22 April 2013

Hari Minggu Ai

Assalamualaikum.

Haaaacccheeuuiii...!!! alhamdulillah. kelihatannya ai is selesema again. mungkin sebab faktor cuaca yang tak menentu kat Kelantan lately. kejap panassssss yang amat. kejap hujan.. kejap panas terik. kejap mendung. time redup tu bessssstttttt jep. ehehe.. ai is cenggini sebab faktor semulajadi ye. bukan sebab faktor PRU 13 oke.  ;)

Sana sini sudah makin meriah dengan bendera, segala bentuk pos menunggu/khemah dengan pelbagai hiasan ikut kreativiti memasing. ada replika keta kebal, ada motor balut bendera, ada bentuk roket, jet.. macam-macam lagi la. memasing nak nampak gah. memasing nak nampak hebat. bagus!! itu semangat yg kita mau. takde sesapa atau mana-mana pihak pon yang mau kelihatan lemah gemalai lembik longlai. sume nak gagah perkasa jep. seharusnya semangat itu disemaikan dalam setiap hati rakyat Malaysia atas nama satu negara Malaysia yang gah dan bersatu. tamo gaduh-gaduh. tamo saling kutuk mengutuk. tamo asik dok burukkan sana. duk burukkan sini. itu very very thedak best. tonjolkan saje kekuatan dan kelebihan masing-masing. tidak perlu buka segala aib dan keburukan pihak lain. secara bersih dan sehat itu lebih baek dan best kan. hikhik.. kemain lagi ai kenn.. tinggalkan dulu perihal itu. itu kompem makan masa berbulan jugak tu baru reda diperkatakan. yang penting, sampai masanya pegi mengundi. buat pilihan yang terbaek dan insyaallah jangan tersilap bagi kepercayaan. waaaahhh... gitu. hik.. enuf.

Back to the topic. hik. hari minggu aitu aku banyak melepak kat umah je. tambah pulak di kala penghujung bulan ni kan. haruslah sesi berjimat cermat menunggu kemasukan gaji yang akan datang. bahaha.. kalau idok, mau skeping 50 hengget ringaaaaannnn jep trobang dari beg duit kennn.. kalau jaman dulu, 50 hengget tu dah macam-macam bole beli. sikalang, sendiri tau la kenn. tapi pokok pangkalnya totap pada diri sendiri. ada je yang mampu bersoping sampai mencecah $600 tapi just bayor $0.01 jep. iaitu 1sen la kan. sunggoh hebat. tu aku tengok kat saluran TLC channel 707 ek kalo xsilap. hentam je la labu. yang rancangan extreme couponing ke hapakah tu. gila kentang hebat. aku sunggoh kagum. sesaper yang belom penah tengok, try le tengok skali rancangan tu. kompem terkagum macam aku gak. hebat + ohsem sangat oke. if nak wat charity tanpa sebarang kos suda bole yang amat tu. tapiiii.. kat M'sia ni takde ke kekdah kupon2 gitu yang membolehkan kita membeli belah secara free ek? cer sharing if ada sesapa yang tau. kalo yang bonuslink tu aku tau la. itu macam basic la kan. tu pon kita nk kena belanjakan duit dulu baru bole dapat voucer segala tu. siyes ni. kalau ada sesape yang tau, pelissssss share ek. :)

Melayan kebusanan kat umah pada hari minggu, aku pon try la buat marie cheese cake. very the easy mizi oke. tu pon aku dapat resipi dari kawan opis. yang dia ni pulak mintak dari akak dia yang memang sangat gemar baking membaking neh ha. hasilnya??? best!! 1st time mencuba kan. not bad. laju jep abis. ehehe.. bahan-bahannya just cream cheese, biskut marie perisa kopi, susu pekat manis, fresh milk. actually sebarang susu pon bole je aku. kalo nak guna low fat pon bole. nak guna susu HL pon bole. kot nak bancuh susu anlene ke dulu nak kasi bagi kalsium lebih sket untuk tulang ke kan. :) terpulang pada citarasa memasing la kan. aku just folo jep resipi yang sifu bagi. ehehe. simple sangat bahan-bahannya kan. just blend cream cheese + susu pekat manis. then selang selikan ratakan cream cheese tu ngan beskut marie yang dicelop fresh milk atau sebarang susu tu. pastu letak dalam peti sejuk. dah hagak2 best untuk dimakan, just amik then ngap. masuk mulut. yummeh!! tenkiu ye kak Leen bebeh + akaknya untuk resipi itu. tapi aku tade amik gambar pon kek yang sudah abis dimakan tu. ehehe. len kali la yo. ai is so malas itu time.

Hari Sabtunya pulak dalam kul 3 lebih gitu aku with mom + anak sedara pegi umah kazen yang baru balik umrah. actually umah mak sedara. hentam je la. umah anak branak kan. hikhik. sunggoh enak menjamu selera segala makanan stended orang balik mekah. kurma nabi. kurma besau. segala kekacang. paling best jus mango yang macam ada kat sana tu. dorang yang cite. aku belom penah pegi lagi. belom ada rezeki lagi. insyaallah i'll be there. moga aku terpilih sebagai tetamuNya nanti. amin... actually kat sini pon ada jual dan kazen aku pon beli jus tu kat kedai Jaafar Rawas yang very the femes kat KB nih ken kalau orang nak gi umrah ke... haji kee.. dan... air zam zam. itu wajib minum. :) and i got selendang from her. tade la niat nak sebarang souvenir pon sebenarnya gi sana. tapi dah orang nak bagi kan. alhamdulillah. my mom dia bagi Quran kiut miut. but my mom bagi kat anak sdara. papa dia bagi kain apa ntah namanya. yang biasanya pakai kat bahu tu. yang kain putih ada petak2 merah tu. some kurma + air zam zam. alhamdulillah. rezeki kami. actually aku semacam tade idea nak update blog lately. faktor malas nak amik gambar dan sebagainya. padahal ada je entri tertangguh yang tak juga bikin lagi kan. ehehe.. tu je la. ai is mau pulang. orang lain dah sampai umah pon. tata.

2 comments:

Unknown said...

hermp...
hermmppp.........

xde benda nak komen tapi tangan gatal nak menaip...*~*

kelipkelipchumel said...

emm..baeklah.mentang2 le kite kengkadang jep hapdate kenn..hik..