15 August 2012

Iftar di Habib Hotel

Assalamualaikum.

Ibadah puasa masih lagi diteruskan. alhamdulillah. sana sini kemeriahan sambutan Aidilfitri makin terasa. peti masuk emel mula dipenuhi ucapan raya dan kad-kad raya. masing-masing dah mula sibuk ambil beskut raya & kek raya yang dh siap2 oder awal pose aitu. including me. ahaha. juga sampul duit raya. duit raya baru haruslah awal2 lagi dah booked kan. syukur alhamdulillah atas segala limpah rahmat & rezeki yang Allah s.w.t. berikan.

Mumbai Layer Cake
Kek Mumbai lapis-lapis ni bikinan kawan aku. cantik kan kalernya. geram plk aku tgk. haishh.. yang ni 1 stgh kilo gitu lebih kurang. harganya RM30. nyummsss.. cobaan mata ai. amik pagi tadi. dia kasi nganto depan opis. hikhik.

sampul duit raya. jua pagi tadi. beli ngan jabatan kat tempat keje ni jgk. :)

Eh. dah jauh tersasar ek. ehehe.. ni gayanya malas nak bikin banyak-banyak entri. pastu kasi tempek je sume kat sini ek. ehehe.. oke. back to the story. petang smalam aku berbuka puasa kat Habib Hotel Kota Bharu yang berhampiran MPKB jua bangunan Tabung Haji itu atau jua bangunan MARA bersama kengkawan satu skolah dulu. geng lepak ai la kan. macam biasa. dengan harganya RM25 per head tu just nice la. puas ati. walau rasanya lari sket dari selera tekak ai kan. tapi oke la. staf kat situ oke. lauk pauk pun owes lah bertambah. tak mcm sesetengah tempat. kalu dah habis tu tade la tambahnya lagi ha. sedey. yang paling best, dorang sediakan air jagung. waaaaaahhhh.. my pebret. macam tau-tau je. ehehe.. then ada juga disediakan kurma. kami tak makan pun. gelojoh ek tgk makanan semorang. ahaha. idop le. kata haus. air lah yang diterkam masuk tekak dulu. yummeh. air jagung yang sedap. lauk pauk yang ada disediakan antaranya daging black pepper, ikan tenggiri cili padi (tapi xpedas pon.haishhh..), ayam lemon, sotong (masak apa ntah. xpasti), kerabu mangga, sayur (lopa la sayur apakah. sila tgk gambar la ek), dan tom yam canpur (tapi agak masin. mmg betol2 puasa la chef). pastu ada jugak bubur jagung. aku tak mkn pun. perut dah penuh. ehehe. ada puding caramel, kuih2 lain, popia tecit, jeruk buah berserta coleknya, buah-buahan sket (betik, tembikai & tembikai susu), pelbagai jenis sambal, ulam2 pun ada. pebret aku dari sume di atas hanyalah air jagung. ehehe..

ini lah dia santapan ai petang semalam
posisi lain plk. :)
tom yam yang enak bikinan chef berpuasa.
tadaaaaaa... sebab ai yang bikin booking.. haros lah nama ai kan.. ahaha.. yang petak2 merah kat belakang tu buah kurma sebijik-sbijik dalam plastik. tak try pon lagi. mlm ni la insyaallah i try. ehehe

Alhamdulillah.. balik umah kelam kelibut je. seb baek sempat je solat pastu siap-siap pegi terawih bersama mama. :)


2 comments:

Unknown said...

herm.... Ok Ok lew tu.. Janji konyang dan happy Asal ade air jagung ... heheheh

kelipkelipchumel said...

hikhik.tawu takpe..alhamdulillah..