20 December 2012

H.U.J.A.N.

Assalamualaikum.

Cak!! ehehe.. actually segala stori juga tujuan entri ini tiada kaitan langsung pon dengan tajuk tu. just dalam seminggu ni tetiap hari pon hujan kat kota bharu neh ha. termasuklah hari ini. dan tujuan sipi-sipi entri ni adalah sebab ramai orang asik cite tentang tarikh cantik dalam tahun ni. nak pulak dalam bulan doblas ni banyak jep tarikh cantiknya kan. macam arini, 20.12.2012. sebelum ni 12.12.12. memang super cantik. tu je pon yang aku paling ingat. hikhik. paling penting semalam/kelmarin adalah birthday my mom. 19.12.12. selamat hari ulang tahun kelahiran mama. sayang mama sangat-sangat sampai bila-bila pon. no one can be you. no one can compare with you. sob sob. tapi tak penah pulak luah depan-depan kat mama. hik. sebab tak dibiasakan gitu kot. i'll try. one day. i will. insyaallah. lum celebrate pon lagi. just beli kek je semalam. mama kata nak tunggu sume anak-anak dia balik. iaitu on saturday insyaallah sume sampai umah. yeay!! dah lama tak bekompul lengkap satu famili. last adalah raya puasa aitu. tapi belom plan lagi nak bikin apakah. ehehe.

daaaaannnnnn.. 2,3 hari ni duk kalut buat SKT. adehhhhh... sesapa keje gomen kompem tau la kennnn.. tu pon seb baek tak ramai yang ai kena mengerah kepala pikiran ini untuk meneliti, segala men... menn.. sume tu.. mine baru jep setel ptg ni. ahahaha.. yang penting suda setel. hikhik..

dah. itu je. sok kalo rajin mau msk dapor bikin sesuatu untuk anak sedara ai yang suke sangat menempel dengan ai. budak cucuk takot cicak. hikhik. tata.

** kompem la entri tade motif langsung pon kenn. tapi nak jugak publish. hak hak. ^_^ **


18 December 2012

Chicken Chop Hotel Habib

Assalamualaikum.

black pepper chic chop - at habib hotel

Nyummmmssss.. itu adalah menu tengahari aku semalam/kelmarin bersama kak Leen cuk. only RM10 chic chop + minuman kordial. itu rega promosi ye. kalau harga biasa, chic chop je RM14 lebih kurang. berbaloi jugak la. hayamnya pon besar. tapi nak abiskan tu bole tahan sempat rasa muak jugak la.  ahaha.. berdua je gi sana sebab lagi sorang our klik bercuti sebab nak temani kazennya yang akan ke Jordan nanti. waaaahhh.. gigihnya anda. sangat lama tak update blog. lately aku melantun ke sana sini. start dengan berkursus di Langkawi di penghujung bulan November. balik umah sehari, then ke Kuala Lumpur a.k.a. Kajang temani adik aku yang dah abis cuti semester sesambil soping ringan-ringan. ehehe.. soping pon ada istilah ringan ke ek? ahaha.. masuk opis balik, terima surat kena pegi kursus btn pulak kat Besut 3 hari 2 malam. kat kem oke. huk. lepak kejap. masuk opis then got sms. kena hadiri temuduga kat Pulau Pinang pulak. 3 minggu berturut-turut. waaaahhh. pestaim ai begitu. duit pun lajuuuuuuuuuu jep ngalir. macam air trojun dah ha rasa. perasaan?? ok. bole tahan. and a lil bit tired. tambah ngan dapat pakej demam sehari sebelum ke Penang aitu. lots of gambar and stori. tapi belom sompat nak kasi tempek kat blog lagi. insyaallah one fine day i'll kasi tempek kat sini. hikhik. dah. itu je. hujung tahun cenggini melapangkan hati bikin lengkapkan statistik (bukan aku pon buat. just key in segala kroja ai jep. hik) and sila lengkapkan dan penuhkan segala keperluan SKT. haiyooooo.. okeh. tata.


25 November 2012

Polkadot Maxi Dress

Assalamualaikum.

bungkusan itu

Tadaaaaaa!!! from thepoplook lagi. ehehe. konon macam dapat hadiah la ek. akaka. opkos la tak. ai beli la. kali ni, ia adalah... jeng jeng jeng...

penny chiffon maxi dress - navy dot.
Fengsannnn.. bangun balik. eh. fengsan lagi. ekeke.. sangat cantik oke. sangat puas hati. cuba je belom lagi. kualiti kainnya oke. tak sabar nak balik try ni. ehehe. yang bestnya, kak Leen (my opismate) yang try dulu. sebabnya dia pon bekenan jugak, tapi dah out of stock. cian dia. takpe. ada lagi len kali nanti sila booked dan beli trus ek. saiz pon dah tau kan. feeling jaman dedolu pon ada bila tgk model ni gayakan baju ni. hikhik. ni amik direct dari laman thepoplook itu. :) hepiiiiiii...

Second hepi news adalah my kamera macam berpotensi sudah oke dan tidak perlu hantar servis lagi dah. kengkawan kat opis bermurah hati tolong godek-godek. kasi fuhhh sini fuhh sana sket. then macam dah oke jep tu. yeay!! just balik nanti nak try lagi. harapnya selamat la fulus dalam beg duit tu. tak perlu hantar kedai. harapan dalam hati la tu ken. hikhik.. tenkiu kengkawammmm.. :) dah bole balik sengeh-sengeh. lalalalalallaaa... tata.

Puding Trifle

Assalamualaikum.

It's Sunday today. tiada la weekend. ahaha. ari minggu aitu, iaitu di petang hari Jumaat, aku membikin ini puding trifle. ngeh ngeh ngeh. tu pon setelah godek-godek kat tenet, jumpa resipi dan tunjuk ajar step by step oleh akak neenaanuar. gila kentang resipi mudah pon nak kena refer step by step ek. muahaha.. ai kan manje-manje gitu. mesti la nak refer resipi step by step. bagus yang amat sis neena. tenkiu so much for ur kindness kongsi resipi siap dengan cara-caranya. hikhik. aku dedulu kalau time makan puding ni siap puji dalam hati "hebatnya orang ni bole buat puding best macam ni". gitu. hikhik. sebab aku xpandai dan xpenah wat kan. sekali mood rajin mencuba datang. ngeh ngeh ngeh. tak la romit sangat pun. syukur cubaan pertama menjadi. tapi ada sikit kekurangan sana sini. insyaallah akan diimprove sikit demi sikit. hikhik.. kata dalam proses belajar ken. haruslah gitu. aku kalau tang masak2 ni slow sket. bab makan tu lajuuuuuuuuuuu bedesup jep. hikhik. lately kalau yang rajin menjinakkan diri pun bikin dessert2 ni je. tu pun cari resepi yang mudah-mudah je dulu. ehehe.. pelan-pelan kayuh la kan. takkan nak bikin yang gempak pom pam pom pam terus kot. hagak-hagak le. kotnya nanti wat kek tapi jadi tugu. cemano?? ekeke.. dengan segam silunya nak jugak share hasil cubaan pertama aku yang tak seberapa ni. tapi yang best+hepinya kejap jep dah tinggal separuh mangkuk tu. ngeh ngeh ngeh. sebelum tengahari esoknya sudah licin sumenya. alhamdulillah. nampak gaya bole kasi try bikin lg nih. :D

ini lah dia. hasil cubaan pertama puding trifle ai.. hikhik..
pandangan atas. tenggelam segala buah tu hah..

nak jugak amik gambar pelbagai sudut. akaka
kasi potong sket.. ^_^ nyummmsss..

Itu sajelah. walaupun gambarnya thedaklah malatop. ai nak jugak kasi tepek kat sini. ahaha.. siap blur bagai tu. aku dah besemangat hangkut kamera yang gedabak tu bagai. tetiba error pulak kan. hukhuk. amek gambar guna henpon jep la. ada jugak gambo walau blurrrsss. akaka.. hentam saje. my kamera gedabak. arini you kena operate. hah hah haaaa.. kasi sebis sama dia.. oke bye. sebelum lagi byk ayat yang bukan-bukan kua.


21 November 2012

Ole-ole dari Korea

Assalamualaikum. ^_^

Hye. sementara nak tunggu jalan nak balik keje ni clear sket, lepak pot pet pot pet kat blog chenta hati ai ni la dulu jap. ehehe. pada hari raya aidiladha yang ketiga aitu kawan aku, zura+hubby dan beberapa orang lagi pegi melancong ke Korea Selatan sana. bestttnyeeeee.. dorang ajak jugak join time dorang beli tiket aitu. tp ai thedak le menjoinkan diri. mengapa thedak sedangkan itu saah satu angananku?? sebabnya ai kenot keluar jenjalan dari negara terchenta ini. hukhuk.. opkos you can guess already why lah kan. ahahaha.. sweet of them. zura bought something very nice and sweet for me and our click yang lelain. tak silap aku dorang ada gak yang dapat baju i love korea tu. but not me. but ai dah cukup hepi got this cuty lovely thingy.

tadaaaa... shock pink purse with a lil butterfly there and a fridge magnet. namsan tower ek kalo tak silap.

Very lovely ken. actually she gave me red in color. but i change with ruso. dan dia sunggoh baek hati sudi tukar. sebab dia tau ai suka pink selain pepel + putih. yeay!! sweet of you my lovely ruso. actually her nama adalah nik ruzai. hikhik. ntah cemana ntah kengkawan bole panggil dia dengan nama tu. noty ni. disebabkan suke sangat with this gift, i snap few more of them. hikhik.

beg with 6 pockets inside. 1note space. i saku berzip kat belakang
nampak kan ruang tecit2 tu. dan beg ni bunyi krek-krek macam kasut skolah tu. hikhik
da kiut miut butterfly
close up fridge magnet
fridge magnet packaging

Ngeh ngeh ngeh. tu dia. siap packaging magnet tu pon aku amik gambar. ahaha.. sebab aku suka design packaging tu. sweet + kiut. and very simple. and one color. kaler putih pulak tu. hikhik.. ahah. then backgroundnya tu la pandangan belakang beg duit comels ni. dah. itu je. tenkiu zura. tenkiu abe ja. emmm.. time i got dis souvenir adalah time gi umah zura ada one night tu. dorang ngajak lepak2 sambil makan2. bawak la anak sdara aku sekali sebab dia nak ikot kan since dak tecik tu balik kampung. dan dia pon dapat sesuatu dari zura. mekap. dia mmg suke mekap. so hepiiiiii jep dia blk umah mlm tu. hehehe.. noty fina. windu dia oredi. nanti aunty jumpa fina kat kl oke. dah. tu je. bai bai.


Kiriman Pos Laju

Assalamualaikum.


YEAYYYYYY!!! i got it. dah pon terima yang di tunggu-tunggu. tak sabar nak cuba. aku tertarik dengan produk ni selepas terbaca kat blog Fillanie. pastu.. ahah!! terdetik dihati. why not. tak salah kalau mencuba. once i dah try, kalau hasilnya memuaskan, aku akan kongsikan kat sini oke. ngeh ngeh ngeh... lately ni asik lah dok beli belah online jep. adeh.. arini TERbeli online lagi. kat thepoplook lagi. ehehehe.. ter oke. lalalalalallaala..mungkin ahad nanti la aku baru dapat kot. kompem la sok baru dorang pos ek. wah.. tak sabar tak sabar tak sabar. bajet dialog dlm cite istanbul aku datang la ek. kui kui kui.. tata..  


19 November 2012

Giant ABC

Assalamualaikum.

Tengahari tadi aku kua temankan opismate gi makan tengahari. kat seberang jalan opis ni je pon. ehehe. memandangkan aku dah makan nasi pagi tadi, so bajet tamo la makan berat sangat di kala tengah hari. belek punya belek buku menu tu, terasa macam nak try ais kacang special kat situ. special sebab ada eskrem. itu je yang aku nampak. lelain aku tak pandang dah. ehehe. oke. tunggu seketika dorang siapkan oder. then, dorang kasi nganto ais kacang spesel ai.

ais kacang special

Nah. hamek kau. besar gedabak oke. cuba bezakan ketinggiannya dengan gelas air suam aku kat sebelah tu. wah wahhhhh.. kemain lagi tinggi nih. dah la dalam cuaca yang tak berapa nak panas sangat hari ni. ahaha.. berusaha la sedaya mampu makan.


Yang ni pandangan sisi lain. nak jugak bagi nampak kaler-kaler yang ada kat eskacang nih ha. rasanya?? oke la. tu time makan ngan eskrem tu la. pastu ada susu pekat sket kat atas tu. makin nak abis, makin tawar lak rasanya. kompem la aku makan tak abes kan. banyak sangat. haruslah len kali tamo lagi dah oder benda alah nih. tak larat wei nak abehkan. reganya adalah RM5.90. tu je la yang aku oder pon. dan air suam. kawan aku makan kuey teow goreng. kawan lagi sorang makan mango smooties ke apa ntah namanya. okeh. itu saje la. mata aku pon dah terasa berat bebenau nih. nak kena gi cari keje/ektibiti lain yang boleh mencelikkan kembali mata ni dengan luasnya. tata.


18 November 2012

Penantian

Assalamualaikum.

Again. for today. abeh la kalo angin rajin bikin entri datang ek. ehehe. just nak share my hepi mepi today. i got something dat i've been waiting for since wednesday. eh. bole gitu. ahaha. sebab aku bayar pada hari tu kan. then mengharap start dat day la. i bought something from thepoplook. 1st time aku try beli barang kat situ. so far so good. kualiti nampak ok. just belom try jep lagi. weeeeee.. tak sabar nak blk try kat umah.

bungkusannya..
closer
tadaaaaaa.. sengaja bikin kaler jadi gitu. ahahaha...

Membaking Mood ^_^

Assalamualaikum.

Sekejap ada. sekejap takde. sekejap lagi ada balik. ehehe. ai bukan apa. kekadang tade stori. tapi bila ada stori kerajinan pulak kurang. kekadang stori ada, tapi tade gambar pulak. takpon gambar yang ada tu tak best pulak. hikhik. banyak la alasan ken. ehehe. 9 hari rakyat kelantan bercuti dengan super bestnya. weeeeeehhhooo.. tu bagi sesape yang amik cuti sehari pada 14/11/12 la kan. iaitu hari rabu. tapi aku tak amek pon. keje dengan santainya pada hari kejadian tu. sebab takde plan gi memana kan. macam rugi pulak rasanya kalo amik cuti tapi melepak kat umah jep. nape jadi cuti selama itu?? hari minggu dah 2hari (jumaat + sabtu = 9,10/11). 11,12 hb pulak cuti sempena keputeraan sultan Kelantan. hari berikutnya Deepavali. then 15 hb tu plk Awal Muharam. pastu sambung lagi dengan cuti hari minggu. memang super best lah. ehehe. gegara tempoh cuti yang hebat itu, menjadikan hari pertama bebetul bekerja setelah cuti panjang ni.... hmmmmm... pon macam nak besantai jep lagi. ngeh ngeh ngeh... manyak cantik ek. lalallalalaa.. oleh itu, slow slow kasi tanam perasaan chentakan, rindukan kembali segala tugasan + keje2 kat opis nih. paling penting, bikin itu kilija. hikhik.

Owh.. hari ni sudah masuk hari keempat tahun baru Hijrah. iaitu 4 Muharam. semoga dengan tahun baru ini, mendatangkan seribu kebaikan, seribu rahmat dan seribu keberkatan buat seluruh umat Islam di serata dunia. seiring dengan itu jua Gaza diserang hebat kembali oleh Israil laknat itu. masyaallah. kasihanilah mereka ya Allah. lindungilah saudara kami di Gaza. sedih je bila tengok gambar2 kat fesbuk di Gaza sana. penderitaan mereka. kesengsaraan mereka. yang pastinya semangat juang mereka tak pernah luntur. moga mereka semua peroleh kemenangan dan keseluruhan israil itu peroleh kekalahan yang abadi. sama-sama kite sume doakan oke (bagi sesape yang baca blog ai ni la yo. yang xbaca tu kompem la xtau ken).

hokeh. banyak hari cuti aritu, aku ada lah jugak try wat kek batik. resepinya aku amik dari aunty nani rostam. owner blog model 80an tu.. hasilnya?? alhamdulillah. berjaya!! hikhik. my mom kata oke. kengkawan opis makan bertambah. kengkawan lelepak huha huha ai pon siap request mintak buatkan lagi. waaaahhh.. kombang idung ai kojap. hikhik. insyaallah nanti ai bikin lagi bila ada kerajinan nanti. ehehe..

my 1st trial kek batik. da 1 and only gambar, yang Lec amik time bawak nganto bekas tuperware pinknya.

my adik yang tengah cuti kat umah tu pon rajin jep try membaking yang simple2 neh ha. memula aritu dia try wat puding trifle. bole la. tapi tak berapa nak jadi sangat sebab macam ada sikit kesilapan. dah namanya mencuba kali pertama ken. tapi habis jugak tu. hikhik. then kelmarin dia try pulak wat cornflakes madu. biasanya akak aku or aku yang wat. but this time dia yang beria nak wat, so silakan lah. ahkak anda ini thedak berapa nak rajin. bebahan sume pon dah ada. tapi tolong jugak la sket2. bukakan cup tu je pon. pastu tolong amik tray yang panas tu dari oven. ahahaa.. pastu apa lagi, tolong makan le. hikhik. conrflake madu ni memang pebret kami satu famili pon. jadi, cepat jep la abis. anak2 sdara ai pon sama. memang gemo.

rentetan dari itu.. wah gitu ayat. ahaha. oke sambung balik. rentetan dari itu aku pon maseh lagi dalam mood membaking neh ha. tapi yang simple2 je la. kata baru nak berjinak-jinak kan. so far rajin jep mencari resipi yang simple2 nih. hah.. time ni kompem ada yang sengeh gelak2 jep baca ni ken. ai buat oke. kek batik tu. ehehehe. semalam pon gi soping bebahan lagi. tapi bahan nak wat puding kastad. itu pon adik aku yang tengah bercuti tu gak yang besemangat nak wat. kata dia pon memang lepak-lepak kat umah je kan. keje dia setiap hari, tido, makan, online tenet (sampai aku pon sokar nak dapat peluang nak online kat umah. bila turn aku, tenet pulak slow. adeiii.. grrrr..). pastu kua lepak2 ngan kengkawan dia sesekali. pastu berhajat yang sungguh banyak nak wat tu, wat ni. mangsanya adalah aku yang kena beli segala bahan itu. tapi ada jugak mama yang beli. ekeke. bahan yang dah sedia ada kat umah tu sah-sah la sila guna semahunya kan. oke jugak. sebab bila dia nak wat tu, baru la sedor ada yang dah lepas tarikh tamat tempoh pon. ahahahaa.. me and my mom sukeeeeeee jep soping simpan stok kan. aku memang owes bajet beria jep nak wat sesuatu je bila beli tu. tapi sudahnya duduk la diam-diam kat rak atau lemari tu je. ahahaha..

panjang jugak aku berceloteh sesekali trojun sini ek. ahaha. hamek kau. and now, aku dah jumpa beberapa resipi yang simple yang aku godek-godek mengugel. ada kerajinan nanti insyaallah aku bikin. bahahahahahhahaa.. tapi sungguh ai bersemangat jep mengugel segala resipi simple-simple tau. ahaha. oke-oke. wahai diri, sila rajinkan diri kasi cuba try oke. bajet pon sila la bersedia. ekeke.. tata.


25 October 2012

Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum...


Esok adalah hari raya Aidiladha. seluruh umat Islam akan menyambutnya dengan meriah dan penuh keinsafan. insyaallah. kepada yang ada sesape ahli keluarga yang berada di Mekah menunaikan ibadah haji sekarang ni, syukur alhamdulillah dan semoga sabar menanti kepulangan mereka semua. semoga semua umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah haji mendapat haji mabrur. insyaallah. kepada sesape yang menjalani ibadah korban esok dan hari-hari seterusnya (dalam tempoh yang berkenaan la), selamat menjalani ibadah korban. moga kita semua beroleh ketenangan dan kerahmatan dari Yang Maha Esa bersempena hari raya ini.

kepada yang balik kampung, hati-hati di jalan raya. don't drive and sms or calling2 oke. ingatlah insan-insan tersayang yang menanti kat umah. dan...... slamat get ready kad janji temu jumpa doktor gigi nanti kalau bajet nak makan daging lebeh. ehehehe.. gurau jep. tata.


23 October 2012

Lunch Menu

Assalamualaikum. ^_^

Haiiiii... hari ni Selasa. 2, 3 hari lagi raya Aidiladha. sunggoh pantas masa berlalu. pastu akan datang la tempoh makan-makan daging dengan lamanya. back to the track. semalam / kelmarin tengahari kua bejimba bersama geng huha huha. eh. bole ek gitu. ahaha. nape namanya gitu? sebabnya tiap kali kua besama semacam harus kami bergelak ketawa terbikin lawak kenakan diri sendiri. haih lah. 3 orang je pun. tapi dah macam penuh satu van sekolah bila time begelak ketawa tu ha. hikhik. hepi moment together. sukeeeeee.. tapi bahaya jugak bila kami kua besama time lunch hour. kebarangkalian terlajak masa tu memang ada la. hikhik. sebab sume dah malas nak drive, badan pun macam penat, masa pun limited, jadi kami kua makan kat depan opis ni je la. niat asalnya just nak ajak temankan gi beli kek take away jep. sekali yang jadinya makan kat situ trus. ish ish.. pon oke jugak. disebabkan dah makan nasi time pagi, me just amik mushroom soup + bun + air suam. yummeh. kononnya nak amik kek jugak, tapi bila dah abeh sup tu, memang tak dapek la. kompem muak punya kalau nak abiskan kek lepas tu. sudahnya, kasi ngepow kek kak leen jep. ehehe. choc cheese. eh. yeke nama gitu ek? not sure + kurang rajin nak gugel. ehehe. tu pun tak habis jugak. ish ish..

menu makan tengahari semalam. very creamy mushroom soup. yummeh with hot bun. actually suam. ehehe.

ini adalah menu pilihan na. tapi gambar ni aku amik time lunch ngan kak leen je a few weeks a go. ehehe. ini pon sedap. tak muak. sebab black pepper sauce kan. harus la ai like jep. hik hik.

Okeh. itu saje lah. saje nak drop by kat blog sendiri kan. nak kena kasi asah balik mood rajin menambah entri nih. tata.


09 October 2012

Turkish Indulgence

Assalamualaikum...

^_^ ini salah satu pebret aku jugak nih. kek. ehehe. nyummmsssss... apakah itu turkish indulgence? adik beradik chocolate indulgence?? mungkinkah??? jeng jeng jeng...

extra yummeh!!

Inilah bendanya. new cake at secret recipe (tak pasti la pulak berapa new kah. hentah2 dah lama pon tapi aku jep yang baru perasan kewujudannya kan. ahahaha.. hentam saje la). dah perasan kewujudan kek ni time ke kedai makan kaler merah ni few weeks ago kot. tapi bila tengok reganya, em... takpe la. len kali je la. tengok lagi, emmmm.. macam sedap je. "eh. you panggil i ke??" tetiba mcm gitu suara hati berbicara dengan kek tu. ahahahhaa... then petang tadi, sesambil pegi alihkan keta yang aku park kat 'tempat swasta' kat depan opis tu, sesaje je melencong konon nak lalu je depan kedai menggoda nih ha. alih2 kau. masuk terus. konon nak beli pai ke, karipap yang besar alam tu ke kan. tapi karipap besor tu takdop. so aku usha le tgk2 kek yang ada tu ha. emmmmmmm... blueberry cheese cake.... creme brulee cheese cake, chocolate indulgence... emmmm.. new cake?? turkish indulgence?? macam hebat. emmmm.. takpe lah. new cake jugak lagi. banana crumble ke hapakah ntah. lopa. nmpk mcm menu sehat jep kek tu. hik. dah namanya kek, ada ke kategori menu sehat?? ahahaha... tanya akak yang keje kat situ, 'sedak ko kak kek banana crumble tu??'. jawapnya, 'xtau jugok eh. tok terai lagi'. emmmmm... hokey... tengok lagi. aishhhhh.. turkish indulgence.. aiiiiihhhh... tanya lagi bout this cake. then... katanya.... 'sedap'. hah. oke. kasi bungkus kek tu 1 slice kak. lalalalallalaa.. then tgk lagi. oke. fine. enuf la tu. jangan layan napsu mkn sgt. ahahaha..

sampai opis... jeng jeng jeng. masa untuk try itu kek. nyummmmmssss.. tak sabo. cari cf card nak amik gambo. tak jumpa pulak. amik le gambo guna tepon ai. haihhhh.. xpuas ati plk kualitinya. jadi ai kasi tepek gambo gugel je la. ahahaha. amik sudu, kasi cedok sket itu kek, masuk mulut. emmmmmmmmm eeemmmmm.. sunggoh.. sangat sedap okeeeeee.. dengan rasa coklat. kacang itu. turkish candy itu. adehhhhh.. sinful delicious. bole tak gitu? ahahhaa. ok. kesimpulannya memang sedap. sesape yang belum makan lagi kek ni, sila la cuba. gerenti tak nyesal. ehehehe. okeh. tata. ai soda ngantok. ^_^ mimpi kek ni lagi lah jakgi. nyummmmmssssss!!!!....


08 October 2012

Omnia Amethyste

Assalamualaikum.

^_^ Happy hari Monday!! Happy working day to everyone!! hikhik. terasa ingin gelak kijam kepada orang-orang yang baru stat keje hari ni. padahal harus gelak pada diri sendiri dulu sebab aku setiap minggu pun start keje hari ahad. opkos sebab i'm kelantanese and i stay kat kelantan terchenta ini ken. ehehe. tapi ai start cuti awal oke. jumaat suda bole lepak-lepak kat umah. hikhik. lagi nak belagak. orang yang bisnes sendiri lagi hebat bole cuti sukati pon xkecoh macam aku ek. ahaha. yang lagi best orang yang xkeje langsung macam surirumah contohnya. sukati jep nak wat apa pun. waaaaahhhhh.. heaven jep bunyik. oke. gelak diri sendiri aje la. uhuhuhu.. actually lots of work load. tetiba jadi blur tak tau nak wat keje manakah dulu. hoh. tahap kompius melanda. so...... berlarian sket dari keserabutan itu (tahap nak pegi makan pon xsempat + xmengizinkan), aku gugel cari tentang kesukaan aku. ahaha.. kasi terapi dulu jap.

my pebret pepium so far. bvalgari omnia amethyste. baunya lembut. aku tak sakit idung. tak pening kepala. yang paling best lagi, ia kaler pepel. super like. weeeeeeee.. pebret kaler ai kan.

ini temanya la lebih kurang. digayakan oleh model itu. cool. bunga orkid upenya benda alah ni. pepel juga. sukeeeeee...
ini latest packaging pepium ni la kot. i'm not sure. yang coral + crystalline pon ado. jenguk kat web bvalgari tu ada benda alah ni. simple kan. designnya ni more kepada mudah nak masukkan dalam beg. tapi aku lebih suka tengok design asal itu. :) yang ni pon hebat. simple + mudah.

Nape aku suke pepium ni?

1. baunya bole diterima hidung aku. lembut jep. xbau keras, which is bole buat aku fenin kalau bau keras/kuat sangat.

2. design botolnya cantik + menarik. ai like. ^_^

3. ia kaler pepel oke. i mean botolnya itu. super suke.

4. tade lagi dah. sebab utamanya yang 1st tu je pon sebenarnya. ehehe.. yang lain-lain tu bonus + sampingan jep. which is best and i super like.

Sebelum ni ada jugak beli beberapa wangian lain. kenot diterima hidung. sudahnya bagi jep kat adik aku. waaahh. sungguh bertuah beliau. berserta lotion siap. dah xleh bau kan. time beli tu macam oke jep baunya. tapi bila dah pakai, kenot pulak rasanya. second, famili bvalgari ni jugak. jade green. baunya lebih fresh. pun xkeras sangat baunya. paham kan maksud keras tu. bukan macam kayu/batu/besi bole wat pukul2, hentak2 tu tau. sambung balik. perasaan pakai yang jade green itu adalah semacam lebih dekat dengan alam semulajadi. tetiba jep teringin nak joging ke yoga ke kan. ahaha. itu suda imaginasi. kah kah kah. dah kaler pon hejau ken.

jade green
omnia crystalline. wujudnya selepas jade green + amethyste. lopa pulak exactly baunya. sebab yang aku penah + masih pakai pun da green + pepel one jep. ehehe. kalau reganya 10 hengget je satu kompem aku borong jep sume. ahaha. time test bau tu oke jep. nice.
omel jep munge model tu pakai. kalau beli ni dapat bunga tu skali dop? lagi mau tanya. ahaha.
omnia coral. ini the latest one la kiranya. baunya pon oke. juga lupa exactly baunya. ehehe. tapi best jugak la. i got one too. lopa. tadi gitau ada green jade + amethyste je kan. ahaha. sebab asik lah dok jep diam2 dalam laci kan. tak jugak pakai. sok nak pakai la. ahaha.
munge raya..

Yang lain-lainnya ni baunya pon oke. not bad. suke jugak. tapi kalau suh pilih antara sume-sume yang ada ni, keutamaan totap da pepel one. ahahahaha.. okeh la. done. dah lega jugak seket keserabutan aku. jakgi continue balik segala keje yang menunggu tu ha. bye.

***sume imej itu dari website bvalgari jua hasil gugelan***

 

04 October 2012

Menu Makanan Sihat

Assalamualaikum.

^_^ Hepi Thursday everyone. ehehe.. ceria jep kalau dah hari khamis tu ek. itu haruslah kan. tadi time dok godek-godek tengok folder gambar, nampak la gambar ini. sila tengok yang kat bawah ni ye.

yogurt enak

Tadaaaaaa.. caption maunya yogurt enak la ek. bole la. ni al kisahnya pada ketika kejadian, aku tengah berkobar kobar nak amalkan menu sihat. siap beli yogurt low fat yang kosong tu. pastu kononnya nak beli fruits tanpa gagal (nak makan jep asik gagal. beli, letak dalam peti ais diam2. ahaha). kebetulan time beli yogurt tu my mom beli buah anggur kan. so dah save kat situ. ahaha. ngelat. pow jep anggur mama. pastu siap beli low fat milk cap dutch lady, quaker oats, susu anlene bagai. hikhik. semangat bebenau tang soping tu ek. maka terhasillah seperti di atas itu. itu adalah cobaan pertama aku. grapes low fat yogurt with sweety honey. waaaaahhh.. gitu. hikhik. letak buah anggur tu banyak2. pastu kekdahnya tu je la 1st and last time aku wat gitu. pastu yogurt kat dlm peti ais tu adik aku yang tolong abiskan. tapi kalau yang yogurt siap ada buah strawberry kat dalam tu laju pulak aku makan. yang ni rasa dia macam tak brapa nak bole diterima tekak sangat. tapi paksa jugak abiskan. sebab nak diet punya pasal kan. tapi sekali tu je la. ahaha.

Dalam dok godek gambar ni, jenguk ke blog Hanis Zalikha pengacara Mad Markets yang melets itu. dia dok cite tentang ini.

kfc zinger double down

Waaaaahhhh.. waaaahhh lagi. bestnyaaaaaaa... tetiba menu diet dah ke laut ek. errrrr.. tapi.. beger ni sangat menggoda. saya tak bersalah. and now, waiting for my opismate yang tolong gi belikan beger ni. sebabnya malas nak kua di kala panash2 nih ha. ehehe. yummeh. waiting patiently. lalalallalalalalaa... (perut benyanyi riang tanpa rasa bersalah kepada niat mau kawal makan iaitu menu diet). ^_^


03 October 2012

Takoyaki

Assalamualaikum.

^_^ kemoning. actually perut tengah agak lapar ni. hik. then teringatkan ini...

takoyaki

Nyummmmssss.. sedapnya kelihatan. ni la dia takoyaki iaitu octopus (tako) balls. sedapnya... mau ini.. huk. takoyaki ni asalnya adalah kueh dari negara Jepun nuh ha. kueh eh? kalo tak silap aku la kan.  kat dalamnya tu ada letak isi sotong, isi ketam then ada la beberapa jenis lagi selain itu. tapi tak campur la. kalau letak sotong, sotong je la. waaaaaahhh... beshnya... dah few days pon craving for this takoyaki. adehhh.. kena gi beli jgk nih. ehehe. 

Al kisahnya aku kenal dengan takoyaki nih time aku gi kl agak lama dulu. few months yang lepas jugak la. ke tahun lepas ek?? lopa. kawan aku yang kenalkan aku ngan kueh ni. maksud aku bukannya kekdah "takoyaki, kenalkan. ini bayu. bayu, ini takoyaki". tak. bukan gitu. kompem la korang pon bole hagak ken. ahahaa.. tetiba syengal plk siap explain bagai gitu ek. ahahaha. time tu kitorang kat midvalley. ada stall tako tao, tempat yang jual takoyaki ni la. dekat pintu masuk jj tu. yang kawan aku beli bagi aku try tu yang mr squid (sotong) punya. time tu takde la feeling2 rasa nak makan banyak2 kali. but since then la aku suka makan benda alah ni. tenkiu ita. kenalkan saya dengan kueh ni. betol kata awk. sedap. ehehe.

ini lah stall tako tao yang kat midvalley tu. ala2 gini la kan. aku pon tak pasti gambar ni kat tempat mana. gugel ken.. (sila abaikan amoi cekci yang kat depan ni oke).
ni la ropa packagingnya. mau stori lagi panjang tang tako tao ni, sila klik blog ni.
penyediaan takoyaki. ni la kuali khas bakar/goreng kueh ni
kasi letak lagi skali. yummmmsssss...

**sume gambar itu adalah hasil gugel...


28 September 2012

Hikmah Berwuduk

Assalamualaikum.

Slamat hari Jumaat. :) weekend already. yeah. me lepak2 kat umah je. tghari baru keluar with famili pegi jumpa orang nak pegi menunaikan ibadah haji. moga2 nanti aku juga akan jadi salah seorang dari mereka itu. tetamu Allah. insyaallah. amin.. saje nak kongsi apa yang aku baca hari ni. kat wall salah seorang kawan aku kat fesbuk. Wani. classmate masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu. dan penah sesama mengajar kat Penang dulu. kejap je pon. pastu aku tukar keje lagi. dapat ofer lebih bagus kan. okpos la ai lompat. dapat ofer yang aku keje sekarang ni la. :) jadi pekerja gomen. dia ni sweet je tau. lemah lembut. very artistik. baju2 dia pon kebanyakannya kaler lembut2 jep. selembut dia. ntah bila la dapat jumpa dia lagi. hope to meet u again.

Okeh. done with dat. here is what i wanna share today. :)


Hikmah Berwuduk

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,

“Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,

“Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,

”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,

”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.

”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,

”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”
Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Hebat kan. setiap ajaran Islam itu ada hikmahnya. ada maksud tersirat tersuratnya. itulah gunanya akal. mata hati. masyaallah. moga-moga hati kita semua diterangi cahaya keimanan. amin. hepi friday sume. penghulu segala hari.


24 September 2012

Seprais Birthday Party

Assalamualaikum.

Hye everyone. dalam minggu lepas, aku menghadirkan diri join one of my buddy wat seprais birthday party untuk husband dia. a few months ago, hubby dia ni yang watkan seprais birthday party untuk dia. tapi time tu dia tengah berpantang lepas lahirkan baby pertama dorang. baby boy, Zaqlul Asheeq. so, ikan bakar je la pon yang dia bole makan time tu. kek hanya untuk tontonan semata bagi dia. ehehe.. as the word 'seprais', haruslah husband dia tak tahu menahu pon tentang segala rancangan itu. jenuh la dia duk buat onar ajak pegi soping la, pastu tetiba nak lepas hajat besar la, apa la. segala macam alasan berperingkat la. padahal duk tengah nebes bermesej dengan kawan kitorang lagi sorang yang bermurah hati izinkan rumah dia dijadikan sebagai tempat berlepakan jua berkumpul kami sume. mahligai ZuraJa. ehehe. memang best lah. tambah pulak dengan new interior setup untuk raya sebelum ni kan. thanks to both of you Zura+abe Ja, dan juga Lec (perancang utama seprais itu) yang menaja segala makanan. ehehe.

menu kami pada malam itu. bihun goreng, kepci, donut, koktel buah, A&W rutbir float + sirap. ^_^
kasi pose dulu sesambil tunggu birthday boy & wifey + their lil son.
akhirnya. penantian berakhir. birthday boy + wifey (the planner) sampai. bersama....
Zaqlul Asheeq
kami sume yang ada pada malam itu + ruzai yang tengah amik gambar.
keknya. nyummmssss..
posing time. ahaha
baloons..colors..
with litle zaqlul. aumm..
kemuncaknya adalah ini. ahaha.. berterabur sume lari. special for birthday boy (boy ke???? ekeke). telur+tepungs!! bahaha..

Lepas dorang men tepung sume baru lah kami all ladies makan-makan. apakah?? grrrrrr.. rock n roll siap perot aku tunggu nak diisi makan tau. hukhuk. redhokan ajo. yang fenting, ai layan feeling jep minum rutbir float lepas tu. ekeke. hepi birthday aniq. moga kamu dipanjangkan umor, murah rezeki + hepi gumbira sentiasa bersama famili terchenta. amin..

**segala gambar itu kredit to zura + lec. aku hamek jep dari fesbuk dorang. ahaha. tamat. **