08 June 2012

Chicken Tepanyaki

Assalamualaikum.

^_^ selamat pagi jumaat. memandang semalam aku puasa ganti yang last, lalu ngengada la kononnya nak gi ngetest makanan kat satu kedai baru ni yang berhampiran ngan umah. xsampai 3minit pon pegi tempat tu. Double Tree namanya. salah satu sebab pegi kedai ni jugak sebab ada kawan aku suggest pegi sini. sebab katanya makanan ka sini sedap. bole pegi lagi. pastu kena pegi time betul2 lapar baru berbaloi. waaaahh.. gitu. promosi baek punya. tapi makanan yang dia makan tu tak sama la dengan yang aku makan. aku order benda alah ni.

Chicken Tepanyaki
Oke..kekdah tunggu agak lama. mgkn romit ke hapa nak menyediakannya. tapi rasanya hampa. not as i expected . sbb sblm ni aku penah try famili tepanyaki ni kt kedai tepanyaki tu time kt melaka ke kl ntah. lopa. mcm melaka. jaman byk tahun yang sudah. rasanya sedap. pizanya pun sedap. jd aku beranggapan rasanya xjauh sgt la bezanya. but then begitu saje. lots of kubis. taruk black pepper. then pencicah yang di oter sket. bagi aku la kan. rasanya adalah tidak berbaloi dengan reganya. tapi alhamdulillah. kenyang jugak. ehehe.. makan ni bersama Japanese Green Tea. tapi bila tengok kt uncang teh tu mcm China mari. haih... ontah la. seb baek rasa xaneh. kita kasi close up lagi sket chicken miken ini ye.

ayam yang di potong petak-petak bersama sayuran jua pencicah
Tapi yang uniknya kedai ni adalah menunya yang perlu di angkut kesana sini. unik ke menyusahkan ek? mana2 je la. tapi macam melambatkan sesi mengoder jgk la. sebab kena tunggu setiap oder kat setiap meja setel dulu baru lah benda alah ni akan dialihkan ke meja seterusnya yang nak buat oder. cenggini kekdah menunya ye.

menu di Double Tree
Ciri-ciri unik atau kelainan tu ada la. sebab kat kedai lain tade wat kekdah gini kan. kasi hangkut2. bagi aku tak praktikal. sebab nak tgk pun susah. nak kena ngendap2 untuk tengok menu yang ditulis kat bahagian bawah board hejau nih ha. ada banyak menu. thai, jepun, itali, malaysia dan apa ntah lagi. lupa. ada jugak la pasta, sushi. adik aku try spageti bolognese. rasanya?? juga tak seperti yang kami harapkan. mungkinkah kami silap oder? atau mungkinkah menu lain pon akan begitu juga rasanya? terpulang pada individu masing2 la kan. tak sedap kat tekak aku, mungkin sedap pulak kat tekak orang lain. yang aku cite ni tekak aku. ehehe.. selera dan citarasa setiap orang kan berbeza. tapi pengunjung kedai ni ramai je tau. mungkin kena dengan selera dorang la tu kot. my fren oder salmon tepanyaki kalo tak silap. rasanya harus la lebih kurang ngan yang aku makan je. bezanya dia punya guna ikan salmon, aku nyer guna ayam. ahaha.. selain tu ada jugak la jual kek, cupcake, biskut, roti. tapi aku tak try. kata kawan aku tu, sila try makan cupcake yang aku wat sendiri je la nanti. apakah kekdahnya kalau mixer pon belom beli lagi ni?? lalallalalalaa.. okeh, itu saje lah. ^_^

No comments: