10 January 2012

CIKGU nasi ulam

Alop. ada lagi. ni ntah telebih rajin atau rasa bersalah yang menebal sebab banyak sangat entri tertangguh. ahahaha.. orait. Cikgu Nasi Ulam ni memang salah satu tempat makan yang femes kat Kota Bharu ni. sebabnya?? opkos la sebab ada BUDU. ahaha. haruslah kan. tempat ni femes sebab menyediakan makanan / masakan yang memang jadi kegemaran orang klantan dah satu hal. pastu lauk pauk kampung dia yang memang kena lah dengan selera. tak muak oke walau makan setiap hari pun. ahaha. ok tipu. kalau makan apa2 pun, kalau dah tiap2 hari, kompem la akan rasa muak jugak kan. ulam-ulaman dia memang pelbagai lah. tapi biasanya aku amik apa yang aku nak makan je pun. watpe amik kalau nanti tak makan lalu membazir kan. pastu, yang paling best dan pebret aku kat sini adalah ikan keli gorengnya yang garing.. perghh!! memang best dan menjadi igauan lah. ahaha.. ober tak gitu. tapi memang sodap le. itu menu wajib aku kalau gi situ. pastu lagi satu yang best, tapi pebret kawan aku (bukan aku) adalah ikan keli percik. aku ada gak try aitu skali. bole tahan sedap jugak la. pastu minuman yang paling best kat sini, sirap biji selasih. memang terbaek la diminum sesudah makan nasi ulam nih. pastu, yang memang wajib ada adalah budu+tempoyak/durian+mangga cincang+serai potong halus2+cili kasi pedas+limau nipis/jus limau. memang sodap lah. jangan nak berangan makan nasi sikit je kalau dah gitu kekdahnya lauk pauk. ehehe. kalau aku la. oke. itu saja. sila la layankan gegambonya plk. ari Khamis nanti aku akan berulang ke sana lagi. ahahaha..

budu + ulaman

dari kiri atas ke bawah: ikan keli goreng, ikan keli percik, sayur lemak + nasi yang banyak

Maafkanlah atas kualiti gambar yang tak seberapa itu. tapi nak jugak letak besar gedabak kan. ahaha. duit lebih nanti ai kasi beli tepon baru atau kamera tecit baru. waaaahhh. gitu. ntah bila la duit nak ada yg lebihnya tu ek. lupa. untuk sesapa yang belum tau atau tak tau, kedai makan Cikgu Nasi Ulam ni terletak di Kampung Kraftangan Kota Bharu (berhampiran dengan pasar Siti Khatijah/Masjid Muhammadi dan lagi satu dekat gelanggang badminton berhampiran Taman Bunga Tenku Anis (kalau tak silap aku gitu namanya. sila betulkan la ye kalau silap sesape yang kompem tau tu) area Pengkalan Chepa. itu sahaja. sehingga daku pegi makan lagi nasi ulam besama ikan keli goreng rangup yang sodap itu. bye.


No comments: