25 March 2013

Kanak-kanak Bersendirian Dalam Kenderaan??

Assalamualaikum.

Hi there. arini suda gaji ken. YEAYY!! tapi kan aku ada stori yang tak brapa best ni. ketika aku kat berhampiran sebuah bank kat area Kubang Kerian ni, iaitu depan opis aku, aku nampak sorang budak lelaki berusia dalam lingkungan 2-3 tahun ditinggalkan bersendirian dalam kete. iyeeee.. budak tu ditinggalkan sorang-sorang kat dalam kete. opkos la tanpa sape-sape pon temankan dia dah namanya pon sorang kan. kat area depan bank tu ha. mak atau bapak budak tu aku tak nampak pulak kan kat manakah. mungkin masuk dalam bank tu kot. mungkin pegi amik sesuatu atau mungkin jugak pegi cucuk duit. tak tau la tu. tak kesah la kan sape/penjaga budak tu nak gi mana pon dan nak buat apa sekali pon. tapi yang aku kesahnya, napakah ko pegi tinggal budak tu sorang-sorang dalam kete??? kete pulak tu bukannya letak kat petak parking leklok ke apa. kat bawah tu gigih aku lakar kartun simple nak gambarkan tempat dan situasi kejadian. 


Yang pintu besar kat belakang tu pintu masuk bank. orang lidi yang tengah berdiri tu kat mesin ATM. pastu ada sebuah van putih (aku wat kaler hitam dalam gambar lakaran tu) yang punggah duit tu benti betul-betul depan pintu bank. pastu kete yang ada budak kecik yang ditinggalkan sorang-sorang tu kat sebelah van tu (kete tu aku lukis kaler merah). nampak tak kat situ yang kete yang ada budak kecik tu actually disebalik van tu kalau penjaga budak tu pegi amik duit kat mesin ATM tu kan. atau kalau dia kat dalam bank tu sekali pon. secara logiknya kalau tengok kat posisi kete tu haruslah tujuan pemandu kete tu adalah bank tu kan. nampak tak jugak kat situ yang kete tu totally terlindung disebalik van tu kalau pemandu kete tu kat dalam bank tu. then budak kecik tu sorang-sorang dalam kete. yang wat aku sedih tu budak tu tengah berwajah sedih dan ketakutan oke. paham tak kat situ. adik kecik tu tengah KETAKUTAN. haih lah. paham tak apakah perasaan sebenarnya bila tengok keadaan dan situasi adik tu. kecik sangat lagi kot untuk tinggalkan sorang-sorang gitu. tanpa pengawasan pulak tu. adik tu tak nampak penjaga dia, dan penjaga dia pon tak nampak dia. haihhhh!!! geram pulak aku. apa yang penjaga budak tu expect bila dia sanggup tinggalkan budak tu sorang-sorang dalam kete hah?? dia sedar tak yang macam-macam bole jadi kat budak tu bila ditinggalkan sendirian gitu.

Ni ada sedikit article yang aku nak kongsi tentang kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian dalam kete. gugel kat internet je pon. but should open our eyes besar-besar tang benda alah ni. nampak kecik dan remeh temeh. but actually sangat besar kesannya atau akibatnya.

"One second is all it takes for something horrific to happen.

Although several times a year we hear stories on the news that recount how a car was stolen with a baby inside at the gas station, the message still hasn't been  heard loud and clear that it is never acceptable to leave your child in the car, even for a moment.
In addition to only taking a second for something to go wrong, you should never leave your child alone in the car because:
  1. It is scary for a child to be left alone.
  2. A car's temperature can change quickly. It can become too hot or too cold in minutes.
  3. You could lock your keys in the car, along with your child.
  4. According to Safe Kids, 30 children die each year when they are alone in the car. One of those 30 could be yours.
  5. In some states, it's illegal. It can be considered a misdemeanor offense and if your child is hurt or worse, it can become a felony.
In a nutshell, when parents leave their children in the car because they don't want to go through the hassle of taking them in and out, it is lazy parenting at its worst.
  • If you think it's too cold to take your child out of the car while you run an errand, skip it.
  • If you need gas, go to a full-service station.
  • If you need money, find a drive though ATM.
  • If you forgot your water, go without it.
The risk of leaving your child unattended in the car, even for a moment, isn't worth it. Ever."

So... cemana??? tepuk dada tu tanya hati. korang sanggup?? adeh la. actually ni sekadar perkongsian dan luahan aku akibat dari apa yang aku tengok sendiri pagi tadi. siyes aku tak sanggup tengok budak tu gitu. dia tengah ketakutan. nak gi temankan budak tu... mungkin dia pon akan lebih bertambah takut. tak pun nanti bila penjaga dia pegi kat kete tu balik ingat aku nak culik budak tu ke apa ke kan. serba salah itu opkos terdetik dalam hati. yang harus terdetik adalah "gila ke apa tinggal budak tu sorang-sorang". oke. tu je. bai.


13 March 2013

Brand Trust

Assalamualaikum.

^_^ ai telebih rajin pulak hari ni ken. alang-alang keje dah setel kan. heh heee... okeh. just nak share produk yang aku pakai kat muka sekarang ni. asalnya kazen aku yang perkenalkan dengan produk ni. memula try dulu aku guna yang basic punya. kaler hijau. combination oily kalau tak silap. lupa pulak nombor brapa. sempat la dalam 3 kali kot guna yang basic, aku tukar pulak yang fungsinya untuk memutihkan pulak. sebab teringat kata-kata jurujual wanita yang time aku mula-mula nak try produk ni dulu. katanya sebab kulit muka aku agak banyak bintik-bintik hitam, jeragat, so dia suggest aku guna yang whitening ni lepas abis guna yang set basic punya. tak pepasal aku kena lecture gegara tak jaga kulit. katanya antara penyebab adanya jeragat ni sebab tak cuci muka sebersihnya atau tak buang kesan mekap dengan betul-betul bersih. which is ada few step. memula guna semacam minyak untuk tanggal mekap tu. dulu aku guna yang brand ni jugak. memang puas hati dan tahan lama la. then untuk jimatkan kos, aku bertukar ke biore. super jimat asalkan dapat sental kesan-kesan mekap tu. tu pun lepas aku baca entri fillanie berkenaan produk yang dia guna. ehehe. thanks to you sis.

al kisahnya sebab produk ni takde jual kat Kota Bharu, aku pun kirim le kat kawan aku yang kebetulan ke KL. jejaman dulu ada je jual kat sini. then tade. mungkin sebab sambutan tak menggalakkan kat sini kot. walhal ramai je orang-orang kat sini yang pakai produk tu. tapi lebih suka gi beli kat luar dari KB ni. mungkin sebab kat luar bole dapat lebih banyak free gift kot. ehehe..

ni yang aku beli. actually mintak kawan aku tolong belikan dulu. sangat sooka sebab kalernya sume putih. 

ini semua adalah free gift yang aku dapat dengan belian yang kat atas tu. yeeehhhuuuu.. sukeeeeeeee.. banyakkan.

Ini lah produknya. cap klenek kata kazen aku. skemanya clinique. efeknya?? ok la. tapi sebab aku guna secara tak berdisiplin kann. tapi, kalo rajin dan berdisiplin, insyaallah akan dapat result yang diharapkan.

Actually dulu muka aku agak banyak jerawat. then aku guna 1set 3step yang basic produk clinique ni dengan rajinnya dan cukop berdisiplin. alhamdulillah. all da pimples suda segan nak kua banyak-banyak at least. sbijik dua tu ada la time period. licin kembali muka ai. ai so happy la kennn.. sebelum tu aku siap jumpa pakar kulit la, makan ubat la, sapu krim sume. tak jugak jadi. mungkin jugak sebab agak tak berdisiplin amalkan kot. tapi antara faktor aku tak rajin pakai krim yang dorang bagi sebab takleh sapu byk sangat sebab bole bagi efek menipiskan kulit. tak bagus kan. pastu kulit pun jadi semacam je. ubatnya pulak bole bagi kesan tak best kat tekak kalau tak amik betul-betul lepas makan. okeh. tu je dari hasil yang aku penah cuba. so sesapa yang ada masalah kulit muka tu, bole la try pegi ke kaunter produk ni dan jumpa dengan staf dorang then dorang akan suggest produk mana yang patut guna lepas test tgk kulit korang. opkos produk brand dorang ni la kan. :) insyaallah berkesan kalau bersesuaian dengan kulit. ni pengalaman aku la. kulit aku. orang lain tak tau la. tata.


Paluan Gendang Jepun

Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah dah kenyang. :) hepi jep ek kalo perut kenyang. kalau sebelum pegi makan tadi, kemain lagi muka serius macam nak makan orang. ahahaha.. buruk perangai. makan tengahari hari ni try nasi ayam kat Selera Cik Siti Cafe & Restoran area Kubang Kerian. kedai ni baru je beroperasi lebih kurang seminggu. lintas jalan depan opis ni je pun. ehehe. rasa nasi ayamnya ok. berbaloi dengan harganya. just RM3.50 oke. super berbaloi la kan. lepak borak-borak jap, order lagi banana cheese. tertanya-tanya cemanakah ropanya banana cheese itu?? ngeh ngeh ngeh.. mesti tengah imagine da very yummeh melting cheese yang sunggoh mewah itu kan. yezzaaa.. ia merupakan pisang goreng yang rangup + panas tahap suam yang ditaburi cheese kat atasnya. pastu ada rasa macam susu sket. rasanya?? oke. sedap jugak la. bole repeat order lagi nih. heh heeee.. tapi aku tade amik gambar pon. lain kali la yo.

Okeh. back to the story. few weeks ago aku ada pegi tengok dan dengar paluan gendang suatu daerah di negara Jepun sana. tapi idok le ai ke Jepun ken.. dorang yang datang sini. i just pegi je la di jemput oleh beliau dalim. sesambil dia kena keja that nite kan. paluan gendang Yamato. memang best lah. actually terhibur. sebab dorang ada jugak selit unsur-unsur humor gitu. so sweet. asik gelak jep. pastu dorang pandai berkomunikasi dengan audience. ajak audience sesama meriahkan that nite beramai-ramai. ni ada beberapa gambar yang aku mintak dari kawan aku yang bertugas malam tu. actually takleh nak publish sangat. so aku kasi letak watermark bebesor lah. sebab nak jugak jugak share kan. hikhik.. ni pon kalau ikotkan hati aku banyak lagi aku nak letak. sebab sangat banyak gambar-gambar yang menarik dan best kawan aku ni amik. tenkiu banyak-banyak ye cinggu you know who you are. sebab malam tu aku tak bawak kamera kenn.. so mintak belas ihsan dari dia je la. seb baek dia bermurah hati. :)

banner dorang kat depan pintu masuk dewan
di luar dewan. sangat ramai kan.
souvenir / baju bercetak yamato yang dijual di luar dewan. aku tak beli dan tak sempat nak tengok pon semua ni. sebab sampai agak lewat dan orang pun dah sangat ramai
depan pintu masuk dewan
the crowd. ramai kan. dapat sambutan hangat dorang nih. ni sebelum persembahan dimulakan. nampak macam berkabus je gitu kan. aku pon agak tekompius bila masuk dewan ni. semacam efek misteri gitu ek. ehehe
the backdrop. tengok ni je pon dah teruja. ahaha
yeah!! bermula suda. time ni aku tercari-cari je dari manakah datangnya bunyi paluan gendang dorang nih. tak nampak dorang muncul dari arah mana. sebab aku duduk kat tempat yang agak penjuru dewan jugak la. seb baek agak depan jugak sebab join prof siti hawa + anaknya. :)
antara persembahan menarik dan lucu dari dorang
paling suka tengok dorang dua orang ni. yang belah kiri tu lucu gila karekter dia. yang kanan tu aku suka tengok sebab dia wat rambut dia tu tocang tinggi jepun tu.
time aksi ni pon best.
cun sangat gambar ni. actually full viewnya lagi sangat cantik. saje aku kedekut share ken. ahaha..
ni la sume ahli kumpulan paluan gendang yamato ni. osem sangat persembahan dorang. super like. mungkin sebab aku suka dengar bunyi bunyian unik ni kan. and i love sangat muzik kitaro tu. muzik jepun jugak tu kan. semacam ada suatu semangat tersembunyi sebaliknya.

:) puas hati sangat dapat pegi persembahan dorang. actually kehadiran dorang ni anjuran pelajar usm dan beberapa pihak lain. aku dah lupa pulak. maap la yo. oke bai.


12 March 2013

Ber'Firefly with Nina

Assalamualaikum.

Cakk!! ehehe.. oke. macam biasa. tamo lagi dah bagi segala alasan koman tu ha. ai muncul balik. opkos  entri tertangguh pon melambak. ahaha. tapi tetiap hari wajib blog walking kecuali time hari cuti. pon ada jugak time rajin on lappy tu totap berblog walking. ehehe.

Khamis yang lalu aku ke Kuala Lumpur bersama adik bongsu. wahhh. gitu. macam adik-adik sangat pulak bunyinya adik aku tu ek. ehehe.. kami sume ahli famili panggil dia Nina. walau nama dia bole tahan panjang jugak la. pon dia owes dok tanya our mama nape panggil dia dengan nama tu. padahal tade pon gaya sebutan gitu dalam ejaan nama dia. katanya nape tak panggil melly je ke? ahaha.. time kamu tecit2 dulu cite melly tu belom kua lagi oke. al kisahnya sebab penah janji ngan dia nak banje dia naik kapal trobang lepas dia abis exam spm. so aku pon booked le tiket firefly time dorang bikin jualan murah2 aitu. berbaloi baloi you. RM35 hengget je all in fare. tapi tiket balik aku tak amik. sbbnya time tu dah mahal pulak tiket baliknya. pon nasib baek sangat tak kecoh-kecoh amik atau cari tiket balik awal2. skali bro in law iaitu hasben akak aku nak balik kampung tarikh yang sangat hampir aku pegi sana tu. sehari je pon jenjalan kat sana sampai lenguh kaki aku beberapa hari. bole tahan hebat jugak la pejalanan kami pada hari Khamis aitu.

suka gambar ni. sebabnya nampak bilah kipas tu gerak. kipas?? enjin la. ehehe. walaupun gambar ni tade la canggih sangat pon kenn. hik
awan biru. aku paling suka tengok segala awan gemawan ni time fly. opkos kat bawah sini tade segala pemandangan indah ini kan.
dari tempat duduk aku. haruslah kenn..

Gambar adik aku time dalam flight none ado. sebabnya dia duduk seat berasingan ngan aku. aku xpilih seat. jimat punya pasal. ahaha.. tak jauh pun. seat belakang satu seat dari tempat duduk aku, tapi side kiri kapal trobang. aku kat side kanan. ada gambar dia pon time gi Pavillion je. tu pon tade dalam simpanan aku. sebab dalam phone dia kan. back to the story kegigihan kami jenjalan pada hari kejadian tu. flight kami jam 7.20 pagi dari Kota Bharu. maksudnya lepas solat subuh dah kena gerak dari umah. sampai la sana dalam lebih kurang 8.20 pagi gitu kat epot subang. aku tak tengok jam pulak. amik teksi ke stesen lrt berhampiran, iaitu stesen lrt kelana jaya. kosnya adalah RM24. bole tahan jugak. semacam nyesal pulak tak kontek mak sdara / kazen aku awal2 then singgah umah dorang dulu jap pepagi tu. umah dorang kat area subang tu jugak pon. hukkkksss.. silap sendiri. fadan muka ai. takpe. perjalanan tetap diteruskan. next, we heading to kl sentral. bekpes jap kat situ. sarapan kami adalah hotcakes mekdi. nyummm.. tapi muak pulak rasa dekat2 nak abis makan tu. adik aku lak tade selera pagi tu. dia makan sekeping setengah. then setengah dia lagi tu aku yang abiskan. gigih. cemana badan aku tak jadi bagai di pam kan. 'alasan. ahahah'.

Mulakan pejalanan kami, we heading to stesen monorail kl sentral. amik token ke times square. token ek benda alah tu? ehehe. sukati aku jep ek. bole la dah ropanya memang sjibik ropa token kan. lama sangat tak naek monorail, lrt segala kan. ehehe. adik aku sangat soka gi times square ni. sebabnya banyak benda alah yang dia gemar kan. teenagers. situ antara tempat dorang suka kan. lots of cheap and voila baju-baju segala. me bila dah nampak nichii kat situ, menonong je masuk. ehehe. grab 2helai baju je pon. ikotkan ati nak amik 3. tapi tahan diri. hik.. fenat jenjalan kat situ, aku ajak adik aku ke area seberang times square tu pulak. konon nak cross naik jejantas ke hapa yang ada la kan. skali sebab dah lama sangat tak gi area situ, ai lopa terus oke jalannya. ahaha. lalu naik jep monorail balik. benti je kat bukit bintang. ahahaha. actually sebab kaki pon lenguh. nyinggah fahrenheit. then ke destinasi yang dituju. pavillion. masuk je terus gi cari tempat makan. ahaha. kami makan yong taufu. aku silap pilih amik sup sedangkan sepatutnya aku amik sosnya je untuk aku. uhuhu. telan ajo la. isi perut kasi kenyang + tambah tenaga. ehehe. tepesona jap tgk necklace kat forever 21. try. then decide takpe la. takyah dulu la. kot jumpa lagi cantik lagi murah kan. then nyesal sampai sekarang sebab tak jumpa pon kat tempat lain. pastu minta tolong fren of mine Anna Ismail, tapi sebab tak amik gambar aitu kan. so agak susah la untuk dia tolong belikan. cian dia have to amik gambar then send kat aku nak make sure tak silap beli kan. very kind of her.

Next destinasi, Mid Valley. gila ah. tu pon gegara adik aku nak sangat gi sana kan. ada la tu hajatnya. sampai je terus tuju ke tempat yang dia nak beli something that we wear daily. ehem ehem. ahaha. then round-round tanpa hala tuju. hajat di hati nak layan movie. then dah terlepas pulak time yang sesuai untuk kami nonton cite OZ apa ntah tu yang baru stat tayang on 7/3/2013 aitu. idak ngape la. dalam almost pukul 9 malam baru sampai umah akak aku kat Kajang. so, just imagine la kan cenggana tak lenguh-lenguh sakit kaki for few days. phewwww.. kalau kat kb, jangan harap la kami dua beradik sanggup jenjalan sejauh, sebanyak itu dalam sehari. uhuhu.. sebab kejar masa punya cuti-cuti kan. sebab esoknya kami dah nak gerak balik kb.

Sepanjang kat sana, sepanjang perjalanan balik ke kb, haruslah Qistina si tecit my niece yang jadi penglipur lara. cari air la. maksudnya macam sungai kecik ke, tasik ke, sepanjang perjalanan balik tu. sudahnya jawab je 'air nusuk' (air nyorok) time tak lalu tempat yang ada air segala tu kan. sebutan dia, 'air nusyuk' pastu tengok keta, 'keta nusyuk'. my sweetie pie betol la. noty cutie qis. itu je la kot. tetiba jadi blurr plk ken. huk. tata.