24 April 2013

Marry Me, Mary!

Assalamualaikum.



^_^ Ai baru abis nonton cite ni malam tadi. best. trus mood dalam hati ada taman, berhati pink+pepel gitu sebelum tido. ehehe.. aku memang suka tengok cite korea. super best dan santai. ada la jugak value  yang elok dan bagus untuk diikuti tu. pepandai pilih la kenn.. yang xelok tu usah le folo. tade la balik2 asik orang pompuan yang kena pukul laki la. pompuan kena dera la. siyes aku xsuka tengok cite2 yang macam gitu. tak membuka minda langsung. trus tade sense of hiburan bila tengok. tujuan menonton bukan ke sebab nak hiburan kan. huh!!

Sweet kan gambar kat atas tu. bahaha.. tu gambar bukti wedding dorang. padahal they never married pon. saje nak  trik bapak si sweet lady ngan famili tunangnya. kompius??? meh ai cite lebih detail tang cite nih. xminat?? nak jugak jugak cite. ;P


1st of all, tajuk cite korea ni adalah seperti tajuk entri ni. cite ni yang tahun 2010 punya upenya. hikkk. aku la yang lambat kenn. tengok ni pon sebab dok layan cite korea kat KBS World channel astro 391 tu ha. ai nonton kul 11.30 - 12.30 mlm besanya. dah time dorang tayangkan kan. time lain aku tak tau. tak cek pulak. so asik la tido lambat aku nih. dah abaikan tido yang mencukupi untuk kulit yang cantik dan awet muda. akaka.. watak utama cite ni, Wi Mary (Moon Geun Young) - heroin, Kang Mugyeol (Jang Geun Suk) - hero, Jeong In (Kim Jae Wook) - hero jugak. hero nombor 2 yang wataknya tunang merangkap hubby Mary. watak pembantu nak ke arah utama sket2 Seo Jun (Kim Hyo Jin), watak bekas kekasih Mugyeol pastu berlakon dalam cite yang company Jeong In punye.

dari kiri, Seo Jun, Kang Mugyeol, Jeong In + Wi Mary

Mary + Jeong In ditunangkan sebab ayah si Jeong tu berkenan sangat kat Mary nak jadikan dia menantu. asalnya si Jeong ni tanak pon. tapi lama kelamaan jatuh hati jugak kat si Mary kiut nih. si Mary pulak tifu ayah dia, tunang dia dan ayah tunang dia yang dia dah kawen dengan Mugyeol. Mugyeol ni seorang musician. ada group dia sendiri. Mary ni jumpa Mugyeol time dia tengah susah. ayah dia banyak hutang. pastu cemana ntah dorang ni bole mabuk. ai is lopa. pegi minum sesama ke ek? ye kot. pastu si mary tu fengsan. si mugyeol kendong anto umah mary. then dia nompang situ few days. pastu bermula la kisahnya. meh cuci mata lagi. bahaha..

encem mugyeol. dia ni blakon cite you're beautiful jugak. yeke tajuk tu ek? ai is ingat2 lopa. kah kah. malas pulak nk gugel.

Pom pam pom pam. then Jeong In offer Mugyeol jadi produser kat kampeni dia untuk cite Wonderful Days. drama kampeni dia nak wat la tu. wat lagu untuk cite tu la kiranya. Mary bantu dari segi skrip yang dah sedia ada. Seo Jun pelakon pompuan cite tu. last skali cite tu bejaya dapat masa slot tayangan kat tv. masa episod last malam tadi la. hikhik. macam malas pulak nak cite detail sangat kan. nak tau banyak2, tengok sendiri. bahaha.. aku just kongsi dan cite apa yang aku nak cite je la ek. ehehe.. 

encem CEO Jeong In

Dia ni kekadang encem. kekadang nampak biasa je. tapi watak dia ni ada lucu2 jugak. tapi watak dia ni memang best lah. cool. memahami. very gentleman. sangat baek hati. waaahhh... gitu. cite kan. bole la. taat betol kat ayah dia ni. umah dia best. ai like. kekadang suka jugak tengok gaya rambut dia dalam cite ni. nice. nampak macam very comfy person jep. aumm..

wi mary. comel kan dia ni.

ni time promosi cite ni. memang dia ni comel je kan. sweet..
kat kedai buku dorang nih
Perangai watak mary ni, dia suka ke kedai buku, duduk lepak situ, baca buku bila time dia tengah feeling tak best. time dia sedih ke.. gitu la lebih kurang. Jeong In tau tang perangai dia yang ni. so sweeeettttt... kan bagus tu. bole try praktikkan ni. sedey2 jep amik tiket fly gi kedai buku paling best. bahahaha.. itu suda lebeyh la ek. hik.


ada jugak dia blaja men gitar ngan si encem ni time dorang pegi berovernite jenjalan naek van kiut miut si encem nih. si encem ni sayang betol rambut dia. memang dijaga rapi la. ermmm... certain time suka gak tengok orang laki yang pandai jaga rambut ni walaupun berabut panjang. super sweet. kah kah kah. itu bukan mudah oke.



Si encem ni wat keje partime repair bebarang letrik jugak sebelum dia femes dengan lagu tema cite Wonderful Days tu. so sweet.. kat belakang tu la van kiut itu.



waaaahhhhhh... segar jap mata. hikk..



versi siyes si mugyeol. pon kacak yang manes. adeh. bahaha...



Ini memang maskulin lah. simple but nice.


part of final episod scene
Dari kiri atas, mugyeol pegi melawat Jeong masuk wad sebab koma few days sebab selamatkan Mary time pegi sambut kelancaran/kejayaan drama wonderful days bikinan kampeni Jeong. mary tergelincir golek-golek kat bukit. kanannya, mary time wedding day dia ngan jeong. tapi wedding tu xjadi pon. both of them dah sepakat tamo kawen. jeong turutkan sebab nak tengok mary hepi. sweet.. bawah kiri balik, Seo Jun menghadiri wedding dorang. kanannya, mugyeol nangis peluk mary ingatkan mary betol-betol kawen dengan jeong. he is so hepi actually. kiri bawah, akibatnya jeong tanak ikot cakap bapaknya kawen dengan mary. then he got kebebasannya berbisnes + peribadinya dari segi pilih teman hidup. berdikari sudah. tapi homeless. kena tarik sume. opis je ada. ekeke. last. mary yang somel. dia sambung study balik. nak jadi penulis skrip.

Moral of the story cite ni dari apa yang aku dapat la ken. ia mengisahkan ketaatan anak pada parents dorang. walau tamo, dorang cuba jugak ikot tapi end up totap jugak ikot kata hati. bahaha.. tapi tu pun lepas dah explain baekkk punya la. it's about loyal too. loyal pada perhubungan. loyal pada perjanjian. itu bagus kan. katanya, setiap perhubungan tu bukan sekadar kasih + chenta je, tapi yg lebih penting dan mesti ada adalah setia. pergghhhh... gitu. it's about passion also. dalam buat keje + minat. juga usaha yang berterusan tanpa putus asa. and it's about trust. trust your feeling, trust your partner. listen first to everything, for the explaination. then baru la judge. wokeh. itu je la kot. worth untuk ditonton la cite ni. for me la. orang lain ai xtau. :)

hoyeahhh!! tamat.. hepi ending. nak tau lebih?? sila tengok sendiri. ehehe. tata.



2 comments:

che'pi said...

husss husss ... penat baca.... adesss...... mesti tengok smbil feeling sakura salju turun ....haha

kelipkelipchumel said...

hikhik.. banyak kan gambo. ahaha. iyeee. feeling makan kimci. tapi takleh nak wat gaya iklan sampoo time nonton tu sebab tak gi salun kenn.. dah kurang sket feeling seoul tu. akaka