Assalamualaikum.
Cuti timee!!! sukeeeee!!! ehehe.. Selamat tahun baru cina untuk semua kaum cina kat Malaysia dan semua yang menyambut perayaan ini. ai sokaaaa sebab cuti dua hari. best. my chinese new year day hari ini agak2 macam beraya jugak. hari cuti yang bole dikatakan terisi dengan segala aktiviti. yang pasti, yang mana besepah kat bilik aku ni tetaplah jugak tak jua terkemas ha. haih.. takpe. sok cuti lagi. insyaallah sok aku setelkan. ahaha. aktiviti hari ni stat dari aku bangun dari katil pagi tadi, sampai le ke malam, takde chance pun nak baring2 santai. waaahhhh.. konon macam sebok padat bebenar lah kan aktiviti aku. ahahaa. tengah dok baring2 malas kat katil pepagi tadi, dengar mama mula nak fire. katanya "kalau time malam beria ajak pegi TEMAN. bila dah pagi ni, humph. xleh nak pakai langsung". gitu la lebih kurang. sila translate ke bahasa klantan sendiri oke. ahaha.. TEMAN itu sebenarnya adalah pasar pagi. tempat tu bole tahan besar dan ada macam2 yang dijual. nama penuh bagi pasar TEMAN tu aku tak alert pulak apakah ia. nanti ai kasi siasat nanti. ehehe. dah dengar gitu, apa lagi, sila selamatkan diri... pantas aku bangun capai towel, menonong je gi mandi. aahahaha.. padan muka aku. itu permulaan hari aku.
Start dari bangun pagi, siap2, kua gi pasar teman tu dengan mama. aku takde beli pape pun. mood membeli belah takdo ha. ingat nak beli durian niat asal dari umah. tapi bila dah kat sana takde plk durian yang menarik hati. lalu, temani mama ajelah. memandangkan ada keje kat opis yang belom setel yang terpaksa gak aku setelkan walaupun taknak di hari cuti ni, tetap lah jgk buat sesampainya aku kat umah lepas ke pasar tu. gila rajin aku. sampai je umah terus capai leptop. gila ah. tu pun sebab nak cepat kan. haruslah. janji dalam lebih kurang kul 11 pagi nak pass kat kawan aku untuk dia pulak setelkan langkah seterusnya kan. tapi sempat jugak la sesambil tu tengok tv layan cite barbie tajuk apa ntah. sempat jgk sesambil tu makan nasi goreng sepinggan siap bertambah lagi sket. ahahaha. pastu dah kul 12 lebih kot kawan aku tu sms tnya dah setel tak. pantas le cakap belum kan. ahaha. sebab time tu tinggal lagi sket je nak kena edit. sikit tak sikit sangat la. dalam 4 page jgk la. ahaha. alih2 aku jugak yang kena sambung part yang sepatutnya kawan aku tu sambung setelkan. oke la. sebab dia ada keje kan. kena pi tolong kawan dia amik gambar kt kenduri kawen. sudahnya aku siapkan edit, then kena la jugak singgah opis kejap sebelum gi umah akak ipar aku untuk mencetak benda alah itu. amik masa setengah jam jgk la parents aku tunggu dalam kete. ehehe. maap. tepaksa. then bermula la episod makan2. mari berayaaaaaa... wahhh.. konon ek. ada lauk kambing. tapi kompem la aku tak makan. kurang gemar. sebab tak brapa nak kena dengan selera tekak aku. aku memang tak dapat nak terima rasa kambing tu. kalau amik pun sipi2 je. amik kuah ke sikit. tak pun amik umbuk kelapa ke yang ada skali dalam famili gulai kambing tu kan. ehehe.. tapi bagi yang gemar tu, syabas lah. bole la ajak aku gi makan kambing ni ha kalau korang mmg niat nak makan banyak sorang2 pastu stok nak aku amik kuahnya je kan. hoh. sunggoh bagus dan bergaya. sila jangan ajak aku oke. ahaha.
Done kat umah akak ipar aku, terus ke umah mak sdara aku pulak. ada jamuan hari jadi plk oke. ops. lupa. kat umah akak ipar aku tu wat makan2 sempena adik kepada akak ipar aku tu beniat/bernazar nak sembelih kambing kalau dia dapat keje. so, rezeki kami le dapa makan. terima kasih bebanyak ye.. seb baek ada jugak lauk lain tadi. ehehe. oke. sambung kisah gi umah mak sdara aku plk. singgah sana kejap, then papa ngajak pulang. actually hantar papa balik. sebab dia ada keje plk. oke. ai kan driver diri sendiri merangkap driver famili. sesambil tu memang dah janji ngan kawan aku nak jumpa pass keje yang belum setel tu kat dia plk. kononnya la kan. alih2, lepak umah jap sesambil tunggu kawan aku tu setel keje dia, then upenya kena pi sesama ngan dia kat kedai yang sepatutnya untuk finishing keje opis yang aku wat kat umah pagi tadi tu. al kisahnya, kami terlewat sket. kedai dah tutup. sudahnya tepon tuan kedai, then tinggalkan aje kat kedai sebelahnya bersama pesan dari tuan kedai yang kitorang nak gi tu. ahahaha.. apa lagi, bantai le makan ABC (air batu campur) pulak sesudah berlalu dari kedai yang dah tutup tu. niat asalnya nak makan cendol pulut tapai. tapi tak cukup bahan. itu pasal le makan abc je. sebab kat tempat tu cendol pulut tapainya yang sodap. done. nganto plk kawan aku tu ke destinasi tujuan dia plk. sesudah itu aku kembali pulak ke umah mak sdara aku tadi. sebab my mom jua adik aku masih di sana. dan aku pun belum sempat jamah/makan pape hidangan/makanan pun kat sana sebelum anta papa kat umah. ehehe. sesi makan kembali. makan mi kari. sedap. tapi amik sket je la. sebab dah bantai macam2 pun kan sebelum tu. tapi. wah. siap ada tapi plk tu. aku mmg awal2 dah sediakan space kat dalam perut ni untuk kek. akaka. sebab dah siap gitau kazen aku awal2 tolong simpankan choc cheese cake utk aku sket sebelum gerak geri dari sana sebelum tu. ahahaha.. pebret ai la kan kek2 ni ha. nak lak kek keju coklat itu. ahaha.. banyak oke kazen aku simpankan untuk aku. siap letak dalam peti sejuk. BEST!! ai lab yu lah my kazen nyuwa. ehehe.. her belated birthday kongsi ngan umi dia, pastu ada beberapa orang lagi + adik bongsu nyuwa, Shirah. shirah punya kek adalah angry bird. comel.
tadaaaa.. angry bird kaler merah. gong xi fa cai. eh. hepi besday la. |
pandangan sisi sipi2 lak. ehehe.. dua keping ni je pun yang aku amik gambar sepanjang hari ni. gambar lain2 time birthday ni kena tunggu diorang upload kat fesbuk dulu. ehehe |
Pandang atas je angry bird ni ha. ahaha. makan2, borak2, lepak2. kata ramai kan famili berkumpul. then baru gerak geri balik. tu pun sebab adik aku sakit telinga. tambah dengan macam rasa dah penat dan perlu pulang. tu pun dah lepas azan isyak baru gerak. tapi tak abis kat situ tau. lepak umah jap layan tengok cite cina yang storm apa ntah kat tv3 tu. best gak cite tu. then kena kua lagi. gi amik adik aku lagi sorang lak balik keje. dia wat partime sesambil tunggu result spm. then baru le bole rest... tu pun sambung tgk tv jgk. bersihkan diri, then tecongok depan leptop bikin entri ini. ehehehe.. itu sahaja. esok sesi kemas bilik pulak. insyaallah... tata.
No comments:
Post a Comment