14 June 2014

Rezeki Melimpah Ruah

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah saya masih lagi ingat username dan juga password blog kesayangan nih ha. ehehe.. iyeeee.. saya sendiri pon sudah muak dengan ayat pendahuluan sebegini setiap kali update blog atau bikin new entri.. kih kih.. 'saya' ok.. sedangkan biasanya berbahasa aku kau je pon kan. kih kih.. maap le... lama sangat tak update blog. dah mula rasa janggal. ehehe..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi. hari ini aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. siyesss.. actually pepagi tadi ada update status kat fesbuk yang aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah hari ni. actually hari ni tu merujuk kepada cite pada hari Jumaat la ye. sebab tido lewat ni, maka masih la duk rasa dalam hari Jumaat lagi. kih kih kih.. aku update status gitu sebab rasa bersyukur sangat sesambil duk taip status tu siap dengar kicauan burung.. lepak santai dalam umah.. dengan angin pagi yang best... ada adik yang duk kat asrama balik umah di hari minggu.. ada akak aku yang balik tunggu time nak bersalin.. ada anak sedara, iaitu anak akak aku qistina yang memang kletah dia boleh tahan... cakap pon banyak.. memang dengar suara dia je la kat umah ni sekarang. but it's ok. sukeeeeeee jeee.. meriah sket umah ni. kalau idop, only me and mama. papa jaraaaaaannng sangat la ada kat rumah di hari minggu ni ken.. sambung balik. sesambil dengar jugak bunyi air yang mengalir kat dalam bilik air.. iyeeee.. terasa bersyukurrrrr sangat.. menikmati ketenangan dan kenyamanan itu. iyeeee.. sebabnya sume ni tak dapat dirasai dan dinikmati di sesetengah tempat yang lain. syukurlah negara kita aman damai saje walau ada sesetengah pihak yang macam sukaaaaa la sangat bikin kecoh hentah pape kan.

actually kat umah ni almost 3 minggu dah bilik air/bilik mandi tak dapat berfungsi. sebab repair/upgrade sket. makanya menumpang di toilet umah sebelah, umah mak sedara. bayangkan ye. almost 3 weeks ulang alik pi umah sebelah tiap kali nak lepaskan hajat besar atau kecil.. tang mandi tu bole lagi dikoboikan berkemban bagai. iyeeeeee.. di jaman moden nih ha kami berkemban bagai mandi kat luar umah oke. berani wat gitu sbb area umah banyak dikelilingi pokok. ekeke.. agak besemak gitu jugak la kan. kah kah.. hasil kerajinan papa bercucuk tanam tapi tang mencantas bagai jua mentrim bagai tu terabai sket.. lalalala..

so.. sekarang suda paham ngape aku macam bersyukuuuuuurrr sangat bila dengar air mengalir kat bilik mandi umah ni kan. ahahahahahaa... oke done bout dat..

tengahari dapat jemputan kenduri akikah kat umah mak sedara. my kazen yang dah kawen bertahun-tahun baru dikurniakan zuriat lelaki. alhamdulillah.. happy for her too.. balik umah, pom pam pom pam, get ready for dinner.. nurses nite/dinner. alhamdulillah dorang berkali-kali tepon dan menjemput mintak hadir.. kerana segan, ai is pegi jugak walau bertahun dorang asik la jemput tapi idop la pegi. sebabnya tak sanggup nak melangut kat meja teknikal. napekah jadi melangut?? sebabnya makanan akan dihidangkan paling last lepas setel sume kije. sebab penah kena sekali. kih kih. so ai is serik. but not tonite. syukur alhamdulillah.. duk kat meja vip. walau yang duduk situ idop la vip pon.. tapi ajk makan malam tu. ok la. dapat duk paling depan stage. pastu dorang hidangkan makanan sesama ngan orang lain. yeeeee.. makan malam yang normal tanpa perlu melangut tunggu majlis setel baru bole makan. bahahahhaa..

syukur alhamdulillah... happy smile and happy feeling jelassss kat muka ai nih ha. :) dan penutup bagi segala makan pada malam ini adalah ini.......


Nyummmmm... dap. ^_^

Done with dinner, tunggu kat lobi hotel jap then jumpa kawan lama. peneman makan malam yang setia sepanjang tempoh belajar kat shah alam dulu sebenarnya.. kira macam best fren la jugak kan. dia sekarang ni keje ngan tv Al-Hijrah.. sebab dorang ada event kat sini, so dia pon kontek la. :) hepiiii sangat jumpa kawan lama nih ha.. actually dulu ada sorang lagi peneman makan setia nih ha. ngan roomate dia sorang lagi. tapi dah lama idop kontek yang lagi sorang tu. borak-borak kat lobi hotel jap, then balik.. bertuah wife dia dapat husband yang caring macam kawan aku nih ha. and i got souvenir.. yeayyyy!!! tapi aku yang berniat dari siang tadi nak give him kek batik ni terlupa pulak nak bawak sebelum pegi dinner tadi kan.. so insyaallah esok sajelah pegi anta jap. oke.. wut i got tadi adalah.....


T-shirt kaler hitam tv alHijrah.. saiz S.. yeayyyyyy!!! alhamdulillah muat.. kih kih.. sebab sekarang ai is tembam sket. dan insyaallah dapat berat badan ideal balik bermula bulan puasa ujung bulan 6 2014 ni.. insyaallah.. aminnn... apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita kata dan tulis, insyaallah itu la jugak yang kita dapat. as wut i wrote on my fesbuk status pepagi tadi.. memang melimpah ruah rezeki aku hari ni. syukuuuuur ya Allah..

^_^ am happy.. am sleepy.. and i wanna sleep.. walau sekarang ni tengah musim world cup, ai is tak minat bola sepak.. so, get ready to sleep now. assalamualaikum.. sweet dream uollss. :)

No comments: