09 January 2013

Pertama di Tahun 2013

Assalamualaikum.

Salam tahun baru 2013 kepada semua. ehehe.. dah hari ke sembilan pon. lagi nak kecoh-kecoh wish tahun baru sume ek. ahaha.. tiap-tiap hari pon aku niat nak update blog ni. nak tambah entri. aritu ada jugak taip sikit hari 1.1.13 tu. taip sikit, tinggal jap, terus tak sambung sampai la ke hari ni. kasi edit tukar tajuk terus la jawabnya. ahaha.. gambar dah bertimbun dalam koleksi ni. tapi asik tak jadi, asik tak sempat jep. kembali ke penghujung tahun 2012 yang lalu. lots of good things happen to me. gumbira. permulaan tahun 2013 juga sangat bagus. masih lagi dilingkari happy things. eh. tapi ada jugak la yang tak best awal-awal tahun baru tu. office things. lupakan sajelah ek. ehehe.. yeeee. i'll improve myself. tak deny pape pon. 

Hujung tahun aritu aku berkeputusan nak menunaikan salah satu kewajipan aku sebagai umat Islam. good things happen. nama aku clear dari black list imigresen. YEAY!! pantas terus bikin paspot, amik gambar, pegi amik suntikan sume. tetiba arini, DENGGGG!!! bad things beratur bersusun kau kasi hempuk ai. huk. memula pepagi time 1st mitim yang aku attend this year dah kena hentam. actually that thing supposed bole je kalau yang berkenaan tu nak remind aku elok-elok. tiap kali jumpa sebelum ni takde pula nak ingatkan aku ke apa ke yang sepatutnya ke yang tak patot ke kan. alih-alih time dalam 1st mitim tu la jugak ada sorang hamba Allah ni direct hentam kan. pastu kasi ulang banyak-banyak kali pulak kan. yelah. dah silap orang lain kan. bukan silap kamu kan. bagus lah tu. semalam opismate aku dah bengang ngan dia gegara kelaseran kata-kata yang kua dari mulut wangi dia tu ha. takleh ke nak gitau leklok. terus jep ko caras orang buat keje ek. takpelah. sekarang ni kat dunia serba pantas, serba canggih, serba segera kan. then second mitim, kena jugak lagi. yang kali ni pulak secara langsung dan secara tak langsung kena. ayat memang best lemak berkrim habis la kan. takpe la. mungkin dalam kehidupan seharian dia memang dah sebati sangat dalam diri dia tu dengan segala apa yang keluar dari mulut dia tu. takpe. paham sangat. dah gitu cara dia membesar kot ek. abaikan je lah dia. there's always a way or more on how to tegur orang lain. kena cara, smooth jep everything.

Paling GEDEBUSHHHH DUSH DUSH hari ni, aku terima panggilan telefon time tengah duk mitim tu. dari agensi pelancongan yang aku dok berurusan tu. berita dukacita disampaikan. huk. kelihatannya harapan adalah tipis/samar-samar/mungkin takde harapan. huk... mungkin belum rezeki aku. belum sampai masanya lagi. sedih memang sedih. aku dah siap pasang angan-angan nak jejakkan kaki kat sana walau ada jugak perasaan agak takut dan gentar tu. aku redha. Dia yang menentukan. insyaallah segalanya akan kembali cerah dan tenang. semoga semuanya baik-baik belaka. amin..

Tapi kan. walaupun hari ni bertimpa yang agak scepeh yang xbestnya tu. totap jugak ada yang bestnya. syukur alhamdulillah. takde rezeki yang lain, dapat pulak rezeki dari sudut lain. hari ni sangat murah rezeki  tang makan-makan. time mitim yang 1st pagi tadi dapat makan durian crepe yang enak foc. iyeeeee.. free of charge. kak Wan yang baek hati bawakkan untuk kitorang. tenkiu kak wan. pastu ada jugak la kuih-kuih sket. ok la tu. alhamdulillah. teralas dengan selesanya perut ai. hik. then dari petang semalam lagi sorang akak baek hati ni, kak La jemput makan-makan kat pantri opis. dia tempah nasi beriani khas untuk banje kawan-kawan makan. so sweet.. tapi tak tau pulak sempena apakah. belom sempat nak tanya. ehehe. sangat best. yang kurang bestnya sebab aku makan dalam gopoh atau tanpa feeling tenang memandangkan time tu adalah tempoh selang masa antara lepas mitim 1st dengan mitim sterusnya. tapi ai bantai makan jugak. selamba. hik.. besttttt.. konon nak repeat makan tengahari. sekali kua makan with kak Leen + Na my opismate pulak. tak dapek la. tapi ok la jugak. spend time makan-makan ngan dorang sesambil release segala kekusutan + sedey atas berita yang mendukacitakan tu. then bila kat umah, kazen aku datang bawak karipap yang dah siap goreng satu plastik. yummeh. makan free lagi. ehehehe. see. Tuhan tak penah kejam kan. syukur alhamdulillah. pape pon aku masih berharap agar ada peluang aku dapat menunaikan niat asal aku tu. aku hanya mampu berdoa. moga dimakbulkan olehNya. amin.


No comments: