Assalamualaikum.
Hye all.. waaahhh.. kedengaran macam lah ceria yang amat ek. ekeke. sebenarnya takdelah ceria sangat pun. biasa-biasa je. macam yang aku penah cite pada entri yang lalu, balik je dari berkursus, aku dikejutkan dengan berita papa kena tahan kat wad sementara kat kecemasan ospital. mungkin sebab aku ni telebih cool kot bila terima sebarang perkhabaran pun bole bantai releks jep. haihhh.. kelebihan ke kekurangan tu ek?? dah jadi macam ala-ala orang takde perasaan lak ek. haishh.. tapi alhamdulillah setakat ni papa oke je walau belum pulih pun lagi. tengah tunggu perkembangan dari pengambilan ubat yang doktor bagi la sekarang ni sebelum temujanji seterusnya nanti.
Second news yang aku terima adalah tentang rakan sekerja tapi opis lain kat tempat keje aku ni ha. masyaallah.. moga Tuhan beri kekuatan padanya dalam menghadapi dugaan yang ditimpakan padanya. sungguh berat bagi aku yang mendengar dan tau tentang dugaan yang dia hadapi sekarang ni. tak dapat aku bayangkan hebatnya dugaan yang dia hadapi. tabahkan hatinya ya Allah. kuatkan hatinya. kuatkan semangatnya. moga dia beroleh kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi kesulitan ini. dugaan yang dihadapi adalah penyakit yang paling ditakuti setiap wanita. mesti korang dah bole agak kan. sama-sama lah kita doakan untuk kesejahteraan + kesihatan yang baik untuk papa dan rakan aku yang disayangi. moga dipermudahkan olehNya bagi papa dan rakan aku dalam mengharungi dugaan ini. amin..
Rentetan dari perkhabaran ni, aku semacam terkesima pun ada. especially bout my fren. sebab keadaan dia lebih membimbangkan dibandingkan dengan papa. insyaallah semuanya akan oke. mencari, membelek aku kat alam maya nih ha mencari info berkaitan batu karang + breast cancer. semakin banyak maklumat dan pengetahuan, moganya dapatlah membantu dan meringankan beban yang ditanggung setakat termampu. semakin banyak ilmu yang digali, semakin kerdil rasanya. kat sini ada sikit info yang aku dapat berkaitan batu karang. untuk rujukan aku jua untuk perkongsian bersama rakan-rakan (kalau-kalau la korang pun mencari kan).
Mood kasi tepek entri tang dinner tu ditangguhkan dulu la yo. insyaallah nanti ai kasi tempek.
No comments:
Post a Comment