Assalamualaikum.
Hye. apa khabar semua? waaahhh. gitu. konon macam dj ek. ahaha. hari ni kononnya plan nak kua uruskan sesuatu. skali terlupa plk ada meeting mesyuarat. sudahnya layankan sajelah meeting itu. dengan beberapa cadangan direject terus dan ada juga cadangan aku tadi yang bakal jadi grand event for this year. bagi persatuan yang aku join tu la. itu pun sudah cukup bagus. tapi ada gk cadangan yang aku + geng sebelah yang memang kami tak setuju habes. layankan sajelah. sudah2 la tang keje tu. saje mau luah kat sini kejap. bagi korang yang baca pulak join tesen sket. ahaha. konon ek.
Berholiday kat KL. iye. itu tajuknya. ni la antaranya entri tertangguh yang asik lah aku dok gitau dalam entri sebelum ni. bole tahan dah lama jugak la aku gi KL aitu ni. hujung bulan Disember aitu. time krismas. ehehe. belepakan kat umah akak aku kat Kajang sana tu ha. pegi ngan adik aku je. pegi lepas rindu kat anak sdara sesambil soping2. kompem akak ngan abang aku cakap "aih. rindu anak sdara je??". ahaha.. yang tecit dapat keutamaan oke. awak2 usah jeles. ehehe.. kat sana beberapa hari jugak la. nak lepak lama2 pun tak sampai hati plk nak tingga mama lama2 kat umah. kompem mama boring kalau kami bedua ni takde lelama kat umah kan ma. ehehe. tak banyak pun jenjalannya ha. tambah ngan asiklah dekat kul 1 baru nak kua umah kan. idak ngapelah. kalau mau kua dari pagi membawa ke malam, sila bemalam kat hotel saje oke. ahahaha. lagipun cian kat anak sdara aku yang masih kecik tu. penat dia jenjalan byk2 kan. ehehe.
1st day kat sana just pegi Jusco kat Balakong. sebab abang ipar aku cakap JJ kat sana agak baru dan paling besar. yeke? blasah je la. tapi hampa. tak macam yang abang ipar aku gitau. mungkin iye saiz dia besar, tapi bebarang yang aku nak tak banyak kat situ. takde pilihan pun oke. lalu, aku nyesal wat keputusan gi ke JJ itu. uhuhu.. tapi ada jgk la beli barang sket. lupa lak beli apakah kat sana. dah namanya lagi cite lama kan. ahaha. tak banyak pun aku amik gmbr. biasa2 je. lagipun guna tepon aje. decoration krismas pun idok le gempak pn kat sana. sedey. sebab aku suka tengok segala hiasan itu sume sebenarnya. uhuhu. kompem nanti tanak pegi sana lagi dah.
|
sampai je kat JJ Balakong tu kami pegi makan dulu. kat food court je. dan aku makan sizzling ni. bole la. ada jgk la lauk kalau nak dibandingkan ngan kat Tesco/KB Mall KB ni. kedekut lauk. huh. |
|
my sis amik nasi ayam. dak kecik tu dok tgk c'su dia makan. ehehe. Qis minum vitagen + mkn nasi ayam. tapi tak banyak pun dia makan. |
|
bergambar kat pokok krismas. gambar aku takde. sebab hampa takde pokok krismas yang beso gedabak. ahaha. bole gitu?? sebab ai suka segala benda alah fantasi cantik2 ni oke. macam kanak2 kan. tapi dah suka nak wat cemana kan. |
|
pandai dak kecik ni tgk kat kamera tepon aunty yang cinonet ek. |
|
alolooo.. nangis lak dia ek. dia tgk orang len naik benda alah ni bukan main lagi suka+xcited. sampai turn dia, nangis2 lagi nak turun. c'su dah naik temankan pun takmo jgk. takut ek?? |
|
sudahnya c'su je la layan naik naga gerak2 ada muzik nyanyi2 ni ha. ahahaha... |
|
kemain lagi pose naik tunggangan naga kanak2 ek. ahaha.. |
|
gambar ni mmg blur. sbb mmg guna tepon cinonet ai je oke. comel gila dak kecik ni duduk kat tgh2 kete tu. pastu tgk je papa dia drive. ni dah otw blk umah lps ke JJ tu. |
|
malamnya kami kua lagi. ke McD dan makan ini. dekat CNY kan. Prosperity burger. mmg my pebret. akak + adik2 aku pn suka gk beger ni. beli yang dinner box tu. mmg berbaloi baloi. tapi sayangnya aku ngan akak aku tak prasan include skali naget. kami pi order lak naget yg set kanak2 tu utk Qis. ahaha. takpe la. makan aje la. |
|
kemain hepi lagi dia gi makan2 kat mekdi ye. 'sy suke makan naget+minum milo sejuk'. kemain lagi bila dapat minum ais ni ye.. |
|
dapnya nampak curly fries tu time2 lunch hour ni ha. lapo plk. uhuhu... |
|
kemain lagi senyum. sempat lagi ek sesambil minum air |
|
selesai sudah... muahaha.. air je yang besisa. jua naget Qis. |
Itu saje lah gegambo ketika hari pertama kat sana. ingat nak gabungkan sekali time hari kedua pun. tapi tak sempat lak. al maklum le. bikin taim lunch hour je kan. aku plk lmbt je wat karangannya ha. macam lah cikgu nak check ke apa kan. ahaha.. ops. lopa. agenda utama hari pertama ni adalah ke Fareeda kat bangi tu. beli tudung le. apa lagi. tudung yang aku beli tu akan diselitkan gambarnya pada entri untuk hari kedua dan ketiga nanti oke. ehehe.. babai.
2 comments:
hehe tempat adik amik gbr tue tempat anak akak ada amik gbr hehe
yeke..bagusnya..time je la lain2 kan.tapi yang mana satu kak.pokok krismas yg meriah atau naga yang girang?yg penting mmg comel.
Post a Comment