12 March 2013

Ber'Firefly with Nina

Assalamualaikum.

Cakk!! ehehe.. oke. macam biasa. tamo lagi dah bagi segala alasan koman tu ha. ai muncul balik. opkos  entri tertangguh pon melambak. ahaha. tapi tetiap hari wajib blog walking kecuali time hari cuti. pon ada jugak time rajin on lappy tu totap berblog walking. ehehe.

Khamis yang lalu aku ke Kuala Lumpur bersama adik bongsu. wahhh. gitu. macam adik-adik sangat pulak bunyinya adik aku tu ek. ehehe.. kami sume ahli famili panggil dia Nina. walau nama dia bole tahan panjang jugak la. pon dia owes dok tanya our mama nape panggil dia dengan nama tu. padahal tade pon gaya sebutan gitu dalam ejaan nama dia. katanya nape tak panggil melly je ke? ahaha.. time kamu tecit2 dulu cite melly tu belom kua lagi oke. al kisahnya sebab penah janji ngan dia nak banje dia naik kapal trobang lepas dia abis exam spm. so aku pon booked le tiket firefly time dorang bikin jualan murah2 aitu. berbaloi baloi you. RM35 hengget je all in fare. tapi tiket balik aku tak amik. sbbnya time tu dah mahal pulak tiket baliknya. pon nasib baek sangat tak kecoh-kecoh amik atau cari tiket balik awal2. skali bro in law iaitu hasben akak aku nak balik kampung tarikh yang sangat hampir aku pegi sana tu. sehari je pon jenjalan kat sana sampai lenguh kaki aku beberapa hari. bole tahan hebat jugak la pejalanan kami pada hari Khamis aitu.

suka gambar ni. sebabnya nampak bilah kipas tu gerak. kipas?? enjin la. ehehe. walaupun gambar ni tade la canggih sangat pon kenn. hik
awan biru. aku paling suka tengok segala awan gemawan ni time fly. opkos kat bawah sini tade segala pemandangan indah ini kan.
dari tempat duduk aku. haruslah kenn..

Gambar adik aku time dalam flight none ado. sebabnya dia duduk seat berasingan ngan aku. aku xpilih seat. jimat punya pasal. ahaha.. tak jauh pun. seat belakang satu seat dari tempat duduk aku, tapi side kiri kapal trobang. aku kat side kanan. ada gambar dia pon time gi Pavillion je. tu pon tade dalam simpanan aku. sebab dalam phone dia kan. back to the story kegigihan kami jenjalan pada hari kejadian tu. flight kami jam 7.20 pagi dari Kota Bharu. maksudnya lepas solat subuh dah kena gerak dari umah. sampai la sana dalam lebih kurang 8.20 pagi gitu kat epot subang. aku tak tengok jam pulak. amik teksi ke stesen lrt berhampiran, iaitu stesen lrt kelana jaya. kosnya adalah RM24. bole tahan jugak. semacam nyesal pulak tak kontek mak sdara / kazen aku awal2 then singgah umah dorang dulu jap pepagi tu. umah dorang kat area subang tu jugak pon. hukkkksss.. silap sendiri. fadan muka ai. takpe. perjalanan tetap diteruskan. next, we heading to kl sentral. bekpes jap kat situ. sarapan kami adalah hotcakes mekdi. nyummm.. tapi muak pulak rasa dekat2 nak abis makan tu. adik aku lak tade selera pagi tu. dia makan sekeping setengah. then setengah dia lagi tu aku yang abiskan. gigih. cemana badan aku tak jadi bagai di pam kan. 'alasan. ahahah'.

Mulakan pejalanan kami, we heading to stesen monorail kl sentral. amik token ke times square. token ek benda alah tu? ehehe. sukati aku jep ek. bole la dah ropanya memang sjibik ropa token kan. lama sangat tak naek monorail, lrt segala kan. ehehe. adik aku sangat soka gi times square ni. sebabnya banyak benda alah yang dia gemar kan. teenagers. situ antara tempat dorang suka kan. lots of cheap and voila baju-baju segala. me bila dah nampak nichii kat situ, menonong je masuk. ehehe. grab 2helai baju je pon. ikotkan ati nak amik 3. tapi tahan diri. hik.. fenat jenjalan kat situ, aku ajak adik aku ke area seberang times square tu pulak. konon nak cross naik jejantas ke hapa yang ada la kan. skali sebab dah lama sangat tak gi area situ, ai lopa terus oke jalannya. ahaha. lalu naik jep monorail balik. benti je kat bukit bintang. ahahaha. actually sebab kaki pon lenguh. nyinggah fahrenheit. then ke destinasi yang dituju. pavillion. masuk je terus gi cari tempat makan. ahaha. kami makan yong taufu. aku silap pilih amik sup sedangkan sepatutnya aku amik sosnya je untuk aku. uhuhu. telan ajo la. isi perut kasi kenyang + tambah tenaga. ehehe. tepesona jap tgk necklace kat forever 21. try. then decide takpe la. takyah dulu la. kot jumpa lagi cantik lagi murah kan. then nyesal sampai sekarang sebab tak jumpa pon kat tempat lain. pastu minta tolong fren of mine Anna Ismail, tapi sebab tak amik gambar aitu kan. so agak susah la untuk dia tolong belikan. cian dia have to amik gambar then send kat aku nak make sure tak silap beli kan. very kind of her.

Next destinasi, Mid Valley. gila ah. tu pon gegara adik aku nak sangat gi sana kan. ada la tu hajatnya. sampai je terus tuju ke tempat yang dia nak beli something that we wear daily. ehem ehem. ahaha. then round-round tanpa hala tuju. hajat di hati nak layan movie. then dah terlepas pulak time yang sesuai untuk kami nonton cite OZ apa ntah tu yang baru stat tayang on 7/3/2013 aitu. idak ngape la. dalam almost pukul 9 malam baru sampai umah akak aku kat Kajang. so, just imagine la kan cenggana tak lenguh-lenguh sakit kaki for few days. phewwww.. kalau kat kb, jangan harap la kami dua beradik sanggup jenjalan sejauh, sebanyak itu dalam sehari. uhuhu.. sebab kejar masa punya cuti-cuti kan. sebab esoknya kami dah nak gerak balik kb.

Sepanjang kat sana, sepanjang perjalanan balik ke kb, haruslah Qistina si tecit my niece yang jadi penglipur lara. cari air la. maksudnya macam sungai kecik ke, tasik ke, sepanjang perjalanan balik tu. sudahnya jawab je 'air nusuk' (air nyorok) time tak lalu tempat yang ada air segala tu kan. sebutan dia, 'air nusyuk' pastu tengok keta, 'keta nusyuk'. my sweetie pie betol la. noty cutie qis. itu je la kot. tetiba jadi blurr plk ken. huk. tata.


No comments: