Assalamualaikum...
Hui haiiiii... kih kih kih.. seolah setahun sekali aku kemari ye.. ngeeee... pastu tiap kali update berazam akan lebih kerap update ye. bahahaha.. cubit manja diri sendiri. ;)
Syukur alhamdulillah beberapa bulan tak update blog ni agak banyak benda dan perubahan jugak la yang aku lakukan. alhamdulillah. dengan izin Allah semuanya. :) perniagaan kek batek aku semakin berkembang maju. peluang semakin terbuka luas. kotak pemikiran juga semakin hari makin terbuka luas juga. moga usaha + semangat berniaga itu juga makin hari makin besar, teguh, gagah jua melebar sayapnya ke segenap ruang pelusok alam. in shaa Allah. amin.
Alhamdulillah hari ni dapat hadiri perjumpaan MMG yang ke 6. MMG tu adalah master mind group. group rerakan bisnes yang sama2 saling sapot, saling bagi semangat, saling membantu untuk menaikkan lagi bisnes memasing. opkos dorang punya bisnes pon suda sedia kencang. in shaa Allah me on my way. zaaaasssstttt!!! :) ada petambahan ahli juga. alhamdulillah..
Sambil makan chicken chop sodap dap, sambil diskas dan sharing mering. |
our new group member. bersama anak tecit dorang berusia 5bulan, Amni. |
Dalam duk tengah update my page kat fesbuk, pegi la jenjalan jenguk wall, jenguk update kengkawan, then terserempak dengan kisah perkongsian dari saudara Saiful Nang, jurugambar yang terkenal itu. gambar sultan negeri terchenta kita yang rasmi, yang terbaru pon dia juga yang amik tau. smart jettak sultan kita. :)
Kisah perkongsian beliau adalah bagaimana dia bole dapat pegi haji free pada tahun 2013 yang lalu. siap pakej VVIP lagi. super best kan. katanya, pada tahun 2012 dia berniat untuk pegi menunaikan haji. dalam masa yang sama, ayahnya menyatakan hasrat nak menunaikan ibadah haji juga. jadi dia telah dulukan semua duit simpanannya untuk menunaikan haji tu kepada ayahnya juga ibu tirinya untuk pegi menunaikan haji. selang beberapa bulan, ada pasangan dari sarawak offer dia untuk amik gambar dorang kawen kat Mekah. so dapat la dia sume full pakej free utk menunaikan umrah. segala kos untuk perkhidmatan yang dia berikan untuk amik gambar tu pon dapat jugak. super best kan. then time dia kat obersi dalam urusan keje, dia terima lagi panggilan dari tabung haji untuk amik gambar ketika musim haji nanti, nanti jurugambar dorang. alhamdulillah dia terima tawaran itu, then dapatlah dia nikmati pakej haji VVIP secara percuma. itu suda long stori mori kasi short sudeh. for details cite dia, sila la cari dan singgah di fesbuk beliau ye.
Maha Suci Allah yang memberi rezeki. rezeki miliknya, yang diberikan kepada ayahnya, akhirnya dibalas berganda-ganda oleh Allah s.w.t. cukup terkesan dengan perkongsian dia. memberi lebih banyak untuk menerima lebih banyaaaakkk banyakkkkkkk lagi rezeki yang melimpah ruah. got it?? memberi untuk menerima okeh.
Mata pon dah tahap mata garfield, jadi, ai is melabuhkan tirai update blog setelah sekian lama ni kat sini sajo la yo.. tata titi tutu.. :)
No comments:
Post a Comment