18 January 2013

Kopitiam Kita

Assalamualaikum..

Hari Jumaat yang indah dan cool.. pepagi lagi dah siap-siap hari ni walaupun hari minggu. sebabnya nak pegi Program Senam Cergas Sihat 2012/2013 Peringkat Daerah Kota Bharu (senamrobik), bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu. wahhh.. gitu. sangat sihat jep bunyinya kan. ehehe.. kalau ikutkan hati macam malas je sebenarnya nak join. sebabnya pendaftaran adalah bermula 7.45 pagi. sungguh awal rasanya di kala hari minggu yang dingin dan nyaman nih ha. ahahahaha. (sebab tido pon sodap sejuk-sejuk nih ha. bergulung dalam selimut yang tebal. pergggghhhh!!!) hik. bajet isi hati aku la tu. ahahahaa... tapi pegi jugak. sebabnya kak KC comel dah beria ajak join kennn.. hik. padahal sebab mengenangkan badan yang makin sihat cargas membesar neh ha. adui dui.. segala aktiviti erobik tu ok. pastu dapat bihun free + air mineral. ok la tu. tapi tak makan pon jugak lagi.

Balik dari bersenam sehat tu, pantas kami bikin plan gi makan-makan. muahahahahaa.. dah erobik gi bantai makan pulak ek. bagus sangat. ekeke.. kak KC daling ngajak ke Kopitiam Kita. jangan tak tau tempat ni very da femes oke. nape tempat ni femes sangat??? ntah. bak kata kak KC mungkin sebab kat sini ada nasi pagi yang dah siap bungkus dari merata ceruk daerah kat kelantan nih ha. dari tumpat ada, dari wakaf bahru ada, pastu aku dah tak tau + tak ingat lagi dah dari mana lagi. tapi antara yang femes adalah Nasi Air Dingin. ni dari tumpat kalau tak silap aku. aku penah jugak try sekali nasi ni. no wonder la femes. rasanya masih ok dan menyelerakan walau aku makan time tengahari sedangkan nasi tu dibungkus dan beli dari pagi lagi. hebat. rasanya macam hasil air tangan orang dulu-dulu. puas hati nokk. kalau panas-panas kompem best. lagi satu yang special kat sini mungkin adalah roti titab. sebut betul-betul... TITAB ye.. kalau silap, tolong betulkan ek bagi sesape yang tau. ehehe..

menu aku pagi ni. roti titab + teh 'o' suam. very the klasik hidangan air suam tu kan. aircond kat luar (istilah kak KC. sebab letak ais kat keliling gelas air teh o yang panas). :)

Itu lah dia yang dipanggil roti titab tu. roti bakar rangup di bahagian bawahnya yang agak tebal hampir seinci yang disapu marjerin, ada kaya kat setiap penjuru roti dan ada telur separuh masak kat tengah-tengah roti tu. rasanya??? yummeh.. bole pegi makan lagi. ehehe.. harganya?? aku tak tau. sebab orang banje. tenkiu kak KC for dis yummeh treat. ouwh... lupa. actually pegi makan besama Ati yang kiut + anak kak KC (Erika Rania kiut yang pemalu). view lain kat kedai ni tak dapek nak share sebabnya memori tepon aku dah penuh. hukk.. ada banyak pilihan makanan lain lagi selain dari yang aku dah mention tadi. ada satey yang dihidangkan panas-panas. tapi rasanya tak setanding satey kat Pintu Geng yang super best tu. tapi ok jugak la untuk bekpes kan. ada nasi bungkus yang pelbagai. ada nasi ayam gulai, gulai ikan, ada putu mayam, nasi impit inti sambal and few more. tengah duk makan, cikgu ai jaman sekolah rendah (dari darjah 1-3) sampai dengan anak-anaknya. so sweettt.. ada juga my uncle,aunty & famili. tapi dorang tak perasan walau aku dah siap panggil pon. tapi tak pulak aku bangun gi tempat dorang. ahahaha.. apa da.. dakpe. jumpa nanti gitau. kompem kena potpet potpet manja. akaka.. em.. itu je la kot selain turut ada iklan lampu-lampu cantik ditayangkan kat tv dorang. bagusssss.. siap bole wat iklan kat sini. very bisnes minded. 

Bagi sesape yang tak tau, kedai ni terletak kat area Sri Cemerlang. berhampiran Celcom Centre ataupun Kedutaan Thai. kalau tak jumpa jugak, pegi je area tu, tanyakan je la kat sesape yang kelihatan kelibatnya kat situ. hagak-hagak la nak tanya arah pon kan. tu sendiri pikir dan ingat. ahaha. gitu. orang lain dah laaaaaaammaaaaaaa sangat da gi situ, makan-makan kat situ. aku yang pestaim pegi makan kat situ arini nak kecoh-kecoh pulak ek. ahahaa.. yeeeee.. aku memang ketinggalan sket. grrrrr... fedulik. sharing is caring kennnn.. to those yang belum tau. yang dah tau tu sila share sini apakah lagi yang best kat sini. tak pon kat tempat mana lagi yang best. ehehe. ok bai.


No comments: