersama teman-temanku. thanks gojess. dapat bergelak ketawa bersama tadi. sampai ketemu lagi esok hari. ehehe.. me pegi tengok bola???? esok?? adakah benar??? tengoklah cemana sok. baibai..

4 comments:

Unknown said...

ambo pun x brapo brehi follow benda2 yang berkaitan dengan MLM nieh... anoyy betul..

kelipkelipchumel said...

kan.. kekadang dorang ni semacam pushy sket. maksudnya mcm suka push2 org.atau adakah daku je yg rasakan begitu??

Unknown said...

yess they are... u know why? becoz of the greediest and scare of cant effort the loan.. that's why they manifest like that. pity them...

kelipkelipchumel said...

emmm..hagaknya la.no komen.ehehe..slagi thedak memudaratkan daku suda.