14 January 2012

Berholiday di Kuala Lumpur 2

Assalamualaikum.

^_^ siri 2 gitu. ahaha. padahal citenya cinonet je. disebabkan pada entri berholiday di KL sebelum ni tak sempat nak masukkan keseluruhan cerita time hari aku wat entri tu, makanya disambung lah pada entri ini. hari kedua kat sana kami ke IKEA. sampai kat sana dah tghari pun. sampai je terus tuju ke food court. makan timee.. ehehe.. ramai gila segala macam orang. sebab ari minggu + cuti hari krismas kot. setel misi utama mencari meja untuk kami duduk makan2 nanti, aku ngan akak gi plk beratur beli makanan tengahari kami. sabo je la ek. demi kerana meat ball pebretku. ai redahkan aje. sanggup you. bukannya selalu pun ai dapat ke sana kan.

ini le menunya yang kami makan pada hari itu. sumenya dah cuit2, dah makan, baru teringat nak amik gambar. harus la sebab dah lapar kan. ahaha.. dalam gambar2 makanan ni terselit plk gambar anak sdara ai tengah makan ek. ehehe. Qis kompem la kena kongsi ngan mama dia. makan salmon. my pebret haros gedabak gambarnya ek. ahaha. kek coklat daim itu jua sodap. tu pun dah sciput je baru amik gambar ye. ahaha..

ngintai sapa tu?? tengok aunty ke tengok c'su.. windunya budak kiut ni.

me + adikku yang autar putar alam, nina. sempat lagi mintak akak aku tolong amikkan gambar time dok tengah makan tu. ahaha.. seperti yang aku gitau pada entri holiday sebelum ni, ini la dia salah satu dari 2 tudung Fareeda yang aku beli tu. kaler pepel + polkadot. sukeeeee... dapat beli rega Crazy Sale. bebaloi-baloi. idok le dapat nak beli banyak2 sekaligus. kena balik keje, kumpul duit dulu baru bole gi tambah koleksi lagi. on chinese new year nanti pun dorang akan buat crazy sale tu lagi. koleksi mawar less 50% oke. arggghhh.. pitam. nak jugakkkkk... tu sebab dorang nak abiskan stok koleksi mawar ropol2 tu utk digantikan dengan koleksi mawar yang baru. katanya lebih cun melecun. tak sabo nih. waahh.. iklan promosi fareeda plk. fareeda kena bagi komisyen nih. ahaha. konon ek.

akhirnya. inilah hasilnya. licin ye. ahaha.. pastu tak tinggal gitu tau. kami siap susun cantik2 lagi. ehehe.. dah setel isi perut baru la bole bejalan round ikea tu dengan senang hati. ehehe. kat dalam tu terserempak ngan yaya (dak praktikal kat opis dulu). as always, dak tu mmg la gojes. besama familinya. sempat berhai hai tanpa suara sepintas lalu gitu je.

suka je tengok bila Qis hepi. sesambil reround, sempat lagi kasi test rusa merah ni. comel. tapi tak beli pon. aku pun takde la soping banyak pun kat ikea ni. orang ramai gila. nak jalan pun asiklah telanggar. nak tengok bebarang pun susah. orang ramai sangat. uhuhu.. barang2 yang mmg dari awal niat nak beli pun tak amik. ada yang tak nampak / tak jumpa langsung pun. sedey. harus pegi lagi la kan. ahaha.

bantal bentuk hati yang comel.

ramai kan. beratur nak beli karipap/hotdog. aku pun join beratur jgk. tapi time amik gambar ni dah siap beli pun. makan panas2 memang sedap. tapi makan time sejuk pun totap jugak habis. ahahaha..

ni pegi ke area sebelah ikea tu ikano kah ek? ai lopa + xtau kot. time ni Qis dah penat. dah nangis2. lalu amik la dukung dia. cakap2 ngan dia. pegi dekat area2 yang kiut2 ni. amik gambar lagi. cian sangat bila tengok dia dah penat. lalu cuba la pancing mood dia balik. ehehe. cayang dia. kalau ikutkan hati memang aku lom setel lagi pun round2 area situ. tapi memandangkan Qis dah penat, muka abg ipar aku pun dah nampak macam penat jugak, lalu ai lupakan sajelah niat nak sambung soping kat situ. the curve pun xsempat nak seberang. uhuhu..

Kua dari IKEA, terus ke rumah abang aku yang kat area Selayang tu. lepak2 umah dia jap. makan nasi ayam yang special untuk kami. pastu layan Afrina nyanyi2 jap. kacau Arissa. lepak2 jap. pastu balik. abang aku ajak pegi i-city pun tak pegi. sebab sume dah penat. ahaha.tapi time sampai sana tu Afrina baru je tido. apa lagi. kasi kacau ringan2 sampai dia tejaga la. ahahaha. kijam cara halus ek. haruslah. kalau tak nanti dia membebel plk cakap pegi umah dia time dia tido kan. kalau dia tepon aku tak jawab ke, tak sempat jawab pun dia asik ulang je cakap "aunty tak angkat tepon". pastu time nak balik tu dia dah diam dah. muka dah monyok. rupanya dia memang tak boleh nak say bye2 ni. kompem dia sedih. kata uminya. pastu adik aku cakap siap nampak air mata dia ngalir sket. alolooo.. dalam hati penuh taman anak sdara aunty ni ye. kalau tak brutal jek ek. ehehe. nanti aunty pegi umah Afina lagi oke. tapi takde amik gambar pun time gi umah abg aku tu. lopa. ish ish..


Hari ke 3


tara.. sesambil menunggu adik aku kat fitting room. nyempat lagi ek. ahaha. ini je la yang amik pun hari ke3 ni. gambar memang lah cenggini je yang bole. sebab memang sepanjang gi sana aku guna tepon merah cinonet tu je pun amik segala gambar. malas nak bawak dslr yang berat+besar itu. nampaknya aku kena miliki kamera yang tecit jua la kan memandangkan owes lah malas nak kendong dslr tu. tudung merah itu le yang lagi satu beli bersamaan dengan tudung pepel pada hari sebelumnya tu. polkadot jua. waahh.. ai like.


okeh. ni gambar pada hari ke-3 kat sana. kitorg kua dari umah memang dah lewat pun. dalam kul 3ptg gitu kot. bajet lepas solat Zuhur terus kua, tapi terover delay plk. ehehe. pi beli tiket bas, then terus ke alamanda putrajaya. ni kiranya last day le kami kua jenjalan. sebab esoknya abg ipar aku dah stat keje. aku ngan akak aku memang lah tak hafal dan reti segala jalan2 kat sana untuk menuju ke tempat soping2 ni ha. lalu walaupun ada je kete kat umah, kami lepak2 di rumah je la keesokannya tu. kat alamanda ni bole tahan banyak jugak la soping berbanding ngan sebelumnya. sebab dah tau itu adalah tempat soping last yang kami tuju kan. ahaha. adik aku pun byk soping kat sini gak. banyak pun takde la banyak sangat pun kami2 soping. just itemnya lebih sket + plastik yang kami pegang pun lebih la sket dari sebelum2 tu. aku beli apa je. cardigan, kasut, sandal bebunga. pastu tak ingat dah beli apakah lagi. opkos jua roti boy + dunkin donut. sebab takde kat KB kan. kat sini ada big apple je. oke la tu. yang ada ni pun bukannya selalu jgk pegi. just bila banyak pilihan, bole la tukar2 selera kan. Qis suka betul makan donut yang perisa bavarian tu. opkos pebret ai jua. makan ngan dia je la dalam kete. ehehe. Qis pun ada soping2 jgk kat sini. beli botol air barbie. kiut. pastu wat refil air rebina. pastu aunty pun tumpang sedut jugak. ahaha. oh. ada belikan Qis baju+suar jgk. tapi tak tengok lagi dia pakai cemana. tapi suar itu memang kiut lah. ala ala korean style gitu. ahaha. hamek ko. anak sdara pun ko K-Pop kan ye. ekeke. setel soping2, singgah night market jap beli barang2 basah nak masak esoknya then terus balik umah. hati gumbira. bersoping. tapi beg duit pun makin lah kempis jua. uhuhu..


ari last kat sana just lepak2 umah. makan2. tengok tv. tido. tapi takleh nak tido jugak kalau time Qis tak tido, sedaya upaya dia akan kacau sampai la bangun. dah bangun tu takde la dia nak kacau2 lagi dah. owhhhh.. semangat iri hati ye tengok orang tido. dah dekat2 nak balik tu mula la berat hati. uhuhu.. balik umah sehari pun dah rindu Qis. nanti aunty, tok pa, tok ma gi sana ek. bawak c'su + aunty mia skali. itu sajelah stori mori gi sana. takde pun jumpa/lepak2 ngan kengkawan. takde gitau sesape pun. just gitau ita je. kononnya plan nak kua ngan dia. skali sepanjang kat sana dia pulak kena keje. hampeh. dah delay hari balik pun masih sama. humph! majuk lah dengan awak. nak kena denda nih. sila panjat dinding pastu melekat kat siling macam cicak man skarang! ahaha. okeh la. itu saje. will be there lagi februari nanti.

No comments: