18 January 2018

Rumah Idaman

Assalamualaikum..

It's the last day of working day minggu ketiga tahun 2018 oredih. Waaahhh.. Sunggoh pantas kann... Alhamdulillah. There's a few list of target untuk tahun ni. Walaupun permulaan tahun ni agak mencabar dan agak berupa ujian sikit. Moga dipermudahkan semuanya. Insyaallah. The best thing is, pepagi tadi my opismate datang opis bawak baby dia sebab nak bawak nenek baby comel pegi klinik. So baby is stay with aunty kat meja makan beskut celop air milo together. Ahahaha.. Opkos tak lah tang makan tu. Baby baru tiga bulan lah. Ehehe.. She's so cute. Best duk kronyok. Gerammm.. Baunya pon bestttt je. Tetiba dari list of target untuk tahun ni, tup tup citer pasal baby pulak kan. Kihkih..

Okeh, back on track. Minggu lepas iolls pegi jenjalan lawatan tapak ke rumah opismate. Weolls sesama duk cari rumah dalam dua tahun lepas. Sepatutnya iolls amik umah area situ jugak, sekali mak kite tak berkenan. Sudahnya umah dia dah nak siap, umah kite pulak idok jugak mula pape pon lagi. Sebabnya agak kurang bernasib baik time tengah sesunggoh nak start buat rumah, tuan tanah dah meninggal pulak.. Jadi le lambat pulak tunggu segala proses nak setel. It's kind of sedikit ralat kesilapan dari pihak pemaju. Idak ngape lah. Mungkin ada rezeki yang lebih baik ke kan. Bersangka baiklah kita.

Pintu depan umah dia. Cantikk..
Cakkk.. This is it. Umah my opismate. Like it. Dulu time kitorang duk cari umah, jalan nak pegi ke tapak umah ni cinonet je. Sempit aje. Sekarang jalan tu pon dah luas. Tapak umah ni yang bersemak dulu pon dah nampak cool sebab banyak rumah dah siap. Jadi sebuah kawasan penempatan yang cantik. Like it so much. Environment dia tu best je. Alhamdulillah. Good for her and her family. Rezeki sangat. Dia dapat dengan harga murah je dedolu. Hakak nak cry je tengok. Besttttttt.

Cool kan. Front view of her house versi sipi2 pandangan dari penjuru kiri.
Iolls suka ceiling kapurnya. Simple. Ceilingnya pon tinggi. Sejuk damai je umah.
Yang ni view dari dalam umah banglo sebelah umah. Pon cantik. Ehehe..
Yang nih ha ahli rombongan lawatan. Tuan umah yang paling kanan tu, berbaju hijau bunga-bunga.
Sekian rombongan lawatan idop rasmi kami. Seronok tengok kawasan rumah dia ni. Mari meneruskan misi untuk umah iolls pulak nanti. Insyaallah.. Moga dipermudahkan. Uolls kalau yang baru bekeja tu, sila beli umah awal2 time usia uolls muda lagi. Barulah jimat berbaloi-baloi. Kalau beli keta wat loan tu bayar dalam tempoh minimum mungkin. Kalau mampu setel dalam 5tahun, go ahead. Kalau takleh, amik yang 7tahun. Takyah lah sampai 9tahun. Rugi masa, rugi segala menanggung hutang lelama. Sebab banyak benda lagi yang korang nak buat nanti. Loan umah pon jangan amik yang maksimum kalau bole. Lagi awal bole setel lagi bagus. Sila rancang masa depan leklok untuk perjalanan hidup yang lebih cool dan tenang hokeh. Ok bai. Nak pi makan. Cek lapo. Nunggu opismate  kekdahnya. Moga lancar aje perjalanan perancangan iolls.

04 January 2018

Persaraan Wajib

Assalamualaikum..

Secara asasnya, usia persaraan wajib bagi kakitangan kerajaan Malaysia adalah pada usia 60 tahun. My offismate one of them yang akan bersara dalam tahun ini. Dah kurang sorang. Selasa malam aritu  kami mengadakan majlis persaraan beliau secara ringkas. Kalau dah weolls ni memang jenis otak gila-gila ni, majlis persaraan pon non hado nya nak tacing-tacing sedeh-sedeh bagai nih. Adeeeeehhh la. Ehhh sakit pulak jerawat tecit atas bibir neh ha. Haishhh.. Selingan uolls. Terlanggar sesambil duk menaip ni. Uhuhu..

Back to the story, persaraan wajib my opismate ni sebenarnya pada 16 Januari 2018 ni. Tapi dia abiskan cuti yang mana ada tu, lalu he's not gonna working with us anymore. Uhuhu.. Yang bestnya abam yang bersara ni suka je layan tompang dengar lagu-lagu latin yang aku selalu dengar. Kihkih.. Katanya bunyinya tu best. Kasi segar bijik mata. Gituh.

As usual, iolls ni memang suka makan, penggemar makanan dan memang suka amik gambar makanan. Wehhooo.. Callo beteh. Weolls makan ni kat Jade Restaurant, Hotel Perdana Kota Bharu. Idop mengecewakan langsung rasanya.



Yang ni ikan okeh. Sosnya tu sedap.
Yang ni salted egg yolk chicken iolls rasa. Sebab non hado letak nama menu kat meja dan bukan iolls yang buat reservation for this dinnah. Tekaan berdasarkan rasa. Pon sedap.
Iolls paling suka sayur kailan ni. Jarang jumpa orang masak sayer ni sedap. I like. 
Sebelum sesi makan-makan, superti kebiasaan majlis persaraan, ada sedikit ucapan dari bos kitorang untuk abam hindustani look kita ni.

Sedikit ucapan dari bos kitorang. Abam hindustani ni senior our bos dulu jaman study. Pastu sesama masuk keje kat sini.
This is our abam hindustani look. Katanya anak sedara dia, which is fren of mine, pakcik dia ni hensem jaman memuda dulu.
Cenggini la bebudak kalau time orang duk bagi ucapan kan. Main lagi tepon tu. Meja ni all jantams.
This table tersesat dua lelaki itu sebab takut tak cukop makan kat meja jantams sebelah tu. Bahaha.. And iolls sempat kasi peace sign sesambil konon tengah kusyuk mendengar dan pandang depan. Haha..
Namon ucapan dari abam nak bersara is tertinggal. Lalu diminta lah berucap sesudah makan. Ehehe... Actually majlis makan malam ni juga diadakan sempena adik-adik praktikal Su dan Ma yang dah nak abis praktikal kat tempat kitorang dan meraikan kedatangan kak Ain, our kerani  yang baru bertukar kat opis kitorang. All in one gituh.


Cenderahati tanda ingatan dari kitorang. With his sweet wife kat sebelah.
Senaskah al-Quran. Moga kami juga tumpang peroleh pahalanya.
The only budak tecit at the dinnah.
Semua menahan diri je dari menerkan makanan time our bos duk bagi ucapan. Ahaha..
Iolls sempat pause jap dari ngambil makanan bila nampak kamera disuakan ke arah iolls. Bahaha. Drama sangat kan.
Ehhh.. suka dia si baju kuning nih. Mak anta ke tu pegi dinner tu? Balik nanti jangan merayau ek. Terus balik umah. Nanti mak marah. Hahaha (sebab dia tecit sket, kitorang owes sakat dia. haha)

Serangggggggggg... Tapi mesti dan seharusnya gaya ayu okeh.
This is the man with his speech for us.
Macam gitulah gelagat kitorang. Memacam.
Dah abeh makan-makan, dah setel segala ucapan, moh kite sesi bergambar pulak ha. It's a must hokeh. Nasib baik la staff hotel ni alert kitorang nak bergambar kenangan bersama abam hindustani look yang diraikan. Dia tolong onkan segala lampu yang ada kat lobi tu. So sweet of you adik. Pastu siap tolong amikkan gambar kitorang lagi. Temkiu so much adik staff baik hati.
Free style yang tak semua pon free kan style dorang. Hahaha.. Layannnnnkan sajo. 

Kat tangga pulop. Tapi itulah.. walaupon semua designer, idop la pulak ghajin nak kretipkan diri demi kerana gambor kat tangga neh ha. Sume pon nak rapatkan saf ajo. Ahaha..
All da boys.
Saja pi menyelit jugak. Hahaha..
Weolls. All the ladies. Last sebelom memasing seselow gerak pulang kembali ke pangkal jalan. Bahaha.. Kembali ke umah memasing le opkos. Yang mana yang idop pegi sambung melepak tu la kan. 
Meghiah nau dengan segala gambo. Temkiu kerana layankan sajo scroll down samada slow atau speed paling laju. Hahaha.. Hakak dah lapo nih. Mana opismate hakak nak pi lunch sesama nih. Dah tebayang bihun sup bersama telur goyang-goyang sebijik kat atas tu. Perghhhh.. Lapoooooo.. Ok bai.

02 January 2018

Menabung untuk masa depan

Assalamualaikum.. Kemonim. 😄

Alhamdulillah second day of twenty eighteen and I still update my blog. Bahaha.. Yuppp.. iolls sejenis yang masih lagi mengamalkan sesetengah benda yang di anggap sudah agak lama iaitu menabung. Yang mana menabung menggunakan tabung. It's fun hokeh. Lagi seronok bila tengok hasilnya. Rutin menabung itu juga seronok bila dengar duit syilling tu berdenting sesama kaum dorang kat dalam tabung tu. Ehehe.. Kalau yang tabung tengah kosong tu kuat je bunyinya. Makin banyak, makin seronok kedengaran. Ehehe.. Kalau zaman kecik kecik dulu ada tabung yang ada bunyian atau muzik. Sekali masukkan syiling, keluarlah bunyinya. Menjadikan diri rajin nak masukkan duit syiling bebanyak kan. Kadang tu masukkan duit lepas tu keluarkan balik. Lepas tu masukkan lagi. Sebab nak dengar muzik tu je pon. Ahaha.. Sampai la dah tade bunyi. Abis bateri. Ahaha.. Sapa sama dengan kita macam tu jugak sila sentuh hidung. Ahaha..

Iolls ada tiga tabung setakat ni. Semulajadi tamak kau.. takleh nak buat pape dah. Ahaha.. Tujuannya jadi tiga tu, satu tabung yang nilai RM5 sahaja. Satu tabung yang duit nilai RM1 sahaja. Dan lagi satu tabung yang untuk duit syiling 20 sen dan 50 sen. Yang RM5 tu untuk bawak pegi travel bila perlu. Macam untuk duit belanja la. Setiap kali ada duit RM5 iolls akan masukkan dalam tabung tu. Macam tu jugak dengan RM1 dan syiling. Tapi yang RM1 tu idok le dimasukkan semua duit singgit yang ada dalam beg duit. Ikot mood jugak la kiranya. Hahaha.. Bila sampai time kekeringan, tabung-tabung ini dijenguk la. Ahaha.. Sesetengah orang ada jugak yang menabung duit RM10 tau RM20. Itu lagi bagus. Tengok-tengok dah banyak ha duit dalam tabung tu.

Al kisahnya iolls bercerita pasal tabung ni sebab hari ni iolls pegi masukkan duit syiling yang disimpan tu kat bank. Senang saja, tak perlu bersusah payah kira satu persatu manually. Masukkan je semua syiling yang ada tu kat dalam mesin syiling tu. 

Iolls gugel je ni. Sebab tadi tak amik gambar. 😁
Macam kat atas tu mesinnya. Iolls pegi kat Bank Islam tadi. Senang je. Pegi kat mesin tu, pilih bahasa, pastu isi nombor akaun, nombor telefon, pastu masukkan je duit dalam mesin tu. Zastttt.. terus dikiranya automatically. Tak perlu nak asingkan syiling 20 sen ke, 50 sen ke 10 sen ke. Masukkan je semua sekali harung. Nanti akan kua resit, dan duit tadi akan dimasukkan dalam akaun kita terus. Senang kan.

Ini hasil menabung yang di simpan tadi. Sebelum tuang kat mesin tu geng syiling tu ada separuh uncang hitam tu.

Feeling amazing ke idop? Ahaha.. Bolehla tu kan.. Tetiba berkobar-kobar pulak rasanya nak menabung terus ni. Pegi kutip sume duit syiling kawan-kawan opis pon sodap kan. Duit korang duit aku jugak. Tolong kurangkan berat poket ngan beg duit korang je pon.. Bahaha.. Gituh kekdahnya. (jangan ikot sangat yang kesyaitonan nih ha. Hahaha).

Mari menabung....

For the info, bukan hanya kat Bank Islam je ada coin machine ni. Kat CIMB pon ada jugak. Sila pegi ke mana-mana bank yang berhampiran dengan anda ye.

Psssstttt... Cemana uolls punya hari pertama tahun baru semalam? Iolls ada kisah lucu. Kompem kena cubit singa nih kalau kawan iolls tau nih. Meh nak cite. Ahaha.. Kua tanduk nih wei. Semalam iolls keluar la dengan kawan iolls. Pegi minom, then lepak jap. Tengah pasang niat nak balik, tetiba keta dia bunyi macam semacam. Then dia pon cek la. Nak dijadikan cerita, korang rasa apakah??? Minyak keta abis kauuuuu... Tuan keta tak sedar. Nak marah ke nak gelak?? Iolls bantai gelak je sebab rasa ia sesuatu yang lucu. Sebab kawan iolls ni jenis yang macam kekadang ala-ala jaga standard sket. Yelaaaa..sebab katanya ramai orang kenal dia kan. Kihkih.. Lantak situ. Dia dah stress, iolls bantai gelak. Nasib baik la iolls bawak keta jugak. Tapi parking tempat lain sebab nak pegi satu keta je tempat weolls minom tu. Kekdahnya, panggil la grab. Nasib baik KB dah ada grab skarang ni uolls. So naik la grab ke tempat keta iolls. Dipendekkan cerita, pegi la shell, beli minyak situ. Tapau petrol kauuu.. Hahaa.. Kena beli empat tong petrol yang kat shell tu sebab ketanya tangki besor.. Empat tong bersamaan 30 hengget. Alhamdulillah adik yang keje kat shell tu pon baik hati. Dia yang tolong tuangkan minyak dalam tong tu. Kalau weolls yang tuang, kemungkinan minyak nak melimpah keluar tu sangat banyak. Hahaha.. Pastu adik tu tolong potongkan botol air sekali untuk dijadikan corong nak tuang minyak tu nanti. Setel kat stesen minyak tu, weolls pon pegi la kat tempat keta dia. Lalu mengisilah petrol manually ke dalam tangki minyak tu sambil gelak dengan jayanya. Opkos iolls wish happy new year time tu supaya kekal segar dalam ingatan kawan iolls tu nanti. Hahahaha.. Gila kentang main tuang-tuang minyak memalam. Kahkah.. Ok bai.. Nak sambung menyakat kawan iolls tu. Hadap la dia sampai muntah. Hahaha..

01 January 2018

2 0 1 8


Happy New Year. Dah masuk tahun 2018 hari ni. Alhamdulillah.. Masih dikurniakan usia yang diberkati insyaallah. Moga tahun 2018 ni dilimpahi kebahagiaan, kesihatan yang baik, kewangan yang stabil dan melimpah ruah, kasih sayang yang mewah menggembirakan dan menenangkan. Moga segala impianku juga segala impian kita semua tercapai dan dimakbulkan Allah. Aminn.. Insyaallah.

Fuhhh.. fuhhhhh.. fuhhhhhhh.. Setahun rupanya blog ni tak berupdate. Sunggohlah lama. Tak sedar langsung hokeh. I wish paling koman pon seminggu sekali iolls update blog bermula tahun ni. Insyaallah. Moga istiqomah. Kih kih kih.. Tiap kali update blog pon gitu ajalah kan. Ehehe..

Tahun baru kali ni bermula dengan baik. Agak indah. Alhamdulillah. Moga berterusan sepanjang tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang juga. Sepanjang tahun 2017 yang lalu ada jugak la beberapa tempat yang dilawati. Syukur dengan nikmat yang dikurniakan. Tahun lepas berpeluang ke Ho Chi Minh, Yogjakarta dan Bandung. Berbelanja ikot kemampuan kan. Ke negara jiran tak include la sebab selalu je pon pegi kan. Hahaha.. Setiap tempat yang pegi tu ada je peristiwa dan pengalaman baru. Alhamdulillah. There's sweet and sour journey. Belajar dari kehidupan dan pengalaman kan.

Untuk pertama kali memandu untuk long journey tahun lalu. Sunggoh diri sendiri pon tak sangka. Iolls ni menetap kat Kota Bharu. Nak ke Machang yang perjalanan sejam tu pon seksa je rasanya nak sampai. Sebab saya ni jenis yang mudah sangat mengantuk. Takleh nak drive jauh. Tup tup.. gegara there was no choice, dengan gigihnya berjaya memandu sampai ke Kuala Lumpur - Shah Alam - Kajang by my own. Alhamdulillah. Kuasa Allah kan. Memudahkan perjalanan kami. Sebab bawa famili, untuk ke majlis konvokesyen adik. Pastu esoknya drive ke Skudai, Johor sebab majlis konvokesyennya kat UTM Skudai tu. Then esoknya pula balik Kajang, papa drive sebab dah malam. Iolls is kenot drive malam. Rabun jauh + silau. Ehehe.. Rest sehari kat Kajang, then esoknya baru gerak balik Kota Bharu. Fuhhhhhhh.. Kagum dengan diri sendiri. Hahahaha..

Lepas balik dari Jogja pulak hydration. Kena admit wad sementara. Nasib baik la sekejap saja. Itu pon kontroversi satu hospital tahu iolls kena admit wad sementara kat zon kuning. Nyenyaris collapse time pegi ziarah ex-boss kat wad. Hahaha.. Soooo so drama hokeh. Segan sampai skarang nih ha. Kuikuikui..

Cukoplah la sebagai permulaan ni kan. Kita pelan-pelan kayuh nanti. That's all untuk sebahagian dari kisah tahun lalu. Haaaa.. satu lagi. I start my new hobby last year tau. Bela orchid. Mabeles. Dalam tak berapa nak rajin tu. Cuma hajat nak bela tucing je tak kesampaian lagi. Kihkih. Okeh.. Calloh. Simpan cite lain next time pulak. Ehehe..