Assalamualaikum..
What a wonderful and beautiful day kan. :) Alhamdulillah.. In Shaa Allah hingga ke petang dan hari seterusnya.. a very bright day with a veeeeeerrryyyyy long and tough journey ahead. moga dipermudahkan olehNya. amin.
Start from petang 10 November aitu mula rasa tak sedap badan lepas balik dari keje. demam. berterusan seminggu. berikutnya sakit urat/bengkak urat. then berterusan hingga ke hari ini. hari ni 1st day keje untuk minggu ni. tepaksa amik EL (emergency leave) dua hari untuk berehat dan merehatkan kaki dan badan di rumah. alhamdulillah so far very good improvement. walau terasa sakit sana sini. it's ok. mesti bole bertahan punya. still under treatment. ada la few things kena hadap setiap hari. must take and cannot skip. for my own good sake, for my health untuk super pantas sembuh. :)
Syukur alhamdulillah sepanjang tempoh keadaan kesihatan yang tak menentu ni keluarga sentiasa di sisi. kebetulan adik bongsu, Nina cuti semester, dan kakak yang duk kat Kajang pon balik duk umah jap sebelum anakanda sulungnya Arisha Qistina mula belajar kat tadika tahun 2015 nanti. dengan adanya dorang kat umah, bole la mintak tolong itu ini. adik aku banyak jugak tolong time larat lagi nak buat kek then pegi buka booth kat Kelantan Trade Center, Kota Bharu. pakej pegi berniaga sekali. :) so sweet.. tanpa pertolongan dia early stage demam tu, memang tipis la nak pegi berniaga tu kan. nak beli barang2 ke, few things benda-benda kat umah.. terharu saya. gitu.. akak aku pon banyakkkkk juga tolong. tolong masak, tolong sidai baju (ada jugak adik aku tolong tang ni), teman kat umah besama si tecit kiut miut Aisyah Qasdina + kakaknya Qistina tina tina yang suka becakap dan bole tahan banyaaaakkkk jugak hajat dia. macam-macam la permintaan dia. both of them tetiap hari la pantau perkembangan kesihatan aku. syukur sesangat. time macam gini la nakkkk sangat famili ada bersama. mereka ni la yang menguatkan semangat, menghibur time sebek monyokkk kat umah. syukur sesangat. kalau tade dorang kat umah, makanya sengsorang la aku kat umah time lemau tak bermaya neh ha.
Syukur sesangat jugak my one and only adek manes lain mak lain bapak juga my bff, teman mesra, teman gaduh, teman majuk, teman suka duka yang owes bertanya kabar setiap hari jua memantau perkembangan kesihatan dan rawatan yang aku tengah lalui. so terharu okeh. pepagi tepon/sms/whats app sume. tengahari, petang, malam. owes there for me. sume details of my treatment dia yang guide. thank you so much dear. be with me melalui saat ketika sukar ini. awak banyak bagi semangat kat saya to keep on going. keep on berusaha dan bertahan. dengar saya mengadu, dan tahan je dengan karenah saya, sungutan, kerisauan jua kegundahan saya. it's not easy for me. and you know it very well. all the symptoms, tindak balas sume. thank you so much dear Ita. sayang awak ketat-ketat.
Syukur sesangat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kau hantarkan mereka kepadaku dalam tempoh masa yang sukar untuk aku harungi ni. ujian yang aku hadapi ni tak la seberapa sangat nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih sukar, lebih sakit, lebih tenat, lebih perit, lebih singkat masa mereka atau juga lebih lama tempoh ujiannya. aku ada hampir segalanya bersama dalam mengharungi keadaan ini. what a sweet things in such a hard situation + tough life journey. ni baru sikit. bole tahan perit jugak la rasanya. nasib baik ada insan-insan kesayangan bersama. my parents, kakaknda, adik-adiknda, anak-anak sdara somel, bff, inche beliau, teman-teman sahabat handai jua bos tempat keje dan opismate. very understanding dan sangat banyak membantu. ini juga anugerah tidak ternilai untukku.
Bila dah masuk minggu ketiga ni, hati memang la gundah. risau. takut. hati pon mudah sayu. mudah nangis. masyaallah.. nikmat mana lagi yang nak aku dustakan. bila dah macam gini, barulah tau menghargai betapa nikmatnya sihat. betapa nikmatnya tubuh badan yang sihat. betapa besar + bernilainya anugerah Allah untuk kita, untuk kita jaga dan menggunakannya ke jalan yang diredhai Allah. sakit yang aku rasa cukup menginsafkan. betapa nikmatnya solat dengan tertib dan selesa tanpa halangan/kekangan. nikmatnya bole pilih dan pakai kasut, selipar, high heels dan sebagainya dengan pelbagai design dan ketinggian yang berbeza. sekarang ni slipar jepun fipper je la alas kaki rasmi pegi ke mana-mana pon. :) jimat jugak tu kan. tadok la nak beli high hells ke, kasut ke pape yang sewaktu dengannya kan. tapi ada jugak la feeling nak beli slipar yang super comfort lembut empuk untuk alas kaki ai yang super anje-anje lately ni. alolooo.. sempat lagi ek. kalau time bole jenjalan sesuka hati jejauh macam biasa, rasanya harus jugak pegi cari sepasang. kihkih.. yang paling terasa adalah nikmat makan. hurmmmm.. most of my favorite food, sesekali dap-dap drink, cendol pulut tapai, segala pulut, and.... macam banyak juga la yang kena stop dan elakkan dulu pengambilan. ahhaaaa.. oke.. ai is rela asalkan super duper cepat sembuh. tapi ada jugak la yang ngelat sciput. tanggung la sendiri kan.. uhuhu..
Just as a reminder for me.. notes of my life journey. my two cents of sharing of life. agar kita sentiasa bersyukur dengan setiap sesuatu yang kita miliki. mungkin kelihatan kecil yang amat, but we never know okeh what will happen to us esok, lusa, masa depan nanti. ni pon dalam my bff owes la dok pesan suh jaga makan sume. tup tup.. haaaa... memang clear je la laluan bunyian dalam telinga ni ha. but it's ok. i know you love me banyakkkkk banyak kan. ngeeeeeee.. moga Allah s.w.t . sentiasa merahmati insan-insan yang menyayangiku.