Assalamualaikum..
Iolls bersiaran dari rumah now. gituuuu. bahahaa.. sebab dah berkurun lamanya tak update blog dari rumah kot. laptop sendiri pon lama yang amat tak guna. ehehe.. ni ngepow kongsi guna laptop adinda bungsu. ehehe.. dia tengah tido, jadi takde unsur nak kena bebelan manja dia kan. kah kah kah..
Sunggoh pantas masa berlalu. belom pon lagi puas menikmati bulan Ramadhan, ia dah pon berlalu 7 hari yang lalu. rindunyaaaa.. tahun depan belom tentu lagi akan jumpa lagi. i wish i still have the chance. in shaa Allah.. bulan Ramadhan tahun ni rasanya paling pantas antara tahun-tahun yang lalu. tak tau la napekah. hukkkk.. dan antara banyak-banyak bulan yang ada kat muka bumi alam semesta ni, aku paling suka dan paling sayang dengan bulan Ramadhan ni. sebabnya, my parents akan ada kat umah sepajang bulan tu. kitorang akan makan sama-sama kat meja, spend time together. solat sama-sama. banyak peluang solat berjemaah. especially solat Subuh dan Isyak. memang akan solat jemaah sesama. dalam bulan posa jugak kat umah ni meriah sket. especially malam. sebabnya sedara mara akan datang solat terawih berjemaah kat umah ni. dan ayahanda iolls adalah imamnya. sukaaaaa.. sebabnya time juga gaya adalah super bebas la bila solat berjemaah kat umah kan. most of them adalah veteren. hanya aku, kazen dan anak sepupu itu sajo yang bukan golongan veteren. :)
Best kan Ramadhan.. tu belom lagi citer tang kelebihan bulan tu sendiri. penuh barokah, penuh nikmat dan keberkatan. pintu rezeki, pintu rahmat terbuka luas. tinggal nak ngan tanak je. setiap tahun jugak la berazam agar ramadhan pada tahun tersebut dan akan datang adalah lebih baek dari bulan posa yang sebelumnya. haroslah kan. in shaa Allah Ramadhan tahun 2016 nanti iolls dah berdua kenn.. berpuasa bersama soulmate. auwwwww... in shaa Allah. bahahahaha.. citer raya nanti la sambung. kah kah kah..
Iolls cuti hari ni. hari Jumaat kenn.. nekmatnya. ok bai.
No comments:
Post a Comment