Assalamualaikum..
^_^ hye. sebelum apa2, dengan jari jemari tangan yang masih berbau budunya aku mengaku, "iye. seperti yg telah dibagitau pada entri yang sebelum2 ni, pada hari Khamis, iaitu tengahari tadi, saya telah pegi makan nasi ulam lagi kat restoran cikgu tu". wahhhhhh.. gituu... tanpa rasa bersalahnya ko ngaku ek. serius bole tahan banyak jgk la makan kat sana tengahari tadi. haruslah sengaja makan ringan2 je pepagi kan. simpan ruang nak gi makan nasi ulam ni. ahaha. lokasinya, bersebelahan dewan badminton Tengku Anis, dekat/bersebelahan juga dengan taman orkid Tg.Anis. area Pengkalan Chepa. ini kompem. sebab bila pegi sana lagi tadi, aku dah siap tengok nama tempat yang aku selalu parking kete tu. perkarangan dewan badminton tu la. ahaha. padahal tengok je sebelum2 ni pon. tapi tak amik pot sangat kan. sebab yang aku kesahnya gi makan nasi ulam besama ikan keli goreng garing yang rangup dan sedap itu. YUMMEHH!!
Seperti yang telah kami janjikan bersama, aku pegi makan tadi bersama geng bas sekolah jaman dedolu. wahaha.. tipu. yang betulnya rerakan time skolah dulu je. takdenya kami naik bas skolah together-gether ke apa. ehehe.. geng makan2 merangkap geng lepak2 ai le skarang ni kan. tu pun takde la kerap sangat pun dapat bekumpul. masing2 ada komitmen memasing kan. tapi kali ni Nik Ruzai a.k.a. Ruso tak dapat join. dia harus berada di KL menemani bapanya yang kurang sihat. moga your father cepat sembuh+kembali sehat dengan pantas ye. jadi, kami hanya pegi berlima sajalah. bersama Sheq, Zura, Lec, Ndek jua diriku lah. tapi al kisahnya aku sampai tepat pada masa yang dijanjikan tadi. takde la tepat sangat pun sebenarnya. dah telebih minit jgk pun. ingatkan aku antara yang lewat sampai, ghopanya aku yang first sampai. lalu menunggu la aku dengan melayan kebusanan yang bukan sedikit. bole tahan 30 minit jugaklah. kompem dah tahap siap makan nasi sepinggan besama pencuci mulut bagai la kan. ahahha. tapi takpe. sabarrrr.. bertahan... nak makan nasi ulam+budu ni. ahaha.. setelah beberapa kali calling2, sampai le mereka2 satu kete. lalu barulah mulakan agenda utama. seranggggggg!!
|
motif semua ni?? ahaha.. ni la hasilnya sepanjang tempoh aku dok menunggu tu ha. pakai kasut kuning yang baru beli. 1st time guna hari ini ye. namun silalah abaikan kekurangan tahap kecomelan kakiku itu. kasut yang kat atas belah kanan tu aku pakai sebelum aku kua dari opis tghari td. letak dalam kete diam2. pastu siper tu lak, memang aku pakai time drive. tak tau la ngapekah. tapi aku memang slesa drive pakai slipar jepun je. sonang. dah hamik gambar kaki, kasut sume dorang tak jugak sampai, aku tampal plk pelekat kenderaan tempat keje ha. iye. ai staf usm. ganti pelekat yang tahun lepas punya. ehehe. pastu tanggalkan pelekat McD drive thru tu lak. dari sebelah kiri, letak sebelah kanan. dah. siap. masih jugak nak kena tunggu dorang, aku tepon lagi. then dorang pun sampai. phewwwww.. perut suda berjoget K-Pop bagai oke. |
|
inilah hasil serangan kami. SEDAPPP!!! nampakkah kegaringan+kerangupan ikan keli goreng kunyit itu?? gulp!! |
|
nah. saksikan. betapa berselaranya mereka makan. hikhik. maap lec+zura. gambar kamu berdua je yang dapat gambarkan tahap makan sampai licin pinggan tu. walaupun pinggan aku licin jua. ahaha. (maap la ye kualiti gambar sangat kurang. ai rompak dari fesbuk zura. mintak permisi okeh) |
|
sebab ikan keli guring ni sodap, ai kasi tayang lagi sekali. ahaha.. lantaklah. aku dah suka kan. dan haruslah gambar budak berdua ni di greyscalekan. tahap penyamaran yang bejaya. kononnya. |
|
akhirnya. ini sajalah yang tinggal. kepala ikan. saki baki budu yang dah siap bertambah dan beberapa helai ulam yang berjaya melepaskan diri dari mulut kami. ahaha.. |
|
sebelum masing2 begerak pulang dari situ, berfamili potret dulu. ehehe.. gambar ai kasi letak saiz tecit aje lah. kualitinya kurang best sket. |
|
Lec+Sheq (bakal ibu+bakal pengantin bulan Mac nanti) |
Itu sajelah kesudahannya. bersalaman muah2. pastu bergerak geri ke destinasi masing2. esok zura+hubby akan ke Bali. smoga slamat pegi jua pulang ye. jua usah dilupakan souvenir untuk kami2. ahaha. bole gitu?? eh. bolehkan ajelah.. yang penting esok jua hari minggu.. YEAY!!
No comments:
Post a Comment