19 March 2012

Dinner with Kak Rathna

Assalamualaikum.

Hari Jumaat lepas tetiba tengok kat henpon ada misscall dari kak Rathna. aikkkk... adakah dia berada di Kota Bharu?? kak Rathna itu asalnya adalah merupakan kawan kepada kazenku. sebelum tu dia adalah customer kat tempat kazen aku keje dulu. pastu dorang bekawan baek. pastu aku pon terjoin berkawan jua dengan akak ni time aku berlepakan tido temani kazen aku kat umah dia jaman dulu kala awal2 sesudah abis blaja degree dulu. sblm ni dia dan hubby keje kat Kota Bharu ni. pastu dah bertukar ke Terengganu sana kedua-duanya. ringkas cite, kami memang bekawan baek. bersama hubby akak ni jua yang aku panggil mr poppye. sebab ada timenya dulu dia suka isap paip ala2 poppye tu. ehehe.. okeh. sambung cite balik. pastu ada jugak dapat sms dari kazenku, Ina. bertanyakan lokasi ai. jeng jeng jeng.. pastu tup tup anak sdara aku si kenet Qistina main2 tepon aku lalu menelepon bikin loud speaker. sebab dia main tekan2 kan. ops. dial number kak Rathna upenya. sebab aku lum reply call kan. yes. tekaan ai sangat tepat. kak Rathna ada kat KB. sedang berlepakan di salun kazenku. hooooo... datang diam2. dia booking masa nak jumpa lepak2 di petang hari menghampiri malam. bole tak gitu?? ish ish..

Tengah drive balik dari berlepakan kat umah mak sedara kat Pintu Geng sesambil singgah amik adik aku balik keje, got call from kak Rathna. tapi cakap ngan kazen aku. gitu lak ek. katanya our dinner date dlm kul 7.00pm gitu. kat The Ritz Boutique Restaurant. okeh. pantas setuju. balik nganto mama n adik2 kat umah, solat asar jap, then kua. okeh. kantoi di situ time aku solat. idok le tetiap hari begitu lewat ye. thennnnnn.... yeyey!! meet them kat sana. dorang bertiga upenya. kak Rathna datamg besama rakan sekerjanya kat sana. oke. pendek cite, kami makan2 sambil bercerita. dah makin kurus dia. ingatkan sebab dia xsehat ke, sebab banyak keje ke, sebab sebok ke... lalu jadi kurus gitu. ghopanya sebab selera makannya tiada di sana jua disebabkan time makannya yang tak menentu tapi time tu kedai sume dah tutup. hoh. gitu. cian akak ai. sabor la akak ye.. menu kami malam itu adalah......

nasi puteh bersama tom yam thai, telur dadar, sayur campur goreng, ikan salmon masak apakah ntah xtau dan.... (sambung kat gambar seterusnya jakgi).. ikan salmon tu sedap. (dis image cdt to kak Rathna. culik dari fesbuknya. ehehe..)

nampakkah area bulatan merah yang agak cinonet aku bikin itu?? itu adalah dimana ada dinyatakan bahawa ada surau disediakan di bahagian atas sekiranya ingin menunaikan solat. bagus kan. aku tak perasan pun time pegi berbuka puasa ngan Zura n da geng kat sini bulan posa yang lalu. ish ish.. orait lah tu. itu dah kira bagus... tak semua restoran ada sediakan tempat solat kan. thumbs up for them walaupun kedai makan ini adalah milik Chinese. kalo tak silap aku lah. ehehe.. 

... dannnnn.. ini lah yang speselnya. our pebret. memang best lah. sedaaaaaapppppp.. namanya kalo tak silap aku butter cream prawn. maap la gambarnya tak semengah pulak. tepon ai memang xcomel kualiti gambonya kalo indoor  jua kurang pencahayaan yang terang benderang. gambar yang comelnya sket kat atas tu ha. ada nampak udang terpacak kat dalam mangkuk tu kan. cara makannya bersama ala2 roti goreng dalam pinggan yang sebelah kiri mangkuk udang ni pada gambar di atas sana itu. sangat sedap.

Selesai makan, borak2, kami say babai. salam2, pastu masing2 bawa haluan masing2. kak Rathna bersama kawannya terus bertolak balik ke Terengganu. aku pulak pulang bersama kazen. mengantarin dia pulang sesambil lepak2 di rumahnya sesambil menunggu kakaknya bersama abg iparnya pulang. aku balik umah je Qis dah tido time tu. uhuhu. aihhhh.. teringat pulak rasa udang tu dengan ikan salmon tu. nyummmmm...

** today birthday my father. selamat hari lahir papa. ;) dah wish pepagi tadi sesudah bangun tido. ehehe... kat manakah ntah destinasi makan2 untuk birthday papa ni. belum diputuskan lagi. **


No comments: