29 August 2012

Usaha

Assalamualaikum..

What a bright day. :) my second day ganti pose today. hikhik.. pepagi je biasanya fresh gini. hagak2 dah petang nanti, bole la tgk ropa aku yang 'sebek' (ala2 tak bemaya yang amat) jep. ehehe.. oke. sebut tentang usaha. very the easy taip this word kan. yeup. hakikatnya it's not easy bila kita dalam keadaan itu. macam tengah usahakan sesuatu, ayat lainnya tengah gigih nak capai sesuatu target ke. gitu la lebih kurang. untuk melakukannya, haruslah tekad untuk mencapainya. tetapkan hati untuk dapatkan sesuatu yang diinginkan. gandakan kegigihan hati & kudrat. wahh!! hebat sangat bunyinya ek. eh. harus lah kan. yang paling hebatnya, haruslah juga ada sedikit pengorbanan. then you are heading to SUCCESS setelah digandakan segala USAHA itu. nape aku BESARKAN dua perkataan itu?? sebab usaha itu kunci kepada kejayaan. contoh macam kalau hati kata nak dapatkan henpon aipon 4S. memang tak keruan lah. kejap-kejap google. kejap-kejap baca segala spec tepon tu. belek. tilik. tanya pendapat sana sini. kompem dengan pilihan hati, masa untuk dapatkannya. kalau income bekepuk takde hal lah kan. pegi je mana-mana kedai ke, online pon bole. cakap je nak aipon 4S, tukang kedai kuakan, ko bagi duit kat dia, dah setel. amik, belek-belek, done. masuk beg, bwk balik dengan muka tersenyum dan hati girang. tapi kalau bagi orang yang macam aku ni, yang memang banyak sangat hajat di hati, untuk dapatkan aipon 4S itu thedak semudah itu oke. haruslah keno kompul duit dulu. dapat gaji, asingkan brapa banyak yang mampu (tolak segala hutang piutang, bil-bil sume, kos minyak kete, kos nak kenyangkan perut ai yang kaya keinginan jugak), menahan diri dari bersoping untuk beberapa bulan, then insyaallah cukup la jumlah rega aipon tu. hebat. tapi opkos itu thedak mudah. waaahh.. panjangnya contoh aku tu yep. ehehe.. layankan ajo la.

Tapi, antara yang real payah bagi aku untuk capai setakat yang penah aku cuba adalah mendaki gunung tebu. itu adalah 1st & last la setakat ni. tapi nikmatnya, perghhhhh!! memang rindu nak rasa lagi. tapi akibatnya, kedua-dua kuku ibu jari kaki aku tak dapat diselamatkan. kasi cabut, tunggu tumbuh yang baru (macam berani la kan. realitinya kawan aku yang paksa cabut kuku yang dah mati tu dengan tipu helah lagi sebab aku tak bagi. konon takut sakit. padahal xrasa pape pon time dia cabut. ahaha). best lagi, tempoh itu adalah termasuk time raya. cun jep kuku kaki aku time tu. ai siap ikat reben lagi tau. ahaha.. disebabkan kecetekan pengetahuan aku, amik masa dekat setahun jugak la nak dapatkan balik kuku ibu jari kaki normal sedia kala. ekeke.. but kenot compare the feeling time kat puncak tu. alhamdulillah. impian dari zaman sekolah tercapai jugak walau hanya sekali. setiap kali kawan aku ajak mendaki lagi, strickly 'NO' as the answer from my mom. huk huk.

waaaahhhhh.. cantekkkk!!! (hasil gugel. kurang kerajinan nak cari gmbr2 lama. hikhik)

Napekah topik entri pada hari ini adalah begini? ^_^ sebab pepagi hari ni aku terserempak dengan a fren of mine kat depan pintu opis. and.... ok. speechless. mabeles. usahanya sudah mula menampakkan hasil yang agak ketara. dan aku tahu usahanya untuk dapatkan hasil itu bukanlah mudah. lots of sacrifice. aku sendiri pon non ada la mampu nak buat gitu setakat ni. sebab ia adalah berkaitan berat badan. ehehe.. ai kan owes lah kenot tahan tang makan-makan neh ha. no wonder dia dapat banyak pujian time raya aritu. i mean di awal bulan Syawal ni la. sebab time tu opkos la sume insan pun akan jumpa ramai orang, sahabat handai dan kaum keluarga yang jauh dan dekat. proud of you la.nak kena tekad jugak ni. eceh. gitu. tapi macam harus. slamat berusaha untuk diri sendiri. oke. hari ni tamo makan langsung. petang nanti baru makan. ahaha.. haruslah sebab arini aku puasa. hah haaaaaaa..... maapkan la kesengalan di pagi hari ni. tata.


26 August 2012

Muslimah dinner outfit

Assalamualaikum.

Masih lagi dalam bulan Syawal. alhamdulillah. tapi kesunyian mula terasa kembali. especially kat umah. rasanya kat umah orang lain jugak. sebabnya kebanyakannya ahli keluarga dah mula kembali ke kota atau ke tempat lubuk mencari rezeki bersuap suap nasi. haruslah bersuap suap banyak kali suap kan. sesuap nasi jep opkos la tak kenyang kan. ahahaha.. maapkan kesengalan ini. awal pagi tadi famili tecit kakak + adik aku dah bertolak kembali ke wilayah Selangor itu. dalam lebih kurang jam 4 pagi tadi. skarang ni dorang dah sampai ke destinasi la. tata Qistina. miss her already. sebab dia dah pandai cakap. lalu bole tahan cakap banyak dan owes la nak ikut aku ke mana pon kalo nampak aku nak kua. pantang pakai kurang slekeh sket ek (sebab kat umah owes la slekeh mekeh. ^_^). laju jep kua dari mulut dia 'nak alan. nak alan'. maksudnya adalah nak jalan/kua jenjalan. pastu laju je cari tangan nak tarik ke pintu. pastu xmenyempat nak suh dukung takot dia kena tinggal. noty betul dak ticik tu. then tinggal la Afrina jep yang setia nak lepak umah tok ma + tok pa. budak tu tamo pegi umah tok mi + tok abah. sebab tade orang nak layan dia kot. and tido owes la nak bekepit ngan aunty jep (kalau sepupu dia Alia tade kat umah. geng kamceng la tu. gaduh2 harus ada jugak walau kamceng.). gonna miss all da kecoh2 bila semua ada kat umah. tunggu la time raya aidiladha plk. :( tapiiiii.. saya maseh lagi windu nak makan segala juadah raya.. bole tak gitu? ahahah.. especially lemang + rendang + nasi impit + kuah kacang. pebret all da time.

Oke. tinggalkan dulu segala cerita hari raya ke tepi. now fokus kepada makan malam muslimah yang aku kena hadiri pada Sabtu yang makin hampir ni. bape hari jep lagi. tapi baju yang nak pakai pegi sana tu belum ada lagi. adeh. temanya ala2 muslimah anggun gitu. ai pun suda fenin tahap malas mau pikir lagi dah.. jom nulun ai. yang mana satu kah oke ek? syaratnya mestilah kalau aku beli nanti ia thedak dibazirkan begitu saje. maksud lainnya maseh akan tetap dipakai selepas malam kejadian itu.

yang inikah? cantik. kena dgn tema. tapi adakah akan maseh dipakai selepas makan malam itu ek. ??

yang ini. kategori dress. tapi masih lagi kelihatan sopan juga kan. tapi warnanya plain gini je la. jersey material.

Hah. itu lah bendanya. bezanya, yang kat atas tu kena cari kat kedai2 yang ada kat Kota Bharu ni la. online pun ada. tapi mahal sket. yang kedua tu, online kat thepoplook. reganya ok la. kat atas tu cantik. tapi kainnya, kemungkinan pemakaiannya.. yang kedua tu simple amat. tapi.. bole la kan. cemana ek? lallalalala..


23 August 2012

Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.

Hye uolls.. ehehe.. gediks plk pepagi di kala 1st entri raya ni ek. kepada sesape yang baca blog ni diucapkan selamat hari raya aidilfitri.. maafkan saya zahir & batin andai ada sebarang salah silap. terkongsi segala kisah yang meraban. terlepas cite yang hentah pape, termengata sesape yang time sy teremo. pendek kata sume2 la. sumenya 'ter' ek. kunun macam bagus bebenau la kan.. hikhik.. nop la. sy dengan rendah diri akui yang sy ni hanyalah insan biasa. owes la buat kesilapan. maapkan la ye.

Hari ni 1st day aku keje time musim raya ni. dah pun raya ke-5 ek. sungguh pantas. nak datang keje pagi tadi pon anak sdara siap tunjuk kete "nak kete. nak kete". wah. mintak kete terus. hebat kamu qis. anak sdara yang nama qistina tu. dia gemar ngekor aku ke mana pun. sbb dia sgt suke jenjalan. so sweet.. mmg anak sdara aunty la kan. hikhik. raya kali ni biasa2 je. menu kat umah pon simple je. em. ntah le. tapi raya kali ni memang terasa agak gituuuu je.. cemana nak cakap ek.. semacam hambar ke ek? emmmm.. sikit lebih kurang kot. feeling meriah tu bila layan karenah anak2 sdara. ehehe.. kanak2 memang menceriakan suasana kan. walaupun kecik, hebat dorang nih. pengisian raya macam biasa, bermaafan, makan2, jenjalan umah sdara mara, ziarah kubur. ahaaaa.. atau mgkn sbb ai kenot gi solat hari raya kot lalu feeling itu sedikit ke laut.. mungkin. bak kata a fren of mine, abc time. :)

Segala beskut sume adalah hasil belian. hikhik. yang buat pon just cornflakes madu. tu pun pada malam raya. dan suda pon habis sebab mmg pebret satu famili. yang paling byk mkn opkos la adik aku yang beria suh buat, milia. hebat. adakah maksudnya hasil buatan aku itu rasanya sunggoh enak? ahahahhaa.. ferasan lebeyh. sesi mencari kasut/siper raya adik aku aitu pun last minute gak. malam sehari sebelum raya baru gi mencari. alhamdulillah. seb baek ada je yang dia bekanan dan sesuai. and opkos la si kenit tu nak ikot kan. asalnya tanak bawak, tapi cian lak kat dia kan. lalu bawa la. otw blk dia dh lentok tido. so sweet.. alaaaaaa... bajet nak letak gambar yang time malam gi soping kasut raya adik aku tu. skali takleh nak transfer lak dari tepon. tak tau la apakah poblem. haish.. gambar dak qistina tu je pun duk men segala mainan kanak2 yg bergerak gerak yang owes ada kt tempat beli belah tu. disebabkan tade, maka, tade la gambar entri kali ni. jadi, layankan je la merapuan tuan tanah di hari raya ni. ahahaha.. tata.


15 August 2012

Iftar di Habib Hotel

Assalamualaikum.

Ibadah puasa masih lagi diteruskan. alhamdulillah. sana sini kemeriahan sambutan Aidilfitri makin terasa. peti masuk emel mula dipenuhi ucapan raya dan kad-kad raya. masing-masing dah mula sibuk ambil beskut raya & kek raya yang dh siap2 oder awal pose aitu. including me. ahaha. juga sampul duit raya. duit raya baru haruslah awal2 lagi dah booked kan. syukur alhamdulillah atas segala limpah rahmat & rezeki yang Allah s.w.t. berikan.

Mumbai Layer Cake
Kek Mumbai lapis-lapis ni bikinan kawan aku. cantik kan kalernya. geram plk aku tgk. haishh.. yang ni 1 stgh kilo gitu lebih kurang. harganya RM30. nyummsss.. cobaan mata ai. amik pagi tadi. dia kasi nganto depan opis. hikhik.

sampul duit raya. jua pagi tadi. beli ngan jabatan kat tempat keje ni jgk. :)

Eh. dah jauh tersasar ek. ehehe.. ni gayanya malas nak bikin banyak-banyak entri. pastu kasi tempek je sume kat sini ek. ehehe.. oke. back to the story. petang smalam aku berbuka puasa kat Habib Hotel Kota Bharu yang berhampiran MPKB jua bangunan Tabung Haji itu atau jua bangunan MARA bersama kengkawan satu skolah dulu. geng lepak ai la kan. macam biasa. dengan harganya RM25 per head tu just nice la. puas ati. walau rasanya lari sket dari selera tekak ai kan. tapi oke la. staf kat situ oke. lauk pauk pun owes lah bertambah. tak mcm sesetengah tempat. kalu dah habis tu tade la tambahnya lagi ha. sedey. yang paling best, dorang sediakan air jagung. waaaaaahhhh.. my pebret. macam tau-tau je. ehehe.. then ada juga disediakan kurma. kami tak makan pun. gelojoh ek tgk makanan semorang. ahaha. idop le. kata haus. air lah yang diterkam masuk tekak dulu. yummeh. air jagung yang sedap. lauk pauk yang ada disediakan antaranya daging black pepper, ikan tenggiri cili padi (tapi xpedas pon.haishhh..), ayam lemon, sotong (masak apa ntah. xpasti), kerabu mangga, sayur (lopa la sayur apakah. sila tgk gambar la ek), dan tom yam canpur (tapi agak masin. mmg betol2 puasa la chef). pastu ada jugak bubur jagung. aku tak mkn pun. perut dah penuh. ehehe. ada puding caramel, kuih2 lain, popia tecit, jeruk buah berserta coleknya, buah-buahan sket (betik, tembikai & tembikai susu), pelbagai jenis sambal, ulam2 pun ada. pebret aku dari sume di atas hanyalah air jagung. ehehe..

ini lah dia santapan ai petang semalam
posisi lain plk. :)
tom yam yang enak bikinan chef berpuasa.
tadaaaaaa... sebab ai yang bikin booking.. haros lah nama ai kan.. ahaha.. yang petak2 merah kat belakang tu buah kurma sebijik-sbijik dalam plastik. tak try pon lagi. mlm ni la insyaallah i try. ehehe

Alhamdulillah.. balik umah kelam kelibut je. seb baek sempat je solat pastu siap-siap pegi terawih bersama mama. :)


14 August 2012

Soping di bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Ramadhan sudah makin hampir meninggalkan kite semua. gumbira ada. sebab dah makin hampir nak raya. sedih pun ada sebab terasa cepat sangat bulan mulia ni berlalu. mungkinkah akan bersua lagi di tahun hadapan? insyaallah.. tak penah jemu aku menunggu bulan yang mulia ini. kerana bulan Ramadhan ni adalah super duper best. very extra best lah kalo nak dibandingkan dengan soping. :) kelebihannya mmg xnampak. tapi ketenangannya boleh dirasai. tapi ai memang tetap jua gi soping lah. ekeke.. takde gi mana jugak pon. ke kl sahaja. macam biasa akan stay di kajang. kat umah akak. jadi bole luang masa bersama anak sdara ai yg makin bijak pandai itu. windu dia oledi. bila sebut tang ini, pantas xsabar tunggu kedatangan syawal. sebab nanti dorang akan kelik kampung. adik aku jua. besh. bekumpul kat umah. pegi sana time bebulan pose ni pun sebab dah beli tiket awal-awal. tiket murah la kan. berbaloi-baloi. pegi sana hari sabtu lalu. ahad petang dah balik. sebab tamo nanti byk telepas terawih. as i wish ai pegi soping tudung fareeda & a few things kat ikea. sebab kali ni pegi dalam bulan pose, tak dapat la merasa meatball yang lazat itu. hukhuk.. tapi ai kasi beli paket segera untuk bikin sendiri sos meatball itu nanti. then beli kek kegemaran jua untuk mengubat frust tak dapat makan meatball kat sana. ehehehe. pilihan aku jugak tanak buka pose kat sana. fadan muka ai. alih2 bebuka kat pija hut saje la. ekeke.. yang penting bole sampai umah akak aku lebih awal. hikhik.. kalo lepak area ikea tu lebih lama, kompem la lewat sampai umah akak kan. cian plk dak tecit tu duk nunggu aku sampai. takut nanti dia dah tido plk. dipendekkan cite, i got all da things i want/wish to have time pegi kali ni. herannya tade mood plk nk soping baju, beg & kasut time pegi sana aitu. ish ish.. kompius ai. just snap a few gambo aje. tu pun time kat dlm flight menuju ke kl dari kb. segala bebarang yang di beli non ado amik gambar. tgklah kalu agak2 rajin nanti. ehehe..

pemandangan pagi dari atas. ni 1st time nek flight pagi. best.
ni pada aras ketinggian yang lebih tinggi. masyaallah.. indahnya ciptaanMu Tuhan.
di sebalik jendela. :) duk tepi kan. harus lah.
dan lagi. pada aras ketinggian yang berbeza
gini lah kekdahnya beratur nak masuk soping kat butik fareeda tu ha. hamboi-hanboi. dorang bagi masa 10 minit untuk setiap kumpulan 20orang sekali masuk kat dalam tu. perghhh!!
tadi dari pandangan depan aku. yang ni plk dari pandangan belakang aku. hui hui..
dari time dak tecit qistina sama2 beratur kat sini, sampai lah time kasi anto dia kat kereta bersama papanya. cian kat dia nk kena beratur lama-lama.
my cutie bam bam. saaaayyyangg dia. "anty.. meh.." (tarik tangan suh ikut dia). so sweet.. ni sebelum bergegas ke stesen komuter kajang. kalau dulu kemain lagi dia takut nak naik segala benda alah ni. skarang ni dah cool habes.

Al kisahnya very lah da rushing nak ke epot. sebabnya telebih masa terluang kat fareeda itu.. phewww.. seb baek Tuhan permudahkan perjalananku. syukur ya Allah..